(Video) Budak Perempuan Dibelasah Bertubi-Tubi, Dihayun Ibarat Patung Oleh Bapa Selepas Beli Makanan Ringan RM6 Untuk Adik

China – Gila tapi benar. Seorang bapa berusia 37 tahun ditahan polis selepas membelasah anak perempuannya dengan kejam di sebuah pasa raya di wilayah Jiangsu, China, hanya kerana budak itu ke pasar raya itu untuk membeli makanan ringan untuk adiknya.

South China Morning Post melaporkan, rakaman CCTV memaparkan budak perempuan yang dianggarkan berusia lima atau enam tahun itu dilihat terus berbaring di lantai sebaik sahaja bapanya tiba – seolah-olah tahu tentang nasib yang bakal menimpanya.

Lelaki itu kemudian datang menampar budak perempuan itu beberapa kali sebelum menghayun kanak-kanak itu sehingga terkena tong sampah dan ke arah rak barang.

Dia kemudian mengambil penyapu dan memukul budak perempuan itu bertubi-tubi sebelum dihalang orang ramai.

Video itu turut merakamkan saat kanak-kanak itu bangun dan berjalan terhincut-hincut menahan sakit ke arah adik lelakinya yang kelihatan terkejut.

Menurut Chinaxiaokang.com, kejadian berlaku pada 9 malam di sebuah pasar raya di bandar Suqian, daerah Shuyang, minggu ini.

Menurut kenyataan polis melalui Weibo (Twitter versi China), lelaki yang dikenali sebagai Wei itu ditahan reman 14 hari.

Wei memberi alasan dia menghukum anaknya kerana membawa adik lelaki ke kedai tanpa pengetahuannya.

Wei beritahu dia adalah bapa tunggal selepas bercerai dengan ibu kanak-kanak terbabit.

Menurut Chinaxiaokang.com, budak perempuan itu membawa adiknya ke kedai untuk membelikannya makanan ringan berharga 10 yuan (RM6).

Sumber: SCMP

Mustika, Adik Nur Sajat Secantik Kim Kardashian

Umum sudah mengenali siapa Nur Sajat namun tidak ramai yang tahu bahawa figura umum itu mempunyai seorang adik perempuan yang tidak kurang cantiknya.

Mustika yang wajahnya ada mirip Nur Sajat sudah mengumpul lebih 15,000 pengikut di Instagram dan semakin mencuri perhatian netizen.

Siapakah sebenarnya Mustika?

Kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Mustika Kamarulzaman, adik pengasas kosmetik terkenal Nur Sajat.

1) Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata

Mustika atau sering disapa Ika sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurulatih gimnasium, Muhammad Irfan Steve Abdullah dan sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

 

2) Cantik macam Kim K

Memiliki rupa paras yang cantik dan sentiasa dipuji oleh kenalan di Instagram dan Twitter.

Malah, ada yang memujinya secantik Kim Kardashian dan Irma Hasmie.

“Adik perempuan Sajat lawa macam Kim Kardashian,” tulis @ace_raja di Twitter.

3) Minat muzik, ada suara sedap

Tatkala aplikasi Smule sedang popular di laman sosial, Mustika pernah menyanyikan semula beberapa lagu popular termasuk Kejoraku Bersatu sampai ada yang puji suaranya mirip penyanyi Shakira.

Difahamkan Mustika pernah menjadi vokalis sebuah band namun malangnya telah berpecah.

4) Pernah panggil Sajat ‘abang’

Mustika pernah mengemaskini status Instagramnya ketika Sajat ditimpa kemalangan beberapa tahun lalu dengan menggelarkannya ‘abang’.

Malah, Mustika pernah muncul dalam sebuah temubual rancangan televisyen tujuh tahun lalu, Halalkah Aku?

Mustika dan Sajat sangat akrab dan sering meluangkan masa bersama-sama. Malah, Mustika tanpa segan silu memuat naik gambarnya bersama Sajat di Instagram.

