TAHNIAH!! Akhirnya Izara Sah Bergelar Isteri Adib Khalid [13 Gambar & VIDEO]

PETALING JAYA: Aktres Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid dengan sekali lafaz pada Jumaat.

 

Izara anggun mengayakan busana rekaan Rizalman.

Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9 malam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glamm Hall, Mercu Mustapha Kamal, di sini.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, dan Adib dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Mohd Jazlan Ali.

Pelakon J Revolusi itu menerima mas kahwin sebanyak RM700, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dia turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis istimewa itu dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan teman rapat.

Manis berseri wajah Izara selepas bergelar isteri.

Sementara itu, Izara menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah perasaan sangat lega.

“Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

 

Dengan sekali lafaz pasangan ini sah menjadi suami isteri.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.

Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan selepas acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Marsha Milan dan teman baiknya pelakon Kilafairy.

Pasangan mempelai mengayakan busana pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib.

Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar dan Azira Shafinaz.

Ini antara video dan gambar di majlis beliau:

Spotted Fawaa there as pengapit #adibizara #farahnabilahofficial . 📽 : Cr to owner

A post shared by #studioMMP #undergroundfans (@kapaltenggelamtimbul) on

 

 

Sumber: Instagram & Mstar via Diaridunia via beritasteady

 

 

Ropie Buat Hal! ”Dia benar-benar menguji Saya… “ -Awie Wings

Vokalis kumpulan Wings, Awie mengakui pelakon Ropie merupakan halangan terbesarnya dalam menghidupkan watak sebagai Husin di dalam filem Hantu Kak Limah.


Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 49, beorkata, dia  mengakui sukar untuk berhadapan dengan Ropie kerana tidak dapat menahan ketawa setiap kali memandang wajah pelakon itu.

“Ropie benar-benar menguji saya dalam filem Hantu Kak Limah pada kali ini kerana dia tidak habis melakukan jenaka ketika sedang melakonkan babak yang serius.

“Setiap kali nak masuk babak saya bersama dia, pasti saya tidak dapat nak tahan gelak kerana raut wajahnya.

“Walaupun dia hanya berdiri tegak dengan keadaan muka yang serius, itupun dah buat saya sakit perut nak tergelak.

“Memang sengsara berlakon dengan dia dan saya memang kagum dengan bakat lawak semulajadi yang ada pada Ropie,” katanya kepada Astro Gempak.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, Perak, baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usahasama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

 

Sumber: Gempak via eraviral via beritasteady

Belum Terjual di Malaysia, Nora Danish Dah Dapat Hadiah iphone X

Memberikan hadiah bagi orang yang tersayang tidak semestinya ketika meraikan ulangtahun hari jadi mahupun perkahwinan. Yang penting momen tersebut tentu sangat berkesan bila orang-orang terdekat seperti suami memberikan hadiah.

 

Jika baru-baru ini Izara Aishah dapat kejutan hadiah sebuah kereta mewah Roll Royce, hari ini artis ini dapat telefon pintar yang tengah hangat di pasaran, walaupun masih belum lagi masuk di Malaysia.

Dari gambar yang dimuatnaik dalam IG Stories Nora Danish, nampaknya dia menerima hadiah sebuah telefon pintar iPhone X dari suaminya, Nedim Nazri.

Untuk pengetahuan, jenama Iphone X ialah produk telefon pintar Apple terbaru dan harga jualan iPhone X adalah RM 5,149 untuk storan 64GB dan RM 5,899 untuk storan 256GB. Ini sekaligus meletakkannya sebagai iPhone termahal pernah dijual di Malaysia.

Pastinya ramai menanti kemunculan peranti terbaharu iPhone X yang bakal berada di pasaran Malaysia 24 November ini.

Pra-pesanan iPhone X atau sebutannya ‘iPhone ten’ di Malaysia boleh dibuat mulai Jumaat, 17 November ini melalui syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Celcom, Digi dan U Mobile.
Sumber; Hangat.com

MENGEJUTKAN! 5 Negara Hebat Yang Tidak Akan Bermain Di Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak seluruh dunia tetapi ada juga yang kecewa kerana pasukan pilihan mereka tidak berjaya melayakkan diri ke pertandingan ini. Walaupun mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi ia tidak menjamin tempat ke Piala Dunia 2018.

