Semua Yang Saya Gantung Mati ‘Sekali Jalan’ – Tukang Gantung

Masa jadi wartawan jenayah dulu, saya bersahabat dengan seorang pegawai penjara yang ada ‘tugas tambahan’ iaitu, Tukang Gantung.

Besar orangnya, misai tebal. Katanya, bukan senang nak mengisi jawatan ini kerana pelbagai faktor diambil kira termasuk latar belakang dan sejarah kewangan pemohonnya.

“Hah? Sejarah kewangan?”

“Ya!” kata pegawai tadi.

Memang sudah menjadi tradisi Jabatan Penjara tidak akan mengambil pegawainya yang banyak hutang untuk mengisi jawatan Tukang Sebat atau Tukang Gantung.

“Nak sebat orang dan nak gantung orang perlulah profesional. Ia tidak boleh dipengaruhi emosi dan masalah peribadi,” katanya.

Okay, kemudian saya pun bertanya pada pegawai tadi.

“Ramai tak yang memohon jadi Tukang Gantung?”

Jawabnya, tak ramai kerana perkara yang paling menakutkan selepas menggantung pesalah ialah, di saat hendak melonggarkan tali gantung itu dari leher si mati selepas hukuman dijalankan.

“Masa nak melonggarkan tali gantung itu, selalunya mayat akan ‘sendawa’. Akan ada bunyi seperti, ‘Errkk!’ keluar dari mulutnya. Kalau tak biasa, confirm kita akan lari tak cukup tanah.

“Sebenarnya, bukan sendawa dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi ia adalah angin yang keluar dari tubuh si mati,” katanya.

Saya juga bertanya kepada pegawai tadi, berapa lama si pesalah ini akan ‘menggelupur’ tercekik sebelu meninggal dunia. Katanyaa, sebenarnya punca kematian pesalah yang digantung bukan kerana tercekik seperti yang difikirkan semua orang. Sebaliknya, punca kematian adalah kerana tulang lehernya patah, bukan kerana jerutan tali gantung itu.

“Selepas platform itu terbuka, pesalah akan jatuh ke bawah dan tali ganting akan menyebabkan tulang lehernya patah, sekali gus menyebabkan pesalah itu mati dan ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk dia menemui ajal. Leher pesalah juga tidak akan luka kerana tali itu dibalut dengan kulit. Lebam itu, adalah.

“Lagi satu kena ingat, pesalah yang telah menjalani hukuman mati ini tidak perlu dibedah siasat (post mortem). Keluarga atau waris sudah boleh terus menuntut. Kalau tiada, kita sendiri uruskan pengkebumiannya,” kata pegawai berkenaan.

Mengenai makan terakhir untuk pesalah, pegawai itu berkata, memang Jabatan Penjara akan cuba sedaya mungkin memenuhi permintaannya. Walaupun adakalanya lebih dari RM7.50 (kos yang ditetapkan). Tetapi kalau pesalah itu teringin sangat, pihak penjara tetap akan cuba memenuhi pesalah berkenaan.

“Selalunya mereka dah tak lalu nak order apa dah. Banduan Islam pula selalunya sudah mula berpuasa,” kata pegawai yang bukan beragama Islam itu.

Saya juga telah diberi peluang untuk masuk ke sel Banduan Akhir di Penjara Kajang. Biliknya luas, bersih tetapi sunyi. Banduan Akhir ini dikenali sebagai BA. Tetapi di kalangan banduan ia dikenali sebagai Banduan Agong. Ini kerana mereka diberi banyak keistimewaan termasuk tidak perlu bekerja seperti mana banduan lain. Malah, setiap banduan tanpa mengira agama diberi peluang untuk belajar agama mengikut kepercayaan masing-masing.

Saya pernah bertanya pada pegawai itu, apakah benar ada cakap-cakap orang di luar sana kononnya ada banduan yang pernah digantung tetapi tidak mati sehingga terpaksa digantung untuk kali kedua.

“Kalau dengar cakap orang di luar sana, ada 1,001 cerita yang karut marut. Setakat ini, sebut saja siapa penjenayah terkenal atau kononnya hebat. Semua yang saya gantung mati ‘sekali jalan’. Memang boleh ketawa kalau dengar cakap orang,” katanya sambil tersenyum.

Beliau kemudiannya mempelawa saya untuk melihat Bilik Gantung. Saya menolaknya dengan baik.

“Jangan risau Encik Syahril. Kalau pun encik nak tengok, saya tak akan bagi kecuali encik sendiri ‘masuk senarai’. Hehehe!”

Saya hanya tersenyum. Ngeri pula lawak mamat ini, huh! – Syahril A Kadir

Sumber: The Reporter

NAUZUBILLAH MIN ZALIK.. Suami Mengadu MUNTAH Isteri Bau BAWANG.. Apa Yang Jadi Seterusnya Buat Suami MENYESAL.. BERFIKIRLAH SEBELUM MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN… TRAGIS GILER…

Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

Berikut adalah tulisan suami berkenaan.

Assalamualaikum, nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja. Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan ‘touching’ bagai, “adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?”

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri, “Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?”

Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu bukan main kuat, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti ‘menusuk kalbu’ hati suami berkenaan.

Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin..

Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak.

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.

Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja.

Ini pula yang ditulis oleh Puan Ummul Madihah bagi membalas luahan suami berkenaan.

Jaga anak umur macam tu mencabar encik. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah. Tapi penat jadi suri rumah lebih lagi berbanding penat kerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5-6 kali sepahnya 10 kali. Nak masak anak menangis minta dukung. Masak la sambil dukung. Letak depan tv, anak yang besar lanyak adik..dah menangis si adik. Nak berak kencing pun susah. Anak menangis nak ikut. Kadang tu kena angkut sekali masuk toilet. Nak mandi kadang2 tunggu suami balik dulu baru boleh mandi dgn tenang. Kalau gak, baru nk gosok gigi anak dah melalak mcm ape kat luar bilik air. Memang la boleh main hp sebab anak ni bijak, time kita duduj diam dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila gerak sikit, dia mula perangai. Tp kat kepala isteri tu macam2 kerja nak kena buat.

Lagi 1, dia merungut tu bukan ape, sebab dia nak bercerita. Dia kat rumah dgn anak2 tak de kawan nak dengar cerita dia. Ape salahnya dengat cerita dia..luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam.. Lama2 boleh stress tau tak. Lagi 1, nak tanya la…malam2 anak nk menyusu siapa yg bangun? Suami ke isteri? Anak kecik ni kadang2 2 jam sekali dh bangun menyusu. Kalau 3 orang kadang2 bergilir bangun. Agak2 bila masa isteri nak cover tido? Waktu siang? Ingat boleh cover ke dgn anak kecik lagi. Sorg tido sorang lagi jaga…kot dia tertido anak bertiga tu gaduh ke tak ke naya.

Fikir la encik…jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, family planning la. Bagi isteri rehat sikit. Ni tau buat anak..tolong jaga anak tak tau. Isteri penat mengandung 9 bulan.. Jaga anak lagi. Budak ni, selagi tak umir 2 tahun, selagi tu la banyak ragam. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat mcm tu…saya rasa sangat simpati. Maknanya dah bertahun la isteri encik ni tak cukup tido. Penat encik…penat

Apapun, hargailah isteri kita, terima kekurangan dan kelebihan, jika kekurangan itu boleh dibuah, didiklah dia kerana kita ketua keluaga yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah. KREDIT KISAH RUMAH TANGGA.

‘Disebabkan produk-produk ini, bayi puan mengalami masalah buah pinggang’ – Doktor

Dari Info Ibu Hamil

Salam. Alhamdulillah puteri saya sudah discharge wad semalam sebab demam panas, mungkin musim agaknya. Jadi saya nak cerita sikit kejadian semasa di hospital baru-baru ini yang boleh ibu-ibu semua ambil sebagai pengajaran.

Di hari kedua waktu petang, saya temankan anak di wad itu. Di sebelah katil anak saya ini, masuklah seorang bayi comel, baru berusia lima bulan. Menurut si ibu, bayinya dimasukkan ke wad kerana demamnya dah enam hari tidak kebah dan tidak aktif sangat sehingga berat badan susut dari 7 kg ke 5 kg lebih sahaja.

Keesokannya, seperti biasa, doktor pun datang buat soal siasatlah pada si ibu seperti mana yang dilakukan pada ibu bapa pesakit yang lain. Ditanya ada bagi anak makan apa-apa, ada bawa anak pergi travel ke apa. Semua mak dia jawab tak ada.

Kemudian sampailah satu point doktor itu tanya pada si ibu ada tak ambil/makan sebarang jamu atau pil tambahan. Mula-mula si ibu kata dia tak ambil, kemudian ketika doktor pakar datang dan tanya dia sekali lagi soalan yang sama.

“Puan ada ambil pil atau jamu?” soal doktor pakar.

Selepas puas didesak, barulah si ibu mengaku yang dia ada mengambil satu produk pemutih kulit dan satu produk kurus sebab nak kuruskan badan seperti dulu.

Pengakuan si ibu membuatkan doktor pakar itu terus terdiam dan ditenungnya muka si ibu.

“Puan tak kasihan ke pada anak puan? Disebabkan ambil produk-produk ini, bayi puan yang menerima risikonya. Kami mendapati anak puan ada masalah buah pinggang sebab selepas ujian urine FEME, kami tengok urine anak puan ini kotor,” jelas doktor pakar.

Si ibu terkejut.

“Saya makan sebab semasa beli, saya ada tanya pada penjual kalau breastfeeding anak lima bulan, boleh makan atau tak? Penjual itu kata boleh dan sebab itu saya consume,” katanya.

Si ibu kemudian diberi ceramah sepenuhnya sehingga si ibu rasa nak menangis. Maklumlah dia masih muda, usia awal 20-an dan bayi itu pula adalah anak sulungnya.

Jadi pengajarannya di sini ialah, siapa-siapa yang ada bayi berusia di bawah 6 bulan, tak kisahlah fully breastfeeding atau sulam-sulam formula milk pun, tolong sangat-sangat fikir kepentingan anak sebelum consume sebarang jenis produk.

Memang gebu gebas, kurus langsing kita yang terima orang puji melambung. Tetapi tahu ke apa kesannya pada anak kita?

Seperti kes bayi tadi, ibu dia consume produk seperti itu sehingga air dalam badan bayi itu kurang disebabkan produk panas dan badannya terpaksa curi air dari simpanan buah pinggangnya. Dan disebabkan itu juga bayi berisiko mengalami kegagalan buah pinggang.