5) Berlakon drama

Mustika pernah membintangi drama Tundukkan Playboy Itu bersama Alif Satar dan Hafidz Roshdi.

Mana tahu selepas ini akan ada produser yang tertarik untuk menjadikan Mustika heroin drama pula?

Kredit : Astro gempak

Suami Isteri MENYESAL Seumur Hidup, Suami Tercerai Si Isteri Pada Malam Pertama Kerana Jahil ! Mohon Baca Sampai Habis

Tercerai bini masa malam pertama sebab jahil?
Isteri saya yang kerja kat Unit Kecemasan pernah dapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tapi sengaja nak mencuba. Si isteri tu pulak daripada gaya bercakapnya langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya.
Ni la yang terjadi kalau nak kahwin tapi takde ilmu pasal perkahwinan. Nak kahwin bukan main akad je tau. Banyak benda sebenarnya nak kena tahu. Lebih-lebih lagi untuk si lelaki yang bakal nak jadi suami tu. Nak berkahwin ni bukan cuma perlu ilmu psikologi je. Hukum hakam pun nak kena tahu bang.
Pernah ada satu kes kat Malaysia ni si suami tercerai isterinya masa malam pertama. Nak tahu kenapa? Sebab dia boleh main perkataan ‘Aku cerai kau. Aku cerai kau ‘ dengan isteri dia. Si isteri ni pulak makin kena sakat dengan si suami makin galak dia ketawa. Last-last hati rasa tak sedap. Bila tanya kat tok kadi, terus tok kadi confirm talak dah jatuh dah. Menangis air mata darah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak dah kenapa belajar hukum hakam ni penting kan?
Masalah rumahtangga yang paling banyak berlaku adalah si suami tak bagi nafkah. Si suami ni ingat bila isteri dah berkerjaya dan dah ada gaji yang tetap dia sebagai suami dah tak payah nak hulur nafkah dah. Padahal nafkah tu adalah hak mutlak si isteri. Walaupun si isteri seorang CEO Syarikat Perkapalan dan suaminya cuma penjual tempe, nafkah tetap hak mutlak seorang isteri. Kecuali isterinya sendiri yang menghalalkan.
Ramai jugak yang salah anggap nafkah ni cuma duit. Padahal nafkah ni termasuk juga ilmu, kebahagiaan dan ketenteraman isteri secara zahir dan batin. Sekali sekala tu ajar la isteri ilmu agama. Kalau tak pandai sangat bukak je Youtube dan dengar ceramah sama-sama. Ada masa free ajak sekali isteri dengar ceramah agama.
Ilmu agama pun termasuk nafkah batin tau. Bukan jima’ je dikira nafkah batin ye. Ok, masuk bab hubungan suami isteri pulak. Dah tahu nak kahwin esok lusa jangan la segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ni. Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri tau. Ilmu kehidupan camni penting sebab ilmu ni la kita akan pakai sampai ke tua. Nak malu buat apa. Benda halal kan. Jangan kau pergi tanya kat public sudah lah.

Kepada yang nak berkahwin seminggu dua lagi ni sempena cuti sekolah ataupun yang dah lama kahwin, saya nak pesan satu benda je.

” Perkahwinan ni bukan ikatan dua jiwa untuk hidup kat dunia je. Ni ikatan yang kau nak bawak sampai ke alam sana dan sampai la ke syurga ”

Cuba tenung mata pasangan masing-masing. Cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita kan.

Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ni boleh diteruskan sampai kat dalam syurga nanti. Sebab cinta kat sana je nanti yang tak ada penamatnya. Cinta kat dunia akan berpisah tatkala maut menjadi realiti. Tapi cinta yang sejati akan kekal sampai la ke alam sana nanti.
P/ S : Saya Taufiq Razif minta tolong sangat share artikel ni pada pasangan masing-masing. Tapi tolong jangan baca artikel ni sambil mendengar lagu Aiman Tino ye. Sekian.

Kredit : wartawan viral

MASYA ALLAH SAYA TELAH BERSANGKA BURUK KISAH PENJAGA DI VILLA SELALU DAPAT BUNGKUSAN PELIK JANGAN TERKEJUT APA YANG BELIAU DAPAT

Kata orang, jika tidak tahu perangai seseorang tu jangan lah kita cepat menilai. Kadang-kadang orang yang muka macam penyangak, muka sombong, muka masam itu lah yang punyai nilai murni yang sangat tinggi. Mungkin itu personaliti mereka yang tak dapat dielakkan.

Ini mengisahkan tentang seorang driver yang pernah bekerja dengan seorang kaya, yang mempunyai sebuah villa dan kereta mewah. Menurutnya, majikannya tak pernah menegur atau ingin berkawan dengannya. Sehingga lah sesuatu perkara berlaku, tanggapan lelaki ini ternyata salah..

Tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya

 

Beliau langsung tidak memandang pada saya

Mula dapat bungkusan misteri setiap hari

Sehingga lah pada satu hari

Hidup jadi kacau bilau

Mula sedar bahawa..

Kenapa langsung tidak pernah terlintas di fikiran..

Terbongkar segalanya..

Terima bungkusan kembali tapi dari ..

Saya telah banyak bersangka buruk

Kesimpulannya..

“Seram” Dua Gambar Selfie Ini Pernah Menggemparkan Dunia

Selfie atau swafoto boleh bukanlah perkara baru, malah ianya sudah dianggap menjadi salah satu perkara yang wajib dilakukan setiap setiap hari.

Namun, di dalam banyak-banyak gambar-gambar selfie yang diambil di seluruh dunia, terhadap hanya dua gambar selfie yang dianggap paling menyeramkan.
Pada sekali imbas, gambar-gambar selfie yang diambil oleh pasangan bercinta ini dilihat seperti normal dan biasa, namun sekiranya dilihat untuk kali kedua, barulah anda akan perasan apa yang anehnye tentang gambar-gambar ini.

Gambar pertama

 

Gambar kedua

 

Sepatutnya pada bayangan cermin di belakang wajah wanita itu tersenyum menghadap ke arah kamera padahal sebetulnya wajah wanita itu membelakangi kamera.
Apa yang menjadikan gambar-gamabr ini menyeramkan adalah bagaimana wajahnya boleh ke arah cermin di bahagian belakang?
Meskipun terdapat mereka yang berpendapat bahawa gambar-gambar ini telah disunting menggunakan Photoshop, namun setakat ini belum lagi wujud teori yang kukuh bagi menyelesaikan misteri ini.

 

Sumber : sentapmedia

Dulu jual pen sambil dukung anak di jalanan kini memiliki 3 buah kedai

BEIRUT, LEBANON – Abdul Halim al-Attar, 33, pelarian dan juga seorang bapa perlu menyara kehidupan keluarganya dengan menjual pen di jalanan di Beirut.

Abdul Halim sebelum ini pernah bekerja di kilang coklat apabila dia ditempatkan di Kem Pelarian Palestin. Meskipun dia berasal dari Syria, Abdul Halim adalah orang Palestin dan dia tidak memiliki kerakyatan Syria.

Gambar Abdul Halim menjual pen sambil mendukung anaknya di jalan raya, pernah viral di media sosial tahun 2015. Gambar yang dirakam oleh seorang wartawan online dari Norway, Gissur Simonarson, membuatkan netizen di seluruh dunia berasa simpati dengan nasib lelaki itu.

Gissur juga turut membuat akaun Twitter untuk Abdul Halim dan melalui akaun Twitter itu, satu kempen mengumpul dana telah dilancarkan. Selepas hampir tiga bulan berlalu, kempen itu telah berjaya mengumpul dana 40 kali ganda dari jumlah asal yang diperlukan untuk membantu Abdul Halim.

