Rody Tertunggu-Tunggu… Mana Lan?

PETALING JAYA: Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody mengakui dia tertunggu-tunggu kemunculan bekas vokalis kumpulan itu, iaitu Lan apabila diberitahu penyanyi tersebut turut berada di lokasi sama pada malam sambutan tahun baru Ahad lalu.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, 32, berkata, dia bersedia dan bersikap profesional untuk bersemuka dengan penyanyi yang kini bergerak secara solo itu.

“Kami ada menjayakan persembahan pada malam tahun baru. Dia datang dengan Siti Nordiana, manakala saya bersama Datuk Hattan.

“Saya tunggu juga dia di khemah belakang pentas tapi dia tiada, selepas itu dia terus naik ke pentas, mungkin dia menunggu di tempat lain,” ujarnya.

Rodi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan bekas penyanyi berkenaan.

Lan bersama kumpulan Kristal.

Tambahnya, sehingga kini penyanyi yang mahu dikenali sebagai Lan Solo itu belum menghubungi mereka dan menyelesaikan kekeruhan yang berlaku selepas selesai program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof, 32, mengumumkan mengundurkan diri dari Kristal selepas pemain gitarnya, Rody menerusi Instagram memberitahu akan merehatkan vokalis mereka.

Dalam pada itu, Rody berkata, dia dan Kristal tiada masalah untuk beraksi secara profesional jika ada yang mahukan mereka membuat persembahan bersama.

“Alhamdulillah tiada masalah, Kristal masih ada undangan jadi kumpulan pengiring untuk beberapa program televisyen.

“Macam saya cakap, kami dengan Kristal dan dia secara solo, jadi masing-masing cari rezeki. Kalau ada orang nak kami buat persembahan bersama kenalah jadi profesional,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rody berkata, Kristal masih mencari penyanyi yang sesuai untuk menggantikan Lan.

Katanya, mereka juga merancang untuk melakukan pembaharuan dan penjenamaan semula kumpulan itu.

“Banyak pembaharuan yang sedang dirancang untuk Kristal. Selain mencari vokalis, kami juga buat penjenamaan semula dari segi lagu-lagu kami dan logo. Genre masih kekal rock,” ujarnya.

Sumber; mstar via beritasteady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *