Menyamar Sebagai Gelandangan, Sharul Shiro Hampir Kena Pukul Dan Akak Penjual Nasi Lemak Yang Amat Pemurah

Sejak semalam telah menjadi tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan pelakon dan pelawak Sharul Shiro telah menyamar sebagai gelandangan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Video yang dihasilkan oleh maxman.tv itu telah menarik perhatian ramai netizen selepas Sharul berjaya membawa watak sebagai gelandangan dengan berjaya tanpa terdedah identitinya.

Di dalam video itu memaparkan beliau yang menjadi gelandangan telah cuba meminta sedekah, ternyata sifat pemurah rakyat Malaysia begitu tinggi di mana dalam masa tidak sampai sejam beliau berjaya memperoleh RM30.

Namun satu kejadian tidak disangka berlaku apabila kelihatan datang dua orang lelaki bertindak agak kasar terhadap Sharul dan rakannya di mana dua lelaki itu bertanyakan adakah mereka memiliki dadah.

Dilihat berlaku sedikit pergelutan antara mereka di mana menyebabkan Sharul terjatuh je atas rumput, menurut mereka dua lelaki berkenaan mungkin pihak keselamatan atau penjaga kawasan berkenaan.

Di dalam video ini, apa yang betul-betul mencuri perhatian admin ialah apabila Shahrul cuba meminta nasi lemak dari akak penjual nasi lemak di Pasar Seni seperti dalam gambar di bawah.

Shahrul menyatakan dia amat lapar, sudah dua hari dia tidak menjamah makanan dan juga menyatakan dia tiada duit, namun akak itu dilihat telah membungkus nasi lemak berlauk ayam, diberikan secara percuma kepada ‘gelandangan’ yang tidak dikenalinya itu.

Ternyata sikap pemurah wanita di dalam video berkenaan mendapat pujian ramai netizen, rata-rata mereka kini mahu gerai akak ini viral.

Memang pemurah akak ini, beliau merupakan seorang peniaga gerai makanan di West Est Maina Station, Pasar Seni, memang terbaiklah akak ni, semoga dimurahkan rezeki akak.

Video itu kini telah ditonton sebanyak 1.9 juta orang dan dikongsi hampir 20,000 kali. – Siakapkeli.my

Pelombong Jumpa Batu Zamrud Seberat 350KG Bernilai RM1.2 Billion, Kini Hidup Tak Tenteram

Satu batu zamrud gergasi bernilai lebih kurang $300 juta (RM1.2 billion) yang ditemui di sebuah kawasan perlombongan di Brazil kini disimpan di tempat rahsia dengan tahap keselamatan yang tinggi selepas pemilik batu itu mendedahkan dia hidup dalam ketakutan – diculik, peras ugut dan rompakan bersenjata – gara-gara penemuan itu.

Lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai FG itu berkata batu itu sangat langka kerana saiz gergasi dan kualiti kristalnya.

FG mendedahkan bahawa ia memerlukan bantuan trak forklift untuk mengangkat batu bernilai itu.

Zamrud gergasi yang seberat 360kg dan berketinggian 1.3 meter itu dikeluarkan dari perut bumi sebulan lalu. Ia ditemui di kedalaman 200 meter di kawasan perlombongan Carnaiba di Bahia, utara timur Brazil.

 

Pemilik yang berhati-hati itu berkata pada minggu ini: “Saya tak dapat dedahkan apa-apa tentang tempat penyimpanan batu itu, bagaimana ia disimpan serta berapa harga yang saya bayar (untuk menyimpannya).

“Apa yang saya boleh katakan adalah batu itu dipindahkan secara kerap ke tempat yang selamat diiringi oleh pengawal bersenjata.

“Saya tak boleh mengambil sebarang risiko ke atas keluarga saya dengan menyimpannya di satu tempat sahaja.” kata FG.

Difahamkan, sudah ada beberapa pembeli yang berminat untuk membeli batu berkenaan termasuk pembeli dari Timur Tengah.

FG berkata lagi: “Batu itu mempunya serpihan Zamrud merata-rata. Kualitinya sangat bagus dan yang terbaik pernah saya jumpa setakat 30 tahun di industri ini.

