“Aku Berbintikan Abdullah” ada satu surat menyatakan ayah betul bersetuju menukarkan binti dari nama dia kepada nama abdullah

Asslamualaikum..
aku insan yang berbintikan Abdullah dan aku selalu rendah diri bila orang akan tekankan bila sebut nama aku tang sampai ke binti abdullah , ingat lagi masa sekolah rendah setiap tahun cikgu kelas akan mintak salinan surat beranak tapi ayah aku tak pernah bagi aku yang bagi sendiri pada cikgu mungkin sebab dia takut aku buka dan baca sehinggalah aku tingkatan 1 baru aku tahu siapa nama betul ibu dan ayah kandung.

Aku tapi aku tak pernah cuba cuba nak tanya pada ayah dan ibu status aku , aku cuba teruskan kehidupan walaupun hari hari aku terfikir kenapa ibu ayah aku yang betul serahkan aku pada keluarga angkat tapi bila makin besar aku cuba untuk sentiasa bersangka baik dengan segala perancangan Allah tentang aku.

Sehingga satu hari ibu ada cakap aku ni hanyalah anak angkat tapi ibu tetap sayang aku macam anak yang lain , layanan yang ibu dan ayah bagi sama rata dari segi pelajaran , kasih sayang dan juga perhatian begitu juga dengan abang abang , kakak dan adik yang tak pernah sekali sebut tentang status anak angkat , kasih sayang dia orang pada aku cukup buat aku menghargai setiap seorang dari mereka.

Terima kasih buat 5 abang , seorang kakak dan adik bongsu aku yang sentiasa menyayangi aku dan layan aku sama macam adik beradik yang lain , terima kasih semua aku sayang korang ketat-ketat dan al fatihah buat arwah ayah , abang dan angah yang pergi mengadap Pencipta doa aku buat kalian tak akan pernah putus.

Bila ibu dah tinggal seorang selepas ayah meninggal , aku sebagai anak perempuan yang belum berkahwin dan memang duduk dengan ibu sampai sekarang, bekerja pun dekat dengan rumah je aku pernah niat untuk ada rasa tak nak kahwin sebab memikirkan keadaan kesihatan ibu dan adik yang masih belajar , aku takut aku takkan dapat orang yang memahami aku sebab aku selalu cakap pada ibu biar aku tak kahwin pun takpe janji aku dapat jaga ibu selamanya.

Jangan fikirkan bahagia aku janji ibu dan adik bahagia dan aku selalu cakap pada adik andai Allah amik nyawa aku dulu aku mintak dia yang jagakan ibu walaupun mungkin aku bukanlah insan yang sempurna yang kadang-kadang terlepas laku dan perangai tapi bila dah makin besar aku lebih banyak memikirkan untuk menjaga hati ibu dan ibu pun memang tak boleh aku takde kalau nak kemana-mana sebab dia lebih selesa dengan aku.

Aku selalu gurau dengan dia kalaulah aku takde mesti ibu makan nasi dengan sup airmata dan selalunya dia akan nangis dan ibu memang aku panggil ratu air mata sebab kami ni sejenis yang sama kuat tersentuh walaupun dengar lagu je.

Awal bulan 3 baru ni aku berjumpa balik dengan ex aku yang dah 8 tahun kita orang terputus hubungan dan sejak dari hari putus sampailah dia tegur aku balik kat inbox message fb aku selalu doa agar jodoh aku dengan dia sebab aku tak pernah lagi jumpa manusia sebaik dia dan yang sentiasa sabar dan memahami kerenah aku dan aku amik masa nak cerita pada ibu sebab aku takut nak tempuh kehidupan berumahtangga.

Aku takut aku tak boleh nak bahagikan masa dan tanggungjawab antara ibu dan suami tapi alhamdulilah ibu sambut berita dengan gembira dan belum aku cakap siapa orang nakkan aku rupanya dia pun agak ex aku yang tu ajak aku kahwin dan sememangnya dia tahu ex aku tu budak yang baik, hujung bulan 4 kami bertunang awalnya semua ok sampai lah bulan 10 bila kita orang sibuk nak uruskan urusan pernikahan.

