WAJAH SEIRAS ARTIS DAN ARTIS YANG ADA DI MALAYSIA YANG RAMAI TAK PERASAN . YANG NOMBOR 5 TU LAGILAH SANGAT SEIRAS KAN

Sedia maklum kita semua ketahui bahawa dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah seiras seperti kita. Kalau bertuah dapatlah kita jumpa kembar yang terpisah jauh, malah ada yang kadang kala tinggal di benua berlainan pun mempunyai wajah seiras di antara satu sama lain.

Kalau kita perhatikan banyak juga dalam kalangan selebriti tempatan yang mempunyai wajah serupa di antara satu sama lain.

Berikut penulis kongsikan beberapa gambar artis yang mempunyai wajah paling seiras dan kalau dorang berlakon jadi adik beradik pun dah memang cun dah, sebab muka saling tak tumpah kan!

Dayana Roza (kiri) dan Scha Al-Yahya.

Nadiya Nisaa (kiri) dan June Lojong, isteri pelakon Namron yang juga pelakon utama filem Redha Beautiful Pain.

Ruhainies (kiri) dan Nora Danish.

Remy Ishak (kiri) dan Azrel Ismail.

Rafidah Ibrahim (kiri) dan Dato Siti Nurhaliza.

Wawa Zainal (kiri) dan Ayda Jebat.

Allahyarham Sudirman (kiri) dan Que Haidar.

Sumber : pelangipetanggg

SUBHANALLAH ! BEDAH MUMIA, APA YANG DOKTOR INI TEMUI DI BADAN MUMIA BUAT DIA PELUK ISLAM !

KENAPA Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun? Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Cerita kebenaran ini jika anda rasa Islam itu Agama Yang Benar..!!

Sumber:- Kisah Nabi

YA ALLAH….BERIA SANGAT PAKWE SURUH AKU PAKAI BAJU KURUNG KALAU NAK IKUT PERGI AIR TERJUN. RUPA-RUPANYA…

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih admin sebab kongaikan cerita saya yang tak seberapa ni.saya terpanggil untuk kongsi pengalaman sendiri lepas baca kisah ‘Awak sayang ALLAH?’..kisah tersebut lebih kurang sama dengan kisah yang saya alami sendiri.

Saya ni dulu memang bertudung. tapi bagai dikatalah ‘tudung tapi telanjang’. baju tu WAJIB sendat, ketat, melekat kalau tak memang saya tak keluar lah.seluar tu jangan kata nak duduk pun jenuh (boleh bayang lah kan ketat dia tu mcm mana) dan tudung tu pulak kena selepang atas bahu sampai ternganga dada tu..bangga seh! Aset kot..Masa berjalan tu mendada sikit..bila ada lelaki pandang terasa macam retis pulak..jadi public figure.

Saya berubah drastik bila ALLAH jentik hati saya perlahan. Bermula cerita bila saya sambung degree di Universiti di Selangor. Saya langsung tak pernah free hair bila keluar sebelom masuk ke u..tapi bila sampai di sana saya serumah dengan kawan2 yang semuanya free hair.

Tiba2 saya jadi ‘galak’ nak ikut jejak dorang. Tapi baru ja nak tarik tudung saya terpandang gambar mak ayah yang saya lekat kat cermin..terus saya jadi tak tergamak nak tipu mak ayah saya walaupun tanpa pengetahuan dorang.. ALLAH tu MAHA PENYAYANG..DIA takmau saya terus sesat..terus saya batal niat nak free hair..

Cerita yang lain pulak masa tu saya ada boyfren, nak dijadikan cerita satu hari dia ajak saya keluar ke Bukit Ke*****, tapi dengan syarat kena pakai baju kurung. saya dengan tak fikir banyak terus setuju..haritu kawan baik (Nia bukan nama sebenar) saya tidur dirumah saya.saya bagitau Nia yang Aiman (bukan nama sebenar) ajak saya keluar p Bukit Ke***** tapi kena pakai baju kurung (masa tu tengah kalut cari baju kurung dalam almari).

