Gadis Sanggup bayar RM4,600 Buat Lelaki Yang Sanggup Hamilkan Dirinya

Seorang remaja perempuan, Rosemarie Catidral atau dikenali juga dengan nama Shane Marie Gamboa, menulis kenyataan di facebook yang kemudian menjadi tular setelah menyatakan bahawa, ‘Sesiapa yang dapat menghamilkan dirinya akan dibayar sebanyak 20,000 peso.’

Berikut terjemahan kenyataannya di facebook (google translate):

“Selamat pagi kepada semua orang .. saya akan pulang ke rumah pada tahun ini dan saya berharap untuk mempunyai anak sudah .. Walaupun tanpa suami .. selama aku mempunyai anak, saya akan menjaga dia / dia .. ada sesiapa di sini yang sanggup mendapatkan saya hamil? Orang yang tidak steril dan mampu menghamilkan saya .. saya tidak akan menuntut apa-apa tanggungjawab dan anda tidak akan mempunyai untuk berfikir bahawa anda mempunyai anak dengan saya kerana saya akan membayar anda .. Saya lebih suka seorang budak lelaki yang adalah tinggi , tampan sekurang-kurangnya, dan berkulit putih .. Sebaik sahaja saya hamil, saya akan membayar P20, 000 seperti tawaran .. itu adalah kontrak .. Terima kasih .. saya akan menghantar sini lagi sebaik sahaja saya kembali ke Filipina .. ”

Rosemarie menjadi perhatian ramai kerana ingin tahu sama ada kenyataannya adalah benar atau hanya gurauan semata-mata.

Setelah disiasat, dia mempunyai dua nama di laman sosial facebook dan didapati mencipta dua ‘laman peminat’ di akaun peribadinya. Ada juga yang mengatakan bahawa Rosemarie bekerja di Arab Saudi.

 

Sumber: Pilipinosakuwait

3 kali Bangla Ni Cuba Calit Minyak Dagu Pada Isteri Saya , Mereka Dah Makin Gila Dan Berani Sentuh Isteri Orang

RAWANG – Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditumbuk kerana didakwa cuba menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian Rabu lalu, pekerja warga asing berumur 40’an itu didakwa menyentuh tangan seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung.

Menurut Shahrul, 28, suami kepada mangsa berkata, isterinya yang baru bekerja di kilang itu sebagai penyelia sejak sebulan yang lalu sebelum ini pernah mengadu lelaki terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu.

Namun Shahrul tidak mengendahkan keluhan isterinya itu kerana beranggapan sentuhan itu mungkin tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku.

Berdasarkan perkongsian yang tersebar di media sosial, dia telah bersabar meskipun lelaki itu mengulangi perbuatannya beberapa kali sehingga dia terpaksa membawa isterinya pergi berubat.

“Bangla sekarang dah semakin gila dan berani, pandai dah menyentuh isteri orang, calit minyak dagu di isteri orang. Mujur saya sedar awal sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk. Kali pertama dan kedua saya masih bersabar, namun kali ketiga calit, saya memang hilang kesabaran,” katanya.
“Kejadian ini berlaku di tempat kerja, CCTV semua pun ada. Bila kita berdiam, dpijak-pijak muka kita. Harus diberi pengajaran sikit pada lelaki ini. Patutlah sekarang ramai sangat kes perempuan Melayu banyak ikut mereka. Rupa-rupanya inilah rahsia mereka.

“Bukan berniat nak berlaku kejam atau menganiaya sesiapa, tetapi hanya sekadar pengajaran untuk kita saling ingat mengingati agar lebih berhati-hati,” jelasnya lagi.

Menurut Shahrul, dia dan pihak kilang berkenaan telah membuat laporan polis. Shahrul bersedia dihukum dan tidak kisah masuk ke penjara andai kata dia didakwa mereka-reka cerita. Dengan segala bukti yang ada telah diserahkan kepada polis, Shahrul memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Mula-mula saya pun tak percaya. Tetapi bila sudah terkena pada isteri saya sendiri, saya tak boleh berdiam diri. Saya bertindak kerana mahu mempertahankan hak saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang suami,” katanya.