Jadi tolongkan ibu-ibu sekalian, fikir tentang kesihatan anak kita dulu. Biar kita gemuk seperti badak, biar hitam seperti bontot kuali sekalipun asalkan anak kita membesar dengan sihat. Nanti bila anak dah besar, consumelah klorok sekalipun, tiada sesuapa yang nak membebel pada momies semua, tahu?

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat pada sellersebab mereka ini kadang-kadang bukan ada anak lagi atau belum kahwin lagi. Sebab itu pandai-pandai saja cakap boleh semua sebab anak kita sakit, bukan mereka yang akan beri ganti rugi pun. Kita juga siang malam asyik berfikir apa yang akan terjadi.

Maaf, panjang sikit bebelan kali ini sebab tak sanggup tengok anak-anak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kepada mak dan ayahnya sendiri.

DAPAT MAK MERTUA LUMPUH, LEPAS 6 BULAN KAHWIN TAPI AKU TERKEJUT SANGAT TENGOK PERANGAI SEBENAR DIA

Assalamualaikum semua reader, admin. Saya nak ucapkan terima kasih kerana cerita ini disiarkan untuk tatapan pembaca.

Saya baru berkahwin. Ada dalam 6 bulan. Suami saya, Amin, adalah pegawai kerajaan. Saya masih ade mak dan ayah yang tinggal dimuar. Selama saya kahwin, sementara menunggu rumah quarters, saya duduk dgn mak mertua saya. Mak mertua saya terkena angin ahmar lumpuh seluruh badan kecuali bahagian mukanya.

Sebelum kahwin semua indah. Mak mertua sangat baik, dan adik perempuan amin sangat hormat saya. Sepanjang pertunangan saya tak pernah buat hal. Saya tak tau kenapa berubah total 360 darjah.
Sepanjang perkahwinan saya, sedikit sekelumit kasit sayang mak mertua saya tak pernah saya rasa. Saya ibarat tunggul, batu, dan seumpanya. Ye, mak mertua saya tak suka saya dan bahkan seuruh menantunya sebelum saya. Mental mak mertua saya berkata kalau saya dan menantu2 nya ni nak ambil anaknya dari dia. Apa sahaja yang dilakukam oleh saya salah.

Kalau saya masak, yelah masakan kampung , saya dr kampung, masak asam pedas, lemak, kari, gulai, dan masakan kampung lain, sedikit tak dicubitnya. Hanya pak mertua saya dan suami makan. Adik perempuan nye hanya eei, aku tak makan makanan ni. Dlm hati saya kata, Whaat?? Kalau mak mertua saya makan makanan adik perempuan amin masak, wlhal hari tu masak makanan yang sama dengan apa yang saya masak. Mak kata geli. Saya hanya beristighfar.

Pernah satu hari, saya nak mandikan mak mertua saya sebab adik perempuan amin keluar, mak herdik saya. Bodoh punye pompan, aku tak nak mandi kau faham tak? Padahal pampers da penuh dgn tahi semua. Saya hanya menahan air mata. Dalam rumah tu sedikit pom adik perempuan amin tak tolong kemas bersihkan rumah, rumah sebesar 2 tingkat saya yang kemas bersendirian. Pinggan mangkuk , basuh baju tak boleh guna machine. Alasan saya da biasa cuci baju di pinggir sungai sebab saya budak kampung. What?? Ingat kat kampung tak ade ke ? So sy sental je la.

Bila saya minta tolong dengan adik perempuan amin bersihkan rumah dia jawab , semua menantu mak adalah bibik. Omaigod, aku ni diberi maskawen atau dibeli ? Jam 6 sehingga 12 tengah malam saya bertukang sebagai suri rumah sepenuh masa, adik perempuan die ke dapur hanya untuk masak makanan dia dan mak sahaja. Selebihnya goyang kaki dengan mak mertua saya di depan tv. Bila saya pegang phone dikatanya saya pemalas, biawak hidup dan macam² lagi.

Bila suami saya utarakan nak balik muar rumah saya, mam mertua saya marah. Kerana kos² nak kesana banyak pakai duit. Wait2, i said to my mak mertua, mak, nor tak pakai duit amin pon nak balik, nor pakai duit nor. Saya pulak diherdiknya sehinggan amin bertengkar dgn mak. Medan perang berlanjutan. Sepanjang perkahwinan saya, baru sekali tu saya balik kampung. Saya rindukan mak dan ayah saya.

Saya tiap hari mengadu dgn amin, tetapi die endah tak endah. Dia kata hanya perasaan sy. Saya da tak tahan lagi. Banyak cara sy da buat u tuk lembutkan hati mak mertua sy. Saya baru kahwim 6 bulan dan belum mengandung. Mak mertua saya cop saya mandul. Berat dugaan ni.

Suami saya pulak jenis tak kasi keluar rumah. Ye saya tak bekerja. Duduk rumah sepenuh masa. Saya stress sebab keadaan rumah memerlukan saya refresh di dunia luar. Contoh hangout dgn kawan², dengan saudara mara. Tapi amin tak memberi kebenaran pada saya. Dia kuat cemburu. Eventhough saya keluar dgn kawan perempuan pon tak diberinya. Dia kata, kawan perempuan saya bersubahat utk sya duakan dia. allahu, macam tu sekali die tak percayakan saya. Padahal saya da kahwin dgn dia.
Maaflah reader semua, saya minta pendapat. Ape perlu saya buat? Nak pindah, tunggu quarter dalam 2 bulan kelulusan. Pendapat yang saya inginkan adalah, bagaimana nak berhadapan dengan mak dan adik perempuan husband saya. Kredit:- Nor via IIUMC

LELAKI MENJAGA AYAH. PENGALAMAN TERSILAP MASUK WAD BAWA PADAH.LELAKI INI TERINTAI SESUATU YG SERAM

Assalammualaikum & salam sejahtera semua. Aku nak ucapkan terima kasih kepada admin jika cerita aku ni disiarkan. Nama aku Amirul(nama sebenar). Umur 22 tahun & berasal dari Kuching, Sarawak.