Nia terus marah saya dan halang saya pakai baju kurung tapi suruh saya pakai seluar macam biasa. saya turutkan je tanpa banyak tanya sebab dah lewat. Lepas tu bila saya jumpa Aiman dia marah saya sebab saya tak ikut apa yg dia suruh.Aiman kata dia tak jadi bawak saya ke Bukit tu..bila balik ja rumah saya cerita kat Nia apa yang jadi.

Nia terus kata yang dia dah banyak dengar cerita tak elok jadi kat Bukit tu..banyak couple kena tangkap basah kat sana..senang cerita orang gelar bukit tu sarang maksiat.tersentak saya dengar..apalah nasib saya andai kata saya ikut apa yg Aiman suruh..nauzubillahiminzalik masa tu saya dah fikir bukan2..ALLAH tu MAHA MELINDUNGI..

Dan klimaks cerita saya ALLAH ‘tegur’ kawkaw tapi secara lembut punya bila ALLAH jemput family saya menunaikan umrah.masa tu saya langsung tak rasa apa.memang tak rasa teruja atau apapon.terasa macam nak p melancong ja..hemm..saya langsung tak cari ilmu macam mana dan apa nak buat masa kat sana nanti..cuma ikut ja apa yang ayah saya buat.setibanya saya kat Masjid

Nabawi,tiba2 hati saya rasa lain..dan bermulanya titik perubahan saya sekarang ni bila saya berpeluang untuk solat dalam Taman Raudhah..berapa ramai orang yg dah ada di masjid tu,tapi langsung tak ada rezeki nak solat di Taman Raudhah (Taman Syurga)?

Bertuahnya saya rasa masa tu..masa pertama kali saya sujud dan dahi saya menyentuh sejadah Taman Raudhah,air mata terus mengalir..terasa diri ni kerdil dan hina sangat.ALLAHU..sampai sekarang masih terasa lagi perasaan tu..lepas tu saya jugak berpeluang untuk

tengok sendiri payung2 gergasi yang ada depan Masjid Nabawi terbuka..ALLAH ALLAH..tergamam saya.tegak saya berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku bawah payung2 tu..berapa ramai orang yg dah sampai ke Masjid Nabawi tapi tak berpeluang nak tengok sendiri payung2 tu

terbuka..alhamdulillah depan mata saya ALLAH tunjuk..ALLAH MAHA PENYAYANG..dan momen yang saya nak cerita yang akhir ni adalah titik tolak macam mana saya berubah secara drastik terutama dari segi pemakaian..masa tu saya dah ada di

Makkah al Mukarramah..saya nampak semua perempuan bertutup litup, berpurdah..saya pun pakai purdah sebab nak rasa ‘bond’ dekat situ (memang saya dah spare purdah dari rumah)..bila saya pakai ja timbul satu perasaan yang saya

trasa bagai dilindungi..perasaan yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan.lepas tu pulak saya try pakai tudung labuh..handsocks dan socks pulak saya beli kat penjual tepi2 jalan kat sana..mulanya pakai atas alasan senang nak solat,tak payah pakai telekung dah.Then..lama kelamaan I realise I totally fall in love in wearing

purdah..I fall in love in wearing loose jubah..I fall in love in wearing handsocks n socks..I fall in love in wearing tudung labuh..sangat2 suka..dan masa nak balik ke Malaysia saya teringat macam mana pemakaian saya masa nak ke Madinah/Makkah..saya malu.saya menangis.saya rasa berdosa amat sangat.sanggup ‘jual tubuh’ kat orang

ramai.kenyangkan nafsu lelaki2 yang bermata liar..ALLAHU ALLAH..jejak ja kaki saya kat bumi Malaysia,saya dah nekad yang saya nak berubah terus.sampai je kat rumah tanpa berlengah terus saya asingkan pakaian yg tak ikut syariah untuk sedekah (walaupun masa tu saya cuma tinggal

baju tak sampai 10 helai dan seluar 2 helai).Tak kisahlah kalau tak berbaki langsung baju yang ada tapi saya nekad.esuk tu terus saya bagi kat sepupu2 saya yang muat pakai.ramai orang terkejut dengan prubahan

saya.even ayah saya sendiri tegur perubahan saya dan tanya saya kenapa pakai jubah,socks n handsocks setiap kali keluar.drastik sangat berubah, kata ayah.saya cuma tersenyum. Doakan saya sentiasa istiqomah. In sya ALLAH…