Ini lah perkara yang aku paling takut dan aku pula perempuan bila isi borang dan bahagian wali je aku baca aku nangis dan aku agak risau bila nanti akan ditanya dengan macam-macam soalan nanti di pejabat tapi nasib baik tunang aku memahami dan dari awal perkenalan kita orang 8 tahun dulu dia dah tahu kedudukan aku sebagai anak angkat , dia temankan aku untuk amik segala tandatangan dan hantar borang sama-sama.

Alhamdulilah aku dapat jodoh orang yang dekat juga , bila kat pejabat agama kerani kat kaunter cakap borang aku tak lengkap dan aku cakap ye saya tahu bahagian wali saya tak isi dan dia tanya kenapa ? aku cakap saya anak angkat dan saya tak tahu ibu bapa kandung saya siapa.

Kemudian dia tanya awak tak teringin ke nak tahu dan saya cakap tak nak, cukup saya tahu siapa ibu bapa angkat saya saja..keluar dari pejabat agama saya nangis sebab kes saya dikategorikan sebagai wali ghaib sebab dalam surat beranak bahagian nama bapa yang tertulis ” tidak diperolehi” dan andaian orang kebanyakkan semestilah anak ‘luar nikah’ sedangkan saya ada satu surat menyatakan ayah betul saya bersetuju menukarkan binti dari nama dia kepada nama abdullah dan sekarang saya sedang tunggu untuk ke mahkamah syariah bagi membenarkan saya menggunakan wali hakim , moga segala urusan perkahiwnan saya dipermudahkan Allah..amin.

Buat orang yang diluar sana sama ada anda berbin@berbintikan abdullah , bagi saya anda jangan ada rasa rendah diri dan malu sebab hakikat sebenar bukan kita yang nakkan semua tu dan saya juga tak pernah sekali terlintas di fikiran nak tanya pada ibu siapa sebenarnya ibu bapa kandung.

Saya sebab tak tergamak nak buatkan airmata ibu tumpah sebab soalan tu sebab bagi saya ibu dah cukup terbaik menjaga saya dari kecil sampai besar cukup dari segala aspek begitu juga ayah dan adik beradik angkat saya. dan saya pernah menyuarakan pada kakak ipar saya bahawa saya memang takkan amik tahu dan berminat nak tahu tentang ibu bapa kandung saya.

Cukuplah saya hanya mendoakan mereka sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah, buat ibu yang melahirkan saya terima kasih melahirkan saya didunia ini dengan cukup sifat dan menyerahkan saya pada orang yang baik untuk menjaga saya sehingga saya berumur 29 tahun sekarang , ibu dan ayah kandungku aku cukup bahagia dengan kehidupan sekarang dan aku bersyukur dijaga dan dipelihara dengan limpahan kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.

Buat ibu angkatku, anak ibu ni sayang ibu dunia dan akhirat , terima kasih buat kasih sayang ibu selama ni, tak lama lagi anak ibu akan berkahwin dan tanggungjawab pada ibu takkan pernah terhenti selagi nyawa dikandung badan dan terima kasih buat tunang tersayang sebab awak terlalu memahami saya dan tak pernah terlintas untuk bertanyakan lebih-lebih mengenai status diri saya.

Dan awak juga sanggup ambil tanggungjawab untuk menjaga ibu dan adik lepas kita kahwin nanti dan awak cakap takpe lepas kahwin kita duduk dengan ibu dan jaga ibu, terima kasih ye awak sebab memahami saya tentang kerisauan saya pasal tanggungjawab saya pada ibu dan adik .. terima kasih juga buat semua yang pernah menyayangi budak serba kekurangan ini dan sentiasa dikelilingi oleh orang yang menghargai dan menyayangi saya selama ni..

terima kasih buat yang membaca.

kredit: http://teabeng.com via sempoiviral

KAWAT ITU TIBA-TIBA BERGERAK PERGI DAN MENGHILANG BEGITU SAJA. ANAK KU YANG MELIHAT NYA PUN TERKEJUT DAN BERTERIAK HISTERIA. SEKALI PANDANG MACAM KAWAT DAWAI. TETAPI SEBENARNYA IA ADALAH SEJENIS BINATANG YANG..

