TAYAR KERETA JENIS APA PALING BAIK?

Ditulis Oleh : sam as

Nak treadware sampai cecah 500.. gelak je cina tu bila aku kata pada dia yang tayar ni bunga dia tahan selama 5 tahun.

Guys, bunga tayar tahan tak semestinya tayar tu bagus. Dari segi fizikalnya memang bagus, bunga tak luak. Tapi korang kena faham yang treadware lagi tinggi, composition getah lagi keras.

Getah lagi keras, memang nampak cantik, boleh potong air tapi bila kita buat breaking, tayar takkan melekat di jalan. Malahan bole sliding beberapa puluh meter bergantung pada speed masa kita mula-mula stop tadi.

Nak beli tayar, ciri-ciri ni kadang kadang orang terlepas pandang tapi pada kaki trek atau yang motorsport, treadware ni penentu traction sesuatu kereta. Dari mula starting sampai lah waktu cornering, treadware jadi issue no 1 selain dari temperature.

Selama aku pakai tayar ni, aku nak listkan treadware tayar-tayar yang pernah aku pakai. Contoh nya.

Dunlop D1. – 410
Falken ziex 922 – 310
Yokohama A Drive. – 3++. ( X ingat berapa, tp tayar ni la penyebab type x aku serpih)

Toyo T1r. – 280
Aciles 123S. – 280
Acilera. – 200
Federal RSR. – 140
Toyo R1R. – 140
Hankok Ventus TD – 60

Dan kalau korang perasan dan kalau ada buat homeworks skit, tayar tayar yang aku list dari atas sampai bawah tu adalah yang paling murah sampai lah yang paling mahal. Tapi ada lagi mahal cuma tak kesampaian lagi kocek nak pakai dan tak tau nak guna untuk apa. 😀

Just info, tayar tayar yang bawah treadware bawah 200 orang dah panggil semi slick tire.

Pada pandangan aku, mana mana taya yang treadware julat dia dalam 200-300 tu adalah tayar yang sesuai untuk kegunaan harian dan tidak terlalu mahal. Atas dari 300, bunga tayar suda mulai keras dan amat bahaya untuk brek kecemasan. Bole cuba bagi mana yang tak tau, cari jalan kosong, cuba buat hard breaking. Tengok kereta nak slide jauh mana. .

Bawah dari nilai 200 pulak, memang sedap kita sesah tayar tayar tu tapi kena beringat sebab pengeluar yang ingin “memaksimum kan contact tayar pada jalan” akan mengurangkan sebanyak yang mungkin jaluran yang ada pada taya taya biasa.

Jaluran jaluran ni la yang orang tak perasan dimana tugas nya adalah penghilang bunyi, pemotong air dan penyerap hentakan.
Cuba tgk bungan pada nitto, federal fz201 atau hankok ventus td, macam kurang bunga je kan. Dan bila taya kurang bunga ni, ia akan mudah slide bila hari hujan waktu langgar lopak air. So hati hati mana yang guna tayar ni untuk daily.

Dan kalau korang lagi perasan, tayar tayar yang treadware 200 turun sampai cecah 100 ni harga dia dh cecah 400 ringgit keatas sebijik untuk hanya saiz 15″ dan hanya pada yang pernah pakai saja tau berapa grip nya tayar tayar macam ni.

So tepuk dada, tanya poket anda. Beli taya ikut kesesuaian dan aplikasi. Kerana tayar adalah contact terakhir dengan jalan wahai tuan-tuan.

Upgred guna caliper brembo maupun willwood sekali pun tapi kalau kalau sarung kan dengan falken ziex, kereta tetap slide sejauh yang mungkin sebelum berhenti..

Safety first.

 

PELIK Suhu Kereta Naik Mendadak Lepas Singgah Di RNR Sungai Buloh, Ingat Kereta Rosak Rupa-Rupanya…

Orang ramai yang pulang ke kampung sempena cuti hari raya, dinasihatkan lebih berhati-hati terutamanya jika anda singgah di RNR. Ada golongan individu yang tidak bertanggungjawab yang tergamak ‘merosakkan’ kereta orang awam untuk mengaut untung, seperti yang baru berlaku pada lelaki ini. Hati-hati semua.

 

Peringatan kepada semua yang balik kampung. Kejadian berlaku pada jam 11 malam, 20 Jun 2017.

