‘Pakaian Pramugari Malaysia Jijik, Seksi…!’ – Dr. Robertson, Pelancong NZ

BENARKAH pakaian seragam pramugari atau kru kabin syarikat penerbangan di Malaysia terlalu seksi dan colok mata? Mungkin ada yang bersetuju dan ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Namun baru-baru ini, uniform pramugari daripada sebuah syarikat penerbangan terkenal di negara kita telah menerima teguran dan kritikan yang teramat pedas.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah ia bukan teguran daripada orang tempatan, sebaliknya daripada pelancong negara luar sendiri.

 

Perkara ini didedahkan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat menerusi sepucuk kiriman surat yang diterima daripada seorang wanita warga New Zealand, Dr. June Robertson.

 

Dalam surat tersebut, Dr. Robertson meluahkan rasa kesal melihat skirt yang dipakai pramugari penerbangan yang dinaikinya itu apabila dikatakan terlalu pendek.

 

Malah, beliau berkongsikan pengalaman tidak selesanya ketika berdepan dengan pramugari daripada operator udara tersebut sepanjang penerbangan.

 

“Kami sayangkan negara anda, Saya berhenti di KL ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah dan tinggal di hotel Sama Sama di KLIA.

 

“Saya rasa sangat terhina lihat skirt yang terlalu singkat dipakai wanita ini (pramugari Malaysia). Kabin kru dari Eropah; NZ; Australia atau American Airlines tidak memakai skirt pendek sebegini.

 

 

“Saya sendiri berasa ia sangat jijik kerana tidak semua orang suka hal ini. Salah seorang pramugari dari **** menunduk di pusat beli-belah di KLIA2 dan jelas ternampak seluar dalamnya, teruk betul!

 

“Di dalam penerbangan **** dari Auckland ke KL pada Oktober lalu, pramugari yang layan kami di kelas bisnes membiarkan baju di bahagian atas terbuka dan saya dapat lihat bahagian payudaranya.

 

“Saya meminta dia menutup jaketnya kerana dia sedang menunduk ke arah kami,” tulis Dr. Robertson yang memaklumkan sering berulang-alik ke Malaysia atas pelbagai urusan.

 

Tambah Dr. Robertson lagu, dia juga melahirkan rasa pelik mengapa negara yang dihormati seperti Malaysia membiarkan kabin kru syarikat penerbangan tersebut memakai pakaian seperti itu.

 

Menurut wanita itu, salah satu perkara yang membuatkan dia gemar untuk ke Malaysia ialah kerana wanita di negara ini tidak memakai pakaian seperti seorang pelacur dan begitu menghormati antara satu sama lain.

 

“Syarikat penerbangan ini telah membuatkan reputasi negara jatuh dan kalau anda lawat ke KLIA2, ada banyak wanita yang memakai uniform merah berjalan ke sana sini dengan skirt singkat.

 

“Ia secara tidak langsung memberikan pandangan buruk terhadap Malaysia,” kata Dr. Robertson lagi. Di hujung surat, dia namun memuji uniform golongan pramugara yang dilihat penuh sopan dan sangat profesional.

 

Dr. Robertson menyatakan bahawa dia menulis surat tersebut sebagai respons kepada gesaan Hanafi di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari syarikat negara ini.

 

 

UNIFORM PRAMUGARI AIR ASIA ANTARA YANG DISEBUT TERLALU SEKSI KETIKA ISU TERBABIT DIBENTANG DI DEWAN NEGARA DISEMBER TAHUN LALU.

Hanafi ketika membentangkan sesi perbahasan Bajet 2018, malah mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari untuk semua syarikat penerbangan Malaysia.

 

Beliau dilaporkan berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baharu supaya dapat beri gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan memegang ciri-ciri budaya Timur yang kuat. – MYNEWSHUB.CC

 

Sumber : e51.e93.myftpupload

Mahu cari duit lebih, gadis ini tawar perkhidmatan Grab naik LC135 di Kuala Lumpur

Mahu cari duit lebih, gadis ini tawar perkhidmatan Grab naik LC135 di Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak idea yang muncul bagi mendapatkan wang sampingan. Daripada bekerja di rumah, sehinggalah bekerja di atas jalanraya, semuanya pun boleh jalan, asalkan boleh menjanakan pendapatan.

Mendapat idea ketika berkunjung ke Indonesia, seorang gadis baru-baru ini telah menawarkan perkhidmatan yang serupa tetapi dengan menaiki motosikal miliknya.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Shaqirah Shukri ini, beliau pada mulanya hanya berniat suka-suka sahaja menawarkan perkhidmatan ini, tetapi tidak disangka-sangka servis yang ditawarkan oleh beliau ini telah mendapat sambutan yang baik.

Alhamdullilah rezeki tidak pernah salah alamat, niat hanya suka-suka, tetapi ada yang sudah tempah perkhidmatan Grab Bike dengan saya ini hehe.

Sebenarnya, saya menawarkan perkhidmatan Grab Motorcycle, Lebih kurang seperti Grabcar, tetapi itu naik kereta kan? Tetapi kita ini  naik motosikal, luarbiasa sikit bukan? Lebih cepat, pantas dan jimat masa untuk sampai ke destinasi korang.

Hehe, jangan risau, lesen saya semuanya lengkap. So no worries la. Bab bayaran pula? Bayaran bergantung kepada anda mahu bayar berapa atas keikhlasan anda. Tetapi agak-agaklah mahu bayar RM1 saja. Minyak mahal.

Saya cuma mahu tolong sahaja dan sekadar kerja part time cari duit sikit untuk dijadikan duit poket kan? Almaklumlah masih pelajar lagi, mana ada duit sangat.  Jadi, Grab Bike ini saya dah mula okay? Mana yang nak saya ambil ke hantar mana-mana ke boleh PM saya, kita deal sampai awak selamat sampai destinasi awak okay. Girls only!

Berikutan sambutan yang hangat yang diterimanya baru-baru ini, Shaqirah telah mengucapkan terima kasih kepada para pelanggannya, terutamanya mereka yang sentiasa menyokongnya.

Selamat pagi. Hi semua, maaf pada kakak-kakak yang komen dan PM saya untuk tempahan. Tidak menang tangan saya nak balas dan komen, 776 shares. Apa yang banyak sangat tu? Alhamdulillah. Doa yang baik-baik ye, mahu buat sesuatu kita kena usaha sehabis kudrat tenaga 4 kerat kita.

Terima kasih pada yang sudi tempah Grab bila dengan saya. Tanpa doa dan sokongan semua, saya tidak sekuat ini. Niat saya mahu bantu wanita di luar sana dan niat saya mahu mencari duit dengan buat perkhidmatan Grab Bike ini sekadar suka-suka pada awalnya.

Saya dan ibu baru lepas bercuti di Indonesia dan saya juga dapat inspirasi buat perkhidmatan Grab Bike ini dari sana dan mahukan kelainan dan ini yang saya cuba buat. Yang mana sudah viral, teruskan viral kerana di sebalik rezeki kita. pasti ada rezeki orang lain. Jadi, jangan pernah berdengki dengan apa yang orang ada, doakan yang baik-baik.

Sekali lagi saya ingatkan, saya hanya ambil penumpang “PEREMPUAN SAHAJA” kawasan Kuala Lumpur.

Sumber : Oh! Semput via santaigelak

‘Kalau Ko Pondan, Kami Tak Marah’ – Sharnaaz Ahmad Bersuara Isu Sajat

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Nur Sajat berkata sedia berjumpa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) andainya ‘sesi perkenalan’ itu diadakan secara berhemah. Bagi yang tidak tahu, semalam pihak Jakim telah menyampaikan hasrat untuk berjumpanya menerusi satu surat terbuka di Facebook susulan isu keliru jantina usahawan berkenaan yang sekali lagi menjadi buah mulut netizen.

Malah, isu berkenaan turut sampai ke perhatian pelakon ‘lantang lagi pedas berbicara’, Sharnaaz Ahmad.

Anda nampak buat apa?

Di Twitter, Sharnaaz menggesa orang ramai untuk tidak menyokong tindakan dan perlakuan usahawan berkenaan. Soalnya, jika kita terus menerus ‘menghalalkan’ apa yang dilakukannya, dimana letaknya tanggungjawab kita sebagai Islam? Malah, Sharnaaz meminta pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan tidak lagi menularkan isu atau kes-kes berhubung Sajat sebagai langkah mengelakkan lebih ramai yang terpengaruh dengan isunya yang semakin membuak-buak di media sosial kebelakangan ini.

