Ini Sebabnya Saya ‘Ramas’ Dan ‘Perah’ Dulu Pampers Anak Sebelum Pakai

“Mommy sekelian, ada tak yang macam saya? Sebelum pakaikan pampers anak, wajib perah dulu…”
Beginilah kata Alang Narzita melalui salah satu perkongsiannya yang mendapat sambutan ramai oleh kaum ibu.

Menurutnya lagi, cara ini telah dipraktikkan selama 11 tahun, iaitu sejak anak sulungnya hinggalah sekarang anak ke-4 yang berusia 1 tahun 9 bulan.

Tapi, kenapa kena ‘perah’ dulu pampers (lampin pakai buang) anak tu ya?


Dah menjadi kebiasaaan bagi Alang Narzita untuk ‘memerah’ atau ‘meramas manja’ pampers ini kerana ia dapat melembutkan struktur pampers yang dah lama terlipat dalam pek. Katanya, memang berbeza daripada pampers yang tidak diramas, kerana pampers baru mempunyai tekstur dan permukaan yang lebih keras dan mungkin sensitif bagi kulit punggung bayi.

“Lampin pakai buang jenama apa pun boleh buat. Sungguhpun pampers dah direka cukup lembut untuk kulit punggung bayi yang sensitif, tapi kalau diperah, diramas, dan direnyuk ‘manja’, spannya akan menjadi lebih lembut. Tidaklah keras sekeping macam mula-mula baru keluar dari pek.” jelasnya.

Rata-rata, ramai yang tertarik dengan petua ini dan tak pernah terfikir untuk berbuat demikian. Tak kurang juga yang dah lama mempraktikkannya juga dan amat berpuas hati dengan cara ini.

Menurut komen, pampers jenis pants pun boleh dibuat begini. Bila anak pakai, tak bocor dan selesa mengikut bentuk punggung bayi. Kulit anak pula montok dan licin sebab ianya lebih lembut.


Ada juga yang bertanya sama ada pampers akan menjadi bocor jika berbuat demikian. Jawapannya, sama sekali tidak kerana kebanyakan jenis pampers memang direka dengan ciri ketahanan. Apapun, janganlah terlalu kasar pula ya.

Ini sekadar perkongsian pada yang sudi. Sama-sama share ilmu dan petua.
Semoga bermanfaat ya!

Sumber: SirapLimau

Semakin Cantik, Inilah Gambar Terkini Anak Gadis Shah Rukh Khan

Bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Gauri Khan. Salah seorang anak aktor itu merupakan perempuan yang bernama Suhana Khan.

 

Pada 22 Mei lalu, Suhana meraikan ulang tahunnya yang ke-17. Usia bertambah dewasa membuatkan anak aktor filem Kuch Kuch Hota Hai itu berubah menjadi gadis menawan.

Kecantikan Suhana jelas terlihat menerusi foto yang dimuat naik ibunya di Instagram baru-baru ini.

Menerusi Indian Express, foto yang dimuat naik Gauri itu dibidik oleh jurufoto terkenal, Avinash Gowarika.

Ternyata, selepas Gauri memuat naik foto anaknya, ramai netizen yang memuji kecantikan Suhana.

 

Adira Luah Perasaan Kecewa Di Hari Raya, Komen Datin Red Jadi Tumpuan …Apa Kes??

Hari raya yang lalu merupakan detik yang bermakna buat Adira apabila kali pertama beraya bersama anaknya bernama Anggerik.

Di laman sosial, dapat dilihat suaminya iaitu Dato Red (Dato Sri Adnan Abu) ada pulang ke kampung halaman Adira di Sabah.

Namun beberapa hari selepas itu Adira ada memuatnaik luahan hati nya yang kelihatan seperti Adira sedang bersedih, namun redha dengan apa yang berlaku.

Ini luahan Adira:

 

“Diam selagi mampu … #lantaklaa bulan mulia bawa bawa la bertenang … #mamisayanganggrek #hidupbiartenang #peacenowar I’m not a fighter..”

Ramai tertanya-tanya apa yang berlaku sampai Adira luah perasaan di laman media.

Sehingga kini tiada yang tahu apa sebab Adira meluahkan perasaan di hari raya itu.

Selepas beraya dengan Adira, kemudian, Dato Red dilihat beraya dengan isteri pertamanya iaitu Datin Red.

Dati Red dilihat berjenaka apabila suaminya itu telah pulang berhari raya bersama nya.

Ini tulis Datin Red:

“Laki kita dah kena pulang

“Laki ku dah pulang ke pangkal jalan

Ketika suaminya beraya di Sabah, Datin Red telah menulis caption yang menjadi tumpuan ramai.

Antaranya ialah komennya tentang “team laki kena pinjam”.

Ini captionnya:

“Selamat hari raya.. ku puhon maaf dr jauh duhai suami

“#teamrayaselangor #teamlakikenapinjam #takpandaimenipu #jadidirisendiri

Jom layan gambar raya keluarga Dato Red ini:

Sumber: beritamemey

 

Cara Bermaafan Ayu Dan Ayahnya Dipagi Raya Keterlaluan . Dikecam Netizen !

Perbuatan saling bermaafan dipagi raya satu suasana yang wajib ada dalam setiap kalangan keluarga yang menyambut aidilfitri sebagai tanda keinsafan dan kasih sayang.

Tetapi berbeza dengan penyanyi Indonesia , Ayu Rosmalina atau lebih dikenali Ayu Ting Ting (22) apabila caranya bersalaman menunjukkan kasih sayang mengundang kecaman netizen .


Ayu bergambar di samping keluarga. Ayahnya mendukung anaknya.

Ayu mengucup bibir ayahnya diperhatikan oleh ibu dan adiknya.

Gambar berkenaan adalah gambar aidilfitri tahun lalu tetapi menjadi tular kembali di laman sosial dan menjadi perbualan hangat . Ini kerana gambar tersebut menunjukkan kemesraan Ayu berlebihan terhadap ayahnya apabila mencium bibir ayahnya .

Dalam gambar tersebut memperlihatkan kedua mereka saling melingkar tangan pada leher sambil bercium bibir tanda kasih sayang anak dan ayahnya .

 

Apa pendapat korang tentang situasi ini ?

– www.kakishare.my

Dikatakan Masih Terhegeh-Hegeh Dengan Ally Iskandar , Akhirnya Farah Lee Luah Perasaan Terbuku..Buat Ramai Sentap!

Kerana cinta dan kasih kita disatukan , tapi takdir menentukan jodoh kita setakat ini sahaja . Jika nama Farah Lee disebut pasti ramai yang tidak kenal siapa beliau , akan tetapi orang akan lebih mengenali beliau sebagai isteri Ally Iskandar Pengacara TV3 yang terkenal . Sangat cantik dan penyayang , pandai bertutur bahasa korea dengan fasih .

Hasil perkahwinannya dengan Ally Iskandar dikurniakan seorang anak perempuan yang comel sama seperti ibunya juga fasih berbahasa korea . Wowww ..

Terbaru , Farah Lee memuatnaik status berbaur sedih yang menerangkan keadaannya kini yang dikatakan masih tidak berhenti berharap hubungannya dengan Ally .

Luah Farah Lee dalam IG nya :

Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot 😅 Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.

Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.

Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan 😬 Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat 😛 Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.

Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.

Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.

Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita 😂 Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.

Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.

Love,
F. L. #FLwrites #ommabebel

 

Sumber : FarahLee

www.kakishare.my

 

6 Remaja Ini Menyesal Jalani Pembedahan Untuk Menjadi Karakter AnimeTerkenal dari Jepun. Seleps Setahun, Wajah Mereka Mula ‘Bermasalah’…

Di negara mereka, mereka di gelar sebagai ‘6 Sahabat Bodoh’. Dek kerana taksub dengan watak dari siri Anime terkenal, mereka telah nekad untuk melakukan pembedahan ke atas muka masing-masing. 6 bulan pertama, segalanya nampak seperti biasa. Namun selepas hampir setahun, wajah mereka mula ‘rosak’ secara beransur.-ansur. Lihat foto-foto berikutnya.

Bangla Lebih Sayangkan Saya, Kawan Melayu Tak Ambil Tahu – Mualaf Sayu Dipinggir

Ternyata bukan mudah bergelar seorang saudara Islam baru kerana banyak ranjau dan duri terpaksa diharunginya.

Paling pahit, bukan sahaja dibuang keluarga malah masyarakat seagama sendiri sukar menerimanya, lebih-lebih lagi dia merupakan seorang ‘pendatang’ di bumi Malaysia.

Itu yang diluahkan oleh seorang anak muda dari Kemboja, Mohamad Ridhuan Abdullah, 28 yang mendapat hidayah di negara ini.

Dia yang merupakan bekas penganut agama Buddha dan Kristian berasal dari Phnom Penh, Kemboja telah melafazkan dua kalimah syahadah pada tahun 2012 ketika bekerja di sebuah kilang pakaian di Batu Pahat.

“Saya memeluk Islam pada hari Jumaat di hadapan seorang sahabat Melayu semasa waktu rehat di kantin kilang tempat saya be­kerja menjahit pakaian, bagaimana­pun selepas melafaz syahadah, saya sangat teringin untuk menunaikan solat Jumaat tetapi tidak dibenarkan rakan itu yang memberitahu saya belum ‘bersih’.

“Keesokannya saya terus ke hospital untuk berkhatan dan saya memilih ‘berpantang’ di rumah kongsi buruh binaan Bangladesh berbanding asrama kilang jahit ke­rana tahu tiada siapa lagi sudi ambil berat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya lagi, meskipun dia dikelilingi rakan sekerja berbangsa Melayu, namun dia hanya berpeluang merasai kemanisan persaudaraan Islam bersama buruh binaan Bangladesh yang mengambil berat tentangnya.

Saat paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia mengalami pendarahan selepas berkhatan, namun tiada rakan Melayu yang sudi membantunya ketika dia menghubungi mereka.

Bukan itu sahaja, bapanya telah memutuskan hubungan kekeluargaan dan juga melarang mewarisi harta pusaka keluarga kerana tidak dapat menerima dia menukar agama kepada Islam.

“Sepanjang tiga tahun ini saya sudah banyak kali ditipu orang dan terpaksa keluar masuk sempadan selain pernah ditahan 100 hari di pusat tahanan Imigresen,” ujarnya lagi yang kini mengikuti pengajian asas Islam di Madrasah Pengajian Islam (MPI) di Kok Lanas. – Sumber: Utusan Malaysia