Berita

Ibu Nekad Kahwin Anak Sendiri Kerana Tidak Sanggup Melihat Anaknya Mengahwini Wanita Lain

Kasih sayang antara ibu dengan anak sememangnya sangat kuat, ibu yang mengandungkan dan melahirkan anak sehingga sanggup menggadaikan nyawa, tidak gentar akan kematian untuk melahirkan zuriat tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak dan sudah pasti mahu melihat anaknya membesar dengan baik dan sempurna.

Begitulah kasih sayang yang terikat antara ibu dan anak ini, sehinggakan mereka nekad untuk berkahwin sesama sendiri. Hal inilah yang terjadi di Zimbabwe. Si ibu sanggup berkahwin dengan anak sendiri hanya kerana tidak sanggup melihat anaknya berkahwin dengan wanita lain dan meninggalkannya. Begitu kuat rasa cinta antara ibu dengan anak ini.

Malah, ibu berusia 40 tahun itu sedang sarat hamil hasil hubungan dengan anak lelaki yang dikahwininya. Apa yang lebih menghairankan, anak lelakinya turut menyatakan ‘niat’ yang sama sekaligus membuatkan ‘cinta’ mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Ibu bernama Betty Mbereko berkahwin anaknya sendiri atas dasar sama-sama suka.

Kisah hidup mereka menjadi bualan ramai, bagaimana seorang ibu sanggup menjalinkan hubungan kelamin dengan anak sendiri. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sudah melampaui batas seorang ibu dan anak.

Mereka merasmikan hubungan melalui perkahwinan yang sah. Setelah berkahwin, wanita 40 tahun ini juga telah hamil hasil dari hubungan incest (sedarah) dengan anak lelaki kandungnya.

Betty sudah menjada 12 tahun dan tinggal bersama anaknya, Farai Mbereko (23). Betty rasa bangga kerana menjaga Farai sampai dewasa dan menjadi orang yang berjaya.

Setelah suaminya meninggal dunia, Betty rasa mempunyai hak ke atas puteranya dan berhak untuk berkahwin dengan Farai.

Tak disangka, Farai juga bersetuju dengan keputusan gila ibunyadan bersetuju berkahwin dengan Betty. Ramai orang tidak menyetujui hubungan cinta ibu dan anak ini kerana dinilai bertentangan dengan agama.

Oleh kerana tidak diterima perbuatannya tersebut, dia dengan anaknya membuat keputusan untuk keluar dari kota dan berkahwin di tempat lain.

Sumber: Dailyguideghana

10 Tanda Anda Bukan Pemalas Tetapi Genius

Pernah tak menghabiskan berjam-jam di atas katil merenung siling, atau ada hobi bercakap dengan diri sendiri dan melakukan perkara yang anda mungkin akan kesali kerana mengabaikannya selepas itu? Adakah anda pernah menghabiskan selama berhari-hari menonton siri televisyen kegemaran anda berulangkali?

Jika anda pernah menghabiskan seharian tanpa melakukan sesuatu. Ya! Anda secara rasminya seorang yang pemalas, mengikut tafsiran ibu bapa anda dan dunia.

Tetapi, rupanya kekurangan anda untuk memotivasikan diri dan tingkah laku lembap menjadikan anda seorang yang sangat pintar atau kreatif. Jadi, anda mungkin tidak menjadi seorang pemalas sama sekali tetapi genius.

Bercakap dengan diri sendiri

Pakar mencadangkan bahawa berbuat demikian membantu anda menumpukan perhatian, menetapkan fikiran anda yang kemudiannya membawa kepada kejayaan yang diingini.

Tak ramai kawan

Orang kurang berinteraksi kurang tekanan dan kebimbangan kerana lebih banyak masa menumpukan kepada kesejahteraan diri dan matlamat.

Berpura-pura tak buat apa-apa

Walaupun kelihatan anda seperti tidak melakukan apa-apa, sebenarnya anda tidak bekerja kerana, sebagai genius, anda mempunyai terlalu banyak idea dalam fikiran anda.

Mengambil masa

Untuk sesetengah orang, bekerja melakukan satu pekerjaan sahaja pada satu masa dan bukannya multitasking mungkin kelihatan malas. Hakikatnya, orang malas mengambil masa membuat pekerjaan yang dilakukan agar betul sudah tentunya.

Berserabut

Kerana sikap malas seseorang, berkemungkinan dalam bab kebersihan diri mereka sendiri tak terjaga. kacau bilau membolehkan anda untuk keluar daripada tradisi dan menemui perkara baru, cara-cara yang tidak konvensional untuk melakukan sesuatu. Memang genius.

Doodling

Adakah anda mendapati diri anda suka melukis secara rawak apabila nampak sekeping kertas di hadapan anda? Doodling membantu orang ramai tampil dengan konsep baru, memberi perhatian kepada perincian dan menyimpan maklumat.

Sambil lewa

Sebagai seorang yang pemalas, anda boleh mengendalikan kehidupan seharian walaupun seteruk mana, dan melakukannya dengan tenang menyelesaikannya dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, berbaring lapar kerana anda terlalu malas untuk makan sesuatu merupakan kemahiran yang hebat.

Memberi tugasan kepada orang lain

Anda tidak malas, anda adalah seorang pemimpin yang tahu bagaimana untuk memberi tugas berpasukan agar tugas selesai lebih cepat.

Cekap

Anda terlalu malas untuk melakukan sesuatu yang tidak perlu dilakukan dan tidak masuk akal. Sebagai seorang genius, anda mencari jalan pintas untuk melakukan sesuatu perkara yang akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Tidur sebentar

Otak kita adalah organ yang akan letih dan perlu sedikit rehat agar dan berfungsi pada potensi terbaik. Jadilah bijak dan tidur petang: ini membuatkan anda sentiasa segar dan bijak!

Pada zaman teknologi kini yang maju, kelihatan seolah-olah semua orang sentiasa sibuk dan produktif. Bukan sahaja ada beberapa teknologi baru yang memudahkan pekerjaan, terdapat juga laman media sosial untuk menunjukkan semua apa yang anda telah lalukan dan berkongsi maklumat.

Tetapi, jika anda tidak mahir tentang teknologi,dan alat gajet terkini, yakinlah bahawa anda tetap seorang yang produktif dan cemerlang. Anda masih boleh bermalasan dan menjadi genius.

Sumber: Providr

Alif Satar Teruja Jadi Hero Neelofa Selepas Fattah Amin

Pelakon Alif Satar akui teruja apabila bakal digandingkan dengan Neelofa sebagai pelakon utama untuk sebuah drama bersiri Red Velvet.

Lebih teruja Alif memberitahu Red Velvet sebuah drama yang mempuyai jalan cerita yang lebih menarik dan berkualiti.

“Masa mula-mula ditawarkan itu saya dengar Neelofa yang mahukan saya bergandingan dengannya dalam drama ini.

“Sebenarnya saya tidak kisah dengan siapa saya berlakon asalkan saya dapat naskah yang mempunyai kualiti.

“Setelah membaca skrip dan tahu jalan ceritanya saya rasa drama ini mempunyai kualiti tersendiri dan menarik untuk diketengahkan.

“Apa-apa pun saya teruja untuk melakukannya kerana sudah tiba masanya kita tampil dengan drama berkualiti serta orang-orang yang berkualiti di kaca TV,” katanya kepada Astro Gempak.