Tweet Sharnaaz itu rata-rata mendapat reaksi positif dari netizen yang menyokong pendiriannya.

Netizen tampil sokong

Memang benar, kebelakangan ini, banyak sahaja yang viral di media sosial kes-kes sebegini. Pihak Jakim telah pun menjalankan tanggungjawab mereka memanggil Sajat untuk bersemuka. Sama-sama kita nantikan apa yang terbit dari sesi perkenalan tersebut.

Sumber: Twitter Sharnaaz Ahmad via ohbulan

SATU PELANGGAN SAYA DAPAT RM0.10,PEKERJA BANGLA TAK USIK GAJI BULANAN!!!

Minggu ini tular di media sosial gaji pemetik kubis mencecah RM11,000 sebulan di Korea Selatan. Bila dengar boleh dapat incomebanyak tu dengan hanya petik kobis, ramai dah terfikir nak kerja di sana.

Sebabnya, setiap orang ada impian masing-masing. Ada plan nak kahwin, nak beli rumah, nak beli phone, nak menabung, bawa mak ayah pergi Makkah dan macam-macam lagi. Betul tak?

Realitinya, bekerja di luar negara memerlukan keberanian kerana kita tidak kenal sesiapa dan harus mengharungi satu kehidupan baru. Pendek kata, di mana negara kita mencari rezeki itu, sudah pasti gaji yang diterima lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang kita dapat di negara asal.

Kalau korang teruja dengar gaji pemetik kobis ini RM11,000 sebulan, perkongsian dari seorang lelaki berasal dari Bangladesh ini mungkin buat korang lebih teruja. Sebabnya, gajinya sebagai juru pam (bahagian gas Ngv) di stesen minyak Petronas di Rawang hanya RM1000 sebulan, tetapi dia mampu hantar ke kampung jumlah yang sama. Hebat tak?

Shah Alam sudah 9 tahun cari rezeki di Malaysia

Habis, tentu korang terfikir, brader ini tak makan ke? Tak beli sesuatu untuk dirinya atau bagaimana?

Chill dulu. Brader ini nama sebenarnya Shah Alam (memang unikkan). Usia dalam awal 40-an. Sudah sembilan tahun datang dan mencari rezeki di Malaysia.

“Gaji saya satu bulan RM1,000. Dua bulan sekali, RM2000 saya hantar ke kampung untuk persekolahan anak-anak dan keperluan untuk keluarga,” katanya dalam satu pertemuan dengan REMAJA.

Habis tak makan?

“Saya makan, dua kali sehari. Masak sendiri di rumah,” katanya.

Mana ambil duit bayar beli lauk?

“Satu bulan, saya dapat duit extra lebih kurang RM300 hasil lebihan dari orang ramai yang mengisi gas. Sebagai contoh, kalau bayaran mengisi gas mereka RM8.90, pelanggan bayar RM9.

“Biasanya mereka tak ambil baki. Hari-hari kerja, bila dikumpul-kumpul, dapatlah dalam RM300. Duit itulah saya gunakan untuk belanja makan minum semua,” katanya yang agak ramah.

So no wonderlahkan kenapa Shah Alam boleh hidup dengan RM300 sahaja sebulan. Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya. Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh. Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan.

Kata Shah Alam, dia bekerja 26 hari dalam sebulan dan hanya cuti 4 hari sahaja. Kerjanya pun 8 jam sehari.

Kata Shah Alam, Malaysia bagus..

Kalau RM1000 di sini, di Bangladesh bagaimana kiraannya?

“Lebih kurang 20,000 taka. Duit banyak itu cukup untuk perbelanjaan dua bulan. Kalau saya kerja di Bangladesh, gajinya tak banyak begini. Hidup pun agak susah. Sebab itu saya datang ke Malaysia. Semua orang di Malaysia bagus dan baik,” katanya mengukir senyuman.

So korang, boleh tak faham dalam situasi di sini. Kalau Shah Alam masih tinggal di Bangladesh, dia perlu kerja keras untuk dapatkan duit sebanyak itu. Tapi di sini, kerja sebulan tapi boleh hidup untuk dua bulan. Kata orang 2 in 1.