5. Wales

wales tak lepas bermain piala dunia 2018

Negara Wales merupakan salah sebuah negara bersatu di United Kingdom mempunyai pemain-pemain hebat untuk mencipta gol. Penyerang utama Wales dan Real Madrid, Gareth Bale banyak menghasilkan gol manakala Aaron Ramsey yang bermain untuk Arsenal pula banyak mencipta hantaran kepada penyerang mereka.

Selain Bale dan Ramsey, Wales juga mempunyai pemain hebat seperti Joe Allen, Ashley Williams dan Ben Davies. Namun, skuad dengan pemain bintang ini tidak melayakkan mereka ke Piala Dunia setelah mereka gagal meraih dua tempat teratas liga kumpulan D Piala Kelayakkan Dunia 2018 untuk benua Eropah. Kekalahan 1-0 kepada Ireland menyebabkan Wales tersingkir daripada mendapat tempat di Piala Dunia 2018.

4. Amerika Syarikat

amerika syarikat tidak layak menyertai piala dunia 2018

Kali terakhir Amerika Syarikat tidak melayakkan diri ke Piala Dunia ialah pada tahun 1986 dan kegagalan ini kembali menghantui peminat bolasepak Amerika Syarikat. Bintang muda negara mereka, Christian Pulisic tidak berjaya membawa pasukannya ke Piala Dunia 2018 setelah kalah 2-1 kepada Trinidad & Tobago.

Kekalahan mengejutkan ini menyebabkan kedudukan mereka turun ke tempat ke-4 sekali gus mengugurkan tempat ke Piala Dunia 2018 secara automatik. Jika mereka mendapat tempat ke-3, ia masih lagi memberi peluang untuk mereka buktikan di perlawanan kelayakan terakhir tetapi tempat tersebut diambil oleh Panama.

3. Chile

chile tidak tersenarai bermain piala dunia 2018

Pasukan bolasepak negara Chile merupakan sebuah pasukan yang sangat hebat kerana mereka berjaya mengalahkan Argentina dua kali berturut-turut dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Amerika pada tahun 2015 dan 2016. Bintang utama Chile, Alexis Sanchez dan Arturo Vidal berjaya membantu pasukan untuk layak ke final Piala Amerika.

Namun pada kelayakan Piala Dunia 2018, mereka tidak berjaya menempah tempat ke Piala Dunia di Rusia setelah kalah kepada Brazil 3-0 hasil jaringan Gabriel Jesus dan Paulinho. Kekalahan itu menyebabkan mereka jatuh ke tempat ke-6 liga kumpulan memberi laluan kepada Argentina untuk layak ke Piala Dunia 2018.

2. Belanda

belanda semakin hambar

Belanda dikecewakan pada Piala Dunia 2010 selepas mereka dikalahkan oleh Sepanyol ketika perlawanan akhir kejohanan tersebut. Pemain seperti Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Robin Van Persie tidak berjaya membawa pasukan mereka menjadi johan dan sekadar meraih tempat kedua.

Prestasi pasukan Belanda dikatakan agak menurun jika dibandingkan dengan skuad terdahulu kerana mereka merupakan sebuah pasukan yang digerunkan oleh pihak lawan suatu ketika dahulu. Apa yang lebih menyedihkan, mereka berkongsi mata yang sama dengan pasukan yang layak ke Piala Dunia iaitu Sweden namun disebabkan perbezaan gol, Sweden layak ke perlawanan akhir kelayakan menentang Itali.

Tambahan pula, perbezaan gol yang besar itu berlaku di saat-saat akhir apabila Sweden mengalahkan Luxembourg 8-0 menyebabkan Belanda ketinggalan di belakang. Untuk melayakkan diri ke Piala Dunia, Belanda harus menang sekurang-kurangnya 11-0 dengan Sweden namun mereka hanya berjaya menjaringkan 2 gol.

1. Itali

siapa sangka itali tak berjaya sertai piala dunia

Ini merupakan berita paling menyedihkan buat semua peminat bolasepak kerana lagenda bolasepak, Gianluigi Buffon tidak akan bermain di Rusia untuk Piala Dunia 2018. Mereka meraih tempat ke-2 dalam liga Kelayakan Piala Dunia bagi Benua Eropah dan ini melayakkan mereka untuk bertanding dalam perlawanan akhir kelayakkan Piala Dunia 2018.

Mereka terpaksa bertempur Sweden setelah Sweden mengatasi Belanda untuk mendapatkan tempat untuk perlawanan terakhir. Ia terdiri daripada dua perlawanan terakhir dan hasil agregat akan dinilai bagi menentukan pasukan yang akan layak ke Piala Dunia 2018.

Itali dikejutkan ketika perlawanan pertama apabila Sweden berjaya menyumbat satu gol ke gawang mereka. Keputusan berakhir dengan 1-0 berpihak kepada Sweden. Perlawanan kedua dibanjiri oleh peminat Itali di Stadium San Siro AC Milan, Itali namun Itali gagal menjaringkan gol dan keputusan berakhir 0-0.

Agregat 1-0 berpihak kepada Sweden memberi kemenangan kepada mereka dan apa yang paling menyedihkan ialah penyokong Itali harus melihat kekalahan negara tercinta mereka di tempat sendiri. Kegagalan ini merupakan prestasi terburuk sejak 1958 kerana ia merupakan tahun terakhir Itali gagal layak ke Piala Dunia

Pengurus Itali, Gianpero Ventura dikecam hebat kerana dia seperti memandang rendah pasukan Sweden. Apabila pengurus Itali itu ditanya tentang perlawanan akhir kelayakan menentang Sweden, dia menjawab “Saya tidak berfikir sama ada kami akan bermain di Piala Dunia atau tidak, saya sudah berfikir tentang peringkat kumpulan di Piala Dunia.”

sumber: FIFA

via pendekarhitam

Kantoi Dedah Perbualan whatsapp “I memang taknak kahwin dengan dia” – Wanita Mahu Pelakon Tampil Buat Ujian DNA Anak Luar Nikah

Nota: Gambar kanan dia atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

 

Kisah wanita ditinggalkan suami selepas melahirkan anak atau lelaki tidak mahu bertanggungjawab ni selalu sangat kita lihat dalam drama-drama di kaca televisyen. Namun tak sangka pula, ada di antara pelakon yang terbawa-bawa babak dalam drama tersebut hingga ke dunia nyata.

Seorang wanita misteri dikatakan telah mendedahkan kepada media bahawa dia kononnya hamil anak kepada seorang pelakon lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap darah daging sendiri, lapor mStar.

Sumber: The Drowes

Menurut mStarwanita berusia awal 20-an itu kecewa dengan sikap pelakon tersebut yang cuba lari daripada tanggungjawabnya. Pun begitu, wanita tersebut khabarnya selamat melahirkan bayi mereka pada 3 Oktober lalu dan telah menguruskan pendaftaran bayi dengan baik.

Mengakui mereka pernah bercinta empat tahun lalu tetapi putus di tengah jalan, wanita itu mendakwa pelakon tersebut telah mengajaknya makan malam dan tidur bersama di Port Dickson selepas bertemu semula baru-baru ini melalui aplikasi Bigo.

Sumber: mStar

Lelaki tersebut katanya menghilangkan diri selepas kejadian itu dan sedar-sedar wanita berkenaan sudah hamil tiga bulan! Terkejut dengan kehamilan tersebut, wanita berkenaan telah cuba menghubungi pelakon itu menggunakan pelbagai cara, tetapi dia tidak diendahkan olehnya malah diserang oleh teman wanita lelaki berkenaan pula. Ish, ish, ish! 

“Saya memang taknak dah kahwin dengan dia. Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat ujian DNA sama ada bayi ini anak dia atau bukan.”

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Selain itu, wanita berkenaan juga mendakwa dia tidak berniat meminta pelakon tersebut berkahwin dengannya atau menjaga bayi mereka, sebaliknya dia hanya mahu lelaki itu membayar kos pemeriksaan kandungannya selama dia menerima rawatan di hotel swasta.

Bersyukur dengan penerimaan keluarganya, wanita itu merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai itu menghubunginya segera bagi menyelesaikan kes mereka dengan cara yang baik. Dia berjanji akan menjaga bayi tersebut dalam apa keadaan sekalipun.