Tadi saya dengan keluarga nak balik beraya di Taiping. Singgah sebentar di RNR Sungai BUloh (jejantas) makan KFC. Selepas makan, nak gerak. Tak sampai satu kilometer perjalanan, temperature kereta naik mendadak.

Saya berhentikan kereta di tepi jalan. Tak sampai lima minit, ada seorang lelaki datang dan terus ketuk tingkap kereta.

“Kereta rosak ka?” soalnya konon nak tolong.

Saya malas nak layan sebab dah agak ini geng tow truck.

“Tarak rosak, mau tunggu kawan la,” jawab saya.

Sebenarnya saya dah menghubungi pihak PLUS untuk tow kereta saya. Jadi saya tolak tawaran dari lelaki yang tidak dikenali ini.

 

Selepas tow truck insurance bawa sampai ke bengkel. Foreman check, penutup tangki air radiator bahagian bawah telah dibuka.

Hati-hati semua, penutup bawah ini boleh dibuka tanpa perlu membuka bonet depan kereta. Jadi, kerja-kerja manusia yang tidak berguna ini akan membawa kereta kita ke bengkel dia untuk kenakan caj perkhidmatan/servis mahal-mahal sebab mereka tahu kita terpaksa bayar juga sebab nak guna kereta untuk raya.

Kejadian ini baru berlaku tadi tetapi nasib baik dah diselesaikan dengan baik.

Peringatan kepada semua, kalau singgah di mana-mana RNR, tolong tetapkan salah seorang dari anda menunggu di kereta atau lebih baik jangan berhenti. Berehatlah secukupnya di rumah sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Selain itu, beli makanan dan minuman siap-siap untuk diletakkan dalam kereta. Jika nak buang hajat atau sebagainya, sila periksa keadaan kereta anda sebelum bergerak walaupun ada ahli keluarga atau rakan yang menunggu di dalam kereta.

Kalau kena, sakit kepala dibuatnya. Penjenayah suka menyasarkan mangsanya yang berkeluarga. Tolong viralkan dan berhati-hati.

Sumber: Mohamad Haris Said Via TheReporter

Netizen Persoal Kemanakah Perginya Rakan Arwah Zulfarhan Ketika Dia Sakit dan Derita?Ini Dia Penjelasan Dari Salah Seorang Rakan Arwah

Ekoran kisah menyayat hati kes pembunuhan arwah Zulfarhan mendapat liputan media dengan luas, ia juga menjadi tular setiap hari dan kes ini di ikuti rapat oleh jutaan rakyat Malaysia yang ingin tahu perkembangan seterusnya.

Sebelum ini, netizen mempersoalkan mengapakah arwah Zulfarhan tidak di bawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan rapi dan lanjut kerana kecederaan yang di alaminya sangat parah iaitu kebakaran dan lecur kulit level 2 dan 3.

Semua itu menjadi persoalan yang ingin di ketahui oleh netizen. Selain daripada itu, ramai netizen turut mempersoalkan di manakah rakan-rakan arwah yang lain ketika beliau sedang menaggung azab derita selepas di pukul dan di cop seterika? Tidakkah mereka perlu ambil tahu di manakah arwah berada?

Ini kerana jika mengikut logik akal, apabila seseorang mangsa itu di belasah teruk hingga patah rusuk dan di cop seterika seluruh badan, pasti pergerakannya terbatas dan hanya berada di dalam bilik.

Dengan jangka waktu yang boleh tahan lama itu, mengapakah tiada rakan yang lain membuat laporan dan mencari di mana kelibat mangsa?

Hal ini menjadi persoalan netizen dan akhirnya ada rakan arwah yang tampil memberikan penjelasan.

Salah seorang rakan arwah yang telah memuat naik sekeping foto melalui akaun instagramnya iaitu khairxll yang meluahkan rasa sedihnya atas pemergian arwah. Di dalam ruang komen, ada beberapa individu yang mempersoalkan kepadanya kenapa tidak membantu arwah dan tiada laporan di buat oleh rakan-rakan lain yang tidak terlibat?

Menurut Khairxll, mereka sememangnya mahu bantu arwah tapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tidak tahu hal itu berlaku kepada arwah.