Kawat Itu Tiba-Tiba Bergerak Pergi Dan Menghilang Begitu Saja. Anak Ku Yang Melihat Nya Pun Terkejut Dan Berteriak Histeria. Sekali Pandang Macam Kawat Dawai. Tetapi Sebenarnya Ia Adalah Sejenis Binatang Yang..

Ketika sedang menemani anak ku yang bermain di halaman belakang rumah, saya melihat dia menunjuk- nunjuk sebuah kabel, kataku “hati-hati, nak. Jangan sampai kaki mu tertusuk!”

Tapi beberapa ketika kemudian, kawat itu tiba- tiba bergerak pergi dan menghilang begitu saja. Anak ku yang melihat nya pun terkejut dan berteriak macam histeria.

Setelah aku bawa anak ku masuk ke dalam rumah, dan aku mencari info tentang benda misteri seperti kawat itu. Akhir nya aku tahu bahwa yang aku jumpa tadi bukan lah kawat biasa tetapi sebenar nya cacing bulu kuda!

Cacing bulu kuda atau di kenali Nematomorpha atau cacing Gordian. Cacing ini dapat ditemui di tempat yang lembab seperti takungan air, kolam renang, sungai, air, dan tangki air.

Ia menginfeksi belalang dan serangga lain. Dengan cara larva si cacing masuk ke tubuh belalang melalui air yang mereka minum. Cacing parasit ini boleh hidup dan mengubah inang nya menjadi zombie hidup.Semua bahagian tubuh serangga akan dikuasai oleh cacing ini kecuali kepala dan kaki nya.

Setelah cacing ini semakin dewasa, Ia akan mengeluar kan protein yang akan bereaksi dengan saraf utama dari serangga sehingga serangga pun akan terhipnotis agar kemudian mencebur kan diri ke air. Pada kondisi tersebut, belalang sudah dalam keadaan seperti zombie, alias mayat hidup.

Saat sudah di dalam air inilah cacing ini keluar dari tubuh belalang dengan ukuran yang sudah sangat panjang, yang boleh mencapai 50 cm! setelah itu, belalang pun kemudian mati tenggelam.

Meskipun ngeri, pakar kesihatan menyebutkan cacing rambut kuda ini tidak berbahaya bagi manusia. Memang, larva dari cacing ini boleh saja masuk ke dalam tubuh haiwan – haiwan berukuran besar, namun, biasa nya larva cacing rambut kuda tidak akan membuat masalah kesihatan apa pun.

Jikalau ada cerita bahawa cacing ini boleh menjangkiti manusia, cacing tersebut sebenarnya berjenis hair- filariaworms yang memang memiliki bentuk yang mirip.

Setelah membaca info tentang cacing bulu kuda ini, aku yang awal nya takut jika cacing itu telah menjangkiti tubuh anak ku, sekarang aku pun tidak khawatir lagi. Dan mula mem benarkan anak ku untuk kembali bermain di halaman belakang.

Semoga artikel ini bermanfaat, dan jangan lupa LIKE dan SHARE ya 🙂

sembang kecoh via sempoiviral

SEORANG LELAKI BERTINDAK MASUK KE DALAM KOTAK DAN MENGEPOS DIRINYA SENDIRI DARI UK KE US. APABILA KOTAK DIBUKA, AKHIRNYA DIA…

Ia kelihatan seperti sesuatu yang saya ingin tahu sebagai seorang kanak-kanak: Bolehkah mengepos manusia?

Seorang lelaki telah terdesak untuk tahu, dan dia sudah mempunyai dua percubaan yang tidak berjaya. Dia menghantar dirinya terlebih dahulu melalui darat, kemudian melalui laut. Dalam percubaan terakhir untuk menghantar dirinya sendiri, dia memutuskan untuk mencuba penghantaran melalui udara.

Walaupun perkara ini dianggap benar-benar gila kepada kebanyakan orang, kira-kira 40-50 orang mati setiap tahun cuba menghantar diri mereka ke seluruh dunia. Oleh itu, YouTuber ini ingin tahu bagaimana untuk melakukannya dengan selamat? Nah, dia mencuba segala-galanya, jadi mari kita lihat bagaimana dia melakukannya dan adakah dia berjaya.