Red Velvet akan ditayangkan di slot Mega Drama iaitu slot sama bagi drama Suri Hati Mr. Pilot lakonan utama Neelofa dan Fattah Amin.

Alif dan Neelofa dijadulakan bakal menjalani penggambaran drama Red Velvet untuk saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) itu bermula selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Apabila ditanya apakah persiapannya untuk mencipta chemistry bersama Neelofa, Alif memberitahu ia bukan perkara yang sukar baginya.

“Apa yang boleh saya beritahu watak saya dalam ini adalah seorang baker atau pembuat kek bercinta dengan seorang wanita yang dilakonkan oleh Neelofa.

“Rasanya selama berlakon ini, saya tiada masalah untuk cipta chemistry dalam lakonan kerana saya sering berjumpa dengan ramai orang baru dan saya pandai untuk berkomunikasi.

“Namun, apa-apa pun kita lihat sahaja nanti chemistry kami selepas masuk set penggambaran,” katanya lagi.

Perkembangan lain, Alif kini muncul dengan baju Melayu Tradisi Alif Satar by Bon Zainal yang telah dijual di pasaraya Parkson serta butik terpilih.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Tak Payah Nak Cover Muka, Mohon Korang Digantung Sampai Mati! -Ibu Saudara Dedah Wajah Pembuli Zulfarhan

Ibu saudara arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain mendedahkan lima wajah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh Pegawai Kadet Laut Universiti itu.

Wanita yang dipercayai ibu saudaranya itu telah mendedahkan nama-nama dan wajah menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi entri tersebut, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap sikap enam remaja tersebut dan berharap hukuman yang bakal dijatuhkan setimpal dengan insiden yang menimpa anak saudaranya.

“Tak payah nak cover sangat muka korang. Bila naik court tahu pula korang nak tutup muka bagai.

“Sebab apa? Baru nak fikir hati perasaan keluarga ke atas perbuatan korang. Masa korang buat anak saudara aku tu korang tak fikir pulak apa perasaan family kitorang semua kan.

“Especially mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT… BERANI TANGGUNG.. Kau rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.

“Kami semua doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami satu keluarga akan buat macam mana korang buat arwah.

“TAPI kami masih ada iman walau sebesar zarah… So hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!!!!,” tulisnya.

Entri itu juga turut disertakan dengan hashtag #justice4along #AlFatihah #ZulfarhanOsman.

 

 

 

Dalam pada itu, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya bersetuju dengan status tersebut.

Terdahulu, lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain Mei lalu.

Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dia mengambil masa selama 20 tahun memiliki rambut mcm RAPUNZEL.. Alangkah terkejutnya apabila diasuh membuat ramai NETIZEN TERPANA..

Seperti watak Rapunzel, Brunette Aliia Nasyrova, 27 tahun yang berasal dari Rusia tetapi kini menetap di Latvia memiliki rambut sepanjang 90 inci setelah tidak memotongnya selama dua dekad!

Menurut Aliia, ukuran berat rambutnya dianggar sebanyak 2kg iaitu sama berat dengan kucing peliharaannya. Selain itu, rambutnya yang panjang itu juga mengambil masa selama satu jam untuk disikat dan tempoh sehari diperlukan untuk mengeringkannya secara semulajadi.

Suami Aliia, Ivan Balaban menyatakan bahawa dia begitu selesa dengan kepanjangan rambut isterinya dan menganggap rambut isterinya sebagai ‘ahli ketiga di dalam keluarga’.

Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam

Jemaah lain beritahu mereka nampak wanita itu menyapu minyak cap kapak pada anak saya dan mereka sangka itu anak wanita berkenaan. Bila saya lihat di tangan anak saya alangkah terkejutnya apabila…………

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan untuk melakukan segala ibadah kerana pada bulan ini segala pahala melakukan ibadah digandakan oleh Allah S.W.T.. Namun ada dikalangan umat Islam sendiri mengambil kesempatan dengan membuat kejahatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Seorang pengguna Facebook Nadia Razali menceritakan detik cemas apabila anak kecilnya hilang dipandangan matanya ketika beliau mendirikan solat Taraweh dan amat mengejutkan lagi apabila dia melihat anak kecilnya bersama dengan seorang makcik yang berpakaian serba hitam. Kami kongsikan Ceritanya di bawah :

Nak pesan semalam Kami anak beranak solat terawih kat Masjid Bukit Baru. Masa tu aku solat dengan Sarah dan Zara macam biasa main-main area belakang. Sambil solat aku toleh belakang tengok Adik ada lagi. Selepas tu aku tengok Adik Dah Tak ada.

Aku terus keluar dari saf cari Adik kat belakang tak ada, cari kat luar Masjid pun tak ada… Ya Allah berdebarnya…aku masuk semula ke Masjid tengok Adik atas riba seorang Makcik ni. Pakai serba hitam, aku pergi dapatkan Adik. Rupa-rupanya Adik dah tertido. Masa aku nak ambik Adik, Makcik tu cakap tak apa dia tak solat sebab sakit gigi tapi aku tengok dia cakap elok aje, tak macam orang sakit..

Pastu aku pun teruskan solat, dah habis solat aku terus ambik Adik kat riba makcik tu. Masa nak keluar dari Masjid ada sorang makcik tegur aku dipakaikan zara rantai leher. Dia cakap jangan pakaikan pada anak nanti hilang. Aku cakap esok saya tak bagi pakai la acik.Masa tu tak perasan rupanya gelang tangan Adik dah tak ada.

Hari ni tengok balik cctv pun tak nampak, tadi masa solat aku sembang dengan jemaah lain rupanya ade yang perasan kata nya anak aku disapu minyak cap kapak. Jemaah tu ingat anak makcik tu, rupanya anak aku.

Jadi orang Melaka hati-hatilah. Barang hilang boleh beli tapi buat dia ambik anak kita, Allah…tak tau la nak cakap apa…mungkin anak aku di pukau sebab anak aku bukan jenis nak tido atas orang tambah masa tu memang masa dia main, jangan harap nak tido. | Ditulis semula untuk siaran di semasaviral.com.

Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar untuk masa akan datang….kami kongsikan hanya sebagai teladan untuk semua.

Sayu..Ibu Cerita Detik-detik Awal Lina Joy Jadi Murtad..

AIDCNews – 19/08/13 – Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad pernah berdoa di Makkah agar anaknya kembali semula ke pangkuan Islam.


Kalthum Omar atau dikenali sebagai Mak Som berusia 77 tahun pernah mengunjungi Baitullah sebanyak dua kali dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH.
Rayuan Ibu Lina Joy

Ogos 2006 – Di hadapan kaabah, seorang wanita bertubuh kurus dari Malaysia sedang menadah tangan, berdoa. Airmatanya tumpah ke bumi Mekah. Dia tersedu sedu ketika bibirnya mengucapkan satu persatu luahan hatinya untuk dikongsikan kepada ALLAH s.w.t.

Ini bukan kali pertama wanita berumur 70 tahun ini menjejakkan kaki ke Mekah. Sudah dua kali wanita tersebut mengunjungi Baitullah dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.

Selama dua minggu diMekah, wanita itu menyerahkan dirinya bulat bulat kepada ALLAH. Sakit pening yang tiba tiba menyerang kesihatannya digagahi jua. Dia sedar hanya itu jalan terakhir kerana wanita tersebut yakin ALLAH masih sayangkan anak gadisnya.

Awal oktober lalu ketika umat Islam menunaikan badat puasa, Mastika berdiri dihadapan rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Kedatanga kami yang tidak berjemput pagi itu disambut seorang tua. Adakah wanita di hadapan kami ini yang kami cari cari selama ini? Berbaju dan bertudunbg putih, berumur lingkungan awal 70an. Apabila kami menyebut namanya, wanita ini diam. Tetapi apabila disebut nama Lina Joy, tiba tiba saja air mukanya berubah hiba.