Kalau korang especially yang free hair,atau berpakaian tak ikut syariah dan tiba2 terasa di hati nak pakai tudung masatu,atau nak pakai baju longgar ke atau apa saja yg korang rasa,buat! Just do

it..sebenarnya tu ‘teguran’ lembut dari ALLAH untuk korang.dan pada sesiapa yang berpakaian dah ikut syariah tu

SUMBER : beritahariani

jangan memperlekeh kaum hawa yang belom bertutup sempurna..sebab kita taktau yang mungkin kedepan si dia yang korang lekeh kan tu akan jadi solehah melebihi diri sendiri..” Sekian coretan dari saya. Kredit:- ~Hawa~

INI DIA 6 NENEK PALING CANTIK DAN TERSEKSI DI DUNIA, KALAH ANAK DARA DAN JANDA..LIHAT NENEK KEENAM

Jika mendengar panggilan ‘nenek, sudah tentu terbyg dlm fikiran kita perempuan tua yg berkedut, malah mungkin sudah membongkok…namun, bagi 6 perempuan ini, panggilan nenek mungkin blh digunakan 20-30 tahun lagi memandangkan wajah dan tubuh badan mereka berenam tak ubah seperti anak dara mahupun janda muda…umur mereka bukan 20, 30 atau 40 tapi 50 tahun dan ke ATAS !

Jika mendengar kata “nenek”, tentu yang tergambar di pikiran kita adalah seorang perempuan tua yang kulitnya sudah keriput, tubuh yang lemah atau bahkan membungkuk.

Hal ini memang benar. Namun tampaknya tak semua nenek identik dengan hal seperti itu. Buktinya nenek-nenek di bawah ini. Satu pun hal yang disebutkan di atas tak melekat pada jati diri mereka.

Meski sudah menyandang status sebagai “nenek”, tetapi fizikal dan penampilan mereka seperti wanita usia 30-an, bahkan ada yang terlihat seperti ABG. tak percaya? Jom lihat foto-foto mereka yang dikongsi dari TribunLampung.com.

1.Masako Mizutani

Jika melihat fotonya di atas, tentu banyak yang mengira bahwa usia Masako Mizutani adalah 30 tahun. Namun itu salah besar. Wanita asal Jepang ini hampir menginjak 50 tahun.
Masako mengungkapkan, rahasia kecantikannya terletak di pola hidupnya. Selain itu juga perawatan yang selalu ia lakukan selama lima dalam sehari.

2.Elle Marcpherson

Di usianya yang menginjak 51 tahun, kulit Elle masih terlihat kencang dan tubuhnya juga bugar. Hal ini jelas mengundang rasa penasaran banyak orang akan rahasia kecantikannya.
Elle mengaku bahwa rahasia kecantikannya adalah perasaan senang dan dering tertawa.
Di sisi lain, ia juga menerapkan pola hidup sehat, serta menggunakan pelembap untuk kulitnya.

3.Michelle Yim

Michelle Yim merupakan nenek paling cantik didunia berikutnya.
Penerapan pola hidup sehat yang dilakukannya sejak muda berhasil membuktikan keawetan kecantikannya.
Micehelle Yim saat ini menginjak usia 58 tahun.

4.Apasra Hongsakula

Wajah yang begitu cantik serta kulit yang masih kencang memang membuat Apasra tidak terlihat seperti seorang nenek.
Namun, wanita asal Thailand ini sebenarnya sudah memasuki usia 68 tahun.

5.Liu Xiaoqing

Liu Xiaoqing adalah aktris kenamaan Tiongkok. Namanya sering menghiasi beberapa media di negaranya. Ini karena wajahnya yang begitu cantik.
Bukan hanya itu saja, tetapi juga penampilannya yang sangat awet muda.
Seperti yang diketahui, usia Liu Xiaoqing saat ini sudah menginjak 60 tahun.

6.Candi Law

Candi Law berusia 50 tahun.
Ia adalah seorang model asal Hong Kong.
Kecantikan Candi Law memang tak dapat diragukan.
Meski usianya kini sudah menginjak kepala lima, namun ia tetap seperti berusia 26 tahun.