Ini adalah pertama kali aku menulis & berkongsi cerita tentang apa yang terjadi pada aku semasa aku menjaga abah aku yang ditahan di wad Pusat Jantung. Mungkin cerita aku ni kurang menarik, tapi aku harap nasihat & pengajaran yang ada dalam kisah aku ni dapat dijadikan pengajaran & rujukan untuk semua. Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa atau penggunaan ayat. Maklum laa baru pertama kali menulis. Hehehe.Kisah ni berlaku semasa aku bermalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada hari selasa yang lepas(2/5/2017). Masa tu jam pukol 11.30 mlm. Kawan-kawan abah datang nak melawat dia, tapi security tak bagi masuk sebab waktu melawat dah habis. Jadi, abah suruh aku turun jumpa kawan-kawan abah. Aku pun turun dengan membawa buku yasin & simpan dalam kocek baju melayu( tak tahu kenapa nak bawa buku yasin sekali masa tu) Turun la aku dari tingkat 5 ke tingkat 2 pakai lift. Masa aku masuk dalam lift, aku tak sedar pun yang aku tekan butang nombor 1. Ingatkan butang nombor 2 yang aku tekan. Tapi aku memang yakin masa tu aku tekan butang nombor 2. Masa dah sampai ke tingkat 1, lampu dalam lift berkelip 3 kali, & ada la dalam 10 saat(rasanya la) baru pintu lift terbuka. Kan biasa 1/2 saat lepas dah sampai baru pintu lift terbuka. Aku pun hairan la sekejap. Keluar la aku dari lift(masih tak sedar aku sebenarnya dekat tingkat 1) Aku berjalan lurus, macam yakin aku nak pergi ke mana. (sambil main smartphone )

Jalan punya jalan, bila aku pandang ke depan, aku terkejut sebab depan aku tu jalan mati. Baru la aku tersedar yang aku bukan berada di tingkat 2. Aku toleh ke kiri, bilik kosong, aku toleh ke kanan, jalan nak pergi ke bilik mayat. Ya, bilik mayat. Aku jadi hairan, kenapa aku tiba-tiba ada dekat sini ? Aku patah balik, mencari lift. Jalan lurus tapi aku tak jumpa pun lift. Kiri kanan bilik. Lift hilang dari pandangan mata aku. Bilik-bilik yang aku tengok, ada 2 pintu, ada 2 cermin kecil dekat pintu & ada cermin panjang ditutup dengan kain langsir biru(aku tak tahu kalau bilik-bilik ni wujud di pjhus)

Aku berjalan lurus sampai hujung, aku cuma melihat sebuah padang yang luas, gelap gelita. Aku hairan, ke mana hilangnya tempat parking bawah dekat belakang ni ?? Aku jadi gelisah. Aku patah balik & jumpa tangga kecemasan. Mula-mula aku nak pakai tangga kecemasan ni. Bila nak buka pintu, aku terdengar bunyi seperti ada orang turun dari dalam bilik tangga kecemasan ni. Aku tunggu sampai ‘dia’ buka pintu. Tapi, lain yang terjadi. Tak seperti yang aku harapkan. Habis bunyi orang turun, aku terdengar bunyi seolah-olah ada sesuatu tengah cakar pintu. Terus aku jalan & tak tengok pintu tu lagi. Tak jadi nak pakai tangga kecemasan.

Masa tu tersangat la sunyi. Memang tak ada kelibat manusia langsung. Tiba-tiba aku melihat sesuatu benda berwarna hitam melintas dengan laju. Aku pun terdetik nak pergi ke sana, nak lihat apa yang aku baru lihat tadi(masa tu langsung tak fikir benda-benda pelik.) Dah sampai aku dekat sana, aku jadi pelik sebab aku muncul semula ke tempat kmk mula-mula sedar yang aku bukan berada di tingkat 2. Aku pun teruskan perjalanan mencari lift. Aku sempat Whatsapp abah bagitahu dia yang aku lagi diuji. Lepas aku whatsapp abah, smartphone aku stuck. Tak dapat nak buat apa-apa. Smartphone yang lagi satu pun sama, tak dapat nak unlock, screen cuma hitam. Tiba-tiba belakang badan aku rasa sejuk & bulu roma aku meremang. Aku pusing ke belakang, tapi tak ada apa-apa pun. Rasa mcm ada seangkatan tentera berjalan nak kejar aku. Aku tanggalkan cermin mata aku, sebab kabur. Aku pun pusing lagi ke belakang, tapi tak ada apa-apa pun dibelakang aku. Bila aku pusing depan, aku tengok depan aku tu bilik mayat. Macam mana laa aku boleh sampai dekat situ ?? Yang aku nak elakkan, yang tu juga la aku tuju. Aku dah makin gelisah. Takut aku tak jumpa jalan keluar.

