Keputusan Finalis AJL ke-32 Berat Sebelah? Peminat Kecewa

Peminat Mengamuk Anggap Keputusan Tidak Adil

Akan tetapi disebalik pengumuman keputusan akhir tersebut, ramai yang terkejut dengan senarai lagu yang layak ke pentas akhir itu dimana AJL 32 menyaksikan muka-muka baharu bertanding dalam pertandingan berprestij itu. Malah tidak kurang juga yang ‘mengamuk’ menganggap ada lagu yang tersenarai tidak layak mara dan sebaliknya lagu yang layak tidak tersenarai.

Sebagai contoh, ramai yang menjangkakan lagu Siti Nordiana, Terus Mencintai akan mara ke Juara Lagu 32 dengan populariti dan kualitinya tersendiri. Namun lagu seperti Amboi disifatkan sebagai tidak layak. Pada kami, mungkin setiap lagu ada kekuatannya tersendiri kerana anda perlu ingat lagu Apa Khabar nyanyian SonaOne yang dahulunya turut dikritik mengejutkan ramai pihak kerana dinobatkan sebagai Juara Lagu 29.

Senarai 12 Lagu Anugerah Juara Lagu 32

Sebanyak 12 buah lagu daripada 30 yang dipertandingkan bakal bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang akan diadakan pada Februari 2018. 12 lagu berkenaan ialah ;

Sejati (Faizal Tahir & Caliph Busker)
Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)
Jampi (Hael Husaini)

Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah)
Amboi (Altimet)

Lebih Sempurna (Syamel).
Aku Yang Sebenarnya (Hazama dan Penglipurlara)
Akhirnya Cinta (Salma)

Menahan Rindu (Wany Hasrita)
Aku Cinta (Syamel dan Ernie Zakri)
Bayang (Khai Bahar)

Warkah Untuk Mu (Ara Johari)

Peringkat separuh akhir itu diadakan selama tiga minggu bermula 29 Oktober lalu dan kesemua lagu bertanding diadili oleh juri profesional. Mereka adalah AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Syamel Pertaruhkan 2 Lagu Di Final Anugerah Juara Lagu

Akhirnya terjawab sudah apabila semalam diumumkan senarai 12 buah lagu bakal berentap di Final Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) untuk merebut gelaran selaku pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32).

 

Sebanyak 10 buah lagu akan dipersembahkan setiap minggu selama tiga minggu berturut-turut bermula pada 29 Oktober lalu dan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

 

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang berjaya ke final:

Sejati – Faizal Tahir /Mike Chan.

Tergantung Sepi- Hakim Rusly

Jampi – Hael Husaini , Ezra Kong.

Separuh Mati Ku Bercinta-, Dayang Nurfaizah, Ajai .

Amboi – Altimet .

Lebih Sempurna– Syamel

Aku yang Sebenar – Hazama, M Nasir, Ad Samad.

Akhirnya Cinta – Salma . Ajai

Menahan Rindu – Wany Hasrita. -Ibnu Goufran

Aku Cinta – Syamel, Ernie Zakri -Syamel.

Bayang- Khai Bahar, Patrick Anohada.

Ara Johari – Warkah Untukku. Hang Nadim, Araq.

Tahniah buat semua peserta yang dapat ke final. Kali ini lebih bermakna buat Syamel kerana bakal mempertaruhkan dua lagu sekaligus iaitu Lebih Sempurna dan lagu Duet bersama Ernie Zakri, Aku Cinta.

Sumber; Hangat via kakitular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *