NIAT ISTERI YANG CURANG CUBA MEMINTA CERAI DARI SUAMI,RESPON DARI SUAMI MEMBUATKAN NETIZEN SEBAK!

Gambar sebagai hiasan

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan..

Adaptasi Dari Kisah Benar

Info kredit Sembang Bimbang

Sharing is caring!

Lamborghini Avantador Hentam Proton PERSONA. Berapa Umur Pemandu Lambo Ini Mesti Korang Tak Percaya!

Remaja 16 tahun tiada lesen memandu bawa Lamborghini hingga mengakibatkan kemalangan

Semalam tular di laman Facebook mengenai kemalangan sebuah Lamborghini Avantador yang merempuh sebuah Proton Persona di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam.

Menurut maklumat yang disampaikan oleh netizen, Lamborghini Avantador tersebut dikatakan dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh Proton Persona yang berada di lorong bertentangan.

Menambah lagi kehangatan cerita ini, dikatakan pemandu Lamborghini Avantador merupakan anak sorang VIP yang baru berusia 16 tahun dan tiada lesen memandu.

Jika dilihat pada foto-foto yang tersebar, Proton Persona itu boleh dikatakan ‘total lost’, dan difahamkan kedua-dua pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan, namun tidak pasti sama ada serius atau cedera ringan sahaja.

Siasatan mengenai kes ini telah pun dijalankan oleh pihak Polis.

Kami nak pesan ni, kelajuan bukan satu perkara yang boleh dibuat main.

Tak kiralah supercar ke kereta marhaen yang perasan supercar ke, kena la jaga sikit kaki tu, jangan tau nak menekal pedal minyak je, tengok tempat juga nak memecut. Kalau nak test power kereta sila lah ke litar lumba dan lenjan la sampai barai kereta awak tu.

Bila jadi macam ni, nyawa orang yang tak bersalah mungkin boleh melayang disebabkan “kebijaksanaan” anda. Fikir-fikirkanlah.

Sumber: funtasticko

Kisah Seram Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik Malaysia Selendang Ayu. Hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari Malaysia

Apabila tugasan di Mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major Ravi telah mengarahkan aku, Bahtiar dan Ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan, tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke Pelabuhan Labuan yang merupakan tempat kami akan berlepas. Perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo Selendang Ayu yang difahamkan akan belayar ke Bahamas, Pelayaran ini adalah utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut di sana. Pihak Malaysia begitu prihatin utk membantu walaupun Bahamas adalah di bawah pemerintahan Amerika namun atas dasar keperimanusiaan, kerajaan kita tetap membantu.

Aku, Ramzul dan Bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star – selesa la jugak. Tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni.

Aku termenung seketika di atas tilam tempat Bahtiar berbaring. Ramzul di atas pun tgh berbaring. Keadaan aku yang termenung itu disedari Bahtiar lalu dia menegur. “Weh apsal ko termenung bro”? Sapa Bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa, aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni? Cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard. Semuanya lengkap, senjata pun ada. Jawab aku dengan penuh hairan.

“Entah la aku pun pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? Sampuk Ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. Tiba-tiba Bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke Bahamas tu kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la, mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah, menyesal la pulak aku join cover ni” kata Ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata Bahtiar memang kapal ni akan melalui Segitiga Bermuda jika mahu sampai ke Bahamas. Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”Segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima – yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata Ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan Bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal.

”dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional. Pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambaNya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke Bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. Apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupun penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. Jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan Atlantik satu detik, hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau. Ini bermakna kami berada di tengah-tengah lautan Atlantik yang luas. Menurut kapten kapal, inilah dia laluan Segitiga Bermuda. Bahtiar dan Ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. Ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama Zulfakar. ”Apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.

“Ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama John Barios pernah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di Miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupun semasa belayar seramai 30 orang crew yang menyertai pelayaran itu dari England.

Kapten John itu disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut Atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. Sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

Aku terdiam dan hanya menghayati kesedihan Kapten Zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi pada kawannya itu. Aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke lautan yang sedikit berkabus. Sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan Atlantik yang melanda sekala sekala deras.