Dengan dana terkumpul sebanyak $191,000 (RM821,300.00) itu, Abdul Halim mampu membuka kedai bakeri, kedai kebab dan restoran. Kakitangan kedainya terdiri daripada 16 pelarian warga Syria.

“Bukan sahaja hidup saya berubah, malah kehidupan anak saya dan lima pelarian Syria yang saya bantu juga turut berubah,” katanya.

Abdul Halim kemudian berpindah ke sebuah rumah pangsapuri yang lebih besar dan selesa di selatan Beirut. Anak perempuannya, Reem, 4, sangat memuja bapanya. Anak lelakinya, Abdullah, 9, telah kembali bersekolah selepas tiga tahun meninggalkan persekolahan.

Abdul Halim sangat bersyukur dengan pendapatannya yang stabil dengan menjual roti dan kebab yang segar.

“Saya perlu melabur duit itu, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja. Ramai yang menyapa saya dengan lebih baik bila berada di luar. Malah mereka lebih menghormati saya,” katanya.

 

Bunuh Ular Sawa yang Disangka Kenyang Makan Seekor Ank Lembu, Rupa-Rupanya..

Bunuh Ular Sawa yang Disangka Kenyang Makan Seekor Ank Lembu, Rupa-Rupanya..

NIGERIA: Penduduk di sebuah kampung di negara ini telah bertindak nekad membunuh seekor ular sawa besar dipercayai ‘kenyang’ telah memakan seekor anak lembu milik mereka, lapor portal Dailymail.

Namun, telahan mereka itu ternyata meleset selepas ular sawa berberut besar itu telah dibelah perut tiada bangkai lembu dijumpai sebaliknya terdapat berpuluh-puluh biji telur belum matang dimana ia merupakan seekor ular sawa betina yang sedang bunting.
Mereka yang terkejut pada awalnya bagaimanapun telah mengeluarkan semua telur itu di mana ia dijadikan makanan unik yang sukar dan jarang dijumpai

Rata-rata netizen menempelak sikap mereka ini, mereka menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab,

Ada juga yang bersyukur kerana ular berkenaan tidak berjaya membiakkan telurnya, ini kerana ujar mereka dari gambar ular berkenaan adalah mirip seperti anaconda yang merupakan reptilia yang merbahaya di sana.
Posted in: Gedebak Dunia

JANGAN BASUH TELUR AYAM SELEPAS BELI. INI PANDANGAN DARI PAKAR DAN USTAZ

Assalamualaikum buat semua pengunjung .

Saya doakan semoga Allah jadikan kita kaya dan berjaya.

Hari ni, saya nak kongsi kisah pesanan tentang telur ayam ni bersama anda.

Alhamdulillah, ada manfaatnya dari kisah ini yang berguna kepada kita bersama.

BERSAMA TAUKE TELUR AYAM

Pagi Sabtu semalam, saya ke pasar pagi. Biasalah, hari cutikan.

Walaupun setiap hari saya cuti sebab hanya bekerja dari rumah tapi hari minggu tetap jadi pilihan untuk shopping. Rasa hidup je pasar bila ramai orang. Shopping sorang-sorang tak best. Betul ke betul?

Sampai saya ke kedai pembekal telur ayam sambil membelek-belek telur yang ada. Tapi yang saya hairan, banyak telurnya yang masih ada kotoran di kulitnya. Jadi, apa lagi, boleh jadi bahan bualan bersama tuan kedai ditambah aduan juga.

Kotor ek telur ayam sekarang ni. Kalau basuh sebelum jual bagus ni, kata saya sambil memandang kepadanya.

Jawabnya, Salah tu. Jangan basuh telur kemudian simpan. Kat kulit telur tu ada pori-pori dan selaput protection.

Itulah yang halang bakteria dan kotoran masuk dalam telur. Kalau dah basuh, lapisan tu hilang, bakteria dan kotoran lagi mudah masuk. Telur makin cepat rosak, pesannya dengan tenang.

Kali pertama kot saya dengar benda ni.Jahiliyah sungguh rasa.

Habis tu cara betul macam mana? sambung saya lagi.

Balik simpan dalam peti terus. Lebih tahan lama.Nak goreng, rebus untuk makan. Masa tu baru basuh. Terus masak dan makan. Itu cara betulnya, jawabnya.

Mohon bantu share ya jika artikel ini bermanfaat

Ayoyobetul ke info ni?

Korang buat macam mana?

JAWAPAN DARI SEORANG USTAZ

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. wajib ke basuh telur ayam sebelum goreng atau rebus?

JAWAPAN:

1) Telur ayam dikeluar melalui faraj ayam betina dan sepertimana yang diketahui, telur yang dikeluar kebiasaannya beserta lembapan yang terhasil dari faraj. Sebelum membincangan hukum basuh telur, elok diketahui hukum cecair yang terhasil dari lembapan faraj binatang di sisi para ulama.

2) Menurut pendapat muktamad di dalam mazhab Syafi’ie cecair lembapan yang terhasil dari faraj manusia dan binatang adalah suci bukan najis iaitu hukumnya sama seperti peluh. Pandangan ini merupakan pendapat majoriti di kalangan ulama(Rujuk: Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah). Perkara ini dinyatakan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari di dalam “Asna al-Matalib”:

وكذا رطوبة فرج المرأة بل وغيرها من كل حيوان طاهر

Maksudnya: “Begitu juga lembapan dari faraj wanita, bahkan selain darinya termasuk semua binatang adalah suci”.

3) Apabila sesuatu yang terkena atau diseliputi lembapan faraj maka ia tidak wajib dibasuh kerana ia tidak diketogarikan sebagai najis, perkara ini dinyatakan Sheikh Zainuddin al-Malibari di dalam “Fathul Mu’in”:

ولا يجب غسل ذكر المجامع والبيض والولد

Maksudnya: “dan tidak wajib membasuh kemaluan orang yang berjimak, telur dan anak(bayi yang dilahirkan)”.

4) Meskipun lembapan itu beserta dengan cecair yang bernajis seperti air kencing dan mazi, namun ia termasuk perkara yang dimaafkan dan hukumnya masih tidak wajib membasuhnya. Hal ini ada dijelaskan di dalam kitab “I’anah al-Tolibin”:

أي من رطوبة الفرج, سواء كانت طاهرة أو نجسة, لأنها على الثاني يعفى عنها فلا تنجس ما ذكر

Maksudnya: “Iaitu (tidak wajib basuh) dari lembapan faraj, samaada ia suci atau pun najis, kerana yang kedua itu(najis) dimaafkan maka perkara yang disebut itu(kemaluan orang berjimak, telur dan bayi yang baru lahir) tidak dikira sebagai bernajis”.

5) Kesimpulannya, jika telur yang keluar dari faraj ayam maka ia tidak dikira sebagai telur yang diseliputi oleh najis, kerana ulama menyatakan lembapan dari faraj ayam tidak dikira sebagai najis. Jika ia bercampur dengan najis sekali pun namun ia dimaafkan kerana ia terlalu sedikit dan sukar untuk dielak. Oleh itu, telur ayam tidak diwajibkan basuh sebelum dimasak menurut fuqaha’.

6) Lagipun telur-telur yang dijual di kedai dan pasaraya pada zahirnya tidak kelihatan najis pada kulitnya, oleh itu selagi tiada bukti yang nyata maka kulit telur itu pada asasnya adalah suci tidak diseliputi najis.

7) Melainkan jika telur itu kelihatan jelas padanya najis ayam atau berbau najis maka ia digalakkan dibasuh terlebih dahulu lebih-lebih lagi sebelum merebus telur tersebut. Hukum menjadi wajib basuh jika diyakini najis pada kulit telur itu akan mengena isi telur itu.

