FUHH!! Kenaikan Gaji Terbaru Pemain JDT Safiq Rahim, Inilah Gaji Lumayan & Setaraf Pemain Import Yang Lain!

Nama tidak yang perlu diperkenalkan lagi, Pemain ini pernah mengumumkan persaraan pada Julai 2016 sekaligus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan ketika itu tengah tenat dan tersingkir saingan kejohanan AFF Suzuki 2016, Tidak lama kemudian, beliau kembali dari persaraan menyarung jersi kebangsaan.

Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.

Pengiktirafan paling tinggi yang pernah di peroleh pemain bolasepak Malaysia. Gaji Safiq pada 2015 adalah sebanyak RM70 000 tetapi dengan kejayaan yang di raih pada tahun 2015 dan 2016, Beliau dinaikkan gaji sangat lumayan

Kenaikan Gaji Terbaru Pemain JDT Safiq Rahim, Inilah Gaji Beliau Sangat Lumayan

Gambar diatas merupakan Kereta Mewah Jenama Mustang kepunyaan Safiq Rahim
Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan sebanyak RM250K (sekarang) dari 70K (2015), tak salah beliau dapat gaji sebanyak itu kerana permainannya sudah setaraf pemain import yang lain.

Biodata Safiq Rahim

Nama Penuh : Mohammad Safiq Bin Rahim
Tarikh Lahir : 5 Julai 1987
Tempat Lahir : Kuala Selangor, Selangor
Tinggi : 1.67 m
Sumber : http://footballkelantan.blogspot.my/2017/06/kenaikan-gaji-terbaru-pemain-jdt-safiq.html

Safiq Rahim Free Kick

Safiq Rahim – Pakar Sepakan Percuma

Ringkas Mengenai Beliau

Memulakan karier bersama pasukan Piala Presiden Selangor. Safiq Rahim diserap dalam pasukan Liga Super Selangor pada tahun 2007. Kegagalan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Selangor memaksanya mencari haluan baru bersama pasukan kelab KL PLUS.

Selepas semusim di KL PLUS, Safiq Rahim kembali ke pasukan Selangor pada tahun 2009.Safiq berjaya membantu selangor menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim, diikuti Liga Super dan Piala FA, keseluruhannya menjulang treble tahun 2009.

Safiq Rahim Cardiff City

Safiq pernah mendapat tawaran berlatih bersama Cardiff City pada 2011

Pada november 2012 Safiq memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor (Sekarang dikenali sebagai JDT) untuk musim 2013.Keseluruhannya Safiq menjaringkan 19 gol dalam 71 penampilan bersama selangor untuk empat musim

Pada musim pertama Safiq bersama Skuad Johor Darul Takzim , Skuad yang digelar harimau selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala Fa namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 di final.Musim 2014 ,Skuad Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super dan Hanya mara ke separuh akhir Piala Fa serta Naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Anugerah Individu

AFF Championship Top Scorer 2014
Malaysia Cup Final Best Player 2014
AFC Cup: 2015 Most Valuable Player

Sepakan percuma Safiq Rahim pernah menewaskan penjaga gol Liverpool

Penglibatan awal
Safiq memulakan karier sebagai pemain untuk pasukan selangor dalam kejohanan Piala Presiden 2007,di mana ketika itu selangor muncul juara menewaskan perak di final dengan keputusan 1-0.

Selangor (2007)
Safiq diserap masuk ke skuad senior selangor di liga super pada tahun 2007 . Namun kegagalannya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama untuk skuad senior selangor yang ketika itu dibimbing bekas penyerang kebangsaan Dollah Salleh memaksanya mencari haluan baru bersama pasukan berstatus kelab KL PLUS.

KL PLUS (2008)
Ketika bersama Pasukan KL PLUS , safiq mempamerkan persembahan yang konsisten bersama skuad yang digelar Highway Worriers meskipun hanya menjaringkan 2 gol dalam 19 penampilan pada keseluruhan musim itu.

Selangor (2009-2012)
Setelah hampir semusim bersama skuad KL PLUS , Safiq kembali ke pangkuan skuad selangor yang baru di bimbing K.Devan yang mengambil alih jawatan jurulatih daripada Dollah Salleh pada tahun 2009.Safiq berjaya membantu selangor menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim , diikut Liga Super dan Piala Fa , keseluruhannya menjulang treble tahun 2009.

Pada musim 2010 , Skuad selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lepas,apabila menjuarai ia sekali lagi.Namun pada musim 2011 dan 2012 skuad selangor kemarau trofi apabila tiada sebarang trofi dijulang untuk dua musim itu.Pada november 2012 Safiq memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor (Sekarang dikenali sebagai JDT) untuk musim 2013.Keseluruhannya Safiq menjaringkan 19 gol dalam 71 penampilan bersama selangor untuk empat musim

Johor Darul Takzim (2013-Kini)
Pada musim pertama Safiq bersama Skuad Johor Darul Takzim , Skuad yang digelar harimau selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala Fa namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 di final.Musim 2014 ,Skuad Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super dan Hanya mara ke separuh akhir Piala Fa serta Naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Pada musim 2015 , Skuad Johor Darul Takzim bermula baik apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0. Rentak cemerlang Johor Darul Takzim diteruskan dengan memenangi Liga Super 2015 yang merupakan kejuaraan berturut daripada 2014. Selain itu, Johor Darul Takzim juga memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.Selain itu,Safiq Rahim juga membantu pasukan Johor Darul Ta’zim menjuarai Liga Super 2014,2015 dan 2016 iaitu 3 tahun berturut-turut.Safiq Rahim juga membantu menjuarai Piala Sumbangsih pada 2015 dan 2016 dan naib juara 2017 selepas tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan Juara Piala FA 2016 menewaskan PKNS FC 2-1.

Kerjaya antarabangsa
Malaysia Bawah 20 Tahun
Mula mewakili Malaysia bawah 20 tahun ke Piala Belia Asia 2006 di India .

Malaysia Bawah 23 Tahun
Safiq mula mewakili malaysia bawah 23 tahun ke Sukan Sea 2007 ,Ketika itu malaysia gagal ke suku akhir apabila gagal melepasi peringkat kumpulan.Keajaiban berlaku apabila penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea berakhir apabila Skuad kendalian K.Rajagopal berjaya menggapai ibu segala pingat emas selepas menundukkan Vietnam dengan keputusan tipis 1-0 di Sukan Sea Vientiane pada tahun 2009.

Pasukan Senior
Safiq menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menewaskan Laos 4-1 dalam Piala AFF Suzuki 2012. Dalam Piala AFF Suzuki 2014, Safiq meledak gol sulungnya ketika tewas 2-3 kepada Thailand. Safiq meledak satu gol ketika menewaskan Singapura 3-1 untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Safiq menjaringkan satu lagi gol ketika tewas kepada Vietnam 1-2. Safiq sekali lagi menjaringkan satu gol bagi menewaskan Vietnam 4-2 untuk ke perlawanan akhir. Safiq meledak 2 gol ketika tewas ditangan Thailand secara agregat 4-2 di perlawanan akhir. Safiq dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 6 gol.B

Pada bulan Mei 2017, beliau kembali menyarung jersi skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain. -wiki-

Sekian sahaja info berkaitan dengan Biodata Safiq Rahim Copot Pemain JDT.

 

Sumber : e51.e93.myftpupload

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *