DOKTOR TEMUI SESUATU DALAM MULUT BUDAK 10 TAHUN INI YANG BAKAL BUAT RAMAI TERKEJUT..

Adriana, 35, tidak dapat melihat apa-apa tanda sakit pada anaknya itu dan pada mulanya menyangka dia hanyalah bergurau.

Tetapi keadaannya menjadi semakin teruk kerana tidak kira berapa banyak dia menggosok gigi, namun masih merasakan ada sesuatu di dalam mulutnya.

Apabila menjalani pemeriksaan, Doktor Temui sesuatu binatang yang sangat mengejutkan

Ana Cardoso, berusia 10 tahun, pergi ke klinik gigi di Brasilia, Brazil kerana merasakan ada sesuatu yang bergerak di dalam mulutnya.

Ibunya, Adriana, 35, tidak dapat melihat apa-apa tanda sakit pada anaknya itu dan pada mulanya menyangka dia hanyalah bergurau.

Tetapi keadaannya menjadi semakin teruk kerana tidak kira berapa banyak dia menggosok gigi, namun masih merasakan ada sesuatu di dalam mulutnya.

Apabila menjalani pemeriksaan, hasilnya sangat mengejutkan apabila mendapati Ana mempunyai sejenis penyakit dipanggil myasis. Ia merupakan sejenis penyakit jangkitan larva lalat yang menyerang tisu organ hidup tidak kira haiwan atau manusia.

Doktor gigi tersebut berjaya mengeluarkan 15 ekor ulat berenga di dalam mulut kanak-kanak itu. Ibu Adriana berkata, Dia sangat tenang sepanjang proses rawatan dan memberi kerjasama kepada doktor untuk merawatnya.

Sumber:SembangKencang

GADIS JUAL BADAN DAN MEMPEROLEH RM18,000 SEBULAN! HANYA BERMODALKAN RM2.00

Gadis Jual badan Dan Memperoleh RM18,000 sebulan! Bermodalkan RM2.00 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di Facebook.

Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.
Gadis Jual badan Dan Memperoleh RM18,000 Sebulan!
Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.
Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah keluar kandang harimau, masuk mulut buaya apabila rumah yang dihuninya turut menjadi port lepak 10 lelaki setiap hari.
Saya pasti keluarga melaporkan kehilangan saya kepada polis, justeru Fendi menasihatkan supaya saya tak keluar dari rumah dan segala makan pakai saya diuruskannya. Sebagai balasan, saya memberikan layanan seks kepada Fendi.

Tiada paksaan ketika kali pertama melakukan hubungan luar nikah, malah kami sama-sama seronok. Tidak cukup dengan itu, saya memberi khidmat seks kepada rakan Fendi yang duduk serumah mahupun sekadar datang melepak di kediaman berkenaan.
Namun saya tak bodoh, sebaliknya layanan seks hanya akan diberi jika mereka setuju membayar. Paling banyak RM60, paling sedikit RM30.

Fendi yang kononnya kekasih saya ketika itu tak pernah melarang, bahkan lebih gembira kerana saya boleh memberinya wang untuk menampung makanannya, katanya. Menurut Tina, selama tempoh itu, dia tidak pernah keluar dari rumah berkenaan dan mampu melayan sekurang-kurangnya 10 lelaki setiap hari.

Secara purata, gadis hingusan ini mampu meraih RM18,000 sebulan jika dia mengenakan bayaran RM60 satu sesi dan melayan 10 lelaki dalam sehari. Jika bekerja berterusan selama 30 hari, Tina tiada masalah meraih pendapatan sebanyak itu.
Selepas bosan selain memiliki sikap enggan dikongkong, Tina membuat keputusan keluar dari penjara ciptaan itu dan menghubungi teman rapatnya bagi menemaninya membeli-belah menggunakan duit haram itu.

Namun, kegembiraan untuk membeli barangan, pakaian, telefon bimbit berjenama berakhir apabila Tina bertembung dengan polis sebelum dibawa ke balai berdekatan.
Pertemuan dengan keluarga yang menangisi kehilangannya di balai polis berkenaan gagal menimbulkan keinsafan di hati Tina, sebaliknya dia sibuk mencari jalan untuk lari semula selepas pergerakannya dikawal ketat.

Saya dikurung keluarga, namun saya lebih licik melarikan diri untuk kali kedua. Berbekalkan wang tabungan sebanyak RM500, saya melompat dari tingkat dua rumah dan nasib baik tidak cedera.
Kemudian, saya ke kafe siber membuka akaun FB dan berbual dengan mana-mana lelaki dengan berkesudahan mereka meminta saya menemani mereka.
Bertemu di lokasi ditetapkan, dengan penampilan menarik meskipun berusia 13 tahun, dating ekspres itu pasti diakhiri di bilik hotel.