YouTuber, yang dikenali sebagai Kill’em ini berpangkalan di United Kingdom. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat keputusan di mana dia akan menghantar dirinya. Dia membeli peta dunia dan membaling dart untuk mengetahui lokasinya. Kali ini dia akan menghantar dirinya ke Amerika Syarikat.

Kemudian dia mula membina kotak itu. Bahannya mudah, dan hasilnya adalah kotak kayu yang kukuh ditandai di semua sisi sebagai “Fragile.”

Kotak itu lengkap mempunyai pintu di bahagian atas, dan Kill’em menerangkan bahawa dia akan menutup tudung daripada bahagian dalam. Ini membolehkan dia melepaskan diri atau memberi udara lebih banyak pada bila-bila masa tanpa perlu bergantung pada tempat tertentu dalam pemegangan kargo.

Dia membeli makanan ringan dan air untuknya sepanjang 24 jam dia akan berada di dalam kotak itu. Dia juga membeli tandas latihan kanak- kanak untuk digunakan nya di dalam kotak.

Setelah semua kerja persiapan itu, sudah tiba masa nya untuk masuk ke dalam kotak dan bersedia untuk mengepos dirinya sendiri. Ibu bapa Kill’em sangat sabar dan membantu, jadi, mereka membawa kotak ke Pejabat Pos untuk melakukan percubaan terakhir itu.

Selepas itu, rancangan itu akan dibentangkan. Ayah Kill’em akan menunggu di sebuah hotel di Los Angeles, di mana dia akan mengambil kotak itu. Dia membawa pasportnya di dalam kotak supaya dia dapat terbang ke rumah, dan sebagai tambahan dia membawa kamera untuk penggambarannya, dia meletakkan kotak itu dengan kamera pengintip supaya dia dapat melihat apa yang berlaku di luar.

Perkara mula menjadi tidak selesa dengan cepat, dan dia bimbang tentang keseluruhan rancangannya, sama ada dia akan dikesan atau mungkin ditahan atas kesalahan undang-undang untuk aksi gila ini. Namun, dia tetap meneruskan rancangannya.

Adakah dia berjaya tiba ke bilik hotel ayahnya? Anda boleh melihat perjalanan gilanya dalam video di bawah.

Jangan sesekali anda mencuba meniru lelaki ini kerana sudah tentu ia menyalahi undang undang. Apa yang anda fikirkan tentang perjalanan nya? Berikan komen anda.

Sumber foto: Screenshot Youtube / Kill’em

Era Baru via sempoiviral

SEMINGGU HILANG KINI ADIK PULANG .. SAMPAI HATI BUAT ADIK MACAM TU..

Muar : Pengorbanan seorang kakak yang bergelar Angah berusaha sedaya upaya apabila adik kesayangan berusia 13 tahun hilang hampir seminggu tanpa sebarang berita.

Wanita yang dikenali dengan nama Sha ini tidak berputus asa menghebahkan di media sosial kehilangan adik nya memohon netizen mengesan adik nya Intan Nursyahira Roslan,13.

Dia yang tidak sihat dirawat di wad hospital sebuah hospital terpaksa memohon keluar dari wad semata-mata untuk terus berusaha mengesan adik nya.

Alhamdulilah semalam adik nya telah kembali kepada keluarga setelah hampir seminggu menghilangkan diri setelah laporan polis dibuat tentang kehilangan adik nya.

Mengikut nya adik nya telah di sorok oleh seorang lelaki yang mungkin dikenali adiknya kini pihak berkuasa giat mengesan lelaki terbabit bagi mengetahui punca sebenar nya adik nya di sorok hampir seminggu.

Dia dan keluarganya amat resah apa yang berlaku memikirkan keselamtan adik nya namun kini dia bersyukur segalanya telah selesai dan menguucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

 

Akhbar Utusan melaporkan Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu telah pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya, pukul 2 pagi semalam .

