CIKGU BAIK HATI BELIKAN 55 PASANG KASUT BATA DI GOMBAK UNTUK MURID MISKIN SAMPAI KEDAI TUTUP

Bukan senang sebenarnya nak jadi seorang guru ni. Tugas guru bukan je mendidik pelajar dalam pelajaran tapi cikgu jugak kadang-kadang harus menjaga kebajikan anak murid mereka yang hidup susah dan tak mampu nak miliki kemudahan macam murid lain.

Tapi tindakan cikgu ni admin salute lah sebab dia sanggup membeli 55 buah pasang kasut sekolah baru untuk murid-muridnya yang tidak bernasib baik. Apa yang lebih menarik, kedai kasut Bata yang dikunjungi cikgu tu terpaksa ditutup sementara waktu gara-gara pekerja tak menang tangan nak mencari saiz kasut dan urus pembelian cikgu ni untuk anak muridnya. Fuh dasyatlah!

Sumber: Facebook

Pekerja berpeluh cari saiz dalam stor

 

Ini apa yang dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman Facebook:

“Sampai tutup kedai BATA dekat Ong Tai Kim ni lepas aku masuk nak beli 55 pasang kasut untuk murid miskin, anak yatim dan murid yang kasut koyak. 

“Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil tiga patterns berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis saja.” 

Malah lebih terharu, kasut yang dibeli tu hasil wang sumbangan yang dikumpul Fadli melalui program #DanaKITA. Kesemua kasut tu akan diberikan kepada murid-murid tak lama lagi katanya.

Sumber: Facebook

Netizen puji usaha murni Cikgu Fadli

 

Usaha murni Cikgu Fadli telah mendapat pujian para netizen yang rata-rata ucap terima kasih kerana sanggup bantu anak yatim, murid miskin dan mereka yang memerlukan di sekolah tempat cikgu ni mengajar. Rezeki budak-budak ni dapat kasut baru daripada cikgu yang baik hati! 

Sumber: Facebook

Malah kunjungan Cikgu Fadli di pasaraya Ong Tai Kim dekat Gombak tu jugak mengimbau kembali kenangan netizen yang pernah membeli barang di situ. Katanya, kalau jumpa dengan tauke boleh dapat diskaun! Alamak sayang betul tak dapat jumpa taukenya kan. 

Sumber: Facebook

Syukurlah masih ada golongan seperti Cikgu Fadli ni yang prihatin akan murid yang dihimpit kemisikinan. Bantuan-bantuan kecil macam nilah yang buat sesetengah murid lebih bersemangat untuk mengecapi kejayaan dalam pelajaran. Tahniah Cikgu Fadli kerana jadi pendidik yang cemerlang.

Seronoknya murid-murid tu dapat kasut baru! 

 

Sumber : dahkebelum

Fuh! Berbelit Lidah Nak Sebut Ni.. 10 NAMA TEMPAT PALING PANJANG DI DUNIA

Menurut Sinar Harian, nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam merupakan nama yang paling panjang dalam sejara pendaftaran di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Bagi nama tempat pula, kita tidak mempunyai nama tempat yang begitu pelik atau terlalu panjang. Mungkin disebabkan sudah biasa, kita berasakannya sebagai sesuatu yang normal.

Namun, bagaimana pula bagi nama tempat yang mempunyai berpuluh-puluh abjad, yang hampir mustahil untuk disebut, apatah lagi untuk dieja? iluminasi.com ingin berkongsi 10 nama tempat paling panjang di dunia.

Nota : Nama tempat dengan satu perkataan sahaja

10. Mamungkukumpurangkuntjunya – Australia

mamungkukumpurangkuntjunya hill

Nama tempat yang terdiri daripada 26 huruf ini merupakan sebuah bukit yang terletak di Australia Selatan, kira-kira 108.8 kilometer dari barat laut sebuah bandar kecil iaitu Marla.

Nama ini diperoleh daripada bahasa Pitjantjatjara iaitu bahasa orang Asli di padang pasir Australia tengah. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai nama tempat paling panjang di Australia.

9. Bovenendvankeelafsnysleegte – Afrika Selatan

ladang bovenendvankeelafsnysleegte

Terletak di Afrika Selatan, lebih tepat di Upper Karoo di Bandar Cape Utara, Bovenendvankeelafsnysleegte merupakan sebuah ladang. Nama ini berasal daripada bahasa Afrika yang bermaksud “hujung lembah”. Ladang ini terletak di ketinggian 923 meter atas paras laut.

Dengan jumlah sebanyak 27 huruf, Bovenendvankeelafsnysleegte merupakan nama tempat kedua terpanjang di Afrika Selatan.

8. Venkatanarasimharajuvaripeta – India

stesen venkatanarasimharajuvaripeta

Agak unik, perkataan yang mempunyai 27 abjad ini, Venkatanarasimharajuvaripeta, merupakan nama bagi sebuah stesen keretapi di Andhra Pradesh yang terletak di sempadan negeri Tamil Nadu, India.

Stesen ini sangat mudah dibezakan daripada stesen-stesen yang lain disebabkan namanya yang terlalu panjang. Namun, “Sri” adalah awalan yang digunakan bagi memudahkan dan meringkaskan sebutan nama stesen ini.

7. Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik – Kanada

pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik lake

Ditabalkan sebagai nama tempat paling panjang di Kanada dengan jumlah abjad sebanyak 31 huruf, Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik adalah sebuah tasik yang terletak di timur laut Manitoba berdekatan sempadan Ontario.

Ia bermaksud “tempat di mana mata kail digunakan untuk menangkap ikan trout liar”, yang diperolehi daripada bahasa Cree.

6. Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä – Finland

teritsiputeritsipuolilautatsij nk

Terdiri daripada 35 abjad, Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä diiktiraf sebagai nama tempat paling panjang di Finland, dan kedua terpanjang di Eropah. Ia merupakan nama sebuah kawasan tanah lembap di Lapland, wilayah paling utara di Finland.

Nama ini juga digunakan oleh seorang pemilik pub bagi mendaftarkan nama pubnya selepas gagal sebanyak 2 kali semasa proses pendaftaran.gagal dalam cubaan mendaftarkan nama pubnya.

Ia dikatakan bukan berasal daripada bahasa Finland dan dipercayai tidak mempunyai apa-apa maksud.

5. Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea – Sepanyol

azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea

Merupakan nama tempat paling panjang di Sepanyol dan Eropah, dengan jumlah 39 abjad, Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea mendapat namanya daripada bahasa Bosque.

Ia dikatakan bermaksud “tanah rendah di pena yang tinggi di Azpilkueta”, nama tempat ini terletak di daerah Navarra, utara Sepanyol.

4. Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein – Afrika Selatan

tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein

Diperolehi daripada bahasa Afrika yang bermaksud “air pancut di mana 2 ekor kerbau dibunuh dengan satu balingan”, nama tempat dengan 44 abjad ini merupakan yang terpanjang di benua Afrika.

Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein merupakan sebuah ladang yang terletak di wilayah barat utara Afrika Selatan, 200 kilometer ke barat Pretoria.

3. Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg – United States

chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg

Dengan jumlah keseluruhan abjad sebanyak 45, yang mana 15 daripadanya merupakan abjad “g”, tasik yang diberi nama Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg ini terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat. Ia juga dikenali sebagai Tasik Webster.

Nama tempat kedua terpanjang di dunia ini berasal dari Nipmuc, iaitu bahasa Algonquian. Tasik yang berkeluasan 5.84 kilometer persegi ini bermaksud “titik memancing yang berada di sempadan dan merupakan titik pertemuan neutral”.

Ia juga nama tempat terpanjang di Amerika Syarikat dan benua Amerika.

2. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch – Wales

llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Disebabkan terlalu panjang dan mustahil untuk disebut, Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch yang mempunyai 58 abjad ini diringkaskan kepada Llanfairpwll atau Llanfair PG.

Ia merupakan nama kepada satu komuniti yang besar, dan kampung yang terletak di Wales di Pulau Anglesey. Nama ini direka pada tahun 1860-an bagi tujuan promosi. dan komuniti ini dikenali sebagai Llanfair Pwllgwyngyll pada awalnya.

Namun ianya ditukarkan pada abad ke-19 bagi mempromosikan tempat ini sebagai pusat tarikan pelancong. Populasi komuniti ini adalah sebanyak 3,040 pada tahun 2011, dan merupakan nama tempat terpanjang di United Kingdom.

1. Taumatawhakatangi­hangakoauauotamatea­turipukakapikimaunga­horonukupokaiwhen­uakitanatahu – New Zealand

taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu

Jika anda cuba melakukan pencarian nama ini di Youtube, anda akan mendapat seorang lelaki berjaya menyebutnya dan ia mengambil masa 8 saat. Taumatawhakatangi­hangakoauauotamatea­turipukakapikimaunga­horonukupokaiwhen­uakitanatahu merupakan nama sebuah bukit berdekatan Porangahau di selatan Teluk Hawke, New Zealand.

Berketinggian 305 meter, nama yang berjumlah 85 abjad ini berasal dari bahasa etnik orang asli iaitu Maori. Nama ini bermaksud “tempat dimana Tamatate, lelaki yang mempunyai lutut yang besar, memanjat gunung, penggelongsor, penjaga tanah yang mengembara, bermain seruling hidung untuk yang tersayang”.

Nama ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai nama tempat terpanjang di dunia. Tak cukup dengan itu, nama ini mempunyai versi lain yang lebih panjang, namun mempunyai sempang.

Bagi memudahkan sebutan, ia disingkatkan kepada Taumata.

Rujukan :

1. World Atlas

2. Wikipedia

Sumber: iluminasi.com via dahkebelum

MENGEJUTKAN! KILANG KANTOI BUAT KOPI VIETNAM MURAH GUNA BATERI TERPAKAI, DEBU BATU DAN KOTORAN!

Korang mesti ada kawan yang tak boleh hidup tanpa kopi, betul tak? Kalau pagi-pagi dia tak pekena kopi dulu secawan mesti tak boleh mula kerja. Kalau kat Asia ni, kopi dari Vietnam lah paling famous. Ada yang kata kopi Vietnam ni sedap dia tahap kalau tak suka minum kopi pun boleh jadi suka lah!

Sedap tu sedap jugak, tapi hati-hati sebelum korang nak beli kopi Vietnam after thisThe Starmelaporkan ada satu kilang pembuatan kopi di daerah Dak Nong, Vietnam ni kantoi tambah bateri terpakai, debu batu, dan kotoran dalam kopi dorang. What?!

12 tan kopi tercemar dijumpai

 

Kilang milik seorang wanita nama Nguyen Thi Loan tu diserbu pihak polis dan pemeriksa makanan lepas dapat aduan daripada orang awam. Katanya dorang syak ada something yang mencurigakan berlaku kat premis tu.

Waktu serbuan, 12 tan kopi tercemar dirampas bersama 35 kilogram serbuk berwarna hitam yang dipercayai diekstrak daripada bateri terpakai. Satu baldi cecair hitam tidak dapat dikenal pasti seberat 10 kilogram juga turut dijumpai.

Sumber: Tuoitrenews
Sumber: Tuoitrenews
Sumber: Tuoitrenews

Kopi dicampur bateri terpakai, debu batu dan kotoran

Lepas disoal siasat pihak berkuasa, Nguyen mengaku yang dia beli semua biji kopi reject daripada pengilang kopi lain dengan harga murah untuk nak kurangkan kos. Biji kopi tu nanti dia akan kisar elok-elok sebelum campur sekali dengan debu dan kotoran.

Langkah terakhir, dorang akan warnakan campuran tadi dengan dye hitam untuk kelirukan tipupengguna. Kilang ni dah beroperasi bertahun-tahun dan tahun ni je dah tiga tan kopi ‘kotor’ ni masuk ke pasaran.

 

Sumber: News Week
Sumber: Tuoitrenews
Sumber: Tuoitrenews

Boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian

Seorang pakar kimia daripada Vietnam National University, Profesor Madya Tran Hong Con memaklumkan mangan dioksida yang boleh dijumpai dalam bateri adalah sangat bahaya dan boleh sebabkan kerosakan otak. Selain tu, ia juga boleh sebabkan halusinasi dan kematian.

Pihak polis sekarang dah ambil sampel daripada premis untuk ujian makmal. Harap-harap pihak berkuasa dapat track semua kopi tercemar ni dan musnahkan sebelum dibeli orang ramai.

Sumber: Tuoitrenews

Bahaya betul lah, nak cut cost punya pasal sanggup bahayakan nyawa orang lain. Hati-hati kalau nak beli kopi ye!

 

Sumber : dahkebelum

LRT LAMBAT KERANA PENUMPANG KENA LANGGAR? RAPIDKL RESPON PERKARA SEBENAR…

LRT merupakan antara kenderaan awam yang paling penting dekat Malaysia ni dan akan sentiasa penuh especially pada peak hour di mana orang berebut nak pergi dan pulang dari tempat kerja.

So, tak hairanlah kenapa ramai yang akan berang dan ibarat cacing kepanasan bila LRT yang ditunggu, lambat tiba sebab akan membuatkan mereka lambat ke office. Baru-baru ni, menurut Malaysian DigestLRT aliran Kelana Jaya terpaksa dihentikan sementara sebab ada susulan kerja penyelenggaraan membabitkan isu keselamatan di Stesen Damai.

Sumber: Twitter

 

Ada yang sebar berita palsu

 

Disebabkan delay ni, ada yang sebarkan tweet mengatakan masalah yang berlaku disebabkan oleh penumpang yang kena langgar dan tersangkut bawah tren di Stesen Damai. Tetapi ternyata dakwaan ini adalah palsu!

Sumber: Malaysian Digest

 

Respon RapidKL tentang masalah kelewatan

Rapid KL kemudian pantas bagi update di Twitter mereka dan memberitahu sebab sebenar LRT delay adalah disebabkan oleh seorang wanita mengandung yang pengsan dan kemudian terjatuh di trek tren tersebut. Ketika tweet dipost, penumpang tu sedang menerima bantuan perubatan. Mereka juga nafikan ada kemalangan jiwa yang berlaku pada hari tersebut.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Wanita yang berusia 26 tahun tu sedang menunggu tren dan melalui rakaman CCTV, mangsa dilihat dalam keadaan tidak stabil sebelum terjatuh ke atas trek ketika tren menghampiri platform. Pasukan penyelamat ambil masa kira-kira tujuh minit untuk selamatkan mangsa dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sumber: Twitter

Nampak tak yang dakwaan palsu ni bahaya. Jangan suka-suka sebarkan sesuatu yang kita sendiri tak pasti kesahihannyaSo, next time tolong make sure dulu perkara sebenar sesuatu kejadian sebelum sebarkan. Nanti tak pasal-pasal orang percaya dan menimbulkan masalah lain di kemudian hari.

 

Harap mangsa baik-baik je.

 

Sumber : dahkebelum

Sanggup Tak Makan Ni! Makanan Eksotik Seluruh Dunia Mungkin Nampak Pelik Bagi Sesetengah Orang..

Walaupun saya menghormati pilihan semua orang untuk makan apa sahaja yang mereka mahu, ‘hidangan’ ini kelihatan sedikit ganjil di luar sana walaupun untuk saya. Jangan salah faham, negara kita ini pun penuh dengan makanan yang pelik-pelik juga.

Baiklah, mungkin saya terlalu menghakimi. Mungkin hidangan ini adalah salah satu perkara yang paling luar biasa pernah terjadi bagi kebanyakan kita. Jadi, mari endahkan pandangan saya dan lihat makanan kebangsaan eksotik di seluruh dunia.

Lihat kebawah senarai yang telah kami sediakan untuk anda. Mana tahu satu hari nanti anda akan berpeluang melancong ke luar negara dan mencuba sendiri makanan ini. Jangan lupa untuk kongsikan bersama kami pengalaman anda.

Enjoy!

1. Smalahove: Norway.

2. Basashi: Jepun.

Sashimi menggunakan daging kuda.

3. Chapulines: Mexico.

Ya, ia adalah serangga yang di goreng.

4. Durian: Asia Tenggara.

5. Zwiebelmettwurst: Jerman.

Daging babi mentah dicincang dan disajikan dengan bawang dan roti segar.

6. Cuy asado: Ekuador.

Tikus guinea panggang.

7. Telur laut: Barbados.

Ini adalah landak laut dan boleh dinikmati dalam banyak cara mentah dengan sedikit lemon atau goreng.