Sebab itulah ramai yang suka berhijrah ke negara yang janjikan pendapatan lebih baik dari apa yang mereka peroleh di kampung halaman mereka.

Gaji saya 5 juta rupiah, sini lumayan!

Seorang buruh binaan yang terlibat dalam pembinaan rumah, Banji berasal dari Jawa Timur berkata, dia mampu memperoleh gaji lebih kurang RM1500 sebulan hasil titik peluhnya.

“Lebih kurang 5 juta rupiah kalau di Indonesia. Jumlah itu sudah besar. Ada kawan saya peroleh 20 juta rupiah, lagi lumayan.

“Kalau tinggal di kampung, saya hanya berkebun. Hasilnya lebih kurang 1 juta rupiah (bersamaan RM315) . Memang kecil untuk belanja sekolah anak-anak,” katanya juga yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia.

Kata Banji lagi, suasana persekitaran dan gaji yang lumayan antara sebab mengapa dia meninggalkan kampung untuk mencari rezeki di sini.

“Wang gaji dapat, akan dihantar balik ke kampung untuk keperluan anak-anak yang masih sekolah,” katanya yang tinggal di Malaysia bersama isterinya.

Hakikatnya, banyak orang mencari kerja di negara luar semuanya dengan satu matlamat, mencari duit yang lebih banyak. Tapi awas, sebelum membuat satu keputusan, pastikan korang kenal betul agen di negara terlibat, mesti bekerja sebagai pekerja sah (legal bukan illegal) dan setiap gaji yang dapat, simpanlah demi masa depan yang korang impikan tu.

sumber : beritahavoc.com via santaigelak

Bayi Dalam Kandungan Kurang Aktif, Jihan Muse Bimbang

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse yang kini hamil sembilan bulan bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang demam.

Lebih membimbangkan, Jihan menerusi  IG Storiesnya memberitahu bayi di dalam kandungannya juga kurang aktif.

Difahamkan, pengacara Gegar Vaganza itu telah ke hospital semalam.

Jihan turut meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan bayi.

“Mak (Jihan) demam. Anak pun kurang aktif. Doakan kami anak beranak sihat dan selamat ya,” tulisnya

Menerusi satu entri IG Stories Jihan terdahulu dia ditemani suaminya, Ungku Hariz di hospital.

Jihan dan Ungku Hariz telah berkahwin pada 20 Mac 2016

Foto: Instagram Jihan Muse / Ungku Hariz

Sumber:Gempak via ceritabintang

TERKINI! Farid Bebas…Ini Kata2 Farid Selepas Di Bebaskan Dan Ingin Bertemu Dengan…..

Farid, 37, bagaimanapun berkata, dia bersyukur telah pun dibebaskan selepas lima hari ditahan reman bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 11 Januari lalu.

“Jalan Cerita Hidup Saya Semakin Menarik” – Farid Kamil

“Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan cerita jalan hidup saya semakin hari semakin menarik,” kata Farid secara ringkas kepada mStar Online.

Farid ditemui sejurus selepas selesai urusan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada pukul 3 petang, Selasa.

Dalam pada itu, Farid juga memberitahu dia akan bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, secepat mungkin.

Malah pelakon filem Tombiruo ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya dan sempat berpesan kepada peminat agar menjadi diri serta keluarga.

“Saya rindukan anak-anak saya. Insya-Allah akan bertemu mereka secepat mungkin. Alhamdulillah, saya berasa lebih baik dan bersyukur pada Allah.

“Saya berterima kasih pada semua orang yang menyokong. Kepada semua di luar sana, jaga diri baik-baik, jaga keluarga dan ingat Allah selalu. Assalammulaikum,” ujarnya.

Terdahulu, Farid, 37, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada Selasa.

Farid minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi Selasa.

Nor Ariffin menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

sumber: mstar via media2040

Kronologi Farid Kamil: Dari kes tahan reman kepada isu salah guna dadah dan larangan berjumpa anak

Baru-baru ini, tular satu berita mengenai seorang pelakon dan pengarah terkenal bergelar Datuk iaitu Farid Kamil yang ditahan oleh pihak polis setelah bertindak menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Berdasarkan kepada laporan oleh Utusan Online, insiden ini dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengahari pada 11 Januari di Balai Trafik Kota Damansara.