 

Selain daripada Kahirxll,rakan arwah yang lain juga melakukan posting lebih kurang sama untuk melahirkan rasa sedihnya melalui instagram _farhannn.

Melihat kepada kenyataan kedua-dua rakan arwah itu, mereka juga bersedih sama seperti orang lain yang hiba mendengar kes buli dan bunuh ini. Mereka juga mengakui merasa kehilangan dan sangat terkilan kerana tidak dapat membantu arwah semasa hayatnya ada.

Sumber : kisahdunia

Penyesalan Di Pagi Raya” .Ibu Ayah Maafkan Abang. Perbuatan Lelaki Ini Buat Ramai MENANGIS !

Aku 2 org adik beradik je. Atas aku perempuan and aku lelaki. Dulu2 ya lah everything pasal kitchen mak & akak aku setelkan.

Gambar Sekadar Hiasan

Kadang2 aku tolong jugak sikit2. Bapak aku pun sama. Tapi bapak is bapak lah kan. Dia memang tolong but not fully involved in kitchen. Kadang2 tempat simpan mangkuk pun dia tak tahu kat mane. But aku tak marah dia.

Sebab aku lelaki dan aku fhm bende tu dan his passion not fully to kitchen. Mak aku pun bukanlah org yang sihat mcm mak2 orang lain. Dia puna garang dulu ya ampun. Kadang2 aku terpikir mak aku mcm meroyan (maaf mak. Its true). But thtas how she teach us. Tak kasi muka punha. Tapi dia cuba serve yg terbaik untuk kitorang dua. Kitorang mintak 5 dia bagi 8. Kitorang salah, dia lah jugak jadi hakim berat sebelah yg selalu menangkan kitorg. Time raya dia lah manusia paling sibok dalam dunia.

Skrg aku dah kerja. Akak aku dah kahwin dan ada anak. Bila balik kampung kadang2 seriusly aku jeles tengok member2 yang siblings dorg ramai mcm boleh buat team futsal dah. Kitorang cuma 2 orang. 2 orang!!! Kdg2 aku terpikir asal Tuhan tak kasi adik beradik lebih dkt family aku. Senang sikit. Now memang susah. Bukan dari segi kewangan but dari segi working at home. Bapak aku dah pencen dan berumur. Mak aku pulak still kerja but still not well mcm mak mak org lain. But yg aku respect is she try her best to serve org untuk raya and anything la. Kadang2 masak banyak2 bila malam2 mengadu sakit lutut tumit. Tugas aku malam2 jadi wak urut lutut and tumit dia. Akak aku? Aku tak salahkan dia. Kalau turn dia raya dkt rumah sendiri, so it will be more easy for us. Kitorang sama2 berpeluh kt dapur. Tapi kalau dia tak balik aku dgn mak aku separuh jahanam jugak lah. Aku cuba untuk tolong dia sehabis baik.

Macam raya baru baru ni, seriusly aku pun semangat nak raya. But bila aku balik rumah, rumah still tak terkemas (tak terkemas di mata aku. Padahal bapak aku n mak aku dh kemaskan). So aku lah yg tlg kemaskan. Aku tak kisah. Akak aku pulak xde sebab turn belah mak mertua dia. Sampai la hariw terakhir sebelum raya nak masak rendang. Aku jugak yg tak pernah2 involve sgt terpaksa involve 100% nak buat rendang. Kadang2 jujur aku bebal dlm hati jugak sebab aku penat.

Aku lelaki ada life aku jugak. Aku nak jugak keluar lepak malam2 dgn member yg dah balik kampung. Lama tak jumpa kan. But aku tak dapat dan tak boleh. Kalau aku tak tolong, mak aku konfem terhuyung hayang kena buat semua (masak skala besar + kemas rumah etc).. kadang2 bila member2 ajak keluar lepak semuanya aku tipu cakap aku dekat sana la sini la. Nak bagi alasan taknak lepak sebab tak smpi hati.

Perkara ini berulang smpi la skrg lepas raya. (The moment korg baca benda ni, aku dh basuh gelas lebih 20 round!!) Smpi la sekarang aku punya duty just kt dapur bila akak aku tak balik turn raya sini. Inilah hakikat kalau adik beradik sikit. Aku tak sampai hati nak keluar dan tak sampai hati tak buat even passion bukan dekat dapur. Kerana terpaksa untuk mak dan bapak aku cuba buat.

Kdg2 bila sedara datang dorang menganjeng “bagus anak dara ni duduk dapur bla3..” . Eh bodoh betol. Takkan aku nak biar mak aku terkangkang sorang2. Mak sakit anak 2x sakit kau tau tak makcik bawang oi.. bingai tak sudah2. Bila aku tgok member2 post lepak sana sini beraya sana sini, jujur aku cakap aku dengki dan jeles. Tapi untuk mak dan bapak yg semakin berumur dan perlukan aku, everything aku sanggup.

Kalau cucu2 dia balik, aku perasan jugak rumah tiba2 jadi riuh. Padahal cucu baru 3 orang. Tak ramai mcm 10 org pun and semua tu kecil lagi. But riuh dia lain macam. Tapi yg sedihnya bila aku dgr dari bilik aku kt atas yg riuh rendah tu mak aku la create kan. Konon nak bagi nampak dalam rumah ni ramai. Padahal realiti tu tak la ramai sgt. Ya lah. Aku, bapak, mak, akak, abg ipar, baby kembar, cucu sulong 3 thun. So sebenarnya takda la riuh pun. Kadang2 aku sedih bila tengok mak aku yg create kan suasana riuh tu untuk bagi jiran2 dengar yg rumah kitorg penuh org and meriah. Tapi takpe lah. Asalkan mak bahagia. Bapak aku senyum, korg nak bg riuh satu kampung pn apadahal. Aku tadah je lah.

Bila aku tgk semua2 ni, dengan keupayaan mak bapak aku dh berkurang aku jadi sedih sikit la. Dorang mcm 100% mengharapkan aku lepas akak aku kahwin. Tambah2 lagi utk raya or kenduri kat rumah. Kalau aku xde esok2, habis la dorang.

Atas asbab2 macam ni lah yang jujur aku cakapkan aku cuba untuk menutup pintu hati aku utk berkahwin. Even though ramai yg bertanya, ramai yg cuba kenen kan aku dgn anak, sepupu, anak sedara dorg but aku cuba untuk elakkan. Aku rasa aku tak sanggup. Kalau akak aku dh tak berapa boleh utk tolong mcm dulu, n kalau aku kahwin mcm mana pulak kan. Aku takut jugak aku tak mampu nak bagi komitmen sama adil dekat dua2 side.

For sure aku lebihkan family aku atas sebab2 mcm dkt atas but tak semua manusia akan faham. Biarlah aku jaga dorang. Tak kahwin pun tak pe. Tapj andai kata Tuhan dah tentukan jodoh aku itu ada, maka aku akan ikut but aku tak tau aku mampu ke tak nak serve dorg balik saat2 umur dorg dan kudrat dorg yg mcm ni yg mengharapkan aku 100%. Aku sanggup korbankan dunia aku utk dorang. Dorang tak tahu lagi yang aku quit dari working aboard pun sebab dorang. Aku tak pernah dan tak akan cerita dkt dorg. Biar 1 hari nanti dorang tahu yang anak lelaki dorang ni memang betol2 sayang dkt dorg cuma tak pandai nak tunjuk je.

Utk para confessor yang dah confess adik beradik korang ramai tapi tak tolong la apa la itu la kayu la, syukur lah aku ucapkan. Itu lah resam adik beradik. Dalam 10 mesti ada 8 yang tak betol. Itu lah natijah keluarga. Kalau korang kt tempat aku, korang mgkin akan buat benda yg sama mcm aku buat dkt atas. Jangan lah merungut sangat. Itu lah bahagia.

Sekian terima kasih

-anak lelaki sulung mak –

– Anak mak yg akan terus berjasa sampai mati

Inilah Gambar Muka Saya Semasa Breakout, Tapi Dah Pulih Selepas…

Hi semua. Disebabkan ramai yang mesej saya lagi dan tanya macam mana muka saya boleh okay semula, jadi kali ini saya bagi anda semua tengok gambar-gambar semasa muka saya breakout.

Dalam post ini, saya juga akan menjawab soalan-soalan yang anda selalu tanya. Jadi sila baca dan selepas ini jangan ada pula yang mesej tanya soalan-soalan yang sama. Rajinkan diri untuk baca perkongsian ini.

1. Buat treatment di mana?

Saya buat treatment dengan Doktor Meena di Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah.

2. Apa nama treatment yang awak buat dan berapa kosnya?

Chemical Peeling Treatment dan kos rawatan untuk saya adalah RM150. Tetapi itu bergantung juga dengan masalah kulit yang dihadapi. Tidak semua harga sama dan dapat rawatan yang sama. Kalau di Kuala Lumpur, harganya lain pula. RM150 adalah harga di Kedah.

3. Berapa kali awak buat treatment?

Saya buat dua kali sahaja dan saya lakukan dalam masa sebulan. Jumlah keseluruhan kos untuk rawat muka bebas dari jerawat (bukan parut) adalah RM300.

4. Sakit tak masa buat rawatan itu?

Mestilah sakit sebab Doktor Meena sapukan asid dalam 35% untuk matikan semua jerawat di muka. Tetapi tak apa, boleh tahan. Beauty is pain, kan?

5. Berapa lama masa yang diambil untuk pulih?

Untuk hilangkan masalah kulit muka saya hanya mengambil masa dalam dua bulan sahaja. Sebab selepas rawatan yang kedua, muka saya dah bebas dari jerawat.

6. Awak guna produk apa untuk hilangkan parut?

Selepas dua bulan, muka saya dah okay dan bebas dari jerawat. Cuma nak menghilangkan parut, saya pakai Cosmoderm Cream 3,000. Mana nak dapat? Boleh dapatkan di Guardian.

7. Berapa lama parut awak hilang?

Parut saya pudar pun dalam masa sebulan dan boleh nampak beza. Tetapi pastikan awak semua kena konssten pakai krim itu siang dan malam.

8. Awak pakai skincare apa semasa muka awak masih dalam proses treatment?

Saya tak pakai apa-apa produk. Saya memang cuci muka dengan air suam sahaja sebab masa itu masih trauma lagi nak pakai apa-apa skincare sehinggalah saya cuba Cosmoderm.

9. Cosmoderm Cream 3,000 i.u itu yang mana satu? (Antara soalan yang kerap ditanya)

Kalau pergi ke Guardian, packagingnya berwarna oren. Nak lebih tepat, boleh google.

Sumber: Wanie Noordin via the reporter

 

GARA-GARA AMBIL MUDAH TENTANG MANDI WAJIB , SEORANG WANITA TERPAKSA MELALUI MALAM YG MENYERAMKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni nak share kisah seram yang mungkin boleh memberi sedikit pengajaran buat kita semua. kami endiri tidak pasti kisah ini adalah kisah benar atau rekaan semata-mata. Tapi sebetulnya kisah ini memang boleh memberi pengajaran buat kita terutama wanita di luar sana.

Kisah seram ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah ini berlaku kira2 pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama.

Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang.
Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang.

Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. …Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil. Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya….

Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya….

-Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong. Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu….

Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang….

Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…”

Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia.

Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…
Sumber :eberita.org

 

SANGKAKAN MEMBER BUAT “PROJEK” DALAM BILIK, RUPA-RUPANYA….

Sangkakan Member Buat “Projek” Dalam Bilik, Rupa-Rupanya….. !!!| Aku rasa pengalaman aku patut dikongsikan dengan korang jugak. Aku menyewa rumah bersama beberapa kawan se-universiti. Rumah tu ada 3 bilik. Kami kongsi 6 orang. Aku dengan Ameng guna bilik tepi dapur. Din dengan Wan pakai bilik tepi toilet. Wak dengan Izam pakai master bedroom.

Asalnya Master bedroom tu share 3 orang, tapi lepas idi masuk kolej university, mereka pakai 2 orang jer. Time idi keluar tu dah tengah semester. Memang susahlah nak cari penyewa ganti. Dalam Rumah tu, Aku sorang jer budak law. Ameng dengan Izam budak Accounting. Din, Wak dengan Wan pulak budak seni. Sekali tu aku yang kena kacau. Memang kecut perut jugaklah.

