Fateh anak dibuang ibu .. dikutip keluarga angkat dia maut didera kejam (6 Gambar)

Batu Pahat : Tiada siapa yang meminta untuk lahir kedunia ini hanya untuk dibuang dan di dera hingga mati.

Ini lah nasib adik Muhammad Al fateh Abudullah baru berusia hampir 2 tahun belum mengenal apa-apa erti kehidupan dilahir kedunia oleh ibu kandung namun dibuang ibu akibat masalah peribadi dalam keluarga.

Fateh diserahkan kepada keluarga angkat dengan berat hati mengharapkan sedikit simpiti pada keluarga yang mengambil Fateh sebagai anak angkat dengan mengharapkan fateh dapat dijaga seperti anak sendiri.

Namun jalan hidup fateh amat perit dan sukar bila hidup nya dijadikan mangsa kejam manusia berhati binatang didera dengan kejam pada badan dengan kesan lebam.

Sehinggalah diri nya nazak nyawa nyawa ikan dihantar ke hospital oleh keluarga angkat untuk menerima rawatan namun setelah bertarung nyawa dia hingga hembus nafas terakhir.

Siapa yang akan disalahkan dalam kes ini ibu fateh amat sedih anak nya maut didera dan merasa tekilan apa yang berlaku setelah dirinya membuang fateh dalam hidupnya diserahkan kepada orang lain.

Ini kata nya ” Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu “.

“Saya sudah amanahkan mereka (ibu dan bapa angkat) untuk menjaga dan memberinya kasih sayang dengan sempurna tetapi tak sangka ini balasan mereka kepada saya.

 

Itu luahan ibu kandung arwah adik fateh kita boleh nilaikan sediri perasaan nya yang mana dia kini sarat mengadung 7 bulan apa lah nasib pada kandungan dan bayinya akan lahir nanti semoga tidak menjadi seperti nasib fateh.

Ini pula luahan wanita yang merupakan ibu angkat fateh juga sedih apa yang berlaku dia meluahkan perasaan nya dilaman sosial nya pada 11 julai lalu.

“Ya Allah..hebat sungguh ujian mu buat hambamu..semoga aku tabah menjalaninya,” katanya.

Suspek juga memuat naik gambar anak angkatnya itu dan luahan hatinya mengenai Muhamad Al Fateh yang dihina orang sekeliling selain dibuang ibu kandungnya, 11 Januari lalu.

“Bersabarlah wahai sayang, walaupun kau dibuang ibu kandung sendiri, dihina orang sekeliling tetapi aku akan cuba melindungi kau.

“Maafkan aku jika ada kekurangan yang tidak dapat aku tunaikan dalam kesibukan, padahal aku sendiri, semoga Allah SWT melindungi kau wahai anak yang tidak berdosa,” katanya.

Muhamad Al Fateh yang disyaki didera keluarga angkatnya meninggal dunia, jam 12.45 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.

Kesimpulan dalam hal ini tiada siapa mengaku salah keatas apa yang berlaku sehingga adik fateh maut dengan cara yang amat tragis.

Semoga semuanya akan terungkai, jasad sikecil Al fateh selamat disemadikan semoga diri nya tenang disana setelah menderita sepanjang hayat didunia. Al fatihah

Sumber berita: beritasayu

Apa salah Along Azam dibakar hidup-hidup .. setelah bertarung nyawa along pergi jua (6 Gambar)

Klang : Arwah Along Azam nama panggilan mesra oleh rakan-rakan pada pemuda berusia 21 tahun ini di yang ditemui dengan 90 peratus tubuhnya terbakar dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang dalam kejadian pukul 4 pagi itu , meninggal dunia kira-kira jam 3 petang semalam setelah bertarung nyawa hampir 11 jam.

Along seorang insan yang sangat baik dan amat disenangi rakan, ini perubahan along sebelum dia maut dengan tragis dibakar tanpa belas kesihan tanpa punca yang jelas.

Arwah along pernah menyuruh ayah rakan baik nya mengajar mengambil wuduk untuk solat sebelum kejadian malang yang menimpa diri nya, tidak disangka dia akan pergi buat selamanya.