Hari Anggara / Malay Mail Online

Laporan menunjukkan suspek telah datang ke balai berkenaan bersama seorang lagi rakan untuk membuat laporan polis tentang satu kes kemalangan jalan raya. Namun, apabila anggota trafik bertanya tentang laporan yang ingin dibuat, Farid Kamil sebaliknya menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp ‘300 artis hutang ah long’.

Dengan tidak semena-mena dan tanpa sebarang provokasi, Farid kemudian terus menampar anggota polis berkenaan dan menendang dua lagi orang awam yang turut berada di balai.

Sejurus kejadian, beliau telah ditahan oleh polis untuk menjalani ujian air kencing. Hasil ujian mengesahkan bahawa Farid Kamil berada di bawah pengaruh dadah jenis ganja dan telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam (12 Januari, Jumaat).

Harian Metro

Sehubungan kejadian itu, pihak media cuba untuk mendapatkan komen daripada isterinya, Datin Diana Danielle dan ibu mertua pelakon tersebut. Menurut ibu mertuanya, mereka tidak mengetahui tentang isu penangkapan Farid Kamil sehingga ianya diumumkan di media sosial.

Instagram @dianadanielleb

Menurut sumber, isteri beliau iaitu Diana Danielle turut tidak kelihatan sewaktu mahkamah menjatuhkan hukuman reman ke atas bapa kepada dua orang anaknya itu.

Bukan sahaja itu, Diana turut dikatakan telah menutup ruangan komen di laman Instagram beliau bagi mengelakkan serangan daripada netizen yang melontarkan rasa marah dengan isu berkenaan.

Instagram @dianadanielleb

Sementara itu, adik kepada pengarah tersebut iaitu Fadzil Bahari Zahari, 34 tahun memaklumkan bahawa abangnya berkemungkinan besar mengalami tekanan perasaan dan masalah mental.

“Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” kata Fadzil yang turut merupakan seorang pelakon.

Instagram @dianadanielleb

Malah, keluarga Farid turut tidak menolak kemungkinan bahawa Farid mungkin terlibat dalam pengambilan dadah ekoran tekanan perasaan kerana sudah lama tidak berjumpa dengan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad, 5 tahun dan Aurora, tiga tahun.

Fadzil turut mendakwa bahawa abangnya tidak pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sebelum ini dan ia merupakan kali pertama.

Tiga hari sebelum abangnya ditahan, Fadzil telah bertemu dengan Farid yang meluahkan perasaan rindu kepada kedua-dua anaknya. Fadzil turut memaklumkan abangnya itu kelihatan murung.

Instagram @fadzilzahari

Pada masa yang sama, Diana Danielle turut menyelar kenyataan adik iparnya itu dan memberitahu bahawa dia tidak pernah melarang Farid untuk mendekati anak-anak mereka.

“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” ujar Diana.

Star2.com

Isu yang semakin berlanjutan ini membuatkan netizen terus menyerang beliau dan keluarganya dengan pelbagai tohmahan dan komen-komen berbaur negatif. Justeru, seorang lagi pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad tampil meluahkan pendapatnya di Twitter.

Twitter @SharnaazAhmad

Menerusi ‘tweet’ berkenaan, Sharnaaz ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak puas hati dan terkilan dengan tindakan majoriti netizen yang menghentam Farid Kamil. Malah, Sharnaaz turut berang dengan individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan gambar pelakon tersebut.

www.gempak.com

Sejurus itu, ramai netizen yang menyokong kenyataan Sharnazz.

Twitter @SharnaazAhmad

Namun, belum lagi reda isu tentang Farid Kamil, timbul satu lagi kontroversi apabila tular video beliau menerusi aplikasi Bigo Live bersama dengan rakan artis iaitu Sofi Jikan.

Viralism Channel / YouTube

Dalam video yang berdurasi selama 6 minit 29 saat itu, kedua-dua pelakon ini dikatakan sedang berkongsi mengenai filem dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Namun, ada segelintir peminat yang telah menghangatkan lagi isu ini dengan menyatakan Farid kelihatan seperti khayal di dalam video tersebut.

Sofi Jikan yang turut terkesan dengan isu ini membuat kenyataan yang menyatakan bahawa:

Media Hiburan

“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi”.

Di samping itu, Sofi turut mendakwa bahawa Farid berhasrat untuk membantu dan memperjuangkan nasib artis-artis Malaysia yang berhadapan dengan masalah Ah Long.

