4 Kali Bertanding, Altimet Ucap Selamat Tinggal Pada Pentas AJL

Masih teringat dengan persembahan Altimet dalam Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) semalam.

Lagu biasa, tetapi persembahannya luar biasa! Bayangkan bukan seorang mahupun dua tetapi hampir semua penonton di Stadium Axiata Bukit Jalil berdiri memberi penghormatan atas persembahannya yang cukup menghiburkan!

Tiada Lagi Altimet Dalam AJL

Terbaru, Altimet telah membuat keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pentas Anugerah Juara Lagu sekaligus menyaksikan AJL32 adalah kemunculannya yang terakhir bakal kita lihat.

AJL32 adalah penampilannya untuk kali keempat dan pengumuman itu dibuat bukanlah kerana beliau berputus asa mahupun sebaliknya mahu memberi peluang kepada rappers lain untuk turut bertanding dalam pentas berprestij itu.

Cabar Rappers Lain

Tambah Altimet, beliau turut mencabar rappers lain untuk pecah rekod beliau untuk pecahkan rekod beliau disamping mengucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang banyak menyokongnya selama in.

Terdahulu, Altimet pernah menyatakan untuk turut berundur dari industri pada tahun ini dan bakal muncul dengan album terbaru bulan hadapan. Adakah itu bakal menjadi lagu terakhir beliau? Apapun tahniah buat Altimet!

 

Sumber : juadahviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *