Bekas Menteri jadi pemandu UBER, mahu fahami denyut nadi Rakyat

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar dilihat menjadi pemandu UBER, sebuah syarikat perkhidmatan kereta sewa menggunakan aplikasi atas talian.

Firdaus Fadzil, pengguna aplikasi UBER pada mulanya tidak menyangka kereta yang ditempah olehnya adalah milik Abdul Wahid.

“Aku tak perasan dia sebenarnya. So, on the phone to provide my exact location, I addressed him as “ABANG”. LoL

Firdaus menaiki kereta Abdul Wahid daripada Putrajaya ke KL Sentral. Beliau turut merasakan dirinya bertuah dengan kejadian pada hari itu.

“I felt lucky. Tadi gi Putrajaya naik honda city. from Putrajaya gi KL sentral naik Perdana baru. Best best.

Menurut Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan bin Shariff, Abdul Wahid membuat keputusan menjadi pemandu UBER selama 3 hari bertujuan untuk cuba memahami denyut nadi rakyat sebelum ke tanah suci Mekah.

“Sebentar tadi berbuka puasa dan bertarawikh dengan pemandu Uber, Tan Sri Abd Wahid Omar. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas CEO Kumpulan Maybank itu beritahu, hari ini dia dapat lapan orang penumpang.

“”Saya cuba memahami denyut nadi rakyat,” kata beliau yang berasal dari keluarga susah. Beliau menjadi pemandu Uber selama tiga hari sebelum menunaikan umrah di tanah suci.

Abdul Wahid dijangka kembali ke sektor korporat setelah perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berakhir pada 4 Jun lalu.

– The Alternatif

 

“Kau hebat Paan” – Pensyarah dan rakan² kongsi memori bersama Zulfarhan

Betullah kata-kata dalam peribahasa, “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Walaupun Allahyarham Zulfarhan pergi meninggalkan kita di usia muda, namun hidupnya penuh dengan kebaikan. Pensyarah dan rakan-rakan Allahyarham Zulfarhan mengimbas kembali memori mereka bersama ketika arwah masih hidup.

Ketika menuntut di universiti, arwah Zulfarhan sememangnya pelajar yang tekun. Arwah juga mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Ini diakui sendiri oleh pensyarah arwah, Dr. Mohd Ariff yang turut terkesan dengan pemergian arwah.

 

Malah arwah juga amat dilihat menghormati gurunya. Di dalam instagram arwah, arwah sering kali mengambil kata-kata Dr. Ariff sebagai motivasi dalam pelajaran dan hidupnya.

Bagi kawan-kawan arwah, arwah seorang yang amat baik hati. Jawafazz mengimbau kenangan disaat dia mengalami kesusahan, arwah lah yang tampil memberi pinjam wang kepadanya.

Arwah juga dikatakan seorang sahabat yang suka menggembirakan orang lain. Ihsan Sidqi yang mengakui perwatakan arwah itu jelas sedih dengan kehilangan sahabatnya itu.

Faiz Rahim pula mengatakan Arwah Zulfarhan seorang yang tidak pernah berputus asa. Walaupun singkat mengenali arwah, dia mengakui arwah banyak mengajarnya.

Sememangnya orang yang baik-baik selalu pergi mendahului kita. Arwah Zulfarhan adalah insan yang terpilih. Semoga kisah-kisah baik arwah dijadikan pengajaran buat anak muda yang lain. Sesungguhnya negara kehilangan permata yang bersinar. Al-Fatihah

 

INILAH KEHIDUPAN FARAH LEE SELEPAS BERCERAI DENGAN ALLY ISKANDAR

“Sekeping omma membawa diri,” demikian kata Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli di FBnya mengenai kehidupannya selepas bercerai talak satu dengan personaliti TV3, Ally Iskandar pada 17 Ogos lalu.

Sejak bercerai, Farah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel hasil perkahwinannya dengan Ally itu sering memuatnaik luahannya di FBnya.

