Penyesalan Di Pagi Raya” .Ibu Ayah Maafkan Abang. Perbuatan Lelaki Ini Buat Ramai MENANGIS !

Aku 2 org adik beradik je. Atas aku perempuan and aku lelaki. Dulu2 ya lah everything pasal kitchen mak & akak aku setelkan.

Gambar Sekadar Hiasan

Kadang2 aku tolong jugak sikit2. Bapak aku pun sama. Tapi bapak is bapak lah kan. Dia memang tolong but not fully involved in kitchen. Kadang2 tempat simpan mangkuk pun dia tak tahu kat mane. But aku tak marah dia.

Sebab aku lelaki dan aku fhm bende tu dan his passion not fully to kitchen. Mak aku pun bukanlah org yang sihat mcm mak2 orang lain. Dia puna garang dulu ya ampun. Kadang2 aku terpikir mak aku mcm meroyan (maaf mak. Its true). But thtas how she teach us. Tak kasi muka punha. Tapi dia cuba serve yg terbaik untuk kitorang dua. Kitorang mintak 5 dia bagi 8. Kitorang salah, dia lah jugak jadi hakim berat sebelah yg selalu menangkan kitorg. Time raya dia lah manusia paling sibok dalam dunia.

Skrg aku dah kerja. Akak aku dah kahwin dan ada anak. Bila balik kampung kadang2 seriusly aku jeles tengok member2 yang siblings dorg ramai mcm boleh buat team futsal dah. Kitorang cuma 2 orang. 2 orang!!! Kdg2 aku terpikir asal Tuhan tak kasi adik beradik lebih dkt family aku. Senang sikit. Now memang susah. Bukan dari segi kewangan but dari segi working at home. Bapak aku dah pencen dan berumur. Mak aku pulak still kerja but still not well mcm mak mak org lain. But yg aku respect is she try her best to serve org untuk raya and anything la. Kadang2 masak banyak2 bila malam2 mengadu sakit lutut tumit. Tugas aku malam2 jadi wak urut lutut and tumit dia. Akak aku? Aku tak salahkan dia. Kalau turn dia raya dkt rumah sendiri, so it will be more easy for us. Kitorang sama2 berpeluh kt dapur. Tapi kalau dia tak balik aku dgn mak aku separuh jahanam jugak lah. Aku cuba untuk tolong dia sehabis baik.

Macam raya baru baru ni, seriusly aku pun semangat nak raya. But bila aku balik rumah, rumah still tak terkemas (tak terkemas di mata aku. Padahal bapak aku n mak aku dh kemaskan). So aku lah yg tlg kemaskan. Aku tak kisah. Akak aku pulak xde sebab turn belah mak mertua dia. Sampai la hariw terakhir sebelum raya nak masak rendang. Aku jugak yg tak pernah2 involve sgt terpaksa involve 100% nak buat rendang. Kadang2 jujur aku bebal dlm hati jugak sebab aku penat.

Aku lelaki ada life aku jugak. Aku nak jugak keluar lepak malam2 dgn member yg dah balik kampung. Lama tak jumpa kan. But aku tak dapat dan tak boleh. Kalau aku tak tolong, mak aku konfem terhuyung hayang kena buat semua (masak skala besar + kemas rumah etc).. kadang2 bila member2 ajak keluar lepak semuanya aku tipu cakap aku dekat sana la sini la. Nak bagi alasan taknak lepak sebab tak smpi hati.

Perkara ini berulang smpi la skrg lepas raya. (The moment korg baca benda ni, aku dh basuh gelas lebih 20 round!!) Smpi la sekarang aku punya duty just kt dapur bila akak aku tak balik turn raya sini. Inilah hakikat kalau adik beradik sikit. Aku tak sampai hati nak keluar dan tak sampai hati tak buat even passion bukan dekat dapur. Kerana terpaksa untuk mak dan bapak aku cuba buat.

Kdg2 bila sedara datang dorang menganjeng “bagus anak dara ni duduk dapur bla3..” . Eh bodoh betol. Takkan aku nak biar mak aku terkangkang sorang2. Mak sakit anak 2x sakit kau tau tak makcik bawang oi.. bingai tak sudah2. Bila aku tgok member2 post lepak sana sini beraya sana sini, jujur aku cakap aku dengki dan jeles. Tapi untuk mak dan bapak yg semakin berumur dan perlukan aku, everything aku sanggup.

Kalau cucu2 dia balik, aku perasan jugak rumah tiba2 jadi riuh. Padahal cucu baru 3 orang. Tak ramai mcm 10 org pun and semua tu kecil lagi. But riuh dia lain macam. Tapi yg sedihnya bila aku dgr dari bilik aku kt atas yg riuh rendah tu mak aku la create kan. Konon nak bagi nampak dalam rumah ni ramai. Padahal realiti tu tak la ramai sgt. Ya lah. Aku, bapak, mak, akak, abg ipar, baby kembar, cucu sulong 3 thun. So sebenarnya takda la riuh pun. Kadang2 aku sedih bila tengok mak aku yg create kan suasana riuh tu untuk bagi jiran2 dengar yg rumah kitorg penuh org and meriah. Tapi takpe lah. Asalkan mak bahagia. Bapak aku senyum, korg nak bg riuh satu kampung pn apadahal. Aku tadah je lah.

Bila aku tgk semua2 ni, dengan keupayaan mak bapak aku dh berkurang aku jadi sedih sikit la. Dorang mcm 100% mengharapkan aku lepas akak aku kahwin. Tambah2 lagi utk raya or kenduri kat rumah. Kalau aku xde esok2, habis la dorang.

Atas asbab2 macam ni lah yang jujur aku cakapkan aku cuba untuk menutup pintu hati aku utk berkahwin. Even though ramai yg bertanya, ramai yg cuba kenen kan aku dgn anak, sepupu, anak sedara dorg but aku cuba untuk elakkan. Aku rasa aku tak sanggup. Kalau akak aku dh tak berapa boleh utk tolong mcm dulu, n kalau aku kahwin mcm mana pulak kan. Aku takut jugak aku tak mampu nak bagi komitmen sama adil dekat dua2 side.

For sure aku lebihkan family aku atas sebab2 mcm dkt atas but tak semua manusia akan faham. Biarlah aku jaga dorang. Tak kahwin pun tak pe. Tapj andai kata Tuhan dah tentukan jodoh aku itu ada, maka aku akan ikut but aku tak tau aku mampu ke tak nak serve dorg balik saat2 umur dorg dan kudrat dorg yg mcm ni yg mengharapkan aku 100%. Aku sanggup korbankan dunia aku utk dorang. Dorang tak tahu lagi yang aku quit dari working aboard pun sebab dorang. Aku tak pernah dan tak akan cerita dkt dorg. Biar 1 hari nanti dorang tahu yang anak lelaki dorang ni memang betol2 sayang dkt dorg cuma tak pandai nak tunjuk je.

Utk para confessor yang dah confess adik beradik korang ramai tapi tak tolong la apa la itu la kayu la, syukur lah aku ucapkan. Itu lah resam adik beradik. Dalam 10 mesti ada 8 yang tak betol. Itu lah natijah keluarga. Kalau korang kt tempat aku, korang mgkin akan buat benda yg sama mcm aku buat dkt atas. Jangan lah merungut sangat. Itu lah bahagia.

Sekian terima kasih

-anak lelaki sulung mak –

– Anak mak yg akan terus berjasa sampai mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *