[VIDEO] Seorang Staf Berlakon Lemas Di Dalam Sungai. Seekor Anak Gajah Nampak Dan Ini Tindakkan Gajah Itu

Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick.

Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.

Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.

Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.

Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Tonton video di bawah:

Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan di 2015.

Pada usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.

Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tenang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick.

MENGAGUMKAN!! REAKSI SULTAN MUHAMMAD V TAK DAPAT MASUK RESTAURANT KERANA TIDAK MEMBUAT TEMPAHAN AWAL

KOTA BHARU: Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian sifat mulia yang terdapat pada diri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Seri Paduka yang tidak terlalu berprotokol amat menguja dan menyentuh hati rakyat jelata, terutama mereka yang berpengalaman berurusan dengan baginda.

Sifat baginda itu terpancar pada peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu. Baginda, ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons. Tetapi diberitahu oleh pengusaha, restoran penuh hingga tidak dapat menunaikan permintaan baginda.

Tanpa banyak bicara, baginda pun berlalu dari situ. Namun, anda boleh bayangkan betapa kesalnya pemilik restoran Chan Khek Jun yang tidak dapat melayani seorang VVIP! Mengimbau kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.

Malah, kata Chan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.

“Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.

“Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal,” kata Chan ketika ditemui Bernama di restorannya.

Chan berkata baginda mengunjungi restorannya sekitar tahun 2000 ketika masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan – tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.

“Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda,” katanya.

Ikan masak stim jadi kegemaran

Chan berkata baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.

“Baginda tidak menitah menyediakan pinggan atau sudu dan garpu khusus, dan hanya menggunakan apa sahaja yang ada di restoran ini,” katanya.

Mengenai masakan kegemarannya di restoran itu, Chan berkata baginda gemar masakan yang kurang berminyak, masin dan pedas.

Sumber: Cerita Warung Kopi

“Justeru, kami akan menggunakan minyak zaitun, mengurangkan garam dan lada dalam setiap makanan dipesan baginda,” katanya.

Chan berkata makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.

Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa “sizzling”, udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.

Air halia merupakan minuman kegemaran baginda.

Sementara itu, pekerja Restoran Four Season, Nur Emiezza Mohd Noor, 29, berkata pengalaman menjadi pelayan Sultan Muhammad V akan terus segar dalam ingatannya sepanjang 11 tahun berkhidmat di restoran itu.

Nur Emiezza berkata setiap kali baginda hadir untuk bersantap, beliau akan diamanahkan oleh Chan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

“Pada mulanya rasa gementar, namun keperibadian tinggi Sultan Muhammad V, yang sentiasa merendah diri membuatkan saya tidak lagi kekok,” katanya.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April.

7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan. Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong.

Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong.

1. Buang racun dalam badan

 

Ketika kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Meningkatkan metabolisme

 

Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jadikan tubuh kekal langsing

 

Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol. Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

4. Elak gangguan pencernaan

 

Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.

5. Mencantikkan kulit

 

Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

6. Cegah batu ginjal

 

Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!

7. Baiki sistem imun tubuh

 

Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

Untuk mendapatkan manfaat dan kesan yang maksima daripada air putih, anda boleh ikuti step mudah ini.

1. Minum 4 gelas air putih setiap pagi yang berisi 160ml ketika perut kosong.
2. Jangan ambil sebarang makanan selama 45minit.
3. Minum air putih sekurang-kurangnya 30minit sebelum makan, tetapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.

* Jika masih suka untuk minum 650ml ari putih setiap pagi, boleh mulakan dengan 1 gelas air dahulu.

Guna Laman Web ini Untuk Periksa Keadaan Jalan Raya Sempena Balik Kampung.. Sila SHARE Kepada Yg Lain..

Salah satu kebimbangan yang sering melanda pemandu-pemandu yang ingin pulang ke kampung pada hari raya adalah keadaan lalu lintas yang sesak atau selalu disebut orang kita sebagai ‘traffic jam’.