“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita 300 artis berhutang dengan ah long”.

Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam, Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 90A Akta Polis.

Sumber: The StarBerita Harian dan myMetro

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru 

‘Saya Yang Tengok Pun Malu, Diorang Yang Terima Job Tak Rasa Apa-Apa Ke?’ – Nabila Huda Minta Pandangan Tentang Pelakon Baru Yang…

Uish jarang sekali MH dengar Nabila Huda bersuara tentang industri, selalunya Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil ini hanya dengan hal keluarganya.

Namun baru beberapa jam yang lalu, Nabila mempersoalkan tentang pelakon-pelakon baru yang sudah diberi tanggungjawab berat melakonkan sesuatu watak penting dalam sesebuah drama.

Melalui Twitter, Nabila meminta pandangan orang ramai adakah patut seorang pelakon extra atau baru diberi watak berat dan utama untuk slot penting di stesen TV?

Kerana baginya, lebih baik jika ‘orang-orang baru’ ini diberi peluang untuk berlatih belakon dengan watak pembantu dahulu untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu.

Menurutnya lagi, dia sendiri akui dia juga melalui perkara yang sama cuma dia mengambil beberapa tahun untuk sampai ke tahap sekarang.

Malah ada di antara mereka terpaksa menununggu giliran untuk tunggu siapa paling layak untuk memegang watak utama.

Tetapi zaman sekarang semuanya berbeza kerana wujudnya media sosial dan telefon pintar.

Nabila sempat menyoal adakah pemilihan watak utama kini lebih kepada ‘fresh look’, murah, kulit putih melepak dan jumlah pengikut tinggi di Instagram?

Bagaimanapun dia tidak menolak, selebriti yang berkualiti kebanyakannya sudah berusia tetapi jika perkara ini berterusan pasti akan memberi kesan negatif kepada industri seni tanah air.

Walaupun begitu, Nabila hanya sekadar berkongsi pendapat dan hanya ingin ajak pengikutnya bincangkan isu ini, tiada niat untuk mengutuk.

Memang ada benar kata Nabila, kadang-kadang kita sendiri tidak kenal siapa pelakon yang baru. Namun bagi pandangan MH mahu atau tidak zaman sentiasa berubah, waktu sentiasa berlalu. Jadi inilah peralihan zaman yang perlu kita terima.

Lebih lagi zaman sekarang media sosial sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Jadi tidak hairanlah mengapa kebanyakan ‘instafamous’ mula mencuri peluang masuk ke dalam industri dan lebih diberi perhatian.

Dan buat pendatang baru, pandai-pandailah cari peluang dan belajarlah dari senior-senior, janganlah pula buat diva pada mereka, nanti digelar bodoh sombong pula, kan?

Sumber; Media Hiburan via gengsembang

[VIDEO] Ini Bukti Anak Shuib Ada Ciri-Ciri Pelawak Terhebat!

SERONOK lihat keluarga bahagia Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu bersama tiga orang anak-anak mereka iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sering berkongsikan keceriaan keluarga mereka di laman sosial, pasangan ini memang sangat ‘cute‘ bersama ditambah pula dengan kehadiran anak-anak yang turut mewarisi kecomelan ibu-bapa mereka.

Melihat telatah anak-anak Shuib dan Sarah di Instagram mereka, ramai yang sudah dapat mengagak pasti Shuib sering membuat keluarganya tak kering gusi dengan lawak-lawak ‘kering’nya!

Tetapi dalam berlawak pun, Shuib masih serius dan komited untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa iaitu memastikan anak-anaknya terlindung daripada penyakit.

Oleh itu, Shuib turut bersetuju dengan Hanis Zalikha dan Amyra Rosli tentang kepentingan memberikan imunisasi kepada anak-anak menerusi video yang berdurasi 1 minit.

Dalam rakaman itu, Shuib ditemani anak ketiganya, Ariq Matin berpesan agar ibu bapa jangan lupa memberikan anak suntikan vaksin agar terhindar daripada penyakit bahaya seperti polio, hepatitis B, mumps serta kancing gigi.
Apa yang menariknya, video itu turut ‘dibintangi’ anak patung monyet yang comel!