Jika benarlah semua yang diceritakan, mohon pelakon lelaki yang terbabit segera menghubungi wanita ini untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik. Kesian anak tu nanti tak tahu siapa ayah dia. 

sumber lobak merah via pendekarhitam

“Menjatuhkan MARUAH NEGARA” – Budak Kampung Dari Kedah ‘Jakun’ Di Kota London Dikecam Netizen

Setiap orang pasti inginkan dapat melancong ke luar negara seperti Paris atau London. Pada Ogos lalu, kecoh di media sosial apabila sekumpulan anak muda yang sedang melancong membuat onar di Jepun sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan ketika melancong kerana setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara ibarat duta imej dan nama baik negara.

Dan baru-baru ini, seorang pelancong wanita dari Malaysia turut membuat ‘onar’ sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Malah ada segelintir netizen menyifatkan tindakan wanita itu seperti menjatuhkan maruah negara.

 

Menurut sumber dari Kaki Share, wanita itu turut membuat video live yang di depan mercu tanda kota Paris yang terkenal iaitu Eifel Tower serta di kota London.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita itu dikatakan sanggup terbang ke London demi memenuhi kegilaannya terhadap ‘makeup’.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah wanita itu turut memberitahu dia telah menyimpan wang sehingga RM100,000 hanya untuk membuat ‘live’ tutorial ‘makeup’di London.

Bagi netizen yang rata-ratanya sudah diketahui memang selalu akan mengecam tanpa mengetahui kisah sebenar. Komen pedas netizen kalau dibaca memang sangat menyakitkan hati.

“Ko guna duit customer ke tu holiday kat London tu?”

“Buat malu je cakap utara kat London…takde class kau ni..kalau tak reti speaking jangan pi London” komen seorang lagi netizen.

“Nak menunjukkan la tu dia kaya..beli beg kertas LV je kot”

“Dia ni bodoh ke ape makeup dalam sejuk”

“Budak kampung asal Kedah memang jakun eh?”

Memang pedas kecaman netizen kepada wanita tersebut. Namun menurut wanita tersebut, dia tidak kisah apa orang nak kat kerana kegilaannya terhadap ‘makeup’ telah membawanya ke London serta Paris.

 

 

Malah dia sanggup mengorbankan percutiannya di London demi membuat ‘live makeup’ kepada para peminatnya. Dia juga turut berkongsi kisah tersesat di kota London kerana ‘acah-acah’ pandai.

Bagi Siti Nurfarahain, dia amat berbangga kerana suatu ketika dulu dia hanya ‘makeup’ di kampung-kampung dan sekarang ini dia telah berjaya mencapai impiannya untuk ‘makeup’ di London.

 

Sumber : kakishare

 

FUHH! Siti Nurhaliza Pakai Jam Tangan Harga Setengah Juta. Ini Spesifikasinya..

Bukan Dato’ Seri Siti Nurhaliza namanya kalau tidak pakai barang-barang berjenama. Baru-baru ini, pelantun lagu Segala Perasaan ini kembali jadi perhatian di dalam dunia maya gara-gara dia mengenakan jam tangan yang disebut berharga sebuah rumah.

Hal tersebut pertama kali diungkapkan oleh akaun @reffycarter diambil oleh hangat.com, Khamis (16/11/2017). Dalam muat naiknya, akaun itu menyebut artis berusia 38 tahun itu mengenakan jam tangan Frank Muller Square Diamond Watch.

Hasil pencarian Hangat.com, harga jam ini dijual dengan harga USD$95,900.00 atau sekitar RM400, 545.53. Jika harganya sahaja semahal itu, jadi seperti apa spesifikasinya?

Jam tangan Dato ‘Sri Siti mungkin mempunyai berlian pada tetingkap bezel dan dail, hanya bezel. Jam ini juga mempunyai angka Arab dan mempunyai tali kulit putih dan ditutupi dengan berlian. Lihat video dibawah untuk lihat lebih dekat.