Antara luahan terbaru Farah Lee:

Aku eja setiap huruf

Setiap huruf itu menyembuh

Basah hati, basahlah pipi

Hairan

Banyaknya sayang dari asing yang datang

Rupanya nak sayang tak perlu mengenali

Hanya perlu hati yang suci

Salah magnet, menolak

Betul susun, menarik

Tapi yang Berkuasa itu Tuhan

Dia yang menolak

Dia yang menarik

Sebab yang memegang yang merah di dalam

Itu Tuhan

Setiap dahan yang dipatahkan

Pasti tumbuh semula yang cantik

Kadang masih tumbuh di sama

Kadang pula tumbuh di baru

Tapi pasti ianya lebih cantik

Sembuh

Huruf tadi aku dah eja

Maka aku tulis pula huruf yang baru

Untuk kau yang sayang

Moga kau juga di sayang Tuhan

Kerana hebat kau mendoakan

F.L.


Inilah Kehidupan Farah Lee Selepas Bercerai Dengan ALLY ISKANDARInilah Kehidupan Farah Lee Selepas Bercerai Dengan ALLY ISKANDAR
Lagi luahannya:

Reading my fav book for countless times, and today, by the pool

Stay blessed everyone. Kita je yang dapat tentukan kita nak happy ke tak nak. Tak boleh salahkan orang, sebab kita dan Allah je yang mampu kawal hati kita. Doa kena banyak.

I received tons of PMs DMs and emails, ramai yang sedang melalui dan berkongsi saat-saat sukar dalam hidup. Saya belum sempat reply semua. InshaAllah one by one ya..

Tapi here in bulk, for those who is in misery, ingat macam ni je, life is short and so dunya is temporary. Don’t grieve over things so bad, sometimes we have to let go to give space for a better thing to get in. Maybe the same thing but in a better form, or just an other better thing.

Does not mean no more effort, effort is effort. But at the same time, be content of what we have. Dengan bersyukur Allah akan bagi lebih lagi.

Janji Allah pasti, be happy

Sumber : bulletinmedia

MASIH INGAT PREITY ZINTA ARTIS WANITA PALING CANTIK BOLLYWOOD, NAMUN JANGAN TERKEJUT BERUK LIHAT 12 FOTO TERBARUNYA PADA USIA 41 TAHUN YANG ANDA PASTI TAK SANGGUP NAK TENGOK SAMA SEKALI TERUTAMANYA FOTO NO.7 DAN NO.9 TU.

AKTRESS cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.

7 CARA MEMIKAT HATI WANITA DALAM ISLAM DAN DOA YANG PALING BERKESAN.. SILA SHARE!

Hubungan antara lelaki dan wanita yang akan berumah tangga sebaiknya didasari rasa sayang dan cinta. Itulah kenapa memikat wanita bukanlah hal yang dilarang oleh islam apatah lagi jika didasari oleh niat yang baik dan kecintaan kepada Allah dan Rasulnya.

 

Pada artikel sebelumnya telah kami bahas tentang cara berkenalan yang tepat untuk memikat wanita. Dalam artikel tersebut telah kami bahas cara untuk mempermainkan psikologi wanita dan pola dasar fikirannya tentang anda dalam 30 detik perkenalan. Segala sesuatu yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan wanita pujaan anda selalu ada caranya. Tetapi apalah erti segala usaha tanpa doa.

 

Adakah anda pernah melihat lelaki yang boleh mendapatkan mana-mana gadis yang mereka mahu dan tertanya-tanya, “bagaimana mereka melakukannya?” Ya, perempuan tertarik kepada kuasa dan status. Ya, mereka tertarik dengan ciri-ciri kelelakian yang dominan, dan keyakinan. Nak tahu cara memikat wanita dengan bergaya?jom kita belajar sama-sama.

 

Dalam islam, ada doa yang boleh anda baca untuk dapat memikat hati seorang wanita. Dengan niat yang tulus, doa ini InsyaAllah dapat membantu anda mendapatkan hati wanita pujaan anda tersebut. Doa dilakukan dengan siri shalawat dan Al-Fatihah. Berikut ini rangkaian doa untuk memikat wanita dalam islam.