GADIS 17 TAHUN DIPUKUL SEHINGGA MATI KETIKA DALAM PERJALANAN KE MASJID UNTUK PROGRAM RAMADHAN

Polis Virginia percaya mereka telah menemui mayat seorang remaja yang hilang ketika dalam perjalanan ke masjid dengan rakan-rakannya. Polis Fairfax County memulakan pencarian seorang gadis berusia 17 tahun itu, yang telah dikenal pasti oleh rakan-rakan sebagai Nabra, sekitar jam 4 pagi Ahad.

Polis mendakwa Darwin Martinez Torres dengan tuduhan membunuh selepas mereka mendapati mayat gadis itu di dalam kolam Ahad petang.

Torres telah ditangkap selepas dia dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan dimana polis sedang mencari remaja. Polis berkata, mereka menahan Torres selepas melakukan carian. Pegawai juga berkata mereka menjumpai sebatang kayu besbol di kawasan berdekatan.

Nabra dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang dari bersarapan pagi di IHOP apabila mereka diganggu seorang lelaki yang memandu kereta, menurut Washington Post.

Jurucakap polis Tawny Wright berkata lelaki itu mula menyerang dan Nabra terpisah dari rakan-rakannya. Remaja lain selamat kembali ke masjid di mana mereka memberitahu pihak berkuasa apa yang berlaku. Pihak berkuasa kemudian menemui mayat di dalam kolam berhampiran Ridgetop Circle di Sterling, Virginia.

Kanak-kanak perempuan telah mengambil bahagian dalam aktiviti bermalam di sebuah institusi agama yang tidak dikenal pasti pihak berkuasa.

Persatuan Muslim Seluruh Dulles mengsahkan dalam satu kenyataan akhbar bahawa remaja telah menyertai aktiviti dengan pihak masjid.

“Kami amat sedih dan kecewa kerana komuniti kami mengalami peristiwa traumatik ini”, kata orang awam dalam siaran berita.

Polis berkata, mereka melihat sama ada pembunuhan merupakan satu jenayah kebencian walaupun begitu mereka mendapati tiada bukti kukuh.

Aktivis keadilan kaum dan hak-hak sivil, Linda Sarsour, meluahkan rasa marah beliau berhubung kejadian itu di Facebook.

‘Nabra, anda dan keluarga anda akan mendapatkan keadilan.’

‘Gadis berumur 17 tahun daripada Pusat ADAMS dipukul hingga mati dengan kayu besbol dan dibuang di dalam kolam di Virginia. Pemandu kereta yang berhenti menyerang Nabra dan rakan-rakannya sudah di tahan.

Pejabat pemeriksa perubatan akan mengesahkan identiti mayat yang ditemui dan cara kematiannya. Polis berkata, siasatan masih dijalankan.

Sumber:- DailyMail

Apa Yang AYAH Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain Cakap Sangat ‘BERANI’ Untuk 13 Suspek Yang Dibebaskan Atas Kes ARWAH

JOHOR BAHRU: Bapa kepada dibunuh kadet tentera laut Zulfarhan Osman Zulkarnain berkata, beliau menerima keputusan untuk membenarkan sekumpulan 13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pelajar untuk meneruskan pengajian mereka.

Ini berlaku selepas mereka dibebaskan dengan bon mahkamah berikutan penangkapan awal mereka dalam penyiasatan.

Zulkarnain Idros berkata keputusan itu, yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada hari Jumaat, bukan satu perkara di mana dia mempunyai suara dalam.

“Ia bukan hak saya untuk berkata apa-apa kepada pendidikan mereka kerana itu adalah keputusan yang dibuat oleh mereka atasan.

“Keputusan itu adalah hak pihak berkuasa. Jika ia adalah satu perkara Angkatan Tentera, ia akan diputuskan oleh Kementerian Pertahanan.

“Jika ia adalah satu perkara pendidikan, kementerian yang sesuai akan mengendalikan ia,” Zulkarnain, 53, berkata ketika dihubungi oleh New Sunday Times.

Beliau berkata pelajar mempunyai hak untuk pendidikan.