“Jangan lupa untuk sempurnakan imunisasi anak-anak kerana ianya penting untuk kesihatan mereka.
“Pastikan kita memberi suntikan yang telah dijadualkan agar anak-anak terhindar daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit merbahaya”, pesan Shuib.

Lebih menarik anaknya yang comel itu pun sempat buat-buat mimik muka yang kelakar termasuk menjelirkan lidah sedang bapanya asyik bercakap.

Mungkin bakat bapanya tumpah kepada anaknya itu kot.

Shuib turut memuat naik video tersebut di Instagram miliknya untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan imunisasi.
“Penyakit cegahan vaksin merupakan penyakit berjangkit yang menjadi antara penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak dan imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

“Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap, jadi sesibuk mana pun kita sebagai ibu bapa, pastikanlah anak-anak kita mendapat imunisasi yang sempurna.

“Saya yang sibuk pun tak lupa… anda ibu bapa di luar sana pun #JanganLupaCucuk dan #LengkapkanImunisasi anak anda okey?”, tulis Shuib di dalam kapsyen video tersebut.

Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, apa tunggu lagi? Shuib Sepahtu pun sudah memberi imunisasi kepada anak-anaknya tau, jadi jangan lupa berikan perlindungan kepada anak-anak anda okay!

 

Sumber : viralgempak

“Jaga Mulut, Jangan ‘CELUPAR’ Dan Jangan Cakap Besar Kalau Korang Lalu LPT 2.”

Baiklah, nak kata seram macam tak seram sangat. Nak kata diikat, macam tak kena ikat. Apa-apa pun, ini pengalaman kedua sebenarnya terkena di jalan raya. Okay, saya cerita dari mula sampai habis.

Jam 8.35 malam

Selepas dah buat tempat tidur anak-anak dalam Hellfire putih saya itu dengan baringkan semua kerusi dan hampar toto (kalau long distance memang buat macam ini pada mereka), tepat jam 8.35 kami pun bertolak dari Marang.

Dari Marang, kami lalu jalan dalam sehingga keluar ke exit Tol Ajil. Jalan dalam sini pun super gelap tetapi buat biasa sahajalah. Bermula atas LPT2, bermacam-macamlah topik yang dibualkan bersama dengan isteri sambil makan satar. RM16 satar dok makan berdua. Kemudian Mifzal join sekejap, makan dua tiga ketul.

Saya memandu, Zue di sebelah mengupas satar dan menyuap saya. Makan dan bercerita termasuklah cerita bab-bab LPT2 ini pada Zue.

Bila dia mula berkata, “Sunyi kan highway ini bang? Tak ramai orang guna pun.”

Saya pun ceritalah kes kemalangan di LPT2 ini yang saya tahu sehingga ke kes harimau kenaa langgar itu.

“Memang hutan tebal sini kot sampai harimau pun naik highway.” katanya.

“Itulah, kena berhati-hati. Tak boleh cakap besar, pelik-pelik atas highway ini,”.

Kemudian saya kata dah tak nak makan satar, kenyang. Waktu ini, Zue pun lap-lap tangan guna tuala basah dan simpan semula satar semua. Dia pun berpusing ke belakang nak ambil air.

“Abang ada gantung air sejuk di belakang seat dia tu?”

Saya pun berpaling sekali tengok, air yang mana dia maksudkan. Bila saya berpusing saja ke depan semula, saya hanya mampu ucap, “ALLAH!” dan terus diam. 

Zue terus berpaling ke depan dan terkejut. Dia mulalah bertanya macam-macam. Saya diam dan sambil baca apa yang patut. Dalam 10 minit juga saya tak layan pelbagai persoalan dia. Akhir sekali saya kata, “Ayang tidurlah,”.

Tak sampai seminit, dia pun terus terlena.

Apa yang saya nampak? Okay, Alhamdulillah kalau terkena perkara seperti ini, saya masih boleh berfikiran waras dan tiada respon terkejut. Critical thinking saya masih elok juga ram dia. Waktu saya ternampak itu, saya terus jeling nombor Kilometer di tepi jalan dan nombornya KM333.6. Memang saya ingat sebab jenis saya memang suka hafal nombor jika ada apa-apa yang berlaku.