 

Mengikut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa dikenali sebagai Azamasero Ahmad Yusup, 21, beralamat di Rawang, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ketika dirawat.

Apa yang berlaku mengundang pilu rakan-rakan Along Azam, semoga mesteri apa yang berlaku kepada diri nya yang dibakar hidup-hidup dapat dirungkai secepat mungkin dan mereka yang kejam itu mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka, salam takziah buat keluarga Along Azam. Al fatihah

Sumber berita: beritasayu

MENGEJUTKAN, PENIPUAN SEORANG LELAKI MENJAGA KEKASIHNYA KETIKA KOMA SELAMA 8 BULAN

Dalian, China: Tembelang seorang kekasih ‘sempurna’ akhirnya pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan.

Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.

Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai “model kekasih”. Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.

Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.

Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.

Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.

Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.

Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.
Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus.

Sumber http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/04/penipuan-seorang-lelaki-menjaga.ht

Tipulah Kalau Tak Pernah Buat Benda Ni Masa Kecil Terutama Nombor 2 Ni.. Baik Ngaku Cepat !!!

Masa kecil lah masa yang paling best dalam hidup kita kan? Macam-macam yang kita buat time kecil dulu. Bawah ni perkara-perkara yang kita pernah buat masa kecil dulu.

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar jadi suara robot.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas kedua-dua tangan rasa hebat. Dah jatuh nangis mengadu dekat mak. Haha

4. Dekat sekolah, lori milo datang. Dapat minum free, lepas minum menyamar jadi orang lain sebab nak ambil lagi.

5. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan atau antara dua bukit.

6. Tutup peti ais dengan perlahan sebab nak tengok lampu dia mati.

7. Berjalan masuk ke bilik, lepastu lupa nak buat apa, terus keluar, then tiba-tiba ingat balik.

8. Kalau tak siap kerja rumah, sengaja tinggal buku latihan dekat rumah. Bila cikgu tanya, dijawab dah siap tapi tertinggal.

Betul kan semua ni kita pernah buat time kecil dulu. Rindu pulak zaman kita kecil-kecil dulu. Rasa nak jadi kecil balik! Hehehe

Jom SHARE, bagi ramai kawan kita terkenang masa zaman kita dolu-dolu.. Huhuhu…

Sumber : blogspot //wardahalisya.blogspot.my via Sinar.FM

 

Pelajar Ini Dapat Markah “0” Lukis Gambar Kucing, Tetapi Gambar Itu Menjadi Viral. Ini Sebabnya !!!

Pelajar Ini Dapat Markah “0” Lukis Gambar Kucing, Tetapi Gambar Itu Menjadi Viral. Ini Sebabnya !!!

Kanak-kanak sentiasa mempunyai idea yang bernas bagi melukiskan apa-apa lukisan. Menggunakan imaginasinya, lukisan itu sentiasa memberikan hasil yang kreatif.

Namun demikian, seorang pelajar tidak mendapat sebarang markah selepas melukiskan gambar seekor kucing.

Pada guru tersebut, lukisan itu tidak langsung menggambarkan seekor kucing.

Kemudian, anak murid itu memuat naik gambar lukisannya ke dalam media sosial.

Hal ini dilakukan bagi membandingkan gambar yang dilukiskan dengan gambar yang sebenar.

Apabila melihat gambar yang sebenar, para pengguna media sosial berpendapat, guru tersebut tidak memahami sikap kucing.

Malah, ramai pengguna media sosial mengatakan, gambar lukisan itu sangat bermakna dan memberi gambaran sebenar tentang si kucing.

Sebenarnya, kanak-kanak ini melukiskan sebuah lukisan kucing yang sedang dalam keadaan malas.

Oleh itu, lukisan kucingnya sangat berbeza dengan lukisan pelajar lain.

Lukisan itu menggambarkan keadaan kucing yang malas, tidak bermaya, dan wajah yang muram manakala kebanyakan pelajar lain melukiskan wajah kecomelan si kucing.

Rupa-rupanya, apabila kucing menjadi malas, bentuk fizikalnya juga boleh berubah.

Lukisan kanak-kanak ini juga menunjukkan kepintarannya kerana mampu melukiskan sesuatu daripada sudut berbeza dan mudah mencontohi perkara yang dilihatnya.