Memang benar kesesakan jalan raya tak dapat dielakkan lebih-lebih lagi bila perayaan menjelang tiba namun adalah lebih baik jika sekurang-kurangnya kita tahu sejauh mana ‘jam’ atau dimana titik-titik ‘jam’ supaya boleh kita rancang perjalanan. Sebagai contoh, kalau jam dah terlampau panjang dan kita sendiri pun penat, boleh lah cari tempat-tempat selamat untuk berhentikan kenderaan dan tidur.

Bagi yang ingin memeriksa status trafik di lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan utama di ibu negara, boleh berbuat sedemikian menerusi laman Jalanow.com.

Apa yang menarik tentang laman ini adalah menunya disusun secara rapi bagi memudahkan interaksi pengguna dengan laman itu.

Menyelusuri bahagian dalam satu-satu jalan pula, pengguna akan dibekalkan dengan gambar-gambar terkini keadaan trafik di jalan-jalan yang terlibat.

Kebanyakan gambar yang diberikan diambil berdekatan tol, jadi orang ramai boleh mengagak keadaan trafik di jalan yang mahu diredah.

Jika takut kehabisan data pula, jangan risau kerana laman itu hanya memaparkan gambar-gambar terkini, bukannya video.

Pandu selamat raya ini dan rancang perjalanan sebaik mungkin!

(VIDEO) “Taufiq Bukan Cuba Selamatkan Motor,” Bapa Sangkal Tuduhan Dan Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Kepada Anaknya

Sejak semalam menjadi tular di laman sosial sebauh video yang menunjukkan seorang lelaki dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua Jalan Hulu Langat.

Mangsa yang dikenali sebagai Taufik Alias, 24 yang dikhuatiri lemas sehingga kini masih belum berjaya dijumpai oleh pihak bomba yang menjalankan operasi menyelamat.

Video berkenaan bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang menuduh lelaki berkeaan cuba menyelamatkan motonya yang dibawa arus deras.

Semalam, bapa mangsa, Alias Sagi, telah tampil menyangkal tuduhan segelintir netizen berkenaan, menurut beliau dia telah mendapat cerita sebenar dari seorang lelaki yang ada di dalam video yang cuba menyelamatkan Taufik.

“Seorang lelaki bernama Wan yang cuba selamatkan anak saya itu beritahu, sebenarnya dia bukan cuba selamatkan motor, dia cuba lepaskan diri dia dari moto yang hanyut itu, dia memang cuba lepaskan diri dia, tapi mungkin seluar tersangkut.”

“Jika kita lihat dari atas(video) seolah-olah dia sayangkan motor, sebenarnya dia cuba nak lepaskan dirinya, lelaki yang cuba selamatkan dia itu hanya sekaki lagi nak capai,” jelasnya beliau.

Kredit Video: Youtube Berita Nasional RTM

Menurut abang mangsa, Mustakim Alias menyatakan yang adiknya itu bukan cukup sifat seperti orang lain, dia adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tujuh tahun lalu.

Kemalangan berkenaan telah membuatkan Taufiq mengalami kekurangan dari segi keupayaan mental dan fizikalnya.

Beliau memohon kepada semua agar menghormati keluarga dengan memberhentikan spekulasi yang tidak berasas kerana ketika ini semua ahli keluarga sedang bersedih.

Pihak keluarga mangsa pada malam tadi telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat dengan harapan Taufiq dilindungi dan ditemui dalam keadaan selamat.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor sudah mengerakkan tiga unit bot penyelamat ke kawasan yang masih ditenggelami air di Hulu Langat untuk operasi mencari yang disambung pagi ini. – Siakapkeli.my

Sumber: RTM 1, Fitri, Mustakim Alias

KEMASKINI

*Motosikal milik mangsa telah ditemui – Sumber

 

Lelaki Ini Letak Duit 3 Ringgit Dalam Dompet Dengan Harapan Isterinya Akan “Topup” Duit Tu Seperti Viral Baru-Baru Ini..