1. Mengucapkan Syahadat Sebanyak 3 kali
2. Astaghfirullaahal ‘azhiim min kulli dzanbin wa atubu ilaih (sebanayak 3 kali)
3. Sholawat sebanyak 3 kali
4. Subhanallah wal hamdulillaah walailaaha illallah wallaahu akbar laa haula wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adziim (sebanyak 3 kali)
Kemudian bacalah Al-Fathihah dengan niat untuk mengirimkan amalannya kepada:
1. nabi muhammad sholallaahu ‘alaihi wassalam.
2. Malaikat Jibrail, wa Mikail, wa Isroil wa Izrail.
3. Abu Bakrin, wa Umar , wa Ustman , wa Ali radiyallahu anhum.
4. Syaikh Abdul Qodir Jaelani.
5. Wanita target Anda.

Kemudian, bacalah surah Yusuf ayat 31. Doa yang dapat membuat Anda tampak memikat di mata sang wanita pujaan. Segala apa yang Anda lakukan menjadi indah di matanya. Ini tentu saja jika Allah mengizinkan ketulusan niat Anda.

“Falamma roainahuu akbarnahuu wa qoth-tho’na aidiyahnuna wa qulna haasya lil-lahii maa haadzaa basyaroo,in haadzaa illa malakun kariim.”

Perlu diketahui bahwa tidak ada yang menjamin keberhasilan amalan ini kecuali Allah sendiri. Dan jangan pernah berharap untuk mendapatkan hasil dengan berusaha tanpa doa ataupun dengan berdoa tanpa berusaha.

Yakinkanlah dalam diri Anda bahwa dengan kemampuan Anda sendiri Anda harus bisa menunjukkan kepada wanita idamana Anda seberapa besar cinta yang Anda miliki kepadanya. Dalam seri artikel memikat wanita yang kami berikan, akan ada banyak cara memanfaatkan celah psikologis wanita untuk lebih mudah menerima segala bentuk perhatian Anda.

 


7 CARA MEMIKAT HATI WANITA DALAM ISLAM DAN DOA YANG PALING BERKESAN.. SILA SHARE!

Jaga penampilan anda.

Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa.

Paham kan maksud saya.Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.tak Menarik, Tertarik De Boom kan?Jadi diri sendiri.

 

Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain.Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia.HENTIKAN niat tak cerdik anda tu.Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat.

Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey.Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.Pandai berkomunikasi.

 

Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan.Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda.

Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…Bersifat prihatin dan ambil berat.

 

Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE”tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye.

Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”

 

Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan.Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab.

Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau.Si dia pasti akan terharu.Jejaka yang periang

 

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda.Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum.Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”.

Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanitasekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..heheJangan suka main “remote control”

 

Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke??eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar.wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka.Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka.

Tiap minit nak tahu dia ada kat mana.Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga.ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

PAGI TADI SUFIE DATANG RUMAH SAYA…DIA BUKAN LAGI..”!! SAYU..SEBAK HATI BAPA SUFIE CERITAKAN KEJADIAN PELIK TERJADI PADA ANAKNYA SELEPAS MALAM PERKAHWINAN DENGAN JANDA ANAK LIMA

KUALA PENYU: “Sudah suka sama suka, biarkanlah…doakan mereka bahagia,” itu kata Matalin Utam, 52, bapa kepada remaja lelaki yang gambarnya bernikah dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun yang viral baru-baru ini.

Matalin berkata, Mohd Sufie, 18, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal itu beberapa hari sebelum hari bernikahan mereka.

Matalin juga mengakui dia terkejut sebaik mendengar hasrat Sufie itu namun akur dengan hasrat anaknya itu.

“Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.

“Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri.

“Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang sudahlah,” katanya sambil meminta orang luar tidak ‘membawa mulut’ mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.

Dayang Sopiah, yang kini isteri kepada Sufie, seorang suri rumah dan memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahunhasil perkahwinan sebelum ini.

Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah, ibu Sofie, berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah.

“Dia kata pilihannya muktamad…saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah.

“Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia,” katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah, ibu Sofie, berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah.

“Dia kata pilihannya muktamad…saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah.

“Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia,” katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.

MISTERI Orang Ramai TERDENGAR Nyanyian Dalam Dinding Lama Selepas Dipecahkan Apa Yg Ditemui Sgt MEMERANJATKAN

Aduragbemi Saka terperangkap setelah merangkak ke dalam lubang kecil sewaktu sedang bermain tetapi tidak seorang pun yang tahu ke mana dia menghilang.

Aduragbemi Saka diselamatkan daripada terperangkap di sebalik dinding

Inilah saat yang menakjubkan apabila budak berusia 12 tahun diselamatkan setelah TIGA HARI terperangkap di dalam satu lubang kecil di sebalik dinding.

Aduragbemi Saka berkunjung ke sebuah kafe seorang diri apabila dia mula bermain di lubang sebesar 12 inci di antara rumah kediaman pelajar dengan sebuah bangunan lain.

Namun, dia terperangkap di sana tanpa diketahui ahli keluarganya. Selama tiga hari dia menangis seorang diri. Pejalan kaki yang berlalu-lalang pula tidak mengendahkan tangisannya.

Akhirnya penduduk tempatan terdengar suaranya yang sedang menyanyi dan mula melihat ke dalam lubang itu dan menemuinya terperosok melingkar di dalam lubang tersebut.

Pihak polis memecahkan dinding itu dan menariknya keluar. Badan Aduragbemi dilitupi habuk tetapi dia masih hidup.

Aduragbemi dimandikan setelah diselamatkan daripada terperangkap di dalam dinding

Selama tiga hari budak 12 tahun ini terperangkap seorang diri di balik sebuah dinding

Seorang penduduk tempatan bernama Felicia Olaniyi berkata bahawa budak lelaki itu sedang melarikan diri daripada neneknya yang keluar mencarinya pada masa itu.

Saya bertanya kepada jiran saya jika mereka terdengar suara ganjil di dalam dinding dan mereka juga berasa keliru memikirkan apa yang terjadi, kata Felicia.

Jadi kami cuba menjejaki dari mana datangnya suara itu dan menemui budak tersebut yang sedang terperangkap. Seorang pegawai polis terpaksa memecahkan dinding itu untuk menyelamatkannya, tambah Felicia lagi.

Penduduk tempatan mula bertindak apabila terdengar suara budak ini yang sedang menyanyi dan menangis

Seorang lagi penduduk tempatan, Charity Adebayo, berkata, Kami terdengar satu suara yang mengatakan, saya Judas Iscariot. Keesokan harinya, kami menjumpai budak yang malang itu.

Sejak itu Adegbami telah ditemukan semula dengan neneknya.

Sumber: Mirror.co.uk

Seorang Bapa Rancang Sesuatu Yang Boleh Dapatkan Hampir 1/2 Juta Ringgit Untuk Anaknya Yang Baru Lahir Bagi Dana 20 Tahun Akan Datang. Memang Sangat-Sangat HEBAT Strateginya. Anda Pasti Tergamam !!!

Alhamdulillah selesai daftar nama anak + collect kunci rumah untuk si Aryan ni.

Rumah flat 3 bilik ni aku beli time baby dalam kandungan lagi.

Memang beli sebagai dana pendidikan untuk si Aryan ni.

Sekarang ni kalau nak di sewakan pun rate sekitar RM 550/bulan.

Duit sewaan RM 550 masuk dalam ASB loan RM 400k, ikat 30 tahun.

Tahun pertama – RM 100,000 (rolling dividen 20 tahun)
Tahun kedua – RM 100,000 (rolling dividen 19 tahun)
Tahun ketiga – RM 100,000 (rolling dividen 18 tahun)
Tahun keempat – RM 100,000 (maintain bayar RM 550/bulan selama 17 tahun tanpa usik dividen)

Lepas 20 tahun, terminate kesemua ASB ni, cash in hand akan dapat anggaran kasar sekitar :

ASB Tahun pertama = RM 55,453
ASB Tahun kedua = RM 51,640
ASB Tahun ketiga = RM 48,019
ASB Tahun keempat = RM 241,397

Jumlah cash in hand = RM 396,509

Lagi 20 tahun kan si Aryan ni dah besar, dah habis SPM dan nak masuk universiti.

Jadi rumah yang aku beli tahun 2017 ni, selepas tahun 2037 harga dia mungkin bukan lagi harga yang sekarang.

Mungkin meningkat sekali ganda @ 2x ganda.