Sumber Frack Muller

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Hangat via beritanova

Selepas 11 Tahun Steve Irwin Meninggal Dunia. Siapa Sangka Anak Dara Mendiang Membesar Menjadi Seperti Ini !!! (14 Gambar)

Sebut sahaja rancangan The Crocodile Hunter yang pernah disiarkan di Malaysia satu ketika dulu, pasti akan terus teringatkan gelagat seorang lelaki yang begitu berani mendekati pelbagai haiwan berbahaya iaitu Steve Irwin.

Walaubagaimanapun, keberanian Steve akhirnya memakan diri apabila dia diserang oleh seekor ikan pari yang besar hingga menusuk dada Steve ketika cuba melakukan penggambaran untuk programnya. Steve dikatakan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kini, legasi dan kerjayanya diteruskan oleh anak perempuan Steve dan Terri iaitu Bindi Irwin. Gadis berusia 16 tahun yang berwarganegarakan Amerika Syarikat ini bercadang untuk bekerja sepenuh masa di Australia Zoo selepas tamat pengajiannya dalam bidang Perniagaan dan Perlancongan.

“Ayah merupakan pahlawan hidupan liar dan kami sangat mengaguminya.Saya masih ingat dia memberi saya nasihat yang membuatkan saya terjebak dalam bidang ini selamanya. Beliau berkata, ‘Anda perlu merawat haiwan dengan cara yang anda ingin dirawat.’ Yang benar.”

16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-1

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-9.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-8.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-12.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-10.jpg

 photo 16-year-old-bindi-irwin-crocodile-hunter-fathers-legacy-australia-zoo-5.jpg

 

Sumber: Eraviral via pendekarhitam

Masa Dapat Anak, Ni dalam Poket RM50 Je ! Rm50 Woi Bukan Rm500 – Cerita Kejayaan Lelaki Khawin Di Usia Muda Ini Mendapat 22K Shares di Facebook! Fuh Apa Rasianya

Umur 20 Tahun Anak 11 Bulan ,

Alhamdulillah sekarang unur 20 Tahun aku ada anak Kecil Gegirls , Comel , Cantik bijak macam ayah dia , Suka Tak dengar cakap , Tapi kalau suruh stop dia stop walaupun tak faham , Tak reti merangkak lju laju walaupun dah nak masuk Setahun , Bantu Aku Jadi Kuat waktu Down , Lemau , Tapi ….

waktu Aku umur 18 Tahun. Pada 2 tahun yang lepas, jiwa dan hati aku telah Set yang akan ada anak waktu aku umur 29 keatas , Sebab apa ? Sebab aku taknak bagi dia kebulur , Kebulur Anak anak ni seram tuan tuan , Lain macam takut dia , Tak macam kita kebulur ,

Punya Takut sampai jangan Fikir lngsung pasal anak , Nak Jadi Kan Cerita Jodoh 18 , Aku Dengan Isteri bekerja di Kl , Ramai yang tahu kami kerja teruk , Dalam Store , Tak Di bayar gaji , Memang Kelakar jugak time tu …

Wktu Tu Kami Dua Set Dapt anak 5 Tahun lagi , Sekali Bulan 1 2017 Dh Dapat , Aku Ni dalam Poket RM50 Je ! Rm50 Woi Bukan Rm500 …

Alhamdulillah Aku Ada 1 Ilmu Kebal Yang Aku Dapt dari Seorang Melayu Yang Berjaya , Superb Berjaya , Dia Cakap ,

” DALAM AL QURAN DAH TULIS , BUKAN SUAMI YANG JGA MAKAN MINUM ANAK ISTERI TAPI ALLAH , KITA TAK MAMPU NAK JAGA , ”

KEMUDIAN DIA SURUH AKU AMALKAN 7 AMALAN HARIAN SUPAYA TAK KEBULUR ,

Mula Aku tak caya , Aku Caya Usaha Buat Orang Berjaya , Tapi aku Dengar Seorang Guru Cakap , Jika Usaha But Orang Kaya Berjaya , Mesti Buruh Bangunan Dah Berhenti ,

Tapi Aku Cuba Jugak , Cuba Sedaya Upaya , Tak Fikir Apa Dah …Mula Mula Di Duga Dengan Tipu Helah , Kemudian Macam lagi…