Time tu dah hujung semester. Final exam dah nak habis. Din, Wak dengan Wan dah balik sebab paper dah habis. Aku ada 2 paper lagi. Ameng dengan Izam ada 1 paper lagi. Hari khamis, Ameng dengan Izam last paper pagi tu. Aku pulak paper petang pukul 2. Izam dah cakap bas dia petang maybe tak sempat jumpa aku. Ameng pulak cakap nak stay 2, 3 hari lagi sebab malas nak balik awal dan dah janji dengan awek dia. BTW, Ameng tu cina. Aku lupa nak cakap. Kami serumah ni takde lah alim. Semua islam kecuali Ameng tapi semua tak solat. Dan aku tahu Din, Wak, Izam semua budak Weed. So yang alim sikit pon Wan. Dia solat jugak sikit-sikit.

Back to the point, lepas exam aku balik rumah ada Ameng jer. Yang lain dah balik. Sebab frust tak boleh jawab last paper, memang first thing aku buat adalah tidur. Letih jer stay up malam study tapi last last tak boleh jugak jawab. Duh. Bangun tu dalam pukul 8. Ameng tanya aku, “nak keluar ke?”. Aku dan janji dengan budak kelas aku nak copy movie buat bekal balik kampung. Takdelah aku hauk sendu jer dekat rumah nanti. Ameng cakap dia tak keluar sebab awek dia nak datang rumah. Dia suruh aku balik lambat sebab dia ada “projek” nak settle dengan awek dia. Kurang asam punya jantan. Kerja menyundal aje. Patutla habis paper tak nak balik rumah. Aku tanya dia nak suruh aku balik pukul berapa? Dia cakap, “balik la lambat sikit. Dalam pukul 10 esok ke…”. Pu****k punya kawan.

Malam tu aku balik jugak rumah tapi lewat lah jugak. Dalam pukul 2 lebih sebab classmate ajak lepak mamak. Kejadah dia aku tido luar si Ameng menyedap dekat rumah. Aku masuk rumah, lampu semua terpasang. Sampai depan bilik aku share dengan Ameng, aku try la bukak. Tapi pintu tu berkunci. Bilik kami tu ada selak pintu. So memang tak boleh bukak pakai kunci. Aku ketuk pintu tak bersahut. Last last aku call Ameng. Tak sempat angkat call Ameng dah bukak pintu dengan senyum badak dia. Tersengih jer. Dia tanya, “tido bilik aku ke?”. Punya lah sedap dia cakap tu bilik dia. Aku pon tengok lah dalam bilik. Bau, Mak aih wangi. Tido mandi perfume sebaldi ke ape. Aku pon sound la Ameng, “kau agak-agak la nak projek, bukak la kipas sikit. Panas. Lemas aku bau perfume kau”.

Time tu bunyi perempuan gelak. Mak ai memang aku terkejut beruk. Celaka si Ameng projek tak habis. Time tu aku tak nampak perempuan tu. Sebab antara katil aku dengan Ameng ada 2 loker yang act as a wall between katil aku dengan katil Ameng. Tuan rumah cakap sebab nak bagi privasi tu yang dia susun perabut macam tu. Aku intai balik locker, nampak kaki jer dalam selimut. Ameng tu sengih jer sambil tolak aku keluar. Aku ambik tuala terus blah tido bilik Wak. Dalam bilik Wak ada bilik mandi. Aku mandi situ jer. Masa mandi aku rasa tak tenang. Sebab rasa macam ada orang bernafas dekat telinga aku. Terus aku tutup pili air.

Time tu punya lah husnudzon aku fikir tu side effect sebab pernah pecah gegendang telinga. Aku pinjam kain pelikat dengan T-Shirt Izam sebab malu nak ketuk bilik Ameng. Time tido katil Wak tu aku start bau benda hanyir. Bau dia macam isi perut ikan yang kau lupa nak buang 3-4 hari. Makin lama makin busuk. Aku keluar ke dapur tengok kot-kot ada sampah tak buang. Keluar bilik aku nampak budak kecik duduk mencangkung bawah singki. Muka dia pucat duk selongkar bakul sampah. Bila aku pusing nak lari. Dia pandang aku. Dia tengah gigit tulang ayam yang aku tak tahu bila ada dalam bakul sampah tu. Time tu memang Ya Allah Aku takut. Aku ambik lari ambik kunci kereta tepi TV, terus blah. Time tu drive dalam keadaan panic. Aku tak tahun nak pergi mana.