Sebagai satu hiburan, mari melihat gambar-gambar kucing yang pemalas!

 

Sumber : Era Baru

AYAH MENINGGAL. ABANG BUAT DEK JE SEHINGGA MAK BAGITAU YG SELAMA NI ABANG TELAH…..

Nama aku Farah.

Keluarga ku panggil aku fara. Aku mempunyai seorang abang dan kakak.

Kakak aku sulung, dan abang aku anak kedua. Dan semestinya aku yang bongsu. Ayah aku seorang pensyarah. Dan mama aku suri rumah. Ayah aku seorang yang penyayang. Sayang dia lagi lebih dari mama aku. Risau dia lagi lebih dari mama aku.

Aku masih belajar. Yeah. Aku seorang student iium. Apa yang aku hendak ceritakan disini adalah berkaitan dengan abang aku. Nama dia kita panggil sahaja angah. Angah seorang yang independent. Dari kecil sampai sekarang. Hidup dia tidak pernah menyusahkan orang lain. Tetapi yang menjadi masalah, dia suka menyendiri.

Antara kami adik beradik, hanya angah yang tinggal di asrama. Jauh pula tu. Angah jenis suka duk jauh. Kadang kadang aku terfikir, tidak ada kerinduan ke di dalam hati dia. Rindu keluarga. Rindu mama ayah ,rindu rumah. Hati angah kadang kadang amat keras. Dia pemarah. Dia juga suka memberontak. Apa yang tidak kena, dia akan cakap. Apa dia tidak suke, dia akan cakap dan lari darinya. Dia juga pernah cakap kepada aku, prinsip dia, suka duk jauh. Ah aku pening fikirkan prinsip hidup dia.

Aku tak suka angah. Dia jarang berbual dengan aku. Sehinggalah sekarang die sudah berkerjaya, dia amat jarang berbual dengan aku. Kalau whatsapp, ada la sebulan sekali. Call jangan harap. Aku yang kena call dahulu. Berbeza dengan along (kakak sulong). Dia seorang yang peyayang. Mewarisi lemah lembut mama ku. Aku selalu bersama along berbanding angah. Bagi aku, angah seorang yang tidak ada kasih sayang dalam diri dia. (jahat nya aku)

Kisah nya bermula november yang lepas. Masa itu, ayah dan mama berada di kampung. Melawat saudara di sana. Dan ayah ambil cuti seminggu untuk ke sana. Ayah dan mama bermalam di rumah arwah atuk aku.

Pagi subuh, hari jumaat. Mama telefon aku. Aku baru selesai dari solat. Suara mama tenang. Tetapi aku dapat rasa kelainan. Mama tanya khabar aku, buat apa. Dan ayat terakhir mama cakap , membuatkan aku rasa lemah.

“Ayah dah tiada. Nanti angah ambik adik,balik sini. Mama da bagi tahu angah”

Aku senyap. Bisu. Seakan mengerti, mama hanya memberi salam dan suruh aku bertenang. Dan menamatkan perbualan telefon.

Aku masih kaku. Air mata deras mengalir. Terasa bagai mimpi. Baru semalam bercakap dengan ayah.

Aku bersiap. Mandi. Kemas pakaian dan menanti panggilan along dan angah. Aku bongsu kan . Along menelefon aku, sambil menangis. Along dari JB. Dia sambung berkerja di sana. Kami bercakap hanya sekejap, kerna kebetulan angah menelefon aku.

Angah: ada mana? Angah kat wangsa maju da ni. Da tahu kan? Cepat siap.

Ringkas angah cakap. Aku cuma iyakan sahaja. Tidak ade riak sedih di suara angah. Ah angah, memang gitu. Bukan ade taman pun dalam hati dia. Hati aku memarahi angah.

Selang 15min, angah sampai. Sambil membebel pak gad tanya macam macam kat dia. Aku hanya diamkan. Tidak kuasa nak menambah,atau menenangkan hatinya.

Angah meluncur laju keretanya. Mentang mentang kereta baru. Oh ya, angah kerja as engineer. Aku tak sure kerja apa. Tetapi mama pernah cakap, angah dapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi untuk usia muda dia. Aku pernah bertanya. Tetapi angah tidak menjawab. Dan aku malas nak bertanya banyak kali,sebab angah tidak suka orang tanya banyak kali. Macam keje FBI, rahsia.

Masa angah memandu, aku tengok wajah dia. Biasa. Mata tidak merah seperti aku. Pipi dia bukan seperti aku, basah dengan air mata. Aku rasa along pun macam aku. Dalam hati aku tertanya, tidak sedih ke angah. Tetapi persoalan itu ku biarkan.

Angah memandu ke arah selatan. Aku cuba bertanya angah mengapa ke sana, kita kan nak ke kelantan. Angah cakap balik naik flight. Cepat sket.

“la dah kalu naik flight, nama tak cakap awal2, elok adik pergi je klia, jumpe angah di sana”

“orang da ambik ni, senyap sudah la”balas angah.

Aku diam. Aku tahu angah macam mana. Dia abang aku. Aku malas nak panjangkan kisah sukarelawan dia mengambil aku dari semenyih ke gombak dan ke klia. Biar. Biar.

Aku sampai di kampung selepas zohor. Sebelum naik flight, mama ada telefon aku. Mama cakap, jenazah akan di semadikan lepas asar. Sampai di airport kb, pak cik aku dah ada menunggu di sana. Aku diam sahaja. Dia banyak berbual dengan angah dari airport sampai ke rumah. Oh ya. Kampung aku di pasir mas.

Sampai je disana, along belum tiba. Along drive dari jb ke kuala lumpur. Dan akan naik flight dari sana. Mama sudah bagitahu along, kalu tak sempat tak apa. Along pun sudah redha bila mama cakap macam tu.

Keluar je dari kereta. Mama menyambut ku. Masing masing kaku. Aku menatap mama. Mama lihat ke dalam mata aku. Diam. Sunyi. Lama berkeadaan begitu. Mata ku mula berair. Tiba tiba hatiku kembali sayu. Aku memeluk erat mama aku. Tangisan aku berderai. Aku peluk mama. Aku sayang mama. Lama aku peluk mama. Lepas tu mama leraikan pelukan aku. Mama pergi ke angah. Angah tengah buka bonet belakang kereta. Nak mengangkat beg. Mama tanya khabar angah. Mama tidak tanya pun keadaan aku.

“angah okay ke? Tak pe ke tinggal kerja ni”

“okay je ma..tak pe, bos da bagi cuti” balas angah. Senyuman terukir di bibirnya. Senyum kelat.

Selepas mendengar jawapan angah dan senyuman angah. Mama menangis dan memeluk angah. Tangisan mama lagi berderai daripada memeluk aku. Angah terkejut. Memang angah jarang memeluk mama. Jarang atau memang tidak terus. Angah membalas pelukan mama. Angah dia. Angah pejam mata. Seperti mengimbau sesuatu. Lama mereka begitu. Aku hairan. Mengapa mama lebih lebih. Angah tu dah la mcm xde perasaan je.

Mama meleraikan pelukannya. Dia menepuk dada angah. “ angah kena kuat”,kata mama. Mama datang ke arah aku, mengesat air mata. Mata mama merah. Tak pernah aku tengok mama menangis macam tu. Aku tertanya, kenapa dengan angah macam tu.

Aku bertanya keadaan mama, okay ke? Mama dia. Mama cuma membalas dengan bertanyakan keadaan angah sepanjang perjalanan dari kl ke sini.

“angah okay je. Mcm xde pape berlaku pom” aku menjawab dengan nada sedikit mendatar. Geram dengan angah.

“angah memang macam tu. Adik tak tahu angah macam mana. Mama tahu” jawab mama.

Aku diam. Cuba mencerna ayat mama. Aku adik dia. Aku tahu juga angah macam mana. Aku diam. Malas dan bersoal jawab pada waktu ini.

Aku,angah dan mama masuk ke dalam rumah. Selesai angah letak beg. Angah terus ke sisi ayah. Angah tengok ayah yang da berbungkuskan kain. Angah diam. Aku nampak mulut dia terkumat kamit. Aku duduk bersila di tepi angah. Rupanya angah membacakan surah yasin. Di situ aku kagum dengan angah. Angah seorang yang baik sebenarnya. Dia memang menghafal beberapa surah panjang. Termasuk la al baqarah. Antara aku,along dan angah. Angah la paling alim actually. (alim skit la. Bukan tahap lebai pakai serban. Hehe)

Akhirnya semua selesai. Along sampai maghrib. Tidak sempat melihat ayah buat kali terakhir. Malam itu, rumah sunyi. Semua macam tiada modal untuk dibicarakan. Cuma angah je. Asyik dari tadi ketawa dengan pak cik pak cik surau di luar rumah. Aku pun tak tahu sampai bila dia bersembang di luar. Yang pasti aku tidur awal.

Keesokkan pagi. Aku terjaga lewat dari tidur. Aku bergegas ke tandas untuk ambil wuduk dan solat subuh. Sampai aku di pintu tandas, aku terdengar esak tangisan seorang. Aku mendiamkan diri. Cuba mendengar. Takut hantu. Pintu tidak tertutup rapat. Aku lihat angah di dalam. Angah menghadap cermin. Dia tengah gosok gigi. Mulut nye masih berbuih dengan ubat gigi. Aku lihat mata angah merah. Berair. Pipi dia basah.lama aku melihat angah sebegitu. Aku tertanya tanye. Mengapa. Sakit gigi ke. Lalu aku mengetuk dan bertanya , angah okay ke?

Laju laju angah berkumur dan basuh mukanya. Selamber dia keluar. Okay je. Muka tersengih2. Aku sepak jugak budak ni.hehe. Aku terus masuk dan ambil wuduk. Solat dan turun ke dapur untuk minum. Ternampak angah di situ.aku duduk sekali. Angah minum air kosong je. Dan aku rajinkan diri buat air milo panas untuk angah. Aku hulurkan kepada angah. Angah tersenyum. Aku rapatkan kerusi di sebelah angah. aku memeluk angah dan melentokan muka ku di bahu angah. angah diam. Tiada respon.

“abah da tak de,ngah”

angah diam. Tanpa sedar tangan die mengusap ubun kepala ku.

 

“boleh adik tanya angah satu benda,tapi janji jangan marah”

“hurmmmm..tanyalah” angah menjawab. Suara mendatar. Serak. Suara dalam.

“angah okay?nape td” (merujuk kisah tengah gosok gigi)

“hmmmmmmm”

“Dulu, masa mula mula angah masuk asrama. Mama ada cerita. Ayah rindukan angah. tak ada dah orang yang akan gosok gigi bunyi kuat pagi pagi hari. Tadi masa angah tengah nak bersiap ,nak mandi. Tengah gosok gigi. Tiba tiba teringat ayah. Pelik kn?gosok gigi je pon” balas angah. di hujung nya, dia selitkan sebuah tawa. Aku tahu itu hanyalah untuk hiburkan aku.

Aku terdiam. Aku menangis. Tiba tiba teringat arwah ayah.

“angah rindu ayah”

“rindu” ringkas. Dan angah bangun berlalu pergi. Ada nada sedih di suaranya.

Aku menangis di meja. Kebetulan mama datang. Mama nak siapkan sarapan untuk kami. Mama mengusap aku. Bertanya kenapa, lalu aku ceritakan kisah tadi ke mama.

Mama tarik kerusi perlahan lahan. Mama duduk di sebelah aku.

“angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah, adik along anak mama. Angah selalu dengan ayah. Sebab itu masa angah mula mula masuk asrama. Ayah rindu angah. sampaikan bunyi gosok gigi pun ayah rindu. Dulu ayah yang hantarkan angah ke sekolah. Pagi pagi sudah riuh. Angah selalu bangun lambat. Malam riuh juga, angah selalu malas belajar. Tetapi malas malas angah, dia lah paling geliga antara kamu bertiga”

angah memang bijak. Gaya belajar macam budak nak gagal semua mata pelajaran, tetapi tengok result. Huh jeles aku.

“adik tahu napa mama sedih sangat semalam semasa bercakap dengan angah masa adik angah baru sampai?”

aku mengeleng ngeleng kepala

“sebab mama tahu angah macam mana. Di luar dia buat macam tak ada ape berlaku. Dalam hati dia. Dia menangis”

aku terdiam.