Ramzul dan Bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. Kebanyakannya Melayu dan seorang adalah berbangsa Sigh. Dalam penghayatan aku di lautan tiba2 Bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”Weiii.. korang nampak tak kat sana?” Tuju jari Bahtiar ke selatan laut.

Aku dan Ramzul pantas melihat. Namun kami berdua tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”Mana? tak ada apa2 pun” pintas Ramzul. ”Ada!! Aku mmg nampak tadi” Bahtiar mengukuhkan lagi dengan yakin. ”Apa yang kamu nampak?” Tanyaku. ”Aku nampak kapal” jawab Bahtiar. “Ahhh.. kapal pun mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sibiasa lalu di kawasan ni” pintas Ramzul lagi. ”Tak!!..aku nampak kapal zaman Portugis” yakin Kata Bahtiar lagi. ”Biar betul kamu ni Bahtiar”? tanya ku dengan penuh kesangsian.

Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang Bahtiar katakan. Mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan Bahtiar tadi. Kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. Tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2. Objek itu semakin lama semakin menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ”Ramzul!.. minorrr” jerit aku meminta Ramzul menghulurkan teropong. Ramzul segera memberikannya padaku. Melalui teropong, beliau sudah dapat melihat kapal tersebut.

Aku juga cuba melihat kapal tersebut dengan teropong.. Ya! semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama d ikapal tersebut, aku terus di selubungi keresahan. Mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki Kapten Columbus pada tahun 1492. Kapal Santa Maria ini pernah melaui perairan Atlantik ini utk mendarat di Bahamas .

 

Hati aku sekali lagi berdetup-detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak di mata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. Mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus tahun lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. Bahkan dari tadi kami rasakan kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. Sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut. Kami tertanya-tanya, apakah ada penghuninya. Ternyata, tiada nampak sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran. Aku pantas naik ke dek pengemudi. Kelihatan Kapten Zulfakar dalam keadaan cemas.. ”Apa yang terjadi Kapten”? “Entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas di depan kapal seperti Dinosour. Tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata Kapten Zul. Aku melihat kembali di luar.. Kapal Santa Maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini.

Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda. Petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan Bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca Bismillah kemudian kuhembus ke muka mereka.. Alhamdulillah mereka sedar. ”Apa yang kita nak buat ni?” Tanya Bahtiar separuh panik. Angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun banyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal. Aku melihat ke depan ”Ahh kapal ni tak bergerak ni.. Kabus itu yang datang menghampiri” kataku.

Antara sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga Kapal Santa Maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. Ramzul dan Bahtiar masih berpaut. Senjata masing2 dah jatuh entah ke mana. Aku pun tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil.

”Ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan in,i aku dan rakan2 tetap tabah utk menghadapinya” kataku di hati kecil. Tiba-tiba dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul di depan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh. Kami semua muntah semuntah2nya. Ya Allah azabnya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

Kilat terus sambar-menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir. Ketika kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh..sekali lagi kami terbaring kembali dan muntah2. Rasa loya dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu.

Aku gagahkan bangun utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku Ramzul dan Bahtiar.. Kemudian aku terus meluru ke dek Kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. Aku papah Kapten Zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” Kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang ke arah kami. Dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. Tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar di belakangnya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya Dialah sahaja penyelamat kami.

Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. Tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku melaungkan azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata di hatiku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.

Maka ketika aku sedang bertarung nyawa di depan kapal, terdengar pula di belakang suara yang ramai melaungkan azan.. jadi, didalam kapal itu telah bergema suara azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Diulang banyak kali ayat ini dan sememangnya jelas di anak telinga ini. Dengan spontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pun melafazkannya bersama-sama. Masing-masing cemas tetapi masa yang sama menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Maka dengan izin Allah segala kabus hitam itu pun hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Juga termasuk Kapal Santa Maria yang berada seiring dengan kami pun sudah tiada.

Keadaan itu diikuti pula dengan munculnya cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu. Cuaca terang panas itu terus menguasai lautan. Pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru.

Aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh. Aku menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH. KAMI BERSYUKUR KEHADRATMU” Krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari betapa tidak bermayanya aku.

Keadaan akhirnya pulih seperti biasa. Ramzul dan Bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan di atas kapal ini. Tidak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan Bahamas dengan membawa cerita yang terjadi. Mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak terurus.