Kami ada terima mesej daripada seseorang yang berkongsi cerita kisah duit RM3. Apa yang jadi pasti buat anda gelak tak henti-henti. Kami pun tak tau nak gelak kelakar ke nak gelak kesian. Kah kah kah…

Jom baca bawah ini :

Tu mujur bini ko tinggal duit RM1 bro.. Kalau dia ambil semua lagi parah… Hahahahaha
Apa-apa pun ko menceriakan hari kami bro…

Kelakar kan? Sila share bagi kawan anda gelak sama…

Tagged RM3, Viral RM3

Netizen Kecam Sebar Info Suspek Buli UPNM, Gadis Ini Kongsi Kisah Ibu & Adiknya Dibunuh 8 Tahun Lalu

Malaysia kini kecoh dengan kes buli hingga mati arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain dan Nhaveen. Pelbagai info terbaru mengenai suspek didedahkan. Dan tak kurang juga netizen yang stalk laman sosial suspek.

Terbaru, seorang gadis berasa amat terkesan dengan kes pembunuhan tersebut. Ini kerana ahli keluarganya pernah dibunuh 8 tahun lalu. Namun, suspek yang membunuh ibu, adik serta pembantu rumahnya bebas berkeliaran tanpa hukuman setimpal.

Terkesan dengan kes Nhaveen & Zulfarhan.

Pembunuh dibiar bebas, keluarga mangsa menderita.


Gadis yang dikenali sebagai Safura berpendapat jika suspek kes bunuh keluarganya didedahkan kepada umum, mungkin dia tidak akan terlalu gembira untuk bebas.

Orang terus lupa kes keluarga saya.


Ada benarnya pendedahan siapa suspek kerana orang awam akan lebih ingat. Tapi admin yakin jika di dunia pesalah tak dapat hukuman, di padang Mahsyar nanti Allah akan berikan hukuman yang setimpal untuk suspek.

Kredit : Safura

Terkulai Layu Leher TERGANTUNG .. Mati Antara 10 Moment TERAKHIR Amirul Punca awal putus cinta (14 Gambar)

Kuantan : Seorang pemuda berusia 22 tahun ditemui mati tergantung didalam bilik dirumah keluarganya beralamat no 19 blok 6 Peringkat 1 Felda Bukit kuantan pancing.

Mangsa yang dikenali dengan nama Amirul Asmad telah beberapa kali berhasrat ingin mati dan ada menulis dilaman sosialnya.

Terdapat lebih 10 moment yang menujukan kesedihan hidup nya akibat dari kehilangan insan yang dirinya sayangi.

Beliau sempat memuat naik moment terakhir dilaman sosialnya pada pukul 3 petang semalam yang menujukan muka nya ” Kusut ” menaggung berbagai masalah.


Antara moment yang menyentuh hati yang telah ditulis Amirul adalah perkataan ” Mati ” dilaman sosialnya ramai antara sahabat nya menasihatkan diri nya mengapa harus mengambil jalan itu.

Namun malam tadi di malam ke 22 Ramdan Amirul telah memilih jalan itu, dia ditemui mati tergantung dalam bilik dirumah keluarganya.

Apa yang berlaku mengundang pilu dia memilih jalan itu juga untuk mengakhiri hidup nya, Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, semoga keluarga Amirul tabah dengan dugaan ini.

Berita Sayu

“Busuk Sangat Ke Sampai Nak Layan Saya Macam Sampah!? Sudah 20 Tahun Saya Dengan Awak!”, Akhirnya Noorkhairiah Bersuara Juga Selepas Jodohnya Tidak Panjang Dengan..

Tidak tahan dan juga rasa kecewa akhirnya membuatkan pelakon berbakat Noorkhairiah menarik diri daripada dunia seni malah dia juga menyifatkan dirinya sering dilayan seperti sampah oleh syarikat produksi sepanjang 20 tahun berada dalam bidang seni.

“Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja”

“Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka”

“Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam industri seni.

 

Sumber : bulletinmedia