“adik lain. Bila mama tengok adik. Mama tahu adik sedih. Adik dah luahkan segala galanya. Kesedihan adik, adik da luahkan. Tetapi bila mama tengok angah. mama sedih. Sebab mama tahu angah simpan sedih dia seorang diri. Dia tidak mahu mama sedih. Angah,keras dia, marah dia, tapi dia sayang adik. Dia sayang along”

“dia simpan sorang. Angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah.

tanpa sedar, aku akui semua itu. Angah memang camtu. Dia diam. Dia banyak membebel kalau ayah suruh ambik aku hantar ke sana,hantar ke sini. Tetapi dia buat juga. Kalau aku cakap aku lapar, walau bergurau. Akan ada sampai domino di bilik aku. Kalau aku cakap xde kredit topup. Angah masukan je ke no aku tanpa beritahu aku.

Mama cakap lagi

“angah tu, dia jarang telefon mama. Adik ngan along je yang selalu telefon mama ayah. Tapi sekali angah telefon, dia akan cakap sejam dua jam dengan mama. Dia selalu tanya pasal adik dengan mama. Pelajaran adik, berat badan adik..”

Aku memeluk mama. Hanya mendengar luahan mama “itulah Hati lelaki” kata mama. – Farah via IIUM.

PEREMPUAN SIALL.! TOLONGLAH JANGAN KACAU SUAMI ORANG..! HANCUR PERKAHWINAN AKU SELAMA 8 TAHUN..

Saya Chinese indonesia berkahwin dengan seorang lelaki sarawak. Perkahwinan sudah masuk tahun ke-8 dan kami tinggal di sarawak. Kami sangat bahagia hingga dikurniakan cahaya mata yang sangat comel. Kini perangai suami semakin hari semakin berubah. Sehingga saya sendiri tidak lagi mampu menahan sabar dengan perangai suami sendiri.

Bila terjadi pergaduhan atau perbalahan antara kami. Suami kerap kali beri alasan mencari rezeki (duit) di luar untuk kehidupan yang harmoni untuk anak dan bini di rumah. Tetapi itu hanya kata-kata indah, warna warni, ayat manis dari suami untuk memberi seribu satu alasan. Tetapi disebalik alasanya itu suami telah main kayu tiga di luar. Sungguh seronok bersama perempuan lain di luar sedangkan anak bini dirumah menunggu kepulangannya.

Satu lagi perkara yang tidak boleh diterima. Hasil mencari rezeki, suami telah membelanjakan duit itu untuk menyara makan minum perempuan sundal itu. Suami sering mengangap perempuan itu segalanya, perempuan itu lah intan payung untuknya padahal disebalik itu selalu anggap bini dia seorang yang sial kerana semua yang dilakukan saya (bini) selalu akan salah di mata suami. Suami juga kerap kali membandingkan perempuan itu dengan saya..

Suami sungguh tidak bersyukur kerana sudah mempunyai family bersama 2 keturunan, rezeki yang selalunya cukup tetapi suami tidak pernah nampak akan kasih sayang tuhan kepadanya. Masih juga tetap bersama perempuan lain sedangkan anak dan bini terabai.

Suatu hari saya jumpa bukti yang kukuh bahawa suami seorang yang curang sehingga saya sendiri tidak dapat menahan perangai suami. Suami juga menuduh perkara yang bukan-bukan terhadap diri saya. Mertua turut serta masuk campur hal keluarga saya. Oleh kerana itu saya terus tinggalkan anak tinggal dengan dia orang. Pada masa itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan saya, bertapa luluhnya, sedihnya hati seorang isteri apabila dapat mengetahui perkara ini.