Sekali perkhidmatan, saya mengenakan bayaran maksimum RM60. Selalunya pelanggan tidak kira keturunan dan peringkat umur itu akan menempah bilik hotel sekurang-kurangnya tiga hari, jika perlu, mereka akan datang mendapatkan layanan saya.
Selepas habis tempoh itu, saya kembali ke kafe siber untuk mendapatkan pelanggan seterusnya. Perkara ini berlangsung hampir setahun sepanjang tempoh saya melarikan diri dari rumah, katanya yang ditemui di Baitul Islah, Bukit Beruntung, Selangor.

Enggan menyalahkan sesiapa, Tina mengakui kehidupan mewah dijalaninya pernah satu ketika memberi kepuasan tersendiri, apatah lagi dia mampu memiliki barangan berjenama tanpa perlu mengharapkan wang daripada keluarga, yang sememangnya mustahil kerana dia dibesarkan dalam kehidupan serba-serbi tidak mencukupi.

Malah, katanya, dia tidak memasuki pusat pemulihan itu dengan rela hati, sebaliknya dihantar keluarga selepas gagal mengawal tingkah laku liarnya.
Saya berada di sini hampir tiga tahun dan banyak ilmu agama saya pelajari. Syukur, saya masih diberi peluang untuk membaiki diri biarpun pernah terjerumus di lembah maksiat.

Namun, masih banyak perlu saya pelajari untuk mengenali Allah SWT. Saya juga belum kuat untuk keluar berdepan masyarakat, bimbang diri lemah ini kembali ke jalan salah, katanya mengakhiri perbualan.

Buat semua kaum wanita di luar sana, janganlah sesekali mencari duit dengan jual diri sebab anda akan menyesal dikemudian hari. Biarlah kita mencari rezeki dengan cara yang betul dan selamat.

Kredit: Oh Trending

TERKAKU Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!

Gambar Hiasan

Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku . Bukan sahaja di kedai mamak, kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza. Ambil ikhtibar atas kejadian ini, dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini. Yakinlah pada rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.

Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.

Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.

“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”

Duduk dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.

“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.

Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.

“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”
Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.

“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.

Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori.

Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.

Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.

Pelahan-lahan

Credit: Sentap media

Video: Selamba Ja ‘Dia’ Berjalan-Jalan Di LPT2… Macam Buat Lawatan Jer…

KEMAMAN – Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat ‘pak belang’ di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), kini seekor tapir pula dikatakan merayau-rayau di lebuhraya tersebut.

Haiwan hampir pupus yang terkenal dengan nama jolokan ‘panda Malaysia’ itu dilihat berkeliaran dekat susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Ia dipercayai tersesat ketika melintas lebuh raya membuatkan ada antara pengguna LPT2 yang teruja, memperlahankan kenderaan untuk mendekati tapir itu dan merakam video haiwan jinak itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), petang Sabtu.

“Hasil pemantauan mendapati terdapat pagar berlubang yang memungkinkan ia terlepas hingga ke jalan raya.

“Kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengambil tindakan dengan membaiki pagar berkenaan.

“Sebelum ini, pekerja ladang di kawasan berhampiran juga sering kali melihat tapir berkeliaran di kawasan itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Mata Rabun Tapi Tak Mahu Pakai Cermin Mata? Tanaman Ajaib Ini Akan Pulihkan Mata Anda Ke Normal Kembali !!

Setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami mata rabun atau myopia. Adakah anda salah seorang dari statistik ini? Jika ya, pasti awalnya kamu berfikiran untuk menggunakan kacamata sebagai bantuan penglihatan. Jika kita berjumpa doktor pakar mata, kebanyakan doktor pasti menyarankan menggunakan kacamata.

 

Sebelum anda mengeluarkan dana untuk membuat cermin mata atau berjumpa doktor pakar mata, anda boleh mencuba cara baru menggunakan tumbuhan yang dapat meningkatkan ketajaman penglihatan mata anda secara natural. Tapi, sebelum itu anda perlu membuat ujian mata bagi memastikan tahap kesihatan mata anda.

Tanaman yang kami maksudkan ialah pokok lidah buaya. Lidah buaya mengandungi vitamin A, C, mineral, protein, dan lain-lain yang bagus untuk kesihatan mata bahkan untuk mata orang tua yang umurnya sudah lebih dari 70 tahun. Lidah buaya juga banyak digunakan untuk perawatan rambut dan juga kecantikan kulit.

Perlu diingat juga, memakai kacamata hanya membantu penglihatan kamu saja tanpa mengubati mata kamu yang rabun, jadi mata kamu tetap dalam masalah penglihatan yang sama. Dan masalahnya akan bertambah buruk jika kamu tidak mengetahui punca permasalahan tersebut.

Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun:

100 gram jus lidah buaya (lidah buaya harus dicuci bersih dengan air dingin dan dibuang durinya)
500 gram kacang kenari (walnut) yang sudah ditumbuk
300 gram madu
2-3 buah lemon
Cara pembuatannya sebagai berikut:

Cuci dulu semua bahan-bahannya
Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram
Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk tadi ke dalam blender
Blender hingga semuanya tercampur rata
Bagaimana cara pengambilannya? Minum sebanyak 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Pengambilan secara rutin selama 10 hari sampai penglihatan kamu dirasa sudah agak baik dan jangan lupa simpan ramuan ini di dalam peti ais.

Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Pastikan lidah buaya harus dari lidah buaya yang umurnya tidak lebih dari 3 tahun, kerana akan berbahaya bagi mereka yang mengidap penyakit TBC, kardiovaskular, kehamilan, dan penyakit lain.

Selamat Mencuba

p/s- Cara ini untuk mereka yang baru nak rabun dan masih power rendah

ANAK ORANG PUTIH MENANGIS DALAM FLIGHT. APA YANG USTAZAH NI BUAT BUAT MAK BAPA DEPA TERKEJUT !!!

Anak Orang Putih Menangis Dalam Flight. Apa Yang Ustazah Ni Buat Buat Mak Bapa Depa TERKEJUT !!! | Seperti yang diceritakan oleh FB Kak Hassanah (LINK). Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.

Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.
Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,

“Sit here my boy. “

Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.

” Mumy ! Dady ! We are flying ! “

Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..

And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.

Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.

” No light inside. No light inside. ”
Wuwuwuwuwuwu…. sambil menangis kuat.

Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha… 😂 Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.

Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.

Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. 😂

Tak tahu nak marah ke nak gelak.
Nak marah terasa comel pulak.
Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. 😂
Lalalalala..

Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.

No light inside !
No light inside !
No light inside !

Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak. 😂

After keluar toilet budak tu masih nangis.
Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk ‘reading’ di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya. Again, teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. 😂 (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).

Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..

And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.

Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu.

” Let me try. “

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,

” Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. “

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.

Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.

” Wooooo amazing. Oh my god!!! “

Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !
Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.

Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam.

Beli Bangkai Boeing 727 Dengan Harga 2000 Dollar, Namun Apa Yang Dilakukan Kepada Kapal Terbang Ini Amat MENGEJUTKAN !

Beli Bangkai Boeing 727 Dengan Harga 2000 Dollar, Namun Apa Yang Dilakukan Kepada Kapal Terbang Ini Amat MENGEJUTKAN !!!| Barang lama selalu di tinggalkan begitu sahaja. Tetapi bagi orang yang kreatif mereka akan memanfaatkan segala benda yang boleh mendatangkan hasil dan dapat menarik perhatian.

Begitu kisahnya tentang boeing 727 yang telah tersadai kerana tidak digunakan lagi untuk penerbangan. Oleh itu sebuah syarikat perhotelan membeli bangkai kapal terbang ini dengan harga 2000 Dollar untuk diubah suai menjadi hotel.

Untuk memindahkan pesawat ke area lokasi atas bukit berhampiran pantai saja telah menghabiskan lebih kurang 4000 dollar ianya lebih mahal dari harga pesawat itu sendiri !

 

Proses ubahsuai pesawat mengambil masa selama 4 bulan. Mereka membuat dapur, tempat tidur, ruang tamu dan tandas, manakala struktur dinding pesawat itu diubahsuai dengan kemasan kayu.

Jumlah keseluruhan modal yang dikeluarkan oleh mereka adalah 30 ribu dollar ( termasuk ubahsuai yang berharga $24,000 serta pemindahan pesawat)

Hidup penuh dengan pilihan, tidak ada yang tidak mungkin dilakukan ! Jangan lupa share ya kawan-kawan ! 😀

Kejutkan anak dari tidur, tak bangun-bangun rupanya sudah meninggal dunia

Saya paling hiba kalau ada ibu bapa yang tolak vaksin untuk anak-anaknya. Baru-baru ini saja pun, ada kes seorang ibu berusia 40 tahun yang hilang dua orang anaknya serentak akibat difteria. Penyakit ini boleh dielakkan jika majoriti ibu bapa di Malaysia bersatu untuk melindungi anak masing-masing dengan vaksin.