Last last aku berhenti dekat 7Eleven. Aku call Ameng nak suruh dia keluar rumah. Aku call Ameng 2-3 kali baru dia angkat. Aku suruh dia keluar rumah. Dia mamai tido duk tanya kenapa. Aku punya lah takut. Aku paksa jugak dia keluar rumah. Dia cakap, buat apa dia nak keluar. Bukannya dia ada kat rumah pon. Time tu aku ingat dia bergurau. Rupanya, memang dia tak ada dekat rumah. Duduk rumah kawan stay sebab lawan Dota. Aku duduk dekat 7E tu sampai ke cerah. Sampai Ameng datang jumpa aku dekat sana. Aku tanya dia, “bukan ke kata nak projek dekat rumah?”. Dia cakap tayar kereta awek dia pancit. Projek tunda malam lain. Siot punya kawan. Bila aku bukak cerita, dia gelak jer. Macam aku tak tahu dia pun kecut.

Disebabkan dia pon penakut dan aku pon yang dah nak terkencing dalam seluar, dia call kawan-kawan dia ajak datang rumah. Kami berempat balik ke rumah itu. Rumah tu aku tinggal dengan keadaan pintu terbuka semalam, tak kunci. Bila masuk, rumah okay jer. Tapi yang peliknya, bilik aku jer yang bau wangi. Bau dia sebijik macam perfume Ameng yang aku bau malam tu. Aku dengan Ameng kemas barang tumpang tido rumah kawan. Sampai sekarang aku tak tahu sapa lelaki dan perempuan dalam bilik Aku dengan Ameng. Lepas 2-3 minggu ada dengar cerita yang ada jiran kami yang berubat buang saka.

Aku rasa mungkin yang kacau aku tu dia punya “kawan”. Kami tak pindah rumah pon. Masih lagi duduk rumah tu. Cuma aku pindah duduk master bedroom. Mintak Wak tido bilik aku dengan Wan. Lepas tu kami buat majlis baca yaassin dengan solat hajat. Setakat ni takde gangguan lagi. Jiran aku yang dikatakan buang saka tu pun dah meninggal. Moral dia, aku tahu yang aku tak boleh pandang remeh pasal agama.-Fiksyen Shasha

Suami Terkilan Isteri Dimalukan, Nekad Gali Perigi Sendiri Selama 40 Hari, Lihat Apa Yang Ditemui MEMERANJATKAN

Suami Terkilan Isteri Dimalukan, Nekad Gali Perigi Sendiri Selama 40 Hari, Lihat Apa Yang Ditemui MEMERANJATKAN !!!

NEW DELHI – Terkilan mendengar isterinya dimalukan oleh orang berkasta lebih tinggi kerana mengambil air di telaga mereka, lelaki ini sanggup menghabiskan 40 hari berturut-turut untuk menggali perigi bagi mencari air untuk kegunaan keluarganya.
Bapurao Tajne, menangis bila isterinya menceritakan kembali pengalaman dia dihalang dan dimalukan ketika cuba mengambil air dari telaga milik orang yang lebih berkasta tinggi di Maharashtra, India, yang dilanda kemarau.

“Saya berazam, kami tidak akan lagi mengemis air daripada sesiapa,” katanya.

Tajne yang bekerja sebagai buruh, sanggup bangun lebih awal setiap pagi dan menggali telaga selama 4 jam sebelum pergi kerja selain dua jam sebaik pulang bekerja.

“Sebenarnya saya cuma berdoa dan bergantung kepada kata hati ketika mencari tempat menggali.

“Meskipun pada mulanya saya gagal kerana tiada pengalaman atau ilmu. Malah, ramai yang mentertawakan saya kerana terpaksa mencuba tiga kali sebelum berjaya. Namun saya tidak berputus asa dan akhirnya menemui air,” katanya.

Tajne juga turut bermurah hati berkongsikan air telaganya itu bersama orang kampung.

“Biarlah mereka ketawakan saya dulu, yang penting kita semua dapat berkongsi rezeki,” katanya.

“Sejujurnya, saya tidak pernah membantunya langsung. Malah saya pernah mentertawakan dia kerana tidak percaya dia mampu berjaya. Tetapi sebaik saja dia menemui air, saya dan kami sekeluarga gembira dan terus menyokongnya,” kata isterinya. – PIXEL MEDIA