Lepas tinggalkan, saya ingat suami akan bertanggungjawab pada anak-anak tetapi dia serah semua kat mertua sy. sedangkan dia bawa perempuan tu kemana-mana sahaja. Satu hari bila saya suruh dia pilih sama ada saya atau perempuan itu tetapi dia tak dapat buat keputusan kerana dia tidak dapat buang perempuan tu. Saya sangat sedih pada masa tu kerana suami tidak pernah ingat, saya yang hidup susah senang dgn dia dulu, saya yg bagi dia keturunan, saya yg selalu sabar dengan perangai dia. Kini sampai gelap mata seorang suami yang dulu nya boleh sayang anak bini, tetapi sekarang otak macam melayang sahaja

Suami juga tidak mahu sign surat cerai. masa saya lari tinggalkan dia. Dia (Suami) pulak boleh buat report palsu kat polis dan suruh perempuan tu post di laman sosial. macam mana hati ini boleh sabar dengan orang yang kita anggap suami kita buat mcm tu..😢

Ini ayat perempuan tu dgn suami saya. First time kantai suami ada perempuan lain. Suami nak buang dia terus dalam hidup tapi dia mengayat suami. Lepastu suami jumpa dia terus lah hancur hidup saya.

Kawan perempuan ni juga kata perempuan ni mmg sundal. bukti dari komen dekat facebook tu.

Perempuan ni Kaki kikis duit suami saya je..

Bila suami tahu dia salah.. atas ni mesej dia cuba pujuk saya.

Sdh tdk tahan sy dgn mulut berbisa dia tu.dgn happy dia stay dgn laki org yg dua anak.kenapa lah selalu ada yg nak kacau kebahagiaan org.bila tgk laki tu ada tunang k.bini k .cuba lah jgn try2 menggatal lg.kasian kat anak2 pulak jadi korban,sbb bini tak tahan sdh nak jaga hati.
Sbb laki selalu balik penuh kissmark kat badan.

Pelik hidup da cuba sabar banyk pulak yg tak kena..enth lah ending dia nanti sbb sy stay tempat lain seorg diri skrg.takde family.suami tak nak cerai hanya sj kasian kat anak.nak balik tak kan nak tgk dia dua happy depan kita lg..😢

Tolong viral kan..boleh jd ajaran kepada perempuan yg senasib dgn sy.masa2 ini family sy dgn kawan2 sy yg selalu jd semangat sy

Sumber : Inbox Awak Cute (Identiti Dirahsiakan) via superkiram

 

 

Berang DiTegur, Abang Sanggup TIKAM Ibu Sendiri. Adik Mengamuk BELASAH Abang Sehingga… !!!

WANITA warga emas cedera ditikam anaknya hanya kerana tidak berpuas hati dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah di FELDA Jengka 10, Maran, semalam.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun cedera di rusuk dan paha kiri serta belakang badan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.

Gambar Bulatan Sekadar Ilustrasi: Google Images

Ketua Polis daerah Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, sebelum kejadian suspek yang berusia 40 tahun itu membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dan memaklumkan untuk mencuci tikar getah. “Mangsa melarang suspek yang juga seorang penganggur berbuat demikian kerana hari sudah gelap sebelum mangsa masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

“Sebaik keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika dihubungi. Katanya jeritan mangsa itu didengari jiran dan bertindak menolak suspek yang kelihatan agresif sebelum membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah kemudiannya melarikan diri namun ditahan di tepi jalan utama oleh anggota polis dengan bantuan orang awam kira-kira setengah jam kemudian. “Hasil pemeriksaan pada badan suspek menjumpai pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Berdasarkan siasatan kita, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana dilarang membasuh tikar getah itu oleh mangsa,” katanya. Suspek didapati positif dadah jenis methaphetamine dan hasil semakan polis mendapati mangsa mempunyai tujuh kesalahan lampau yang kebanyakkan membabitkan kesalahan dadah. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

VIDEO VIRAL ADIK PUKUL ABANG SEBAB TIKAM MAK

Terjumpa Lubang MISTERI. Bila Masuk Tangan Je TERKEJUT Bila Ada “Sesuatu”…..

Lukas merupakan seorang anak yang sedikit penakut. Maka, dalam usaha untuk memberanikan anaknya itu, ayah Lukas mengajaknya untuk beriadah di luar rumah. Pada suatu hari, sedang mereka beriadah di tepi danau sungai, mereka terjumpa satu lubang yang sangat aneh. Lubang itu juga mengeluarkan buih-buih.

Apabila mereka berdua melihat lubang aneh ini, ayah Lukas menyangka anaknya itu tidak berani untuk mendekatinya. Akan tetapi, tindakan Lukas untuk melihat dengan lebih dekat apa yang berada di dalam lubang itu mengejutkan ayahnya.

Walaupun Lukas tidak begitu berani, dia tetap cuba untuk menyelukkan tangan ke dalam lubang tersebut. Ayah Lukas bersiap sedia di belakang anak lelakinya itu, menantikan apa yang bakal mereka temui di dalam lubang itu.

Apabila Lukas berjaya memegang hidupan yang berada di dalam lubang itu, dia sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berada dalam pegangannya itu. Dia agak risau sekiranya ia adalah seekor ular. Tetapi dengan sedikit bantuan daripada ayahnya, Lukas berjaya untuk menarik raksasa itu keluar.

Apabila raksasa itu berjaya dikeluarkan, barulah mereka dapat melihat sendiri rupanya yang sebenar. Ternyata, ianya seekor ikan keli yang sangat besar! Lukas telah berjaya mengatasi ketakutannya dan menarik ikan ini keluar! Ayah Lukas nampaknya begitu bangga dengan anaknya itu.

Pesan ayahnya kepada Lukas, ‘sebenarnya segala ketakutan dan kelemahan kita itu tidak menakutkan, asalkan kita sendiri berani untuk mengatasinya’. Ayahnya berpesan lagi, ‘walaupun kita menghadapi kesusahan, anggaplah ianya seperti permainan bola sepak sahaja. Kita seharusnya berusaha untuk terus maju ke hadapan, melepasi segala rintangan’.

Kisah Lukas ini bersama dengan pesanan penuh makna ayahnya itu diharap menjadi satu pengajaran dan contoh buat semua pembaca di luar sana.

HEBOH!GADIS BAWAH UMUR BANGGA TAYANG PERUT HAMIL HASIL BENIH AYAH KANDUNG SENDIRI

Kes rogol, remaja melahirkan anak luar nikah dan kes buang bayi, itulah antara kes jenayah yang sangat popular yang berlaku kepada gadis bawah umur yang berusia 16 tahun atau 17 tahun. Ada sesetengah kes yang lebih kejam dan menyayat hati, gadis berumur 12 tahun di bangku sekolah rendah juga di rogol dan di bunuh oleh mereka yang tidak punya hati perut.

Di Malaysia sahaja sudah banyak kes sebegini berlaku. Namun begitu tidak di nafikan juga banyak kes songsang yang melibatkan hubungan keluarga sepertinya tidak masuk akal apabila mereka saling menerima antara satu sama lain sehingga ada berlaku kes adik -beradik telah melakukan hubungan seksual sesama mereka hingga melahirkan anak.

Kes ini sangat jarang berlaku namun begitu ia masih lagi di lakukan oleh sesetengah orang. Begitu juga dengan seorang remaja yang menganjak usianya 15 tahun ini yang lebih di kenali dengan nama Itzel. Itzel baru-baru ini telah menghebohkan dunia internet apabila dengan senang hatinya memuat naik sekeping gambar dirinya yang sarat mengandung dan meeltak caoption bahawa dia sedang bahagia kerana menunggu detik kelahiran anaknya sendiri.

Menurut laporan portal Wnew World,posting beliau itu telah menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata kenalan terdekat dengan Itzel sangat terkejut. Itzel dengan tidak rasa malu telah berterus-terang melalui laman facebooknya bahawa dia telah mengandungkan anak dari hasil ayahnya sendiri.

Berikutan status facebooknya yang tular dan heboh itu, pihak berkuasa telah bertindak menahan Itzel dan juga ayahnya.Ketika penahan dan soal siasat, ayahnya mengaku bahawa dia tidak berniat untuk meniduri anak perempuannya namun akhirnya kalah apabila anak perempuannya itu telah menggodanya.

Apabila di tanya kepada Itzel tentang hal tersebut, Itzel tidak menolak dakwaan itu dan dia mengaku telah menggoda ayahnya sendiri sehinggakan dia mengandung. Pihak berkuasa telah menahan ayahnya buat sementara dan meminta mereka berdua untuk tinggal berasingan.

Namun begitu mereka berdua menolak untuk tidak di rumah yang berbeza kerana saling menyayangi antara satu sama lain.