Apabila barang2 kargo di serahkan, kami bermalam hampir tiga hari di Bahamas. Bermacam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri. Semuanya mengenai Segitiga Bermuda. Apa yang kami tempuh adalah perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain. Mana-mana kapal yang bernasib baik, lepas manakala yang tidak bernasib baik akan hilang begitu sahaja.

Lautan Atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama Kapten Columbus – seorang kapten yang pernah mengemudi Kapal Santa Maria yang kami jumpai di tengah lautan Atlantik.

Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. Kami juga berjemaah beramai2 di tengah2 kapal. Bacaan Yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 Yassin itulah dia ayat yang didengar di celah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi.

Yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang beragama Sikh mahu memeluk Islam kerana melihat kebesaran Allah. Dia menyaksikan Allahlah yang maha Esa dan berkuasa menyelamatkan kami semua. Itulah yang menjadi sebab sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk Islam. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan kami selamat tiba di tanah air selepas 3 minggu belayar dari Bahamas dengan membawa pengalaman yang tidak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..

ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…

Zul Yahya Kongsi Penghijrahannya..Dulu Gaji RM10-20 Ribu Sebulan Tak Cukup..Tapi Sekarang….

Kuala Lumpur: Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya.

Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk berhijrah, Zul berkata sebagai ketua keluarga dia mahu membimbing anak-anak ke arah yang diredhai Allah.

Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.

Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.

Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan, katanya.

Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah.

Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab.

Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa. Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya.

Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah.

Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini.

Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya.

Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.

Ini 10 Contoh Selfie Paling Tidak Kena Pada Tempat Dan Masa – No 3 Paling RARE

Tidak menjadi masalah bagi masyarakat untuk berswafoto. Malah, swafoto juga merupakan salah satu kaedah seni dan trend terbaru pada masa kini. Namun, kadang-kadang ada juga sesetengah individu yang suka berswafoto pada tempat dan waktu yang tidak sesuai seperti sewaktu sedang cemas dan panik atau sewaktu mengalami kemalangan jalan raya.

Mungkin, mereka sangkakan gambar-gambar tersebut bakal mendapat reaksi yang positif dari netizen, namun sebaliknya gambar-gambar tersebut mendapat kecaman dan kritikan yang hebat.

Contoh-contohnya ada di bawah ini:

1. Swafoto sejurus selepas berlaku kemalangan

2. Swafoto di tempat kejadian kemalangan

3. Swafoto bersama pengganas yang sedang merampas pesawat

4. Swafoto sweet berlatarbelakangkan bangunan terbakar

5. Swafoto semasa sedang memadamkan api rumah yang terbakar

6. Swafoto bersama polis ketika ditahan

7. Swafoto walaupun tengah kesakitan

8. Swafoto bersama keranda di tempat pengebumian

9. Swafoto bersama orang yang dah mati

Sumber: Get.A.Viral

Tanda-Tanda Kematian Sudah Dekat Menurut Islam

Sedekat apa kematian membayangi manusia? Kumpulan Misteri mengetengahkan satu topik yang tak pernah membosankan untuk dibahas. Karena kematian selalu berada di sisi lain dari kehidupan manusia. Berbagai macam misteri yang terkait kematian pun selalu menarik untuk dibahas. Dari bermacam misteri kematian manusia, bisa dipahami juga beberapa tanda unik yang seringnya tak disadari oleh manusia. Bahkan setiap agama dan kepercayaan memiliki versi tersendiri mengenai kematian dan tandanya. Nah, sahabat pecinta kumpulan misteri pasti selalu penasaran dengan tanda-tanda tersebut. Tanda-Tanda Kematian Sudah Dekat Menurut Islam ada banyak sekali. Jika dirangkum dari berbagai sumber, setidaknya ada fenomena khas yang sulit sekali dibayangkan oleh alam pikiran manusia.

Hari-Hari Menjelang Ajal
Memang benar kalau persoalan kematian dan kehidupan adalah urusan dan keputusan Sang Maha Pencipta. Namun setidaknya ada beberapa tahapan dari tanda-tanda yang bisa dipahami oleh manusia.