Dailymail melaporkan, pakar meramalkan batu berhias yang mengandungi kira-kira 180,000 karat kristal emerald, boleh mencecah sekitar £238million (RM1.2 billion).

FG berkata, batu terbabit dikeluarkan oleh 10 orang dan setiap dari mereka sudah dibayar bahagian masing-masing supaya dia menjadi pemilik tunggal batu terbabit.

Batu gergasi itu ditemui di kawasan lombong yang sama; hanya seratus meter; dimana batu Zamrud Bahia ditemui 16 tahun lepas.

 

Sumber: DM

Pasangan Tawar RM360,000 Kepada Orang Gaji Yang Sanggup Bekerja di Rumah Mereka Selepas 5 Yang Lain Melarikan Diri Kerana Berhantu

Sanggupkah anda bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM360,000 (RM30,000 sebulan)? Tapi sebelum mengangguk kepala tanda setuju, anda perlu tahu bahawa pada tahun lepas, sudah lima orang pembantu rumah melarikan diri dari rumah terbabit kerana dikatakan berhantu.

Satu pasangan dari Scotland sanggup menawarkan gaji semahal itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah mereka asalkan tidak melarikan diri sebagaimana pembantu-pembantu rumah sebelum ini.

Menurut satu iklan yang diletakkan di Childcare.co.uk, pasangan itu berkata mereka sedang mencari pembantu rumah yang boleh bekerja dan tinggal di rumah mereka di Scottish Borders. Iklan itu menyebut, selain gaji yang mahal, pembantu rumah itu juga akan mendapat bilik dengan dapur peribadi dan cuti 28 hari setahun.

“Kami telah tinggal di rumah ini selama 10 tahun. Ketika membeli, kami diberitahu ianya berhantu tapi kami tidak mengedahkan amaran tersebut.

“Lima orang pembantu telah lari dari jawatan itu pada tahun lepas, yang mana setiap satunya memberi alasan mereka diganggu dengan insiden ghaib, termasuk bunyi-bunyi pelik, kaca pecah dan perabut bergerak-gerak.

“Ini jelas satu tempoh yang mencabar buat anak-anak kami. Secara peribadinya, kami langsung tidak mengalami sebarang kejadian ghaib, memandangkan kejadian itu dilaporkan berlaku hanya bila kami tiada di rumah.

“Kami juga sanggup membayar harga yang lebih tinggi dan kini mencari orang yang sesuai dalam kadar yang segera.” tulis iklan terbabit.

Jika anda tidak kisah berpindah ke Scotland dan tidak takut berhadapan dalam situasi-situasi seram seperti dalam cerita ‘The Conjuring’, dipersilakan untuk melihat iklan itu di sini.

Selalu Kita Selalu Baca Wanita Itu Dara Atau Tidak..Kasihan Kaum Perempuan Kan?.. Buat Perempuan Di Luar Sana. Jom Ketahui Cara Bagaimana Nak Tahu Lelaki Itu Teruna Atau Tidak Dari Segi Perlakuan Dan Juga Fizikal..Ciri-Ciri Fizikal Memang Senang Nak Nampak.. Jom Baca Selanjutnya..

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan

Baca lagi di bawah ni ye untuk ciri fizikal :

Mempunyai Perut Yang Mendatar

Lelaki yang masih teruna mempunyai bentuk perut yang mendatar jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang telah hilang teruna atau berkahwin. Ini kerana jika seseorang sering melakukan hubungan seks bentuk perut mereka akan berubah menjadi buncit.

Mempunyai Punggung Yang Berisi

Bahagian punggung seorang teruna kelihatan berat dan berisi. Mereka yang sudah pernah melakukan hubungan seks akan membuatkan punggung mereka tidak kelihatan atau setidaknya tidak berisi seperti saat masih teruna.

Mempunyai Kelopak Mata Yang Cerah

Di bahagian bawah kelopak mata seorang teruna adalah cerah. Ini disebabkan mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti masturbasi. Sebaliknya jejaka yang sudah tidak teruna memiliki kelopak mata berbentuk cekung dan berwarna kehitaman kerana tenaga dalam tubuh yang keluar semasa aktiviti masturbasi.