Dapat refinance cashout RM 100k – RM 200k ketika itu, boleh di gunakan untuk kos study dia tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN macm aku ketika dulu.

Kat sini umur 20 tahun si Aryan ni dah boleh ada cash hampir setengah juta.

Baki selebihnya boleh di laburkan ke instrumen-instrumen lain seperti :

✅ Bisnes
✅ Hartanah
✅ ASB
✅ Unit trust
✅ Saham
✅ FCPO

Time tu, kalau aku dah tiada lagi pun, atleast anak aku ni ada tempat berteduh, ada something yang aku tinggalkan untuk dia.

*Rumah ni tiada hutang dengan bank sebab tu duit sewa boleh dapat penuh

Dapat sesuatu tak dari strategi yang aku cuba pakai untuk anak aku ni,

SHARE jika bermanfaat.

#copypaste

Credit : Muhd Farid
Sumber : FB Info Ibu Hamil

Tagged Plan Untuk Anak

ANAK GADIS 5 TAHUN DAN LELAKI 6 TAHUN TERPAKSA DIKAHWINKAN. INI SEBAB YANG BUAT RAMAI TERPANA..

Seorang gadis berusia lima tahun yang menghidap kanser menunaikan hasratnya sebelum mati untuk mengadakan perkahwinan olok-olok apabila dia ‘berkahwin’ dengan sahabatnya dalam upacara yang sangat menyentuh hati.

Eileidh Paterson, dari Forres, Moray, menyenaraikan semua keinginan yang ingin dipenuhinya setelah dia didiagnosis menghidap neuroblastoma terminal, kanser kanak-kanak yang jarang berlaku, dan dia berkata perkara yang paling dia ingin lakukan ialah berkahwin dengan sahabatnya, Harrison Grier enam tahun.

Impian Brave Eileidh menjadi kenyataan semalam apabila pasangan itu bertukar-tukar kalung dan diisytiharkan ‘sahabat terbaik untuk selama-lamanya’ dalam majlis yang penuh perhatian yang dihadiri oleh keluarga, dan kawan-kawan.

Foto acara yang diadakan di sebuah bilik mesyuarat di Aberdeen, memperlihatkan Eileidh berseri-seri ketika dia dan Harrison berjalan menyusuri lorong. Bapa Harrison, Billy, 31, berkata: ‘Harrison tidak pernah berkahwin sebelum ini, jadi ini semua baru baginya, tetapi ia adalah upacara yang indah dan dia menikmati setiap minit.

‘Dia agak teruja untuk melakukannya. Sejak bertemu dengan Eileidh, mereka tidak dapat dipisahkan.
‘Saya fikir dia tahu apa yang berlaku. Dia pasti tahu betapa pentingnya perkara ini bagi Eileidh dan dia ingin melakukan apa sahaja yang boleh dia lakukan untuk Eileidh. ‘

Eileidh mempunyai pelbagai aktiviti lain dalam senarai keinginannya termasuk berenang dengan ikan duyung, berenang dengan ikan lumba-lumba, bermain di pantai, melawat taman air, melihat salji. Impian lain termasuk menghias bilik tidur, terbang dalam pesawat untuk percutian singkat, menaiki London Eye, melihat Illuminations Blackpool, menjadi penjaga zoo untuk sehari, melawat Disneyland.

Encik Grant, 32, yang menyediakan seluruh acara ‘perkahwinan’ dalam masa sebulan, berkata: ‘Sangat mengagumkan untuk melihat komuniti berkumpul dengan cepat untuk meluangkankan masa dan tenaga mereka untuk acara tersebut.
‘Saya telah mengenali Eileidh sejak dia didiagnosis dan saya ingin melakukan segala yang saya mampu untuk memenuhi senarai keinginannya. Apabila saya melihat bahawa ini ada dalam senarainya, saya terpaksa mencari jalan untuk menjadikannya kenyataan.

‘Peristiwa semacam ini biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk diaturkan, tetapi segalanya dilakukan hanya dalam masa sebulan, ianya sangat menakjubkan. ‘Saya tahu bahawa Eileidh dan keluarganya benar-benar keletihan selepas mereka bertungus lumus untuk menjayakan acara ini.’

Sumber:- DailyMail