Lepas tu, aku terdengar dalam bilik mayat tu, ada bunyi macam ada orang tengah menguruskan mayat. Aku nak tegur, bagi salam. Mana laa tahu kalau dalam tu ada pekerja hospital. Tapi hairan la aku, kenapa tengah uruskan mayat tak buka lampu ? Satu lampu pun tak ada yang menyala. Lepas tu aku teringat, orang tua selalu pesan, kalau terdengar bunyi pelik-pelik, jangan tegur. Aku pun tak jadi nak tegur. Tiba-tiba aku tercium bau busuk. Tersangatlah busuk. Rasa nak muntah. Aku kuatkan semangat & teruskan perjalanan aku mencari lift.

Makin kuat semangat makin tu laa macam-macam perkara terjadi. Aku lalu satu bilik ni, kain langsir kat dalam bilik tu macam ditiup angin. Aku pun tengok la, mana tahu ada kelibat manusia dalam bilik tu. Tapi tak ada apa pun. Cuma ada kerusi menunggu warna biru & alat-alat hospital. Lepas tu aku terkejut sebab terdengar bunyi guli bertaburan dalam bilik tu. Aku nak masuk dalam bilik tu, tapi aku tak tahu apa yang akan tejadi kalau aku masuk dalam bilik tu. Terus aku jalan & cari lift yang aku masih tak jumpa-jumpa lagi.

Masa dalam perjalanan, dekat tepi tu ada tangga(pandangan dari belakang bilik tangga kecemasan) Aku tak tahu la dekat tangga tingkat berapa, tapi dari sisi mata aku, aku ada melihat sesuatu berwarna putih, berdiri di situ(rupa macam nurse & bertudung) Aku tak pandang ‘dia’, aku pandang lurus & jalan, tak toleh belakang. Kalau ‘dia’ tegur aku masa tu pun, aku tak akan tegur balik. Sedangkan lift pun aku tak jumpa-jumpa lagi, macam mana aku nak tegur siapa-siapa atau apa-apa yang aku jumpa masa tu. Aku mendongak ke atas, lihat bangunan wad. Tapi tak ada satu cermin pun yang berlampu. Aku dah makin susah hati.

Dah sampai ke depan, aku terdengar ada orang baling selipar dekat pintu & menjerit macam orang gila(bunyi macam perempuan). Apa laa pulak kali ni. Aku berhenti, dalam hati aku cakap, “ni hospital jantung ke hospital orang gila ?” Aku cuba intai dalam cermin dekat pintu, tapi kosong, tak ada orang. Cuma ada kaunter & sebaris kerusi biru. Kalau ada orang muncul sekalipun, aku yakin tu bukan ‘orang’ .

Aku teruskan perjalanan mencari lift. Dah lepas satu pintu ni, tiba-tiba aku dengar dekat atas siling ada bunyi merangkak/berlari laju macam nak serang aku dari belakang. Aku toleh atas, aku toleh belakang, tapi tak ada apa-apa. Pusing aku ke kiri, aku berada semula dekat tempat aku mula-mula sedar. Ya, mcam biasa, sebelah kanan bilik mayat. Rasanya ada la dalam 4/5 kali aku lalu bilik mayat. Lepas tu aku terdengar bunyi orang gelak dekat area pokok(kalau pokok tu wujud la) Aku dah makin gelisah, rasanya macam satu jam aku kat sini cari lift.

Kmk berhenti sekejap, tengok dua-dua smartphone aku masih stuck. Aku beristighfar. Tenangkan diri, cuba nak baca ayat kursi, tapi tak ingat apa-apa. Al fatihah pun aku tak ingat masa tu. Aku pegang dekat kocek baju melayu aku, aku tengok ada buku yasin. Baru la aku teringat aku ada bawa buku yasin. Aku pun buka buku yasin, aku baca ayat kursi, 3 qul & al fatihah. Nasib baik aku dapat baca. Lepas baca, aku hembus nafas, & sapu dekat bahagian muka aku. Lepas tu, telinga sebelah kiri aku, rasa macam ada angin yang laju meniup. Rasa macam ada orang berdiri di belakang, betul-betul belakang aku.

Aku rasa nak pusingkan pandangan ke belakang, tapi aku kuatkan semangat, tak nak tengok belakang. Aku teruskan perjalanan, aku lalu semula dekat tangga kecemasan, rasa macam nak pakai tangga, tapi teringat yang tadi aku ada melihat benda putih berdiri & bunyi menyakar pintu. Terus aku berubah fikiran. Aku jalan ke depan, Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa lift. Baru laa rasa lega, hilang rasa gelisah. Masa nak masuk lift, dari sisi mata sebelah kanan aku, aku melihat ‘dia'(macam bayangan nurse yang aku jumpa dekat tangga) berdiri melihat aku(jauh juga la jarak aku dengan dia) Naik ke tingkat 2, keluar dari lift, baru la aku jumpa orang, staff hospital & security guard. Akhirnya jumpa pun kawan-kawan abah.

Smartphone pun dah okay, aku lihat jam, kira baru 5/6 minit aku berlegar-legar di tingkat 1. Rasa mcm sejam aku mencari lift tadi. Itulah pengalaman pertama pandangan mata aku ditutup/di kaburi. Memang gelisah, takut tak dapat keluar dari situ. Rupanya ada hikmah kenapa tangan aku tiba-tiba ambil buku yasin walaupun aku tak tahu kenapa aku nak bawa buku yasin sekali.

Lepas kejadian tu, aku post kan pasal pengalaman aku ni dalam Facebook. Beratus shared, & rata-ratanya pernah alami apa yang aku alami. Aku dapat inbox dari bekas pekerja security & pekerja yang pernah bekerja di sana, bagitahu aku yang mereka pun alami apa yang aku alami. Tingkat 1 memang tempat yang sangat-sangat ‘keras’. Macam-macam perkara yang berlaku di tingkat 1. Ada juga yang merasa lawak dengan kisah aku ni. Aku anggap mungkin mereka belom pernah alami atau tak percayakan kewujudan makhkuk ghaib ni. Tapi tak apalah, harap mereka dapat belajar sesuatu dari kisah aku ni.

Nasihat aku untuk siapa-siapa yang nak bermalam di pjhus/mana-mana hospital, bawa laa surah yasin/al quran bersama. Takut nanti pandai tak ingat apa-apa ayat, takut nanti yasin/al quran yg di install dalam smartphone tak dapat buka. Bawalah yasin/al quran bersama.. Kita tak tahu apa yang akan terjadi, lebih-lebih lagi tempat macam ni memang ‘keras’ giler. Pakai pakaian yg sopan, mulut & hati jaga, jangan nak sebut perkara yang pelik-pelik. Kalau ada kecemasan nak pergi ke mana-mana, biar la berteman.

Kalau dapat, jangan la nak berjalan-jalan di hospital bila jam dah pukul 11 malam. Aku bukan nak bagitahu yang aku ni berani, ada la juga rasa takut, tapi ‘mereka’ ni pun makhluk Allah S.W.T, kalau terjadi perkara-perkara macam ni, jangan dilayan sangat perasaan takut tu, berdoa & minta pertolongan dari Allah, supaya dijauhkan dari gangguan ‘mereka’. In Sya Allah, Allah tolong. Allahul musta’an. Hanya Allah lah tempat kita meminta pertolongan.

Terima kasih kerana sudi baca kisah pengalaman pertama aku yang tak seberapa ni. Sekian.

Sumber : Amirul via ebarus.com

‘RM300 artis dibayar untuk malam raya tv program? Ni tahun 1972 ke?’ – Tokram

Viral di media sosial status pemuzik, Dato Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tokram yang berang dengan sebuah stesen televisyen yang mahu membayar RM300 untuk muncul di sebuah program TV untuk malam raya.

“300 henget artis dibayar untuk malam raya tv program? Ni tahun 1972 ke? Kau sangat bangsat!!! Kau patut dibuang kerja atau ambil saja bhangla-bhangla kat Pudu tu nyanyi untuk tv program ko!!!!

“Tip dari saya untuk artis-artis. Kalau ada offercamni, jawab kat produser tu, aku bagi ko 300 henget ko jangan call aku lagi ok, tq,” tulisnya di Facebook pada 16 Jun lalu.

Status Facebook Tokram itu discreenshot oleh Nurul Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, yang kemudian memuat naik gambar itu di Instagramnya.

Nurul bersetuju dengan status Facebook Tokram dan itu antara sebab mengapa dia jarang muncul dalam program stesen TV.

“This is the reason why I don’t appear much in certain TV station. Our time is money too. Just to share with you all the public. This is what we getting some time. But I always got good payment from Astro and RTM so far.

“Susah, kan nak hidup untuk artis. Nasib baik I have herbalife and working on my new french album project.

“Not to bad mouth about TV station that used to support me, tapi udah-udah le bayar ciput. Artis pun nak hidup and ada bill nak bayar. Nah, today the truth has revealed from yours truly Dato Ramli MS. This one I like. Oh, ini consider ada bayar, ada tu nak free saja,” tulisnya.

Sementara itu di media sosial, netizen tertanya-tanya stesen TV manakah yang ‘cari pasal’ itu? Juga ramai yang ingin tahu berapa bayaran yang artis patut dapat jika disuruh tampil dalam program tv untuk malam raya.

BUKAN ARWAH ZULFARHAN YANG CURI LAPTOP , JADI SIAPA YANG CURI LAPTOP SEBENARNYA ? TAK SANGKA DALANGNYA ADALAH

Terbaru di tweeter uodate tentang kes buli di UPNM , bongkar punya bongkar ! akhirnya ada yang buka mulut dan pecah lubang dalang disebalik perkara yang berlaku .

Sebenarnya laptop yang hilang tu bukan kepunyaan Hairi tapi milik seorang siswa di UPNM yang dipercayai adalah kekasih Hairi . Hilang kawan , sekarang mungkin makwe sudah laa bro !!

Tweet dimuatnaik oleh @Wani menyatakan bahawa laptop itu kepunyaan seorang perempuan .
Jadi kes ini berbaur im the hero have to save princess la . Sampai kawan baik kau sendiri dibunuh hanya kerana perempuan .
Ikuti siri tweet :

Mengikut tweet wani , laptop itu adalah kepunyaan seorang perempuan . Sekarang tengah trauma juga sebab rasa bersalah dengan arwah !

Mungkin makwe si hairi , jadi that girl ngadu pada Hairi .

Selain tweet yang mengesahkan laptop itu adalah kepunyaan seorang perempuan , ada siri tweet lain dari seorang senior yang mengatakan bahawa

Hairi masa zaman sekolah dulu pun suka buli dan samseng . Jadi no wonderla die berani untuk buat tindakan yang diluar kewarasan .

Tapi peliknya , bagaimana rekod kelakuan semasa di sekolah ? tiada catatan disiplinkah di dalam rekod peribadinya ? semuanya menjadi tanda tanya . Apapun kes ini masih dibicarakan dan mengikut update terbaru , 5 rakan yang terlibat jika disabit salah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati .

#justice4farhan
#upnm
#kakishare
www.kakishare.my

ISTERI DIPUKUL SUAMI DGN HELMET BERTALU2. LEPAS 2 MALAM DI ICU AKHIRNYA MENINGGAL DUNIA

Sekadar Gambar Hiasan.

Seperti yang diceritakan oleh Puan Jamu Meletop. Innalillahi wainnailai hirojiun. Bangun pg ni dikejutkan oleh vibrate tepon. 12x missed call. Call2 balik panggilan dr kerani admin ofis.

Dia maklumkan bahawa salah seorang staff baru meninggal jam 5 pagi td setelah 2 malam di ICU HKL parah dipukul suami di kepala dgn helmet.

Singkatkan nama arwah bermula dg “H”. Seorang admin exec di bawah seliaanku. Tetapi sudah 3 bulan diminta unpaid leave. Punya suami yg bekerja di Kementerian Luar Bandar. Boleh katakan gaji H ni lebih besar 2x ganda dr suaminya.

Apa yg diceritakan H (gara2 terlalu tertekan sampai dapat rawatan di psikiatri) menyebabkan kami di pejabat simpulkan suami H seorang lelaki dayus yang hanya tahu menggoyangkan batang berjuntainya sahaja.

H dan suami ada seorang cahaya mata pada usia 32 tahun. Suami, 34. Segala tanggungan perbelanjaan rumah dipikul oleh H. Sewa Apartment, kereta, kereta suami, motor suami, nursery anak. Suami H langsung tidak susahkan dirinya atau menawarkan bantuan untuk membiayai setengah atau suku dari semua kos itu.

Akan tetapi, suami H boleh menanggung 2 orang adiknya membayar yuran semester IPTS setiap sem. Segala hutang ditanggung H. Segala masalah ditanggung H. H tidak diberi nafkah tapi H redha. Spt apa yg diluahkan bila bos kami panggil kaunselor utk H. Dan aku berada di situ, d dalam bilik yang sama atas permintaan H.

Disebabkan H terlalu tertekan dgn kos sara hidup. Ada beberapa hutang yg tak mampu H lunasi atau teruskan membayar. Dalam diam si suami bawa pulang motor berkuasa tinggi. Dbeli sendiri. Motor lama masih belum habis bayar. Perbelanjaan rumah masih ditanggung H. Keperluan asas dan anak ditanggung H.

H pernah mengadu. Org lain dah kawin makin lama makin senang. Dia kawin makin lama makin susah. Patut hutang tu tanggung sama2. Tp semua dia tanggung sendiri sampaikan dia d dlm senarai blacklist. Si suami berseronok sorang2. Suami yg mana harus dia dulu yg susah, yg tanggung isteri. Bawak balik moto baru. Belanja anak beranak. Tanggung adik belajar. Nafkah isteri terabai. Tuntutan perbelanjaan isteri dan rumah terabai.

Suami mcm apa ni? Calon neraka suamimu H.

Akibat 3 bln unpaid leave kerana dptkan rawatan psikiatri. H tak mampu lg membayar keseluruhan kos sara hidup mereka. H minta suaminya utk byar sementara dia belum masuk kerja. Akibat dr itu, H dihadiahkan pukulan bertubi2 di kepala dgn helmet dan H meninggal pgi ini setelah operation membuang ketulan2 darah beku di kepala dan H disahkan mati otak?.

Suami di luar. Perkahwinan ini merupakan institusi yg sgt mulia. Isteri amanah Allah kepadamu. Bukan kuli batakmu. Tanggungjawabmu kepada keluarga hanyalah dosa semata kerana tanggungjawabmu kepada isteri dan anak diabaikan. Bukan hanya dirimu yg berdosa. Malah seluruh keluargamu. Kerana kalian telah merampas hak isteri dr ahli keluargamu.

Suami di luar. Perkahwinan itu seharusnya makin menyenangkan. Bukan menyulitkan. Kalau isterimu kosong, kau harus membantu. Bukankah itu tanggungjawab yg harus dipikul olehmu. Gaji bukan alasan. Kau harus ikhtiarkan agar kau yg mampu. Bukan memampuskan isteri seorang.

Kau berdosa wahai suami. Aku belum pasti ada isteri yg redha diperlakukan begitu. Ibadahmu, solatmu tidak diterima wahai suami jika kau menganiaya isterimu dan kamu tidak menggalas tanggungjawabmu.

Jika alasanmu tidak mampu. Berikanlah sedikit wang utk sama2 membantu. Kau menyimpan. Isterimu? Sampai nak masuk wad gila. Wang yg diberikan setiap sem adik2mu 2000 seorang itu hak isterimu kau tahu. Sbb apa? Sbb tjawab wajibmu dipikul oleh isteri. Boleh sj kau lunaskan hutang yg ada dgn wang sejumlah itu. Tp kau memilih utk biarkan isterimu tanggung sendiri termasuk makanan yg menjadi tahi yg hari2 kau buang. Tanpa belas kasihan, baju yg kau pakai pon kau paksakan isterimu yg beli. Istrimu bukan bodoh bro, itu buktinya sayang. Kau tu bodoh. Awal2 dah tempah bilik di neraka.

SHS, semoga damai tempatmu di sisi Allah. Maafkan sy tak dpt bersama saat terakhir H. Sy dh terlebih awal pulang ke kg. H pergi d bulan mulia. Mgkin di sini H seksa. Di sana H bahagia bersama Allah yg sayangkan H.

H, kami iringi pemergianmu dgn Al-Fatihah. Kami janji pemergianmu terbela. Suamimu sedang dicari. Jika dia tidak berakhir di tali gantung, kami berdoa agar suamimu ditimpa batu bata dan besi semasa melakukan site visit, ataupun suamimu disambar petir.

Suami2, sebelum kau goyangkan batang berjuntai kau yg satu sen tak laku nak gadai tu. Kau tepuk dada kau. Yakinkan dirikau bahawa kau bukan lelaki DAYUS. Kalau kau merasa ka DAYUS cepatlah ubah sebelum azab Allah menghampiri.

Pandanglah cermin. Suami yg ada seri d wajahnya adalah suami yg susah dirinya utk menyenangkan isteri da anak. Suami yg menggalas tjawab dgn sempurna spt arahan Allah.

Kalau tgk muka suami tu muka “serabut ngelih”, Allah dah tarik sinar wajahnya kerana dosanya.

BANYAK MANA LAGI KITA NAK LIHAT INI BERLAKU?SAMPAI BILA?JIKA KITA LIHAT ADIK BERADIK,KAWAN,JIRAN SEKALIPUN DIPERLAKUKAN BEGINI BERTINDAK BUAT REPORT,BAGI SOKONGAN UNTUK WANITA LAIN,JANGAN TAHU MENGUMPAT JE,KALAU KITA BERSATU HATI TIADA LAGI PENGANIAYAAN

 

 

Sumber: Puan Jamu Meletop

[VIDEO] KAU PERNAH LUKAI HATI AKU – DIDAKWA TIDAK MENGAKU ANAK, PENYANYI SALEEM LUAH RASA KECEWA

Baru baru ini viral nama Nursyafiq Farhain anak kepada Saleem yang merupakan penyanyi legend di tanah air. Memiliki suara yang merdu sehinggakan ramai yang menganggap Syafiq mewarisi bakat dari ayahnya. Korang dah dengar belum? Sedap weh..

Namun, ada satu video Saleem ditemuramah oleh Utusan Online mengenai anaknya yang kini mula menerpa nama dalam nyanyian. Dengar dari nada Saleem macam sedikit terkilan dan kecewa. Isu apa ni?

Nasihat Saleem pada anaknya

Menerusi perbualan bersama wartawan Utusan, Saleem didakwa kononya tidak mengaku anak. Namun, menurut Saleem dia masih terasa dengan anaknya yang pernah melukai hatinya. Beliau menyuruh untuk anaknya ingat kembali peristiwa lepas. Mungkin hal hal lepas yang kita tidak tahu. Jangan cepat buat andaian okay.

Artikel Asal Dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Mei – Penyanyi Saleem mendedahkan bahawa dia tidak pernah ‘membuang’ anak-anaknya daripada perkahwinan terdahulu meskipun telah berpisah dengan isteri pertama, Juwita, sekitar 20 tahun lalu.

Menurut Saleem, pada awal tahun 1990-an, dia telah membelikan sebuah rumah secara tunai bernilai hampir RM60,000 di Setiu, Terengganu untuk didiami oleh lima anaknya bersama bekas isteri.

“Selain beli rumah, bekas isteri saya juga selalu datang ke pejabat Warner Music iaitu syarikat rakaman tempat saya bernaung ketika zaman popular dengan Iklim dahulu.

“Dengan hasil royalti menyanyi itulah juga, bekas isteri membesarkan anak-anak saya sehingga hari ini mereka boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran dan ada kerja yang baik hari ini, “ katanya kepada Utusan Online.

Saleem membuat pendedahan ini bagi menafikan stigma masyarakat yang selama ini dia telah mengabaikan anak-anak hasil pernikahan dengan Juwita.

Menurut beliau, walaupun pernah lalai dan terjebak dengan najis dadah suatu ketika dahulu sehingga ke pusat pemulihan dadah, anak-anaknya tidak terabai atau tinggal menumpang di rumah orang lain.

Sekurang-kurangnya anak-anak tidak duduk di bawah jambatan. Tuduhan bahawa saya tidak peduli nasib anak-anak dan ayah yang tidak bertanggungjawab adalah tidak benar. Itu fitnah yang amat menyedihkan saya,” katanya lagi

Mungkin ada betulnya apa yg Saleem cakap, tetapi kita tak tahu apa yang terjadi kepada anaknya semasa kecil. Bagaimana melalui kehidupan tanpa ayah disisi. Tapi ingat tiada manusia sempurna dan semua pernah melakukan kesilapan. Apa yang terjadi pada Saleem elok dijadikan pengajaran.

Kita sebagai manusia jangan cepat menghukum dan beri peluang untuk dia perbaiki diri. Apa-apa pun, kisah sebenar kita tak tahu… So, lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja untuk diorang berdua.

Sumber: Utusan Malaysia