Mempunyai Perasaan Ghairah Yang Terpendam

Seorang jejaka yang tak pernah melakukan hubungan seks dengan wanita kebiasaannya memiliki perasaan ghairah yang terpendam. Biasanya selepas bangun tidur di pagi hari alat kemaluannya akan ‘bangun’. Seseorang yang masih teruna akan sering mimpi basah dan jejaka yang sudah tidak teruna tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi.

Suka Melihat Wanita Cantik

Lelaki teruna suka melihat perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat pada tubuh wanita. Apabila lelaki teruna bertentang mata dengan wanita cantik, dia akan segera mengalihkan pandangannya berbanding lelaki tak teruna mengekalkan pandangannya.

Malu Untuk Becakap Dengan Wanita Cantik

Apabila berjumpa dengan wanita cantik, lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. Dia akan menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

Sumber: pawerviral

PASANGAN LESBIAN BANGGA TAYANG GAMBAR BAGAI “SUAMI ISTERI”

DI kala rakyat Malaysia memandang sinis golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), masih ada sepasang ‘kekasih’ yang berani menunjukkan gambar ‘perkahwinan’ mereka secara terang-terangan di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dua keping gambar itu, pasangan lesbian tempatan berkenaan bergambar mesra antara satu sama lain lengkap berpakaian busana perkahwinan berona ungu.

Yang si ‘suami’ bergaya macho dan sasa dengan mendukung si jantung hati persis pasangan suami isteri normal di luar sana.
Walaupun semoden mana sesebuah masyarakat itu, jika melibatkan hubungan sejenis, hendaklah kita kembali semula kepada fitrah kehidupan yang mana lelaki hanya diciptakan untuk berpasang-pasangan dengan wanita.

Bukan sebaliknya, seperti lelaki dengan lelaki dan juga perempuan dengan perempuan. – Kedahnews.com

“TERSENYUM SI ADIK MELIHAT ABANGNYA DATANG MEMBAWA JUADAH BERBUKA,” GAMBAR KANAK-KANAK PELARIAN SYRIA INI BUAT NETIZEN SEBAK

Seperti kita ketahui negara saudara kita Syria kini berdepan dengan perang saudara yang amat teruk di mana memaksa jutaan rakyatnya menjadi pelarian meninggalkan negara berkenaan.
Bagi pelarian, melarikan diri adalah perkara terbaik kerana bimbang akan menjadi mangsa keganasan peperangan yang sudah pun mengorbankan ratusan ribu orang.

Dikongsikan oleh sukarelawan Malaysia Muhammad bin Jantan, kisah mereka ke negara berkenaan membantu pelarian Syria dengan memberikan bantuan makanan, ternyata melihat riak wajah mereka, hati ini terasa sayu.

Berapa lamakah mereka tidak menjamah makanan sedap atau bersih? jom kita baca.

Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adik dia telah memberi satu kesan pada diri saya.
Saya lihat, si adik menanti abang dia datang dengan wajah yang penuh dengan harapan.
Lalu si abang datang membawa makanan, saat itu jugalah terus berubah wajah si adik menjadi sangat gembira.

Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman diwajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, mungkin juga telah kehilangan kedua-dua orang tuanya.

Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini, jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka.
Tingkah laku adik beradik ni secara tak langsung telah buat saya rasa “Ya Allah, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya Allah”

Maafkan kami adik.

Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar.

Muhammad bin Jantan

Anak Muda Yang Terkesan Melihat Anak-Anak Pelarian

– Siakapkeli.my

“AWAK PERNAH TIDUR DENGAN MANA-MANA LELAKI?” SAYA TAK BOLEH JAWAB SEBAB ITU AIB SAYA

Saya nak share kisah hidup yang sudah hampir setahun saya pendamkan. Harap dapat siarkan tanpa mendedahkan identiti saya.

Dulu, habis sekolah saya bercinta dengan rakan sekolah selama 6 tahun. Saya jahil sangat sampai terlanjur beberapa kali. Sehinggalah hujung tahun 2014, kami putus kerana dia sudah ada perempuan lain.

Berkali-kali saya cuba memujuknya, tetapi dia tetap tidak mahu kembali bersama kerana dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai dengan dia. Habis, saya ini apa? Sedih hati saya diperlakukan seperti itu.