8. Cacing Mopane: Afrika.

Ini sebenarnya adalah ulat yang boleh dimakan.

9. Balut: Filipina.

Saya yakin ramai yang mengetahui tentang ini iaitu embrio itik.

10. Arroz de cabidela: Portugal.

Ini kelihatan agak biasa tetapi adakah anda nampak kuahnya? Itu adalah darah ayam atau arnab.

11. Vegemite: Australi.

12. Butod: Sabah, Malaysia.

Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput. Butod biasanya memakan batang rumbia yang telah reput.

13. Kercha: Algeria.

Ini adalah perut kambing sumbat.

14. Kaki katak: Perancis.

15. Soused herring: Belanda.

Ikan herring mentah di awet dengan garam.

16. Century egg: China.

Ini adalah telur yang dijerukkan untuk jangka masa yang lama.

17. P’tcha: Israel.

Hidangan ini disediakan dari kaki betis yang di jeli kan.

18. Flæskesvær: Denmark.

Apa yang anda terjadi apabila anda mendidihkan dan membakar kulit babi dengan banyak garam? Flæskesvær.

19. Soondae: Korea.

Sosej darah.

20. Surströmming: Sweden.

Ini ikan yang ditapai.

21. Oreo goreng: USA.

22. Casu Marzu: Itali.

Larva dimasukkan kedalam keju. Di makan bersama-sama dengan ulat.

23. tlačenka: Slovakia.

Perut daging babi disumbat dengan kepala dan kaki yang selalunya menjadi sisa.

24. Pacalpörkölt: Hungary.

Di masak daripada perut daging lembu.

25. Sup darah: Vietnam.

26. Hormigas culonas: Kolombia.

Snek semut bakar.

27. Şırdan: Turki.

Ia diperbuat daripada organ dalaman biri-biri atau lembu dan rasanya terlalu enak walaupun dengan bentuknya yang unik.

Lapar?

Jangan lupa untuk Like & Share.

Sumber: gontuni.com

Lawak! 26 Foto Lucu Yang Menunjukkan Hari Anda Yang Malang!..

Setiap orang mempunyai hari yang buruk, tetapi kadang-kala lebih baik untuk mentertawakan masalah anda daripada mengambilnya dengan serius.

Para saintis percaya bahawa humor adalah salah satu cara terbaik untuk menangani stres. Rasa humor juga bagus kerana ia bukan hanya meningkatkan mood anda tetapi juga perasaan orang lain.

Kami telah mengumpulkan lebih 20 gambar yang menunjukkan bahawa perkara-perkara buruk berlaku kepada semua orang. Perkara yang paling penting adalah untuk tidak kehilangan rasa humor anda dan ingat bahawa hari esok akan menjadi lebih baik.

Enjoy!

1. Anda nampak garisan ni? Dusta belaka!

2. Pemandu trak itu dalam masalah! Pasti dia tengah berfikir alasan apa untuk jelaskan pada majikannya.

3. Bila kau terlalu tinggi!

4. Pemegang periuk yang sudah tidak cukup kuat.

5. Tempat letak kereta yang bertuah!

6. Seseorang perlu menggantikan kabel baru.

7. Tidak dapat hidupkan lampu. Cuba mencari apa masalahnya.

8. Gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah!

9. Harap insurans kereta boleh cover.

10. Ais terjatuh dan memecahkan kereta.

11. Hanya satu kerusi saja yang tinggal. Yang ini!

12. Bungkusan losyen yang lama ditunggu dan baunya harum sekali!

13. Tiada duit pergi carwash? Cuci saja di laut, air kan free.

14. Saya tidak mahu berenang sekarang!

15. Cat masih belum kering nek. Nasib pakai warna yang sama.

16. Sekarang saya minum macam orang terencat akal.

17. Hebat. Sekarang saya ada dua logo.

18. Sandi la ni.

19. Apabila kau tidak sempat mandi pagi.

20. Bergerak sendiri??

21. Hebat… hebat sangat.

22. Sayang seribu kali sayang!

23. Kasihan anjing tu.

24. Saya perlukan udara segar.

25. Semalam baru cuci kereta.

26. 3…2….1

Jangan lupa Like & Share..