Pada mulanya, si abang yang berumur dua tahun yang meninggal dunia. Seminggu selepas itu, adiknya yang berumur 11 bulan pula meninggal dunia. Sudahlah meninggal dunia dalam diam saja. Kejutkan dia dari tidur, tak bangun bangun. Rupa-rupanya sudah meninggal! Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Bayangkan seorang ibu yang terpaksa menanggung kesedihan yang amat dahsyat ini. Bagi seorang ibu, tiada kesedihan yang lebih dahsyat dari kematian si anak. Kalau kematian suami, biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat dengan ikatan akad sahaja. Kesedihan bila melibatkan kematian anak ini adalah jauh berbeza kerana anak ini diikat dengan ikatan darah dan daging si ibu itu sendiri.

Bayangkan kesalahan itu sebenarnya ditanggung oleh golongan ibu yang tidak mahu menvaksikan anak-anaknya hanya kerana lebih percayakan ‘Doktor Google’ dan ‘Doktor Facebook’. Penyakit dahsyat ini kembali merebak dengan laju di dalam negara kita ini berpunca daripada golongan ibu yang tidak mahu vaksinkan anak-anaknya.

Semakin sikit anak yang tidak divaksin dalam suatu komuniti, maka semakin cepat sesuatu penyakit itu meletus (outbreak). Selama ini saya cuma jumpa penyakit ini di Indonesia sahaja. Belum pernah lagi dengar kes difteria di Malaysia sebelum ini.

 

Saya bukan apa, saya pernah menyaksikan sendiri betapa seksanya pesakit yang terkena penyakit difteria ini. Cuba tengok komplikasi yang boleh muncul daripada difteria ini.
Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yang perlahan-lahan dan sangat kejam! (Airway blockage)
Bila benda putih (pseudomembrane) dalam tekak itu tiba-tiba terjatuh dan tertelan, racun di dalamnya boleh merosakkan otot jantung anak kita (myorcarditis)
Selepas itu, boleh terjadi juga kerosakan saraf (neuropathy)
Anak kita juga boleh terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).
Sebab dalam selaput putih itu ada toksin yang sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak itu sedang tidur, selaput itu tiba-tiba meluncur turun. Sangat berbahaya!

Tolong, tolong sangat pada ibu bapa yang ada anak yang belum divaksinkan secara sempurna, tolonglah sempurnakan vaksin mereka. Jangan percaya pada Google atau internet kerana yang merawatnya adalah kami, para doktor. Kerana yang menyaksikan kematian mereka adalah kami, para doktor.

P/S: Anak yang tidak divaksin akan terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol.batuk seratus hari (pertussis), kancing gigi (tetanus), campak, demam kepialu (typhoid fever), jangkitan pada otak (meningitis) dan bermacam-macam lagi penyakit yang mematikan. Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ya.

#LengkapkanImunisasi
#Janganlupacucuk

Sumber: Doktor Taufiq Razif

‘Buat report polis cepat’ – Suspek takut dibelasah orang ramai

AMPANG, KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera di bahagian kepalanya akibat dihentak dengan ‘forklock’ ketika cuba menjual telefon bimbit, Isnin.

Dalam kejadian jam 2 petang di Taman Kosas, mangsa, Ameer Farhan, terpaksa bergelut dengan seorang lelaki yang cuba melarikan telefon bimbitnya itu.

“Ahad lalu, saya telah mempamerkan iklan di Facebook untuk menjual sebuah telefon bimbit jenis Samsung S6 dengan harga RM750. Selepas itu ada seorang lelaki menghubungi saya melalui aplikasi WhatsApp memberitahu bahawa dia berminat untuk membeli telefon itu,” katanya.

Ameer kemudian membuat temujanji dengan suspek jam 2 petang, Isnin, di Taman Kosas.

Pada hari kejadian, mangsa telah datang berjumpa dengan lelaki terbabit yang datang bersama dua orang rakannya. Namun semasa sedang berbincang mengenai telefon bimbit yang hendak dijual, lelaki terbabit cuba melarikan telefon bimbitnya itu bersama dengan rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal.

“Saya cuba menghalang dia daripada melarikan diri. Kemudian berlaku pergelutan di antara kami. Saya pegang dan tarik badan lelaki itu sehingga terjatuh.

“Kemudian rakannya datang ke arah saya dan menghentak kepala saya menggunakan forklock. Saya terus menjerit meminta tolong orang awam.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bergegas membantu mangsa menangkap suspek.

Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


 

Dalam video yang dimuat naik oleh Ameer itu menunjukkan suspek menggesa orang awam membuat laporan polis segera, dipercayai bimbang dibelasah oleh orang awam. Suspek juga sempat diberi peluang untuk menghisap sebatang rokok sebelum diserahkan kepada pihak polis.