Ini berlaku selepas Idris mengumumkan bahawa 13 UPNM pelajar, yang dibebaskan dengan bon mahkamah selepas mereka pada mulanya ditahan dalam penyiasatan ke atas pembunuhan Zulfarhan, akan dibenarkan untuk menyambung semula pengajian mereka.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh UPNM untuk memberi peluang untuk meneruskan kursus mereka pelajar.

Zulfarhan, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun selepas dia didakwa disalahgunakan atas kecurian laptop pada 22 Mei.

Seramai 36 orang, termasuk 32 pelajar dari UPNM pada mulanya ditahan dalam kes itu.

Daripada 32 dari UPNM, 13 daripada mereka, semua berumur 21 tahun, telah dibawa ke mahkamah pada 14 Jun untuk menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kerana sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Lima pelajar UPNM lain telah didakwa membunuh mangsa, manakala pelajar lain didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu dengan.

Baki 13 UPNM pelajar dibebaskan dengan bon mahkamah dan akan dipanggil sebagai saksi.

Zulkarnain berkata, sejak kematian anaknya pada 1 Jun, beliau dan keluarganya telah melawat kubur Zulfarhan sering.

Beliau menambah bahawa isterinya, Hawa Osman, 54, dan tiga anak mereka yang lain yang berumur antara 15 dan 19, telah menjaga diri mereka sibuk dengan kerja dan komitmen lain.

“Saya dan isteri saya telah kembali kerja kita dan kita melawat kubur budak kita sekerap yang boleh.

“Keluarga saya juga menghadiri tahlil diadakan untuk anak arwah di kuarters Jabatan Pelajaran negeri di Larkin malam tadi,” kata Zulkarnain yang merupakan seorang pemandu teksi.

Sumber: NST

Abang SADO kini sakit .. Cico dibiar merangkak mulut tak boleh bercakap..telefon nya dalam ASID (4 Gambar)

Kuala Lumpur : Luahan sayu seorang ibu apabila anak kesayangan diperlakukan sedemikian rupa oleh insan-insan yang keji dan berhati busuk “Ini takdir dan ketentuan Allah…Cico dianiaya dan saya reda ” kata Uji Rashid ibu kepada pelakon Cico Harahap.

“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.

Artis popular era 1970-an ini mendakwa Cico, 39, sakit termasuk sukar untuk bercakap.
Uji mendakwa anaknya itu dianiaya apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan apabila direndam dalam asid hingga bahagian dalamannya terbakar.

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku, Uji berkata, Cico keluar bertemu dengan rakan-rakannya pada malam 25 Disember tahun lalu.
“Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.
“Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Uji berkata, dia kemudian membawa Cico mendapatkan rawatan di hospital selain menjalani rawatan perubatan Islam.
Menurut Uji, Cico kini semakin pulih cuma dia terasa sakit apabila mahu bercakap.

“Awal dulu, dia langsung tak kenal saya dan anaknya Rindu Nur Fitrah yang kini berusia lapan tahun.
“Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim.
“Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.

Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut kerana tidak mahu orang tersalah tafsir mengenai keadaan Cico.
“Ini ketentuan Tuhan dan semua yang berlaku atas izinNya. Cuma saya minta semua doakan yang terbaik dan jangan cakap yang bukan-bukan,” katanya.

Sumber: berita-sayu

TAK SANGKA.. Rupa-Rupanya Dari Zaman SEKOLAH Suka MEMBULI..

Penulis pernah menulis mengenai sikap suka membuli di kalangan pelajar sebenarnya diwarisi dari senior mereka.

Perkara ini sudah berlaku di Malaysia berpuluh tahun lamanya di sekolah-sekolah biasa mahupun sekolah-sekolah berprestij yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang.

Seorang yang suka membuli biasanya mempunyai sejarah pernah dibuli dan membuli. Bagi kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, 21, suspek utama pembunuhan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, sikap ini boleh diperhatikan sejak bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh terkenal di Ipoh.

Amsyar Malek, seorang pengguna Twitter, memberitahu dia ialah senior Zuhairi di sekolah itu dan katanya, Zuhairi memang sudah memukul sejak di zaman sekolah menengah.

Aku kecewa

Balasan tuhan

Sampai hati

Memang perangai baran gengster

Sebelum ini, terdapat pihak yang mempertahankan Zuhairi, mendakwa mengenali pemuda itu sejak tadika dan berdasarkan apa yang dikenali pada Zuhairi, baginya tidak mungkin Zuhairi mencederakan sesiapa.

Bagi penulis, membuli adalah satu pusingan yang kejam. Orang yang membuli biasanya pernah dibuli dan mengamalkan sikap, “mana boleh aku seorang yang kena teruk, kau pun mesti kena.”

Mereka yang melaporkan kejadian buli biasanya dipulaukan di sekolah menyebabkan ramai lebih suka berdiam diri ataupun bertukar sekolah. Mereka yang melaporkan kejadian buli sering dianggap ‘lembik’ dan ‘kaki mengadu’.

Namun kini, mungkin sudah tiba masanya anda memecahkan pusingan itu. Anda pernah dibuli? Maka berhenti di situ, jangan lakukannya pada orang lain. Adukan jika anda dibuli atau melihat rakan anda dibuli.

Mungkin tindakan seperti ini di masa hadapan dapat menyelamatkan nyawa orang lain.-amazingnara.com

SENIOR DEDAH PERANGAI SUKA MEMBULI ZUHAIRI SEJAK ZAMAN SEKOLAH

Penulis pernah menulis mengenai sikap suka membuli di kalangan pelajar sebenarnya diwarisi dari senior mereka.

Perkara ini sudah berlaku di Malaysia berpuluh tahun lamanya di sekolah-sekolah biasa mahupun sekolah-sekolah berprestij yang menempatkan pelajar-pelajar cemerlang.

Seorang yang suka membuli biasanya mempunyai sejarah pernah dibuli dan membuli. Bagi kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, 21, suspek utama pembunuhan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, sikap ini boleh diperhatikan sejak bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh terkenal di Ipoh.

Amsyar Malek, seorang pengguna Twitter, memberitahu dia ialah senior Zuhairi di sekolah itu dan katanya, Zuhairi memang sudah memukul sejak di zaman sekolah menengah.

Aku kecewa

Balasan tuhan

Sampai hati

Memang perangai baran gengster

Sebelum ini, terdapat pihak yang mempertahankan Zuhairi, mendakwa mengenali pemuda itu sejak tadika dan berdasarkan apa yang dikenali pada Zuhairi, baginya tidak mungkin Zuhairi mencederakan sesiapa.

Bagi penulis, membuli adalah satu pusingan yang kejam. Orang yang membuli biasanya pernah dibuli dan mengamalkan sikap, “mana boleh aku seorang yang kena teruk, kau pun mesti kena.”

Mereka yang melaporkan kejadian buli biasanya dipulaukan di sekolah menyebabkan ramai lebih suka berdiam diri ataupun bertukar sekolah. Mereka yang melaporkan kejadian buli sering dianggap ‘lembik’ dan ‘kaki mengadu’.

Namun kini, mungkin sudah tiba masanya anda memecahkan pusingan itu. Anda pernah dibuli? Maka berhenti di situ, jangan lakukannya pada orang lain. Adukan jika anda dibuli atau melihat rakan anda dibuli.

Mungkin tindakan seperti ini di masa hadapan dapat menyelamatkan nyawa orang lain.-amazingnara.com

Mesej Yang Ditinggalkan Oleh Seseorang Di Instagram Salah Seorang Suspek Kes Pembunuhan Zulfarhan Sangat Menyayat Hati. SEBAK Membayangkannya

Ada mesej yang menyayat hati ditinggalkan oleh seseorang di Instagram Hairi Azmal, salah seorang suspek kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain, pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan membuli sehingga membawa kematian.

Jika yang disampaikan itu benar, kami tidak dapat bayangkan situasi apabila berada di tempat arwah semasa dia telah dibuli dengan kejam. Tidak adakan perasaan kasihan melakukan atau melihat arwah dilakukan sedemikian.

Bila membaca komen yang ditinggalkan oleh nur_amirah_lailey di Intagram Hairi, kami rasa sangat sebak bila membayangkan kesakitan yang arwah alami ketika itu.

Semoga arwah tenang di sana dan keadilan akan terbela. Al-Fatihah

Sumber : FB Aina Syafina