8) Perlu difahami, hukum fiqh tidak boleh disamakan dengan perasaan peribadi. Ilmu fiqh hanya membincangkan tentang hukum syarak ia tidak melibatkan citarasa peribadi contoh perasaan geli dan tidak selera. Oleh itu tidak wajar seseorang itu mengeluarkan hukum wajib atau haram berdasarkan perasaan atau citarasa peribadi. Namun bersikap berhati-hati dalam hal ini adalah lebih baik dan terpuji.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Dibawah ini pula dikongsikan video dari UAI. Wajib basuh Telur sebelum MAKAN? Dengarkan penjelasan dari UAI.

Maafkan saya ibu, Ampun saya ayah

Maafkan saya ibu, Apunkan saya ayah|itulah luahan gadis berusia 23 tahun melutut di hadapan kedua orang tuanya setelah didakwa menjadi mangsa rogol oleh manjikannya sendiri di Oman Arab Saudi sejak dua tahun lalu

Gadis kampung yang berasal dari negeri seberang ini berkata,dia bekerja sebagai tenaga kerja wanita di Negeri Itu semata mata untuk membantu keluarganya yang hidup susah dikampung.

Mangsa ditempatkan dengan majikan yang dikenali sebagai Khaliq Saidi,akan tetapi keadaan menjadi pilu apabila mangsa diperlakukan seperti hamba hingga dirogol berkali kali dan mengandung.

Tak tahan dengan hal itu,mangsa kemudian lari dan membuat laporan di kedutaan indonesia di Oman,beliau pun dihantar balik keindonesia dan sampai kekampung halamannya pada 18 march lalu.

“Saya sangat sedih melihat keadaannya,ia telah meminta maaf kepada ibu bapanya kerana balik dalam mengaibkan”kata sumber.

Menurut sumber yang sama berkata,mangsa sebelumnya dipaksa oleh suspek untuk menggugurkan kandungan yang sudah pun berusia 8 bulan.Namun mangsa menolak dan melarikan diri dari rumah majikannya itu.

Bagaimana pun ibu bapa mangsa meminta bantuan bagi mana mana pihak yang mampu untuk menuntut keadilan terhadap anak gadis mereka.

ASTAGHFIRULLAH.. Polis Sangka Ibu Bapa Tidur, Rupa Rupanya Memang Mengejutkan Setelah Mendapati…

#Sangka Ibu Bapa Tidur,Rupa Rupanya|Sekeping gambar yang disebarkan oleh pihak polis Ohio di Amerika Syarikat menjadi viral dan mengundang kemarahan netizen, dalam gambar yang dipaparkan kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang lena tidur di dalam kereta milik mereka dan di temani oleh seorang budak lelaki yang sedang duduk di kerusi belakang

#Gambar ini diambil oleh seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut, menurut anggota polis itu ketika gambar diambil, kereta itu berada di tepi jalan dan dia melihat seorang wanita dan lelaki sedang lena tidur ditemani oleh seorang budak lelaki yang sedang duduk di kerusi belakang kereta tersebut.

#Setelah di periksa mereka adalah pasangan kekasih, lelaki bernama James Acord berusia 47 dan pasangannya Rhonda Pasek berusia 50, mereka di dapati berada dalam keadaan khayal dipecayai dibawah pengaruh dadah jenis heroin.

#Ketika dikejutkan oleh anggota polis, Acord bercakap dalam nada yang tidak jelas, dia mengatakan dalam perjalanan untuk menghantar Rhonda ke hospital, dan cuba untuk memandu kereta melarikan diri dari pihak polis tetapi dengan pantas anggota polis tersebut mencabut kunci dari keretanya.

#Budak lelaki yang sedang duduk di belakang itu merupakan anak kepada Rhonda Pasek, bayangkan sekiranya anggota polis itu tidak menghalang kereta itu dari berjalan bagaimanakah nasib budak itu.

#Pihak polis Ohio berkongsikan gambar ini agar masyarakat diluar sana tahu akan bahayanya dadah dalam kehidupan kita sebagai manusia.