Pihak berkuasa mengesahkan Remaja itu pulang ke rumah keluarganya dalam keadaan selamat, tiada kecederaan apa-apa, malah ibunya turut memaklumkan perkara itu kepada polis dan kita mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Remaja berkenaan dipercayai keluar bersiar-siar dengan rakannya di sekitar Muar dan Melaka sejak dia keluar rumah Jumaat lalu. Polis mengandaikan kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Akhbar hari ini melaporkan, sebuah keluarga buntu apabila remaja tersebut dipercayai hilang sejak keluar dari rumahnya di Taman Rambai, Parit Buaya kira-kira pukul 5 petang.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong itu difahamkan memberitahu keluarganya untuk ke rumah rakannya yang terletak tidak jauh dari rumah mereka bagi menyiapkan kerja sekolah.

 

Sumber : beritasayu

 

PEMANCING INI TIDAK SENGAJA MERAKAM ” BAYANG HITAM BESAR” DI BELAKANG ANAK KECIL YANG SEDANG BERENANG. PADA MULANYA DILIHAT SEPERTI BAYANGAN BIASA TETAPI SETELAH DI JERIT BAYANG ITU BERPATAH BALIK

Pemancing Ini Tidak Sengaja Merakam ” Bayang Hitam Besar” Di Belakang Anak Kecil Yang Sedang Berenang. Pada Mulanya Dilihat Seperti Bayangan Biasa Tetapi Setelah Di Jerit Bayang Itu Berpatah Balik

Di sebuah desa di pergunungan, ada air terjun yang memiliki banyak lubang dan mempunyai lubang sedalam 10 meter. Setelah bertahun -tahun lama nya, terbentuklah sebuah danau yang didalam nya ada banyak ikan. Ada orang yang datang kesana untuk memancing dan ada juga sekadar untuk bermain air di sana.

Lalu ada seorang pemancing yang tidak sengaja merakam sebuah gambar yang membuat kan orang- orang terkejut besar! Di gambar tersebut nampak seorang anak kecil yang sedang berenang dekat dengan tebing dan terlihat bayangan hitam besar dari dalam air di belakang anak kecil tersebut. Dan anak kecil tersebut sama sekali tidak menyedari nya tentang baying tersebut.

Si pemancing ini berpikir mungkin bayangan hitam itu adalah ranting- ranting di dasar sungai (kerana dia selalu menemui nya ketika memancing) atau mungkin hanya bayangan tebing. Namun, setelah dilihat lagi, bayangan itu bergerak mengikuti anak kecil tersebut yang sedang mandi dan ternyata itu adalah makhluk hidup!

Saat bayangan itu semakin dekat, pemancing segera berteriak! Dan ada seorang anak juga melihat dan menjerit memanggil anak yang berenang itu untuk segera kembali!

Namun, apakah itu? Bentuk panjang dan terlihat sirip di belakang nya. Apakah itu ikan besar? Atau makhluk lain?

Kemudian, ketika anak itu hendak melihat ke belakang nya, bayangan hitam itu seperti kembali dan menghilang ke dalam dasar sungai.

Dengan cepat berita ini tersebar ke telinga orang- orang desa. Mereka sangat ketakutan. Bayangan apakah itu? Masing- masing memiliki jawapan dan teori sendiri. Ada yang memberitahu itu adalah lembaga air dan berbagai macam haiwan aneh lain nya.

Namun, rata- rata berpendapat itu adalah ikan besar. Ada yang cakap bahawa zaman dulu ada orang yang pernah melepaskan ikan di sana, namun tidak pernah di panding kembali. Kemungkinan ikan itu bersembunyi di dalam tebing batu. Dan mungkin ikan itu sedang ke permukaan untuk ber napas.

Ada juga yang mengatakan bahawa sungai ini sangat dalam dan ber kemungkinan ikan ini berasal dari sungai bawah tanah.

Namun, bagi para pemancing pula ini adalah peluang yang baik untuk me mancing ikan besar tersebut

sumber cerpen via sempoiviral

Sumpahan Melampau! ‘Mak Pak Sekali Aku Santau’ – Budak-Budak Pencuri, Netizen Mahu Hantar Busung…

Usia kanak-kanak menjelang remaja adalah fasa di mana mereka suka mencuba benda baru dan cukup mudah terpengaruh dengan rakan sebaya serta orang sekeliling mereka. Jika baik persekitaran dan rakannya, maka baiklah hasilnya, begitu juga sebaliknya.