“Ya, memang sayalah ibunya. Saya yang melahirkan Alin dan saya jugalah yang membesarkannya,” tutur wanita ini tersekat sekat kerana terlalu sedih. Kami diberitahu Alin merupakan pangilan manja seluruh ahli keluarga kepada Lina Joy. Kami berbual bual biasa dulu.

Bertanyakan khabar kemudian bertanya tentang wanita ini ke Mekah dua bulan yang lalu. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan? Berkali kali wanita ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan peluang sekali lagi mengerjakan umrah.

Meskipun selama tiga hari di Madinah dia diserang demam panas namun berkat sokongan saudara mara dan rakan rakan, akhirnya wanita ini telah menyudahkan segala suruhan Allah.

“Alhamdulillah … mak cik bersyukur,” ucapnya perlahan.
Dari raut wajahnya jelas ibu ini cukup tabah. Dugaan yang dihadapinya bukan sedikit namun dia masih mampu tersenyum. Kata ibu tunggal kepada enam anak ini, sejak suaminya meninggal dunia pada tahun 1995, dia tinggal bersama dua orang anaknya. Yang lain pula sudah berkeluarga.

“Mak cik redha bila kehilangan suami. Allah lebih sayangkan dia. Mak cik gembira bila anak anak tidak pernah lupakan mak cik,” tutur wanita ini.

Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, wanita ini tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998 Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.

Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.

Majalah Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som untuk mendapatkan perkembangan lanjut tentang ‘Alin’ panggilan keluarga kepada Azlina yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.

Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.

Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan.

Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.

Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.

Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.

“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,” cerita wanita ini.

Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?

Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.

“Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu juga belum pernah mak cik dengar.

“Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah wanita ini.

Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini.

Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik surat tersebut.

Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.

“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.

Dalam diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah? Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?

Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di luar.

“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak gadisnya, Alin.

Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Apa yang lebih memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.

“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.

Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,” kata wanita ini lagi.

“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita ini.

Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri.

Kenapa Lina Joy murtad?

Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

Menurut laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Mak Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.

““Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad.

“”Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam,’’ katanya dengan nada sedih.

Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.

“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.

““Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,’’ jelasnya.

Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.

““Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,’’” katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak pernah diduga keluarganya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka.

““Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,’’ ” katanya.

Sedikit Info Tentang Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.

Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963.

Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah.

Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.

 

Sumber 

 

 

“Ia Disebar Oleh Pihak Tertentu”-Nabil dan Lisa Surihani

Masuk sahaja Ramadhan tahun 2017 ini, pasti ramai mengharapkan banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup mereka. Semua urusan berjalan dengan baik, urusan rezeki juga menjadi lancar seperti yang di impikan.

Namun begitu, keadaan sangat berbeza yang telah berlaku kepada Nabil dan juga Lisa Surihani. Kedua-duanya di landa masalah besar apabila privasi mereka di ceroboh oleh ramai pihak.

Kata Nabil, dia tidak tahu sejak bilakah nombor telefon peribadinya di ketahui ramai orang dan oleh sebab itu dia sering di ganggu siang dan malam melalui panggilan telefon dan teks. Nabil jelas agak kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah membocorkan nombor telefon peribadinya melalui cara tertentu.

Jelas Nabil, dengan berlakunya insiden tersebut dia terpaksa menukarkan nombor telefon yang baru. Bagi Nabil nombor telefon yang lama sangat penting kerana ia adalah cara untuk dia mudah berhubung dengan rakan artis, pihak produksi, rakan media dan wartawan namun perlu di lupakan begitu sahaja kerana terlalu banyak gangguan yang di terimanya.

Hal yang sama juga turut berlaku kepada Lisa Surihani dan mereka sangat dukacita kerana ada sesetengah pihak sengaja menceroboh privasi mereka dengan cara begitu.