Alhamdulillah Lepas Isteri Selamat Bersalin Kami Dah Start Kedai Kasut Pertama Dengan Kos Rm500 , Use Other Peoples Money Dan Berpandukan Amalan harian Tadi , Sini Aku Share Amalan

7 W WAJIB PEGANG ,

1 – WALAU SUSAH BERSEDEKAH

2 – WALAU SIBUK ZIKIR KE RASULULLAH

3 – WALAU KALUT SOLAT IKUT WAKTU

4 – WALAU TAKUT SENTIASA TAWAKAL

5 – WALAU SEORANG SENTIASA INGAT ALLAH

6 – WALAU DI BAWAH SENTIASA BERDOA

7 – WALAU MISKIN SENTIASA BACA AL QURAN

Lepas Aku Amalkan Alhamdulillah, ALLAH permudah Sikit demi Sikit dan By Proses . Dan Jangan Lupa ,

” Hassbunallah Waniakmal wakil waniaqmal maula waniaqmal nasir .. 10xkali Sehari ”

Zikir Paling Top ..

Dan Aku Nak Tegaskan , Jangan TAKUT JIKA KITA ADA ALLAH , TAKUTLAH JIKA KITA TIADA ALLAH , Allah Maha Kaya , Tiada Yang Lain Selain DiA …

Tag Pasangan Anda . Supaya Jangan stress stress , Buat 7 Tu Kalau Nak Berkehendak , Aku Percaya kalau kita buat semua untuk Allah , Tiada Yang Dapat balas Kecuali Allah , Allah Mampu balas Apa Sahaja ,

Share Jika Dapat sesuatu ,

ig – almubarakbaha_1
Nak saya bantu motivasikan Pelajar sekolah lepasan Spm ? Pm tepi 😜

Sumber: Fb Al Mubarak via pendekarhitam

5 SELEBRITI MALAYSIA KAHWIN DI USIA MUDA.. WOWW!!!

Jodoh datang tak kira usia, ada yang jodohnya sampai diusia masih muda dan ada juga yang jodohnya sampai ketika usia sudah lanjut.

Kali ini MH nak kongsi pada korang lima selebriti yang kahwin diusia muda. Jom kita tengok siapa agaknya yang ada dalam senarai MH.

Wawa Zainal

Pelakon comel, Wawa Zainal telah berkahwin dengan seorang pelakon, Aeril Zafrel semasa namanya sedang memuncak naik di dalam industri seni dan perkahwinan itu dirahsiakan oleh mereka, pada ketika itu Wawa baru sahaja berusia 20 tahun manakala Aeril pula berusia 24 tahun.

Pasangan ini sering mendapat perhatian ramai kerana sifat romantik mereka dan juga selalu membuat video lip sync menyanyikan lagu hindustan.

Hasil daripada perkahwinan mereka ini, mereka telah dikurniakan dua orang anak, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

 

Diana Danielle

Selepas putus cinta dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, pelakon, Diana Denielle telah menjalin hubungan cinta dengan pelakon lelaki popular, Farid Kamil dan memutuskan untuk berkahwin semasa usianya 21 tahun dan mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

 

Eina Azman

Pelakon tinggi lampai, Eina Azman telah berkahwin dengan seorang usahawan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet pada usianya 19 tahun dan sekaligus Eina juga mendapat gelaran Datin Paduka.

Bertuah Eina kerana suaminya ini merupakan seorang yang sangat romantik dan hasil daripada perkahwinan mereka ini, mereka telah dikurnikan sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

 

Fiffy Natasya

Mungkin ada yang tidak kenal dengan Fiffy Natasya ini. Bagi korang yang tak kenal Fiffy, dia sebenarnya sudah lama bertapak di dalam industri seni sebagai seorang penyanyi sejak berusia 9 tahun lagi.

Fiffy telah menamatkan zaman bujangnya ketika dia baru sahaja berusia 21 tahun dengan jejaka pilihan hatinya.

 

Erin Malek

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, Erin Malek yang mula dikenali dengan filem Tentang Bulan. Pada usia 20 tahun, Erin telah menamatkan zaman bujang dengan Farriz Fauzi yang merupakan anak kepada jutawan pengedar kereta mewah, Mofaz Group. Perkahwinan mereka ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Sumber: mediahiburan via apekesah