Seratus Hari Sebelum Ajal

Hal ini diawali setelah waktu Ashar. Sekujur tubuh terasa menggigil bahkan terasa dari ujung ubun-ubun sampai jari kaki. Konon, tanda ini bisa dirasakan sebagai kenikmatan tertentu sekaligus isyarat dari Sang Maha Kuasa bahwa ajalnya semakin mendekat.

Empat Puluh Hari Sebelum Ajal

Memasuki 40 hari menjelang penjemputan ajal, terasa denyutan di bagian pusar. Kejadiannya juga selepas waktu Ashar. Ketika pusar berdenyut, itu berarti bahwa nama dari orang tersebut yang tertulis dalam daun pohon Arsy telah gugur. Malaikat Maut akan segera mengambil sehelai daun itu lalu mulai mengawasi setiap gerak-gerik dari orang tersebut. Bahkan orang itu bisa melihat Sang Maut beberapa kali secara tiba-tiba dan tak disangka. Kehadirannya dalam wujud manusia akan menyebabkan kebingungan dan ketakutan bagi orang yang sedang menjelang ajal.

Tujuh Hari Sebelum Ajal

Apa yang terjadi tujuh hari sebelum Maut menjemput? Kejadiannya juga setelah Ashar. Isyaratnya mulai dirasakan pada keadaan fisik, seperti perubahan kebiasaan. Contohnya adalah orang yang mendadak punya selera makan tinggi padahal sedang mengidap penyakit parah. Atau hal-hal lain yang di luar kebiasaan dan tidak diduga sebagai kebiasaan umum dari orang tersebut.

Tiga Hari Sebelum Ajal

Di masa ini, orang yang peka bisa merasakan tandanya dengan lebih nyata. Tanda kematian di masa ini adalah denyutan di dahi. Persisnya di tengah-tengah dahi. Bola mata juga mulai memudar dan tidak terlihat hitam lagi. Kedua kaki terasa lemas, telinga semakin layu, dan hidung semakin terasa membenam ke dalam. Sangat disarankan untuk berpuasa ketika memasuki masa-masa ini. Selain untuk meningkatkan amal ibadah, juga untuk menjaga perut dari najis sehingga mudah untuk dimandikan atau disucikan setelah meninggal.

Sehari Sebelum Ajal

Denyutan di ubun akan semakin terasa, terutama setelah Ashar. Tanda tersebut merupakan isyarat bahwa seseorang tak sempat lagi menyaksikan Ashar di hari kemudian.

Tanda Terakhir

Inilah masa-masa krusial ketika seseorang menjelang ajal. Tandanya berupa rasa sejuk di bagian pusar, kemudian menjalar ke pinggang hingga menyentuh tenggorokan. Di masa sakaratul maut, seseorang disarankan untuk terus mengingat dan menyebut Asma Allah. Pikiran harus tetap tenang dan dipusatkan pada Sang Pencipta. Sehingga kematian bisa dialami dengan lebih tenang. Misteri kematian memang akan selalu menarik untuk diungkap. Tapi kehadirannya sendiri terus mengundang tanda tanya apalagi jika ada beragam tanda atau isyarat berbeda bagi orang tersebut. Belum lagi dengan berbagai isyarat yang diketahui oleh orang di sekitarnya.

Tapi apakah setiap orang mengalami tanda-tanda kematian seperti yang disebutkan di atas? Padahal ada perbedaan tegas antara orang yang meninggal secara husnul khatimah atau tidak. Perbedaan tersebutlah yang akan menentukan kelak di mana manusia akan berada di akhirat. Apakah ia akan menjalani siksaan neraka, atau menikmati surga yang dijanjikan. Dengan memahami setiap perbedaan, orang bisa memahami dan mempelajari setiap hal dan memetik hikmah yang terselip di balik misteri kematian. Sebab kematian itu sendiri sangatlah begitu dekat. Dan kehadirannya hampir tak pernah disadari. Tapi begitu tanda-tandanya terlihat, manusia akan dikepung rasa ketakutan dan kecemasan.