Saya nampak curahan darah seperti baru lepas dilanggar di atas lorong kanan. Di depan sikit, ada sekujur tubuh budak-budak yang mana tangannya sudah hilang isi, hanya tinggal tulang sahaja. Kepala dia di bawah besi penghadang jalan itu.

Dalam keadaan auto cruise yang saya On pada kelajuan 120 km/j, saya tak sempat brek dan tak mahu mengelak. Saya redah dan waktu itulah terpacul hanya sepatah perkataan “Allah” dari mulut saya.

Dalam fikiran saya mula berfikir. Inilah padahnya bercerita bukan-bukan pada Zue tadi. Tetapi rupa-rupanya bukan setakat itu sahaja. Selepas Zue terlena, saya rasa ada sesuatu yang betul-betul berada di tepi tingkap tetapi saya langsung tak menoleh. Dalam hati saya kuat mengatakan ia hanya perasaan saya sahaja.

Kemudian saya tengok ada cahaya samar-samar dari side mirror kiri. Saya tengok side mirror itu dan ternampak ada sesuatu seperti kain terlekat di bontot kereta.

Saya terus toleh ke belakang, nak tengok terus kain apa. Masa ini saya toleh, tengok Zue sudah tidur. Cuma tidung dia macam toleh merenung saya tepat. Saya cepat-cepat pusing ke depan. Rasa nak tahu itu masih ada lagi dan sekali lagi saya berpusing dan nampak memang tudung Zue itu betul-betul berada di tepi saya di arm rest dan Zue dok tidur elok saja. Saya berpaling ke depan, beristighfar dan mulalah baca macam-macam.

Akibatnya, meremang bulu roma satu badan. Saya tepuk paha Zue perlahan-lahan dan kejutkan dia suruh tanggalkan tudung. Dia pelik tetapi saya tak cerita apa-apa lagi. Saya kata, “nampak ayang macam tak selesa. Bukalah tudung itu, lagipun sudah gelap, tak ada orang nampak,”

Dia akur dan membuka tudung sebelum kembali menyambung tidur.

Tak sampai 3 minit dia pun tertidur dan kali ini ujian saya kena lagi hebat. Sepanjang highway, saya jumpa tompokan darah merah seperti benda baru dilanggar itu. Sampaikan mata saya pun dah nampak merah saja sepanjang jalan. Saya ambil air dan minum. Takut sebab saya dah letih sangat agaknya jadi begini.

Sebab dah tak tahan, saya terpaksa mengejutkan Zue.

“Ayang, bangun. Temankan abang drive,”

Zue pun bangun dan bertanya kenapa saya diam seribu bahasa. Dah bermacam-macam soalan dia tanya, saya tak jawab melainkan, “Takut,”

“Abang takut apa? Ha, tadi apa yang abang nampak?”

“Abang takut, temankan abang,”

Zue pun ajaklah berborak hal-hal lain tetapi saya tak berapa respon.

“Ayang tengok jalan tar ini warna apa?” soal saya.

“Warna kelabulah bang, kenapa?”

Saya terus diam.

“Abang nak ayang tengok jalan tar ini ye,”

Dalam lima minit dia tengok, timbul lagi tompokan darah yang seterusnya.

“Haa! Ayang nampak tadi atas jalan?”

“Nampak apa bang? Sama saja jalan tar ini,” katanya.

“Takpelah, abang takut. Ayang jangan sambung tidur, terus teman abang borak,”

Waktu itu saya set auto cruise 110km/j dan duduk di lorong kiri sahaja. Perjalanan terus sampai lepas R&R Perasing, alhamdulillah tiada gangguan lagi.

Saya pun minta Zue pula yang memandu sebab saya dah mengantuk. Dia menyambung pemanduan sehinggalah ke rumah. Sampai di rumah jam 2.12 pagi dan masa di atas katil barulah saya bercerita padanya.

Katanya dia memang dah rasa pelik sebab saya tiba-tiba saja tersebut “Allah” dikala tengah rancak berbual.

Dah sampai rumah, saya cuba google tentang KM333 dan mengucap panjang bila tahu ada seorang murid Tahun 1 maut dalam kemalangan di LPT2, di KM yang sama.

“Betullah bang, ada kemalangan katanya Tetapi kemalangan itu berlaku pada waktu pagi,” kata Zue.

Wallahualam. – Hazir Haron | PIXEL MEDIA

 

Sumber : viralgempak