Sumber : gontuni.com

Aksi lagak ngeri wanita ini akan buatkan anda tergaman melihatnya.

Jika kita melihat secara rata-rata kebanyakan penunggang motosikal didominasi oleh kaum lelaki. Namun sekiranya dalam filem fiksyen aksi, kaum wanita memainkan watak utama sering kali dilihat lincah mengendalikan kenderaan motosikal.

Tetapi bukan pada wanita ini yang menunggang motosikalnya atas sebuah lebuh raya, melakukan lagak ngeri ‘wheelie’ sepanjang jalan yang dirakam oleh rakannya.

Aksi lagak ngeri wanita ini akan buatkan anda tergaman melihatnya. 

Melihat kepada wanita itu melakukan beberapa kali aksi ‘wheelie’ yang penuh keseimbangan tanpa memakai sebarang alat perlindungan kecuali topi keledar, cukup mengatakan bahawa dia adalah seorang penunggang yang berpengalaman.

Walaupun aksi ini kelihatan hebat dan menakjubkan lebih-lebih lagi ia ditunggang oleh seorang wanita. Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali mencuba aksi ini sewenang-wenangnya tanpa perhatian oleh golongan profesional dan juga lakukan di litar lumba berbanding atas jalan raya.

Era Baru via sembangmedia

NDlala tidak dapat menahan sebak selepas anaknya Shahila Amzah dengan sekali lafaz bergelar isteri kepada Haris.

Majlis pernikahna shahila amzah dan pasangan haris akhirnya bersatu  dengan sekali lafaz ,shahila amzah sah bergelar isteri nampak berseri dan tersenyum manis denga pakaian warna sedindon putih.

NDlala tidak dapat menahan sebak selepas anaknya Shahila Amzah dengan sekali lafaz bergelar isteri kepada Haris.

Bapa kepada Shahila amzah ND LaLa yang merupakan wali tersenyum dan memanjatkan kesyukuran kerana anaknya sudah bergelar isteri.

NDlala tidak dapat menahan sebak selepas anaknya Shahila Amzah dengan sekali lafaz bergelar isteri kepada Haris.

NDlala tidak dapat menahan sebak selepas anaknya Shahila Amzah dengan sekali lafaz bergelar isteri kepada Haris.

NDlala tidak dapat menahan sebak selepas anaknya Shahila Amzah dengan sekali lafaz bergelar isteri kepada Haris.

Pelamin bertemakan “Alam flora “ sangat segar dan memukau tetamu yang datang.

 

Tidak ketinggalan artis yang datang merupakan teman rapat shahila amzah zra zya,fafau dan jihan.

NDlala tidak dapat menahan sebak selepas anaknya Shahila Amzah dengan sekali lafaz bergelar isteri kepada Haris.

sumber ig:aaidaarisha dan embunreal via sembangmedia

Mengejutkan! Ini respon Daphne Iking apabila dikritik pakai turban dan berseluar pendek..

Pengacara dan model terkenal, Daphne Iking bengang dengan sesetengah netizen yang meninggalkan komen dalam ruangan gambar yang telah dimuat naik beliau di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Terdapat segelinitir netizen mempersoalkan mengenai fesyen turban dan seluar pendek yang digayakannya itu kerana dianggap seolah-olah menghina agama Islam.

Namun, Daphne menepis kenyataan tersebut kerana turban bukanlah kategori tudung sebaliknya ia adalah kategori fesyen untuk melindingi kepala dan rambut daripada panas terik seperti yang telah dipakai oleh masyarakat Afrika beberapa tahun lepas hingga kini.

Rata-rata netizen telah memberi komen terhadap gambar yang dimuat naik oleh Daphne.
Turban bukan pakaian orang Islam.

Turban mula dipakai oleh orang Afrika.


Kawin dengan orang Islam, tapi cara pakaian tak melambangkan orang Islam.

Tidak hanya berdiam diri, Daphne telah tampil menyuarakan pendapatnya mengenai fesyen turban melalui Instagram Storiesnya.
Turban tak wajib dipakai oleh Muslimah.
Turban adalah fesyen, bukan tudung.
Sejarah turban.

Daphne Iking telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe pada awal tahun 2011. Beliau sah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Islam iaitu Dahlia Eleanor Iking.