Saya berputus asa, tetapi saya tidak dapat menerima hakikat sampai saya pernah menjadi seperti mayat hidup. Bayangkan berat 52kg jadi 40kg dan saya kerap sakit sebab saya hanya tidur 24 jam. Mak saya yang tengok saya pada masa itu pun sudah berputus asa dengan sikap saya.

Sampailah Februari 2015, masa itu saya sudah stabil sikit. Mak nak saya kahwin. Saya tak fikir apa-apa, hanya mengangguk akur sahaja. Saya ingatkan mak main-main, rupa-rupanya mak sudah ada calon untuk saya.

Bulan Mac, ikat tunang tanpa saya kenal siapa lelaki itu. Selepas sebulan ikat pertunangan, barulah dia menghubungi handphone saya. Dia telefon ajak keluar beli barang kahwin sebab kami akan berkahwin pada bulan September.

Masa itu saya berdebar-debar, saya macam tak percaya yang betul ke saya nak kahwin?

Kami berjumpa pada pagi itu. Ayat pertama yang dia katakan pada saya ialah,

“Saya ingatkan mak saya pilih orang yang bertudung,” katanya.

Ya saya tahu saya tak bertudung tetapi saya bukan jenis perempuan yang suka pakai seksi-seksi. Masa itu memang saya tersentap sangat dengan kata-kata dia tetapi saya mendiamkan diri.

“Kalau tak sesuai, kita boleh putus,” ringkas saya balas.

Dia hanya menggelengkan kepala.

Kami tidak banyak bersembang pada masa itu, hanya mencuba baju dan dia suruh saya pilih set barang kemas. Dia cuba mahu beramah dengan saya tetapi saya dah jadi moody bila mendengar sindirannya tentang tudung itu.

Hari demi hari, kami kerap keluar bersama dan kami sudah menjadi serasi bila bersembang. Namun saya masih tidak punya perasaan terhadapnya.

Selepas malam raya itu, dia bertanya sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh berlaku jujur.

“Awak pernah tidur dnegan mana-mana lelaki?”

Saya tak boleh jawab sebab itu aib saya. Saya hanya kata pada dia, “Awak tidak perlu tahu. Kalau awak ikhlas mahu menjadikan saya sebagai isteri awak, tak perlu awak tanya saya soalan ini.”

Dia minta saya jawab dengan jujur tetapi saya tetap tidak mahu menjawab soalan itu dan hanya mendiamkan diri.

Oleh disebabkan itu, dia mendiamkan diri selama 2 minggu. Lagi seminggu nak berkahwin, dia menghubungi saya dan ajak pergi spa. Masa keluar bersama, dia dah tak tanya pun tentang hal itu lagi.

Saya dah mengelabah sangat sebab lagi seminggu lebih saja kami akab berkahwin. Masa itu macam-macam jamu yang saya telan.

19 September kami sah bergelar suami isteri. Masa itu banyak kali saya mengelakkan diri dekat dengan dia. Saya beri alasan tidur di rumah mak sebab tak sihat. Dia pun terpaksa akur. Hari keempat barulah saya dengan dia duduk bersama. Itu pun kerana kami pergi honeymoon.

Malam itu saya tahu dia kecewa sangat dengan saya tetapi sebab dia mahu menjaga hati saya, selama 4 hari honeymoon itu dia melayan saya dengan begitu baik sekali.

Selepas habis honeymoon, dia menghilangkan diri, tak balik rumah. Hari pertama dan kedua dia tak balik rumah, saya langsung tidak menghubunginya. Saya kahwin tanpa ada perasaan pada dia. Jadi saya tak terfikir apa pun. Sehinggalah hari yang ketiga saya cuba menghubunginya dan sms tetapi tidak dijawab.

Handphonenya dimatikan. Sehinggalah genap seminggu, panggilan tidak dijawab, WhatsApp yang saya hantar bluetick pada jam 4 pagi. Jadi jam 3 pagi saya memberanikan diri pergi ke rumah mak mertua jika dia tidur di sana. Namun kereta dia pun tiada. Hati saya kuat mengatakan yang dia marah tentang malam pertama kami.

Esoknya saya call kakak dia tanya tempat kerja dia. Kakak dia terkejut sebab saya tak pernah tahu yang suami saya ada office sendiri. Jadi selepas mendapat tahu, saya terus pergi ke office dan mencari dia. Bila pembantu dia cakap saya nak jumpa dia, datang satu mesej dari dia.

“Awak baliklah. Jangan cari saya buat masa ini,” katanya.

Hati saya sangat sedih pada masa itu. Balik rumah terus terasa nak buat solat taubat. Tiap-tiap malam saya solat taubat dan memohon Allah melembutkan hati suami.

Minggu kedua suami balik ke rumah, saya terus memeluk dia. Berkali-kali saya meminta maaf. Dia kata dia cuma perlukan kejujuran dari saya. Tetapi saya pun meminta dia memahami keadaan saya.

Malam itu kami bersama-sama buat solat taubat. Kali ketiga dia menjadi imam saya sebab saya memang liat nak solat. Solat bila dia betul-betul paksa saya. Tetapi sejak dari hari itu saya dah berubah. Pagi-pagi selepas solat, siapkan sarapan untuk dia. Sementara menunggu dia balik, saya buat online bisnes.

Saya bersyukur pada Allah sebab dia lelaki yang sempurna, penyayang, suka menyakat saya sampai menangis. Dia kata muka saya macam negro bila saya menangis. Bila saya menangis, dia peluk saya. Dia kata dia suka tengok saya menangis.

Tetapi itu semua kenangan saya dengan dia selama 6 bulan berkahwin. Dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan pergi ke hospital. Rahangnya pecah.

Dan yang paling menyedihkan saya ialah, saya tidak sempat memberitahu dia yang saya mengandung. Kini baby saya sudah dua bulan. Sedih sampai tak tahu nak kata apa. Sekarang saya tinggal di rumah mertua. Mereka baik, jaga saya walaupun saya bukan lagi menantu mereka.

Dikala Allah menarik orang yang baru saya ingin cintai bersungguh-sungguh, Allah gantikan dengan seseorang. Mohd Taufiq Hidayat, semoga abang menjadi anak soleh buat mama, jadilah insan seperti papa. Jujur hati saya sangat merindui dia yang banyak memberi perubahan dalam hidup saya walaupun dalam masa yang singkat

Lelaki Berjaya Tembak Seekor Makhluk Aneh Di Kolam Ikannya. Apa SEBENARNYA Makhluk Ini Buat Ramai Tak PERCAYA

Seorang lelaki mendakwa telah menangkap seekor katak gergasi seberat 13 pound di Texas. Marcuz Rangel berkongsi gambar tangkapannya di Batesville, Texas itu kepada Memburu Persatuan South Texas yang menyiarkan imej di laman Facebook mereka minggu ini.

‘Markcuz Rangel Kami mahu berkongsi katak gergasi yang kami mendapat petang semalam di salah sebuah kolam memancing kami di ladang texas South terletak di Batesville tx 13lb katak gergasi !!! #stxha, ‘ status yang di muat naik di South Texas Hunting Association.

Katak gergasi itu dilihat seperti telah ditembak mati oleh Marcuz kerana dia memegang senapang patah di tangannya.
Steve Lightfoot, jurucakap Jabatan Taman & Wildlife Texas, memberitahu bahawa gambar itu adalah benar.
‘Tetapia ia tidaklah sebesar apa yang dilihat di dalam gambar, “kata Lightfoot.
Ia merupakan satu ilusi optik dicipta seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemancing untuk membuat ikan kelihatan lebih besar. walaupun begitu ianya masih dikira besar. ‘

Rata-rata netizen yang melihat gambar katak gergasi itu tidak mempercayai saiz katak tersebut.

Sumber:- DailyMail / malaysiakubaru

Amalkan Doa ini Sebelum Tidur, InsyaAllah Hutang Sebesar Bukit Uhud pun akan LUNAS, TOLONG SEBARKAN

Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan :

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon.

A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

Artinya:

“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang

membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah,
Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.

Semoga kita dapat mengamalkannya dan bermanfaat bagi siapa yang membacanya.
jangan lupa share info penting ini yaaa