Tapi bagaimana pula kaedah paling berkesan berhadapan dengan kes kanak-kanak terlebih ‘nakal’ yang jika dilakukan golongan dewasa boleh dikategorikan sebagai jenayah? Perlukah mereka ‘diajar’ cukup-cukup supaya mendapat pengajaran dan tahu erti penyesalan?

Perlu ke bagi busung perut anak-anak pencuri basikal?

Persoalan hukuman kepada pencuri basikal kanak-kanak ini dilontarkan dalam sebuah kumpulan Facebook komuniti penduduk Shah Alam baru-baru ini. Soalan berkenaan mengundang reaksi pelbagai daripada netizen lain yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu ini.

Perlu, selepas pencuri diberi pilihan

Lepas baca Yassin pencuri datang tak berseluar, berbaju cakap panas dalam hujan

Mak bapak back up anak macam anak lahir cop syurga kat dahi

Buat jahat perlu dibalas baik ke?

Padan muka! Baru ada akai

Kecik-kecik tak nak mampos

Mak pak sekali aku santau

Sumber: Shah Alam Residen via bolehbro

‘Hello Brader Acah Sweet Pakai Sedondon, Ape Ke BaB! Punya Perangai….?!!’ Viral Pasangan Pinky Ini Di Media Kerana..

Semua orang tahu merokok boleh membahayakan kesihatan bukan sahaja kepada penghisap malah orang yang berada di sekelilingnya. Namun masih ramai di antara perokok yang mengambil ringan perkara ini. Apabila berada di tempat awam pun selamba je mereka ini cucuh api kan?

Tindakan biadap seorang individu merokok ketika berada di restoran telah menimbulkan rasa marah lelaki ini. Siapa tak marah kalau anak kecil satu tahun terdedah kepada asap kan? Apa pendapat korang?

Sebelum cucuh rokok tu tak tengok kiri kanan ke?

Ini gambar selfie tengah hari semalam di sebuah kedai makan di Pandan Jaya, Ampang. Selfie ni bukan saje-saje sebarang selfie. Tapi selfie penuh makna.
.
Selfie ni sebagai PERINGATAN bagi semua PEROKOK-PEROKOK BANGANG di luar sana supaya mengurangkan kebangangan kalian di masa akan datang. Dulu aku merokok jugak tapi dah 4 tahun lebih berhenti, tapi kalau aku nak cucuh rokok, aku tak bodoh macam brader dalam gambar ni.
.
Hallo brader bajet acah-acah suwit pakai baju sedondon kaler pink tapi makan kedai tepi jalan ajet romantik gittew. Ni aku nak tanya ni. Sebelum cucuh rokok tu, tak tengok kiri kanan ke? Anak aku yang umur belum sampai 1 tahun tu duduk dalam kerusi budak betul-betul SEBELAH kau, jarak tak sampai 2 kaki dari kau, tak nampak ke? Ke kau nak makan kaki aku dulu baru kau nampak?

Nak merokok pergi jauh sikit


Aku dah lama gila tak mencarut tahu tak, tapi kali ni nak cakap, ape ke babi sungguh perangai? Serius aku amat menyirap semalam tapi tahan sabar. Terus aku angkat anak aku duk dengan aku. ITU PUN masih bau asap rokok ko kat tempat aku duduk tu. Nasib baik dah habis makan (Doris baru nak habis makan), cepat-cepat bayar, then cepat blah.
.
Nak merokok, terpulang kat ko lah. Aku tak larang. Tapi pergi jauh sikit. Duk luar sana, kiri kanan kedai tutup, duk kat kerusi kedai yang tutup tu. Tak boleh tinggal awek sekejap ke? Awek kau pun sama bangang 2×5. Takde la nak suruh pakwe dia hisap rokok jauh sikit ke ape ke.
.
Sekian, done menyumpah.

sumber : Syapik Hassan via bolehbro

Mengapa Putri Kesayangan Raja Arab Saudi, ‘Ameerah’ Tidak Berhijab? Ini Jawapan nya….

Lawatan Raja Salman benar-benar menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Bukan hanya kemewahan dari pesawat yang menerbangkan mereka ke sini, tapi juga rombongan yang dibawanya.

Di Malaysia, Raja Salman disambut dengan karpet merah, iringan lagu kebangsaan Saudi, 21 tembakan ke udara, jamuan makan malam hingga gelar doktor kehormatan yang akan diberikan. Ramai juga yang mengharapkan kehadiran Putri Ameera yang terkenal dengan kejelitaanya yang mempersona. Dalam masa yang sama rata-rata netizen masih mempersoalkan mengapa Putri Ameerah tidak mengenakan hijab seperti wanita-wanta muslim yang lain.

Ini jawapannya.

Lahir pada 6 November 1983, wanita cantik ini berkahwin dengan Pangeran Al Waleed bin Talal bin Abdulaziz al Saud pada ketika Ameerah berusia 18 tahun.

Antara alasan mengapa Ameerah boleh jatuh cinta pada Pangeran Al Waleed adalah kerana cara pemikiran mereka bersama yang progresif tentang wanita berhijab.

Mereka menganggap tidak ada apa isu perlu dibangkitkan jika wanita tidak mengenakan hijab.

Pada tahun 2014, Pangeran Al Waleed tidak mewajibkan memakai tudung di Kingdom Holding Company, syarikat miliknya. Syarikat itu dikatakan sebagai salah satu daerah kecil di Arab Saudi di mana wanita bebas tak berhijab.

Namun perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan. Setelah berpisah dengan Pangeran Alwaleed, Ameera bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Arab Saudi.

Dalam sebuah temubual bersama media,  Ameerah sempat ditanya, adakah penampilannya itu mendorong agar wanita tidak perlu berhijab.

”Saya tidak berkata begitu. Penampilan seseorang  tidak boleh disalah ertikan. Jika ada wanita di Arab Saudi yang ingin tampil tidak berhijab mengkin kerana sesuai dengan generasinya. Itu adalah pilihan dan pendirian masing-masing. Generasi tempat kami sekarang sudah tidak sama lagi dengan generasi dulu. Ini adalah generasi yang sekarang,” tegasnya.

Ameerah turut menegaskan bahawa wanita Saudi yang tidak berhijab tidak akan menjadi golongan yang ke belakang atau ketinggalan zaman. Mereka bukanlah masyarakat kelas kedua.

Sumber via bolehbro

10 FOTO Kekasih Idris Khan dari Magribi. Memang CANTIK Sangat!

Hubungan percintaan antara Idris Khan dan Sanaa Jaffer bukanlah satu cerita baru kerana memandangkan sebelum ini, industri hiburan sudah pun digegarkan dengan kisah cinta mereka. Lebih-lebih lagi apabila mereka bakal berkahwin setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Memang cantik sungguh gadis magribi pilihan Idris Khan. Tidak hairanlah, dia sering menjadi tumpuan netizen. Sama cantik, sama padan. Fuhh dapat anak mesti comfirm cantik!

Memang cantik!

Sanaa Jaffer berumur 25 ini berasal dari Maghribi tapi dibesarkan di Kuala Lumpur. Walaupun begitu, rupa parasnya memang boleh dikatakan cantik dan sepadan dengan jejaka kelahiran Libya.

Sama cantik, sama padan

Kalau korang nak tahu, mereka mempunyai minat yang sama iaitu pergi bersenam di Gym. Masing masing suka menjaga badan. Memang serasi betul. Sanaa sebenarnya baru menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Dia juga merancang untuk mencari kerja di Malaysia.

Mengancam tak?

Memang hot!

Semoga dipermudahkan urusan buat kedua pasangan ini. Selamat menuju ke gerbang perkahwinan.

 

Sumber: OHBULAN! via Sehinggitvia Soyalemon via  beritasteady

Wow! Kereta Supersport Raf Yaakob.. Suami Mawar Rashid yang Sangat Rare! Pasti Korang Teruja! (16 Gambar)

Siapa yang tidak Mengenali Raf Yaakob Suami Mawar Rashid..Tahukah Anda Beliau Mempunyai Kereta Supersport yang Sangat Rare!.

Kalau tak Percaya sila tengok..Terbeliak Mata Korang Bukan Calang2..

Sumber dari Instagram Beliau…

Review dari Youtube Model i8 Beliau..sangat menerujakan..


sumber: instagram raf yaakob & youtube via beritasteady