Manusia yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah bisa dilihat dari caranya menyambut kematian. Ia akan menyambut kedatangan Sang Maut dengan lafaz syahadat. Tanda berikutnya adalah dahi yang berkeringat. Hal itu telah dijelaskan dalam salah satu Hadis Nabi. Tanda berikutnya bisa dipahami dari cara kematian atau mati syahid. Ada beberapa tipe kematian yang tergolong syahid seperti gugur dalam medan perang, bencana alam longsor tanah, kecelakaan kendaraan, sakit perut, dan wabah penyakit. Meskipun demikian, hanya Sang Maha Pencipta sendiri yang mengetahui dan memastikan posisi seorang manusia ketika sudah meninggalkan alam dunia dan bersiap memasuki alam akhirat yang tak terbatas.

‘Allah tunjukkan cash, sedangkan dah berkali lalu di tirai itu tapi tak nampak apa-apa pun’

Bila barang berharga hilang, kebiasaannya seseorang itu akan menjadi panik dan mula berfikir yang bukan-bukan. Jika terus buat laporan polis, tiada masalah. Tetapi jika terus menuduh orang lain tanpa bukti atau terus pergi jumpa bomoh temberang? Dah lain pula jadinya.

Seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini, beliau meminta nasihat dari seorang ustaz yang berasal dari Indonesia yang kemudian mengajarnya surah Al-Imran, ayat 9, yang dibaca sebanyak 41 kali. Selama ini dompet yang disangkakan hilang, rupa-rupanya berada di satu tempat yang kerap dilaluinya. Namun dia dan isterinya tidak nampak kerana mata mereka ‘ditutup’.

Saya kongsi sedikit apa yang berlaku kepada saya sehari dua ini ya. Semalam lebih kurang jam 11.30 pagi, dompet di tangan saya. Tiba-tiba saya tak ingat saya letak di mana. Dalam poket seluar ke, di meja ke. Jenuh saya dan isteri mencarinya berjam-jam di segenap penjuru rumah termasuk dalam plastik sampah, kot-kot terbuang.

Selain itu, saya cari juga di dalam mesin basuh, dalam bilik air, bawah katil. bawah kerusi dan apa semua tetapi masih tidak berjaya menemui dompet saya. Akhirnya isteri mengajak saya membaca yasin bersama-sama, buat solat hajat dan berdoa.

Selepas itu kami teruskan mencari dan encari. Malangnya kami masih gagal menemui apa-apa, lalu kami pergi membuat laporan polis untuk salinan dokumen pengenalan diri buat sementara. Yelah, semua dokumen penting saya hilang.

Selepas itu, saya masuk ke pejabat seperti biasa. Di pejabat, isteri cuba mencari doa-doa berkaitan dengan barang-barang hilang. Ada banyak jenis doa tetapi tiba-tiba saya teringat pada Ustaz Luthfi yang mengajar anak-anak tahfiz di kawasan kejiranan saya. Saya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan menceritakan apa yang telah berlaku.

Saya meminta pandangan dari Ustaz Luthfi tentang apa ikhtiar seterusnya yang saya perlu lakukan. Ustaz Luthfi pada waktu itu sedang beraya di kampungnya di Indonesia, meminta saya membaca surah Al- Imran, ayat 9, sebanyak 41 kali.

Dan pagi tadi, saya pun membaca surah yang diajar oleh Ustaz Luthfi sebanyak 41 kali. Selesai membaca, saya berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati dan dibukakan hijab saya dan isteri agar kami dapat menemui barang yang hilang di atas kecuaian saya sendiri.

Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba mata saya memandang tepat ke arah tirai dapur dan ternampak ada sesuatu yang tergantung di tirai itu. Allah! Dompet saya! Allah tunjukkan cash kepada saya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.

Berdiri bulu roma saya sebab saya dan isteri sudah banyak kali lalu di tirai itu, keluar masuk tetapi tidak nampak apa-apa pun dari semalam.

Semoga perkongsian pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kepada semua. Kalau barang hilang, jangan cepat membuat tuduhan dan jangan kalut terus pergi jumpa bomoh buang saka bagai. Sebaliknya mintalah kepada Allah SWT dan yakinlah kepadaNya.

Kalau Allah tak makbulkan permintaan kita sekalipun, tidak perlulah kecewa tetapi redha seadanya kerana semua yang kita miliki ini hanyalah pinjaman semata-mata termasuklah nyawa kita sendiri. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil hakNya. Kita ini tiada apa-apa.