 

Sumber : theklasik

Mantap! 6 Selebriti Wanita Yang Paling ‘Daring’ Di Instagram, No2 Paling Merecik..

Bergelar sebagai seorang wanita yang terkenal bukanlah merupakan suatu yang mudah kerana sering menjadi bualan masyrakat yang sentiasa memerhatikan segala perkara baik daripada segi bakat, fesyen, solekan dan pose ketika bergambar.

Mereka juga telah memuatnaik beberapa keping gambar yang hot dan ‘meletop’ di laman sosial Instagram untuk dikongsikan bersama peminat.

Jom kita lihat 6 selebriti yang daring di media sosial.

#1. Ainul Aishah
Pelakon hitam manis ini tampil berani apabila mengenakan pakaian yang mengundang kepada kecaman netizen.

Advertisement

Namun, Aishah tidak menganggap itu sebagai satu masalah yang besar kerana imej tersebut merupakan satu kebiasaan baginya sebelum bergelar artis.

Berusia 33 tahun , Aishah amat menitikberatkan penjagaan badannya agar kelihatan ramping dan sihat sering kali memuatnaik gambarnya ketika berada di gym.

#2. Nadia Brian
Beliau mula dikenali masyrakat setelah membintangi drama Akulah Balqis (2015) dan diikuti oleh Sweetie Nanie yang bersiaran di TV3 memiliki raut wajah yang seksi dan menawan.

Nadia Najwa Mohamed Rashidi atau dikenali sebagai Nadia Brian merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Massa dari UiTM Shah Alam.

Pelakon yang berasal dari Perlis, dibesarkan di Kelantan ini mempunyai darah kacukan Melayu-Australia. Datuk beliau merupakan warga Australia bernama Brian Golding Abdullah.
Berusia 27 tahun, pelakon ini mempunyai 322,000 pengikut di Instagram.

#3. Tasha Shilla
Siapa yang tidak mengenali Tasha Shilla, pelakon yang pernah menimbulkan kontraversi satu ketika dulu.

Beliau hanya ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ apabila mendapat kecaman daripada netizen.

Menurut beliau, gambar-gambar yang dimuatnaik merupakan album simpanannya sendiri.

Memiliki 1 juta pengikut di Instagram, beliau telah menyambut ulang tahunnya yang ke-31 pada 25 Januari lepas.

#4. Zahidah Rafiq
Lakonannya dalam filem Mami Jarum (2002) telah melonjak namanya dengan lebih luas dalam industri hiburan.

Zahidah yang mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan memiliki 200,000 pengikut di Instagram.

Tampil dengan pose dan fesyen yang berani, Zahidah menegeaskan bahawa cara berpakaian tidak menggambarkan peribadi seseorang itu, sebaliknya menggambarkan individu tersebut bijak mengenakan fesyen atau sebaliknya.

#5. Zizi Kirana
Nur Fazelah binti Mad Tahil atau lebih mesra dengan panggilan Zizi Kirana merupakan seorang selebriti yang berani memuatnaik gambarnya dengan pose dan fesyen yang mengundang kecaman.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Boleh Jalan, gambar-gambar yang dimuatnaik merupakan hak peribadinya dan hanya ingin berkongsi bersama peminat tentang aktiviti hariannya sebagai seorang artis.

Zizi yang sering kali memuat naik gambar dan video ketika berada di gym amat menitikberatkan tentang penjagaan badan agar kelihatan ramping dan sihat.

#6. Kilafairy
Tidak dinafikan bahawa Kilafairy mempunyai bentuk badan yang ideal dan ramai wanita diluar sana menginginkan tubuh seperti gadis berusia 26 tahun ini.

Anak perempuan kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil tampil dengan pose yang berani dan menganggap itu perkara yang biasa sebagai seorang anak seni.

Walaupun mendapat kecaman hebat daripada netizen, selebriti ini tampil memberi penjelasan bahawa gambar-gambar tersebut merupakan hak peribadinya dan ingin berkongsi gambar bersama peminat.

Apa-apa pun, selebriti ini telah mewarnai industri hiburan tanah air.

Syabas dan tahniah kepada mereka!

 

Sumber : Oh My Media via belonmerah