Sumber: Herosifuchess Rockmania

Isu “Aset” Dipegang Atas Motor, Ini Jawapan Nelydia Senrose Yang Paling Win!

Memang teruk kedua-dua pelakn ini dikecam kerana insiden terpegang aset itu.

Daler telahpun memohon maaf kerana insiden berkenaan dan mengatakan dia tidak sengaja berbuat demikian.
Kini tiba giliran Nelydia Senrose pula tampil memebri kenyataan tentang perkara ini.

Pelakon ini akui ketika itu merupakan kali pertama dia menunggang motorsikal dan tidak fokus kerana memikirkan banyak benda.

Ini komennya:

TAK SEDAR INSIDEN DIPEGANG

“Sebenarnya perkara ini terjadi dalam beberapa saat sahaja. Jujur saya langsung tidak sedar perkara ini terjadi sehinggalah video ini menjadi viral,”

“Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi.

“Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan,”

“Saya kenal Daler, dia bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan. Dia seorang yang baik, sopan santun dan tidak pernah tinggalkan solat ketika di set pengambaran.

“Malah kalau tengok video tersebut sepanjang berada di atas motor tangannya hanya di belakang sahaja sehinggalah saya brek secara mengejut. Tetapi saya faham, ada sesetengah yang mungkin tidak faham dengan apa yang terjadi menganggap perkara sebegitu tidak patut dilakukan tapi nak buat macammana, benda terjadi tanpa sengaja,”

DALER MINTA MAAF

“Ya, dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dan kami memang tiada masalah bersama,”

Nelydia mengatakan perkara ini bukannya isu besar kerana kejadian itu tidak disengajakan dan berlaku secara spontan.

Sumber: beritamemey

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, InsyaAllah Hutang Sebanyak Apa Pun Akan Habis

Doa ini adalah di antara doa yg bisa diamalkan untuk melunasi utang & dibaca sebelum tidur.
Sudah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ،
وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil
‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wamunzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.
Semoga dapat diamalkan dan Allah memudahkan segala urusan kita dan mengangkat kesulitan yang ada.

Aamiin…

Bayi Comel Kacukan Malaysia dan Switzerland Ini Pernah Digelar BAYI TERCANTIK Di Dunia, Lihat Gambar Yang Terkini Dan Anda Pasti Akan TERKEJUT Melihatnya !!!

Berita mengenai kecantikannya pernah menjadi tumpuan tidak hanya media tempatan malah turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Bayi comel kacukan Malaysia dan Switzerland ini dikatakan wajah yang begitu cantik sehingga dia digelar bayi tercantik di dunia.

Dengan alis mata yang menawan, kulit yang putih gebu pasti akan mencairkan hati siapa sahaja yang melihatnya.

Si cantik ini diberi nama Sophea ini telah menarik perhatian orang ramai dengan wajahnya yang begitu comel.

Selain wajahnya yang cantik dia juga pandai memberi reaksi. Cukup comel !

Sophea juga dikatakan sangat suka apabila gambarnya diambil. Gambar-gambar yang diambil oleh ibunya jelas menunjukkan dia sangat teruja apabila gambarnya diambil.

Dia juga pandai bergaya dengan gaya bayinya. Melihat akan gelagatnya pasti anda tidak akan berhenti memujinya. Ramai juga yang berpendapat bahawa si comel ini akan menjadi seorang yang sangat cantik apabila dewasa kelak.

Sangat cantik… sesiapa pun pasti akan memujinya !

Kecantikan bayi kecil ini dikatakan diwarisi daripada ibu bapanya. Matanya persis ibunya, manakala hidungnya sama seperti ayahnya.

Setelah 3 bulan, inilah Sophea sekarang !

Wow! Dia semakin cantik. Mata yang melihatnya pasti tidak akan berkelip dek kerana kecantikannya. Matanya semakin cantik persis memakai kanta lengkap, cukup sempurna !

Lihat gambar-gambar Sophea selepas tiga bulan dan anda pasti akan memuji melihat kecantikannya. Memang benar